Wednesday, October 28

Cute Baby In Costume Contest

Cute Baby In Costume Contest

Cute tak baby kat atas tu??? ehehehe.. cute sangat kan??
Masuk yang ini it`s mean dah 4 contest yang berjaya aku masuk buat masa ini..

Cute baby in costume contest ni dianjurkan oleh blog babyintan
Sesiapa nak join juga, boleh klik kat link atas ok??
Segala information pasal contest ni boleh korang jenguk kat sana ye?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur: 1 tahun 1 bulan
(gambar ni diambil masa umur dia 6 bulan yee)

Tuesday, October 27

Cutest Baby In walker Contest


CUTEST BABY IN WALKER CONTEST



Erm.. tengah terjah2 blog org, ternampak plak contest ni. Elok2 plak memang aku aku ada simpan gambar Danish with walker a few month ago.. So, why not give it a try kan??

kat sini adalah syarat2 penyertaan:
• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda kat blog omitomei

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama : Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur : 1 tahun 1 bulan


hurm..

Antara kebaikan walker ni ialah
1. Selalunya bila aku ada benda nak buat, aku akan letak Danish dalam walker ni. So kiranya penolong setia aku la..
2. Aku suka kaler walker ni yang colourful..
3. Dapat melatih budak kecik ni untuk melangkah.

Keburukkannya pula:
1. Bila dah duk dalam walker, lagi la senang dia mencapai pinggan2 yang bersusun dalam rak kat ruang tamu aku tu.
2. Kengkadang dia langgar aku pakai walker ni memang sakit la kat kaki.
3. Sekarang ni kalau duk dalam walker, dia dah pandai nak turun sendiri.. Bahaya...

Aku yang tulis,

Contest Sana Sini

Aku dah amik keputusan.. selepas ni aku akan search blog2 yang buat contest n aku akan join semua contest yang ada. What for?? Saja suka-suka.. So, jgn pelik kalo blog aku ni akan dipenuhi dengan segala contest yang ada..


dari,

Monday, October 26

Online Contest - Senyuman Ceria Si Comel

Online Contest - Senyuman Ceria Si Comel



Yeay yeay jumpa contest lagi..
Seronok rupanya ada baby nih.. boleh join memacam contest.. Ok la kali ni contest from smileykidz photography nye blog.. Sesiapa nak join juga boleh klik kat link tersebut ye...

::Cara nak menyertainya pulak::
  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist and
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ ( aku dah mention kat atas tadi yee)
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
::Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer::
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
Hadiahnya memang lumayan (bagi aku laaa)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Here my little one nye pics

Nama dia: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur dia: 1 tahun 1 bulan








Sunday, October 25

Bahana Duit

Korang setuju tak kalau aku kata sebab duit punya hal keluarga boleh tak mengaku keluarga.. Sebab duit juga sedara yang dulu tak pernah nampak batang hidung boleh mengaku sedara... Semuanya sebab benda yang satu ni.. DUIT.

Memang lah aku tak nafikan duit ni merupakan satu keperluan buat manusia.. Malah duit jugalah yang membezakan taraf seseorang itu dalam masyarakat.. Aku tergolong dalam kategori mereka yang bersederhana sahaja dalam duit.. Tak kaya, tak susah.. Biasa2 aje.. Tapi aku sedih juga sebab angkara duit lah manusia boleh berubah.. Adik beradik bergaduh. Hm..

Kenapa ye ada manusia yang sedemikian rupa?? Sebelum nampak untung depan mata, cakap lain.. Bila dah nampak jalan mula sifat tamak haloba datang.. Semua perangai yang buruk muncul. Akhirnya kita yang terkontang-kanting sesorang.. Tak ada lagi rasa hormat dalam diri.. Tak guna cakap berapi-api kalau akhirnya ko akan hidup sendiri dalam dunia ni.. Semua orang menjauh... Apa gunanya ko hidup tinggi melangit, kalau tak ada orang yang bakal menyambut kau dekat bawah apabila kau jatuh...

Saturday, October 24

Aku Dah Temui Jawapannya untuk PATUTKAH??

Apalah merapu meraban aku punya tajuk post ni dey!!!

Buat semua teman-teman yang aku sayang.. Kalau korang ada mengikuti post2 aku yang lepas2, atau lebih spesifik yang bertajuk PATUTKAH?? erm.. post ini merupakan kesinambungan daripada post tersebut ye kawan2.. Ikhlas aku cakap aku memang tak senang duduk dan tak senang berdiri lepas aku dapat tahu M ada terima mesej yang sedemikian rupa dari Betina yang aku tak tahu asal usulnya tu.. Aku cuba pujuk hati mengatakan: "Alah.. tak de apa-apa lah tu.. Takkan kau tak percaya dengan M.. Lelaki yang ko kenal hampir 8 tahun tu.. "

Tapi bila aku fikirkan balik.. Apa yang pernah aku dengar orang cakaplah kan.. Jangan letakkan 100% kepercayaan ke atas orang yang kita sayang.. Betul ker?? Tapi bukan kah seorang isteri yang baik tu harus jangan ada perasaan syak wasangka terhadap suaminya?? Tidakkah aku ni teringin untuk menjadi isteri yang baik?? Hurm... Bukan-bukan... Aku bukannya syak wasangka dengan M. Aku cuma mahukan jawapan. Siapa perempuan tu dan macammana dia boleh ada no phone M.

Dan.. Semalam telah terjadilah adegan siasat menyiasat daripada aku. Dan jawapan yang aku terima mengundang kelegaan dan dalam masa yang sama mengundang ketakutan. Lega sebab bukan laki aku yang gatal. Budak pompuan tu kerja kedai handset and laki aku top up kat kedai dia. Top up pulak tak pakai kad. Pakai buku yang kita kena tulis no phone dlm buku tu.. Nak dijadikan cerita pula lepas M top up dia singgah pula kat kedai 2Ringgit dekat2 area tu jugak. Dan budak pompuan kedai handset tu pun ada kat situ. (nyibukk jee)

Pastu bila laki aku balik, tetiba dia dapat mesej dari pompuan tu. Dia cakap member dia yang kerja kedai 2 ringgit tu nak berkenalan ngan M. Uiks... Aku tak tahulah member dia or dia yang nak berkenalan.. Tapi yang aku leganya laki aku jawab. "Hei.. mana boleh. Aku dah kahwin lah" Eceh... macam boleh caya plak M cakap macam tu. Tapi nak buat macam mana?? Memang aku percaya ngan dia.. Sebab aku memang kenal ngan M. Dia ni jenis pemalu skit nak ngorat2 pompuan ni. Pompuan ngorat dia lagi ada.. Dulu pun memang aku ngorat dia pun..

Aku pesan ngan M. M tu kalau kuar bergaya macam orang bujang. Bukan macam bapak orang. Terus aku tak izinkan dia pergi kedai top up tu lagi... Ehehehe... Cemburunya aku... Yang perempuan tu pun satu. Bila orang datang top up kat kedai dia boleh pula sesenang dia nak ambil no tepon org plak.. Mana boleh macam tu.. Tak amanah namanya kan?? kan?? Yanpa keizinan plak tuh.. Dah tu laki aku cakap dah kahwin pun tak tahu malu lagi nak bermesej2 lagi.. Apa Da...

Okeylah sekian dulu. Aku tamatkan cerita di sini. Lepas ni aku tak nak dah cerita pasal ni lagi. So, buat teman2 ku sekalian, jangan risau.. Laki aku tak gatal.. Dia baik..

Syussssssss...

Friday, October 23

Perempuan Dan Tiga Kelahiran

Semalam aku tengok satu citer ni dan aku agak terpikat dengan kata-kata yang ada dalam filem tersebut. Kata-katanya ialah:

Seorang wanita itu akan mengalami 3 kelahiran selama hidupnya di dalam dunia ini.

Kelahiran yang pertama ialah apabila dia dilahirkan sebagi anak.

Kelahiran ke dua pula apabila dia menjadi seorang isteri.

Dan kelahiran yang ke tiga pula ialah apabila dia menjadi seorang ibu.


Alhamdulillah, ketiga-tiga kelahiran tu sudah pun aku alami..

Ciri-ciri Orang Yang Mahu Berjaya

Erm... aku rasa badan macam dah nak lemau-lemau ni jom kita rangupkan badan balik dengan kata-kata motivasi key?? Kali ni aku nak kongsi ciri-ciri orang yang mahu berjaya dalam hidup~
  1. Individu itu sengaja mencari tugas-tugas yang banyak memberi cabaran
  2. Mereka mahu supaya diberi tanggungjawab yang menghendaki mereka membuat pelbagai keputusan
  3. Mereka mahu tugas-tugas yang mereka lakukan diberi penilaian demi mecapai kejayaan
  4. Mereka akan melakukan tugas-tugas mereka dengan lebih baik lagi apabila tugas-tugas itu penuh dengan tanggungjawab, mengandungi kepelbagaian, diberi penilaian, dan mereka diberi kebebasan. Sebaliknya, orang yang bukan pejaya tidak menunjukkan hasil baik apabila mereka diberi tugas yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut
  5. Individu pejaya cenderong untuk menjadi usahawan
  6. Mereka memiliki dorongan yang kuat untuk memajukan diri dengan daya usaha sendiri

Erm.. apsal erk aku highlightkan ayat-ayat kat barisan ke 5 tu?? Sebabnya aku pun sekarang ni dalam proses untuk menjadi seorang usahawan.. Insya Allah..

Dan aku tambahkan lagi kat bawah ni kata-kata yang aku rasa penting juga untuk kita fikir2kan.

Orang yang mahu berjaya ada lah orang yang selalu mencari peluang.
Manakala, orang yang gagal ialah orang yang selalu mencari alasan.

aku yang macam bagus:

Belated Birthday Entry for Danish

HAPPY BELATED BIRTHDAY WISHES FOR MY
LITTLE ONE


MUHAMMAD HAMI DANISH
24.09.09

Macam yang aku dah janjikan aku akan tulis entry pasal birthday Danish yang pertama yang disambut pada 3 oktober 2009. Oleh sebab birthdaynya jatuh pada hari raya, maka terpaksa la ditangguhkan kepada tarikh tersebut kerana nak dibuat bersama ngan open house. Okey la kat sini aku dah upload gambar yang sempat ditangkap. Gambar banyak tapi hanya 4 keping ni je yang aku nak tayang kat sini. For futher information please look at the pictures below okey?

Ni gambar Danish ngan mak mertua aku Raja Ramlah Binti Raja Sulong. Mak mertua aku lah antara orang yang paling sibuk pada hari tersebut. Danish ni paling manja ngan Nenda dia. Bila nenda dia dah dukung orang lain dah tak leh ambik dah.. Even aku yang ibu dia ni pun kalah..

Selamat Ulang Tahun Sayang

Yang tulus ikhlas



Thursday, October 22

Chori Chori Chuke Chupke

Kengkadang aku ni layan juga cerita hindustan ni. Tapi citer yg zaman Kajol dan Shahrukh Khan la.. Bagi aku citer hidustan yang baru-baru ni dah lebih kepada meniru filem Hollywood pula. Kalau dulu adegan-adegan panas tak lah ditunjukkan secara terbuka. Tapi sekarang berlambak.. Semua orang tahu filem hindustan memang terkenal dengan lagu-lagunya yang best dan sedap didengar.. Tapi sekarang semua tu dah tak ada lagi..

Ewah... dah nak jadi pengkritik filim pulak aku sekarang. Tujuan aku nak tulis kat sini bukan nak jadi pengkritik filem tapi aku nak bercerita sedikit mengenai citer hindustan yang aku pernah tengok dan sedang tengok di astro sekarang ni. Lakonan Salman Khan, Preity Zinta dan Rani Mukherjee. Ceritanya berkisar tentang pasangan suami isteri yang tak mampu untuk memilikki anak dan terpaksa mengupah seorang pelacur untuk menjadi ibu tumpang kepada bayi diaorang. Kalau diteliti balik cerita ni ada persamaan dengan cerita Pretty Woman lakonan Julia Roberts.

Okeyla berbalik kepada cerita ni. Memaparkan betapa apa yang orang sanggup buat untuk memilikki anak sebagai penyeri rumahtangga. Sehingga sanggup untuk membiarkan suaminya bersama dengan wanita lain. Aku rasa sekiranya perkara tersebut jadi dekat aku, aku tak tahulah sama ada aku ada kekuatan sebegitu untuk membiarkan suami aku berkahwin dengan wanita lain.. Emo.. emo...

Tapi tu lah apa yang dapat kita tengok sekarang ni, betapa orang sesenang hati membuang anak, mendera ataupun menggugurkan anak. Seperti apa yang kita dengar di berita hari tu seorang budak perempuan berumur 3 tahun mati akibat didera secara seksual dan fizikal. Didera oleh pakwe kepada ibunya yang berbangsa asing pulak tuh. Mereka ini tak sedar agaknya anak tu merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk didik dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Betapa tubuh kecil itu tidak meminta untuk dilahirkan di dunia untuk diperlakukan sedemikian rupa.

Bagi teman-temanku yang sudah pun bergelar ibu bapa atau pun bakal mendapat gelaran tersebut, sayangilah anak anda yang merupakan anugerah dari Ilahi.

Sekian dariku,

Maafkan Aku Dalam Keadaan Terdesak

Assalamualaikum... Aku mulakan post dengan doa supaya rakan-rakanku semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.. Seperti tajuk post di atas, aku di sini ingin memohon seribu juta kemaafan dari member2 facebook yang menerima mesej dari aku yang berisi link untuk ke blog aku ini.

Tujuan aku yang tak lain dan tak bukan ialah untuk menyuruh dan memaksa rakan2 facebook ku untuk meletakkan nama mereka sebagai follower kat blog ni.. Selain memaksa, aku juga ingin memeras ugut mereka untuk join blog aku kerana sekiranya tidak maka aku akan terus menerus meletakkan link blog aku kat wall facebook dia... HA HA HA Jahatnya aku... Terdesak sungguh.. Takut tak?? Takut tak??

So to all members.. kalau dah join blog ni terima kasih.. Kalau belum, sila2 kanlah..


Kesian sungguh aku..

Wednesday, October 21

okey ke tak okey

macam ok..

cantek tak??

template baru aku...

eheh~


PATUT KAH?????

Aku ada satu situasi yang aku nakkan pendapat rakan-rakan aku sekalian... Sekiranya lah sekiranya lah kan situasi ini berlaku pada korang semua, apa yang akan korang buat.. Macam ni ceritanya

Tersebutlah kisah pada suatu hari ni aku ngan M on the way nak balik ke rumah aku kat Batu Badak sebab M ada hal skit kat KL. Macam biasa la kalau M pegi ke mana2 mmg aku minta dia hantar aku kat umah aku sendiri.. Dapat jugak aku jenguk abg2 aku tuh.. Nak dijadikan story.. aku masa tu plak tengah sms ngan member aku guna handset M. Tetiba ada la masuk satu mesej yang berbunyi begini:

SENDER: HP as Top up
Abang ada kat mana? Kerja tak hari ni?

uiks.... abg??? BERDEGUP2 jantung aku ni..
Aku pun tanyalah ngan M sapa yg anta mesej ni?? Siap berabang-abang lagi..
M cakap: Ooo.. budak kedai handset.. M selalu kirim top up ngan dia.
Aku ckp: Laki ke perempuan???
M cakap: Pompuan..

Aku pun cakap ngan M, oo.. PEREMPUAN.. ok bak sini biar Lina yang balaskan mesej ni..
Aku pun balas la mesej tersebut
Mesejnya: Tak kerja. Ari ni kan cuti. Knape?

Dia pun balas balik
Mesej dia: As ingat nak minta tolong abang datang umah as. As ada nak ambil barang..

Aku pun bacakan lah mesej tu kat M. Lepas tu M balas dekat dia..
Mesejnya: Tak dapat la. Nak gi KL jap lagi. Ni on the way anta org rumah balik Batu Badak.

After that, pompuan tu pun tak ada balas2 lagi mesej...

PERSOALANnya ialah:

Siapakah dia itu yang memandai panggil laki aku abang.
Sesuka hati dia aje nak tanya laki orang kerja ke tak.
Sesuka hati dia juga nak panggil laki aku datang umah dia.
Sejauh mana pulak hubungan diorang yang sampai boleh minta2 tolong mcm tu sekali.
Patut ke aku tepon pompuan ni n tanya soalan2 yang aku senaraikan kat atas..

Bagi korang la kan.. korang rasa pompuan ni memang betul nak minta tolong atau dia memang nak minta tolong tapi dalam masa yang sama dia tak tahu yang M ni dah berkahwin dan nak ngorat laki aku..

So.. kepada sesiapa yang ada opinion, aku berharap sangat korang dapat kongsi dengan aku. Sebab nombor pompuan ni aku dah simpan. Cuma aku belum nak tepon lagi...


Sekian, terima kasih:
Puas hati aku

Tuesday, October 20

Berita terkini hiburan sensasi

Rasa rindu pula dengan blog.. sorry kengkawan coz dah lama betul aku tak buka blog nih... Semenjak aku berfacebook ni dah tak ada masa la... Whatever pun thanks to my new follower huusna n faizoul sebab sudi jengah blog aku yg tak seberapa nih... Yelah.. aku orgnyer baruuu... korang org2 lama... blog aku tak centeeekkk macam blog korang... (fuh... merendah diri betul nih)

Erm... raya ari tuh.. uish.. tak habes lagi cerita pasal raya minah ni... padahal raya dah abis pun... Eheh.. bukan apa, aku sebenarnya masa raya ari tuh la dapat jumpa balik member2 lama yang dah lama terpisah... Seronok dan terkejut juga dengar cerita n perkembangan kengkawan...

Kawan pertama yg aku gi raya umah ialah.. tak lain dan tak bukan Nur A'ishah Hj. Hashim... ataupun yg lebih glamer lagi dipanggil Besah.. Kitorang kawan dah lama since sekolah rendah lagi.. Sekarang dah blaja UIA... Tak lama lagi dah nak amik master... Tahniah2.. Her love story.. still tak ada kemajuan.. macam dah nak terundur plak.. Sabar syah.. aku yakin satu hari nanti ada seseorang yang akan menyunting kau menjadi permaisuri hidup dia.. Jodoh pertemuan kan kat tangan Tuhan...

Dari rumah aishah plak aku terus angkut aishah bawa gi rumah kawan aku yang baru je manimang cahaya mata, Zunnurain Abdul Rahman. Kitaorg panggil zun jer.. Wah... zun dah ada anak laa... bertambah lagi la senarai member aku yg dah bergelar ibu... Dapat baby gurl... Aisha Humaira'. Kiut macam Danish waktu kecik.. (eheh nak juga ada nama anak dia).. Tahniah Zun sebab dah naik satu level lagi dalam alam berumahtangga, dari seorang isteri kepada seorang ibu...

Dari Zun pula aku dapat cerita yang member aku merangkap bekas jiran aku Noraini atau bebudak ni panggil Nobi pun dah pregnant n tengah tunggu ari je.. N berita yang paling terbaru aku dengar sekarang ni dah bersalin pun... Baby gurl jugak... Apa lagi erk??? ooo... Hanna dah kawin, Dila dah kawin jugak.. dah ada isi pun.. Wana plak akan berkahwin... bulan seblas ni ngan rozaien...

Boleh tak agaknya aku nak pakat ngan memember aku ni untuk baby akan datang kita plan ngandung sama-sama nak??? Mesti best kan??? wakakkaka..... mengarut jer aku ni... tak pernah dibuat org... apa daa...

Ok la aku cerita ni mcm korang kenal plak diorang... Nih semua member sekolah rendah aku.. Kalau korang nak tengok gambar diorang atau pun berminat nak kenal kebih dekat.. cari dalam frenlist facebook aku...

coretan dari aku::

Monday, October 5

Main Tukar-Tukar Template Plak

Asyik main tukar template je.. last-last aku guna yang ni balik.. Ntah kenapa template ni aku rasa sesuai dengan jiwa aku.. tul tak??

Tak ada benda sebenarnya yang aku nak tulis. Cuma nak bagitau yang aku skrg tgh sibuk sesangat.. Time2 raya mcm ni aku rasa surirumah lah yang paling bz sekali.. tul tak??

penat ni.. semalam baru buat open house.. umah tak abis kemas lagi.. ni pun curi2 masa surf internet. ngantok la nak titon

byeee