Tuesday, September 29

update blog

erm.. lama juga aku tak buka blog ni.. kesian dia.. rindu agaknya dengan aku. banyak juga benda yang dah berlalu tanpa sempat aku menaip kat sini..

1st: raya pun dah berlalu.. walaupun belum habis lagi, tapi dah dekat 2 minggu jugak la.. Raya kali ni aku balik kg Mr.M kat batu pahat.. Untuk yang pertama kalinya aku merasa kenikmatan beraya dekat kampung.. Selama ni aku mana ada kampung.. Bila dah kahwin ni la baru menumpang kampung suami.

2nd: Danish dah cecah umur setahun... erm... Hepy birthday cayang.. Nanti ibu buat entry khas untuk birthday Danish tau.. Sekarang tak bley coz gambar blum pindah dalam lap top lagi.. Ada juga wat majlis ari tuh.. Tapi dalam ahli keluarga aje.. Coz ayah nak tunggu wat open house sekali baru buat besar-besaran.. Tunggu tau.. Wait honey.. and i`ll make sure it will be a worth wait..


Thursday, September 10

Tak Ada Rezeki, Lain Kali Cuba Lagi

Erm... list untuk top ten baby contest yang aku masuk anjuran mommy zara dah pun diumumkan.. nampaknya tak ada rezeki untuk Danish kali ni.. Tak apa.. Lain kali boleh cuba lagi.. Saingah memang sengit n baby2 semua memang kiut2.. Whatever pun.. Danish memang yang terpaling comel dalam hati aku n Mr.M. Dah anak sendiri kan??? ehhehee..

Lupa plak nak update pasal Danish.. Danish sekarang ni dah berani berdiri sambil lepas tangan.. Siap goyang-goyang lagi tu..

Ok la.. itu sahaja.. Danish dah ngamuk nak titun..

gud nite n sweet dream every one..
love,

Tuesday, September 8

Aktiviti Bulan Ramadhan

Dah lama betul tak layan blog.. sebenarnya aku baru balik dari rumah aku kat Batu Badak. Lagi pun akak aku yang duduk kat Muadzam ada balik.. Sempat aku jumpa anak-anak sedara aku yangkiut.. Batirisyia, Fataniah, Thaqif. Kat sana tak ada line 3G so tak leh la buka blog.. Kalau ada pun guna gprs lembab macam siput.. Kesian betul kat aku sebab duduk kat ceruk rantau yang 3G pun takut nak masuk... ehehehee.. Sempat jugak aku try masak laksam.. korang penah makan laksam?? sedap wo... pandai aku masak walaupun baru first time buat. Tapi yang lecehnya nak wat mee dia tuh.. Aku ingat lain kali kalau aku nak buat aku nak pakai mee laksa je.. habis citer... ini cerita minggu lepas.

Hri sabtu minggu lepas-lepas plak.. aku balik batu pahat amik kuih raya yang nak diniaga kan.. Dapat la dalam 120 bekas.. Jadi la.. modal kecik jer.. Baru belajar nak meniaga. Tak sempat pun nak jalan kat memana shopping raya. Jadual padat sangat.. Itu pun tak sempat nak berbuka puasa dengan atok encik (atok suami aku).

Sebelum a aku nak balik singgah jap umah Pok Su suami aku.. Dia pulak meniaga baju bundle.. Mana yang rasanya muat untuk Danish pakai, dia suruh aku amik je.. wargh... penuh kereta dengan kuihnya 3 kotak.. Baju seguni.. Kasut seplastik.. On the way balik singgah Nain Bundle kat Gemas lagi.. Carik seluar jeans untuk Danish.. Dapatlah sepasang seluar Levis.. Tamak betul akuuu.. kui kui kui.. bukannya tamak.. tapi aku berpegang teguh dengan peribahasa "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..."

Nak dijadikan story plak kereta kesayangan Mr.M buat hal plak time nak balik.. Sampai kat Yong Peng dia buat hal la plak.. Batery kereta macam tak cas balik.. So.. selang 10 minit jalan terpaksa berhenti untuk cas batery balik.. Boring tull.. Perjalanan elok2 dua jam je.. jadik dekat 5 jam.. Macam gi terengganu plak..

Oklah sekian aje buat kali ni, tak lupa juga aku nak promote kat sini, kalau nak beli kuih raya jangan segan silu untuk datang ke bazar gerai abang aku yer.. Macam-macam kuih ada.. Harga pun murah2. Kalau nak beli cermin mata ke, jam ke, tali pinggang ke, beg ke, semua ada kat situh.. Jangan lupa singgah tau... Cau ci cau...

till next poost,
salam Ramadhan dari:

Thursday, September 3

Adik Dan Kuih Tatnya...

Aduhai.. bila dengar lagu raya dendang perantau mesti terkenang kat my sis yang tengah dok belajar kat Australia.. Sian dia.. inilah first time dia sambut raya tanpa kitaorang semua.. So, aku pun webcam la ngan adik petang tadi.. Dia cakap mintak kirim kuih tat nenas kat dia.. Insya Allah adik.. akan aku usahakan juga supaya ko dapat makan kuih tat nenas..

Apa yang penting ko kat sana belajar bersungguh-sungguh.. Buat Arwah Mak ngan Abah bangga ada anak macam kau.. Memang dari kecik lagi dia lah kebanggaan keluarga... Adik aku...


Bergambar kat KLIA sebelum berangkat ke oversea..
cuba teka di mana saya...

Wednesday, September 2

Happy Family Contest

HAPPY FAMILY CONTEST



~YippiE~

Eden jumpo contest laie... (tgh excited nak join contest ni)
Dari carik punya carik punya carik.. terjumpa la contest ni..
anjuran iedaluvsham

HappY FamilY ContesT

Kepada sesiapa yang berminat nak join contest nih jugak..
Silalah rajinkan tangan anda untuk mengklik link yang telah saya
nyatakan di atas ya..
Segala syarat-syarat dan detail mengenai contest ada di sana..

:::Ok lah.. gambar yang telah aku pilih ialah:::



::Gambar ni baru je kitorang tangkap minggu lepas::
::masa tgh tolong abg aku kat bazar::
::aku suka gambar ni sebab walaupun dah dekat pukul 12 mlm lebey, tetap ceria si kecik tuh::
::excited kot tengok ramai org::
::Danish pun pakai baju sama kaler ngan ayah dia::
::this is my happy family::
::apa jua rintangan, hadapi dengan sabar, anggap itu semua dugaan, semoga our family
will stick together gether until the very end of the end::
::end::