Sunday, September 26

Psstt... Danish dah 2 tahun tau..

Salam semuanya.. Lama menyepi tetiba hari ni nak buat entry lak. 24.09.10 hari tu, maksudnya 2 hari lepas, Danish dah masuk 2 tahun.. Yeeiihhaaa..!!!! Dah besar dah.. Alhamdulillah. Disebabkan kesibukan keluarga, erm.. ini semua kerana ayah midon, aka bapa mertuaku sudah membuka kedai di Purnama Kem Gemas, jadinya, memang busy la.. Bertambah-tambahan lagi ibu mertuaku iaitu cik Ram menolong ayah di sana. Setiap hari, dari pukul 9 pagi sampai 9 malam.

Selalunya kalau ada majlis harijadi ibu lah yang menguruskan semuanya, aku jadi kitchen helper je. Tapi kali ni, ketua chef tak de, so aku la yang kena menggantikan tempat beliau. Mulanya malas gak nak buat apa2. Tapi bila aku fikirkan balik bukan selalu sambut birthday Danish. Setahun sekali je kan. Aku pun terus gi kedai, beli mee hoon 2 paket. Pastu, telefon Midon, suruh dia balik awal sikit nak ajak gi beli kek.

Selepas beberapa jam berhempas pulas dan berperang kat dapur, akhirnya semuanya siap. Menu sesimple yang boleh iaitu, mee hoon goreng, ayam goreng ayamas, kaya ball, hot dog goreng, kentang goreng, kek dan air. Okey, dah cerita2 ni gambar mesti nak ada lah kan?? Video pun ada tapi disebabkan internet yang lembap (juga penyebab mengapa aku dah lama tak update blog dan berblog walking), jadinya aku malas nak upload video..


Ini keknya... Ingat nak beli yang kartun2 sikit, tapi dah nak beli on the spot macam tu, ambil apa yang ada je la...


birthday boy..


Gambar memang tak clear sebab pakai kamera handset je..



Sedikit suasana malam tu.. 

Tak jemput orang pun, hanya ahli keluarga je. Tak pe la kan, asal meriah.. Anyway. wish ibu untuk my little one Muhammad Hami Danish, semoga sentiasa membesar dengan sihat dan ceria. Cepat2 belajar bercakap ye cayang...



Saturday, August 14

Biodata Muhammad Hami Danish bin Hamidon

Beberapa minit selepas dilahirkan

Nama                        : Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Maksud nama           : Yang terpuji, yang melindungi dan yang bijaksana
Tarikh lahir                : 24.09.08
Tempat lahir              : Hospital Besar Segamat
Berat waktu lahir       : 2.7kg
Jenama Pampers       : Drypers WeeWee Dry (L)
Jenama susu              : Dumex Dugro Madu Asli 1,2,3 tahun
Makanan kegemaran : Bubur nasi + kicap lemak jalen + ikan bilis tumbuk
                                   Nasi goreng telur
                                   Ayam masak sup 
Minuman kegemaran : Calciyum
Gigi sekarang            : 16 batang (8 bawah dan 8 atas)
Saiz kasut sekarang   : 7
Mainan yang termahal pernah dimiliki : Kereta sport remote control (RM350)

Hadiah birthday yang pertama dari ayah

Kenapa tetiba nak tulis biodata budak tecik ni pulak? Sebab dalam diam tak diam, bulan depan danish akan genap 2 tahun. Cepat je masa berlalu. Dah besar dah dia.. Nanti aku nak upload video masa Danish baru belajar nak meniarap dulu.. Tunggu.........

Friday, August 13

Meh Peluk Mak Puas-puas

Mood aku sekarang: Tengah melayan perasaan~

Tarikh   :  Suatu malam, 5 tahun yang lalu
Tempat :  Hospital Besar Segamat

Malam tu, aku ngan adik aku seperti biasa, tengah jaga mak aku yang sakit barah paru-paru kat wad. Mata aku tak ngantuk lagi, tapi adik aku dah lena tidurnya. Aku berbaring atas tikar kat lantai sambil memandang mak aku yang sekali sekala terjaga dan batuk-batuk. 

Tetiba aku dengar suara mak aku panggil. "Nor, datang sini". Aku pun lantas panjat katil hospital tempat mak berbaring. Mak cakap lagi, "Nor sayang mak tak?". Ya Allah, kenapa lah soalan ni yang mak tanya kat aku di saat-saat aku berhadapan dengan dia yang sedang tenat. Aku kuatkan semangat supaya tak menitis air mata. Dalam terketar-ketar suara aku menjawab. "Sayanglah mak". Pendek jawapan aku. Sebab aku rasakan macam ada sesuatu tersekat kat kerongkong aku untuk meluahkan kata yang lebih panjang. 

Lepas tu, mak bagi arahan yang aku rasakan agak berat nak aku tunaikan. Bukan sebab aku tak sayang mak. Tapi dek kerana terlalu sayang, aku takut aku tak dapat kawal perasaan aku. Waktu macam ni, aku kena kuat supaya mak tak bertambah sedih. Namun aku gagahkan juga. "Nor peluk mak sayang. Peluk mak puas-puas ya.." Berhamburan air mata aku keluar saat ni. Aku peluk mak dengan penuh erat. Penuh kasih sayang. Ya Allah, mungkinkah ini kali terakhir untuk aku memeluk mak yang melahirkan aku? Itu sahaja yang terlintas di fikiran aku.

"Nor, jangan menangis. Tak nak nangis. Tengok mak tak nangis pun. Air mata mak dah tak mampu nak keluar dah." Ya mak, nor tahu. Betapa tabahnya mak berjuang melawan penyakit selama 4 tahun. Dengan luka kesan tebuk kat belakang badan mak yang sentiasa mengalirkan air bisa, dengan batuk mak yang datang tak henti-henti. Tapi mak masih bisa menjaga arwah abah yang tengah sakit kat HUKL dulu. Nor tahu mak derita mak~ Tapi mak, Nor terlalu sayangkan mak untuk lepaskan mak pergi buat masa ni. Masih terlalu awal rasanya. 

Lepas tu, mak cakap. "Mana abang usop? Mak dengar suara dia tadi." Sumpah aku cakap. Abang aku memang tak de datang hospital malam tu. Tapi, mungkin sebab rindu yang teramat dengan anak kesayangan mak membuatkan mak seolah-olah dengar suara abang yusop. Aku lantas telefon abang usop minta abang usop datang sekarang juga walaupun waktu melawat hospital dah lama habis. Tak lama lepas tu, abang yusof pun datang. terubatlah kerinduan mak. 

2 hari selepas tu, mak aku meninggal dunia. Sejurus selepas kami adik beradik membacakan yasin, mak pun menghembuskan nafas yang terakhir. Aku masih ingat pesan ustaz yang mengetuai bacaan yasin kitorang tu. Pesannya: Bacaan yassin ni lebih afdhal kalau kamu adik beradik yang baca. Ubat yang paling mujarab. Minta sungguh-sungguh ngan Allah. Sekiranya dia nak menyembuhkan ibu kamu, maka sembuhkanlah dia. Tapi sekiranya tidak, lepaskanlah mak kamu pergi. Ini sahaja yang dapat kita tolong buat ibu kamu.

Itulah cerita aku 5 tahun lepas. Bila nak dekat-dekat masuk Ramadhan ni, makin kuat ingatan aku pada arwah mak, abah ngan abang ngah. Alangkah seronoknya jika mereka masih ada. Tapi, aku tahu itu semua ketentuan Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan qada' dan qadar. Aku harap mak, abah dan abang ngah ditempatkan di golongan yang beriman. Amin ~

Friday, August 6

Danish Live On MylittleOne

Wah.. sibuk je sekarang ni kan pasal mak Khairuddin tu. Sana sini ada video dia. Dengar cerita dah ada 3 dah videonya. Tak tahu lah untuk tujuan apa iklan tu ye? Ada sesiapa tau, tolong explain sikit. Kot2 ada maksud yang tersirat. Aku pernah tengok video dia yang pertama dulu tu je. Belum berkesempatan lagi nak tengok yang ke seterusnya.

Danish live on mylittleone, selalu aku upload gambar-gambar Danish je kan. Kali ni aku kasi video dia pula. Saje suka-suka kalau-kalau ada yang nak mengenali anak busuk aku yang sorang tu ngan lebih rapat lagi. Video ni aku rakam guna camera capok laptop je. Bukan full HD ye macam astro beyond tu. Minta maaf la kalau kualiti gambarnya kurang memuaskan.

Ni video yang aku rakam paling latest. Tujuan utamanya ialah nak bagi adik aku yang kat Australia tu tengok bagi melepas rindu dendam dia. Bagi dia tangkap leleh sikit. Huhuhu.. Kejamnya aku.


Kat facebook ada member aku tanya "Danish cakap apa tu lina?". Dan jawapan aku ialah, "Dia cakap bahasa korea tu husna wah nama husna glamer di sini. Aku pun tak faham." Pada umur Danish sekarang ni setahun sepuluh bulan, dia pandai sebut nak (nak mintak sesuatu), jom (ajak pergi memana) tup (tutup), kak (bukak). Ibu?? Belum lagi le.. Kesian kat aku dah nak masuk 2 tahun aku tak dengar dia sebut ibu lagi :(

Video di bawah ni pula salah satu video yang paling aku sayang. Rasanya kalau terdelete masa format lap top memang aku akan meroyan jap. Sebab ini antara aksi lucu Danish yang paling aku tak leh tahan tengok. Silalah menjamu mata ye..


Masa video ni dirakam, Danish kecik lagi tak sampai setahun kot umur dia. Masa tu birthday ibu Midon. Bagi dia makan limau sunkist (FYI his favourite) sebijik, terus stim mata nak tidor.. Sian dia.

Wednesday, August 4

How to change your blog font

Salam semuanya.. Wah tak agak-agak lagi aku punya tajuk kan?? Speaking london lah sangat. Okey straight to the point. Ada beberapa pengunjung blog ni yang tanya kat aku cam ne aku tukar font blog dengan font yang comel2 lote ni. Ehehehe.. (terasa semakin kembang bila dipuji).

So, sekarang aku nak kongsi lah caranya. Sebenarnya aku pun tak le berapa pandai nak tukar2 coding ni. Tapi, apa yang aku pandai ialah mencari di google. Try and error. Terjumpalah aku satu tutorial yang memang boleh pakai. Font yang aku tukar hanyalah untuk font di post tittle dan sidebar. Boleh juga kalau nak tukar keseluruhan blog. Tapi, ada kesan negatifnya. Blog akan menjadi lambat. Tak bersesuaian dengan mereka2 yang gemar berblog walking seperti aku.

Di sini aku bukan nak buat tutorial, tapi nak kongsi link dengan semua. Sebab, tutorial telah sedia ada, buat apa aku nak buat lagi kan? Okey.. ini linknya kevin and amanda. Banyak juga fonts comel lotey yang boleh didownload kat blog dia.



Kepada yang masih tercari-cari caranya tu, nampaknya pencarian anda berhenti di sini. Tutorial ni telah aku cuba dan memang boleh pakai. Tak yah cari2 dah pasni. Aku dah tolong. Tolong aku balik dengan cara klik nuff aku je Boleh??? (kui kui kui). Paksa ke ape ni? 

Kalau ditengokkan dia punya cara memang complicated sikit.. Tapi sikit je.. Apa yang penting ialah kerjasama follow dia punya instruction step by step, Insya Allah menjadi. Aku yang buta coding ni pun boleh buat hanya dengan sekali cuba. Apatah lagi korang ye tak?

Harapnya boleh mambantu korang semua. Adios~

Tuesday, August 3

Dia Kembali Bernafas, Tapi Masih Dalam Pantang

Hari jumaat lepas aku balik rumah mak mertua aku kat Gelang Chinchin. Dah lama rasanya tak balik sana. Riuh rendah lah rumah sana dengan gelagat Abe dan Danish. Terima kasih tidak terhingga kepada mercedes encik Hamidon yang sudah kembali bernafas, tetapi masih dalam pantang. Hehehe..



Agak kelakar aku rasa disitu bila Midon gunakan istilah "dalam pantang" untuk kereta dia. Sayang benar lah tu kat kereta tu sampai boleh jadi bini nombor dua. Setelah aku rasa 5 bulan kereta tu tersadai, akhirnya dapat repair balik. Alhamdulillah. Selama beberapa bulan ni memang rasa sakit betul la. Macam patah kaki sebelah pula. Nak pergi memana semua susah. 

Terima kasih juga kepada kawan Midon Wan, yang sudi bagi pinjam kereta dia kalau aku ada hal nak pakai kereta. Kepada Apek dan Man (walaupun aku tahu korang tak pernah baca dan takkan baca blog aku, tapi aku tetap nak tulis kat sini) yang sanggup bersusah payah tolong Midon angkat enjin, keluar enjin. Jasa korang, moga Allah balas.

Istilah dalam pantang tu merujuk kepada kereta Midon yang tak mampu lagi nak berjalan jauh buat masa ni. Masih ada lagi perkara yang perlu diselesaikan. Tapi, tak pe. Perlahan-lahan kan? 


Tuesday, July 27

Sweet Cute Baby Smile Contest


Create your own banner at mybannermaker.com!

Masuk contest lagi ye Danish.. Hehehehe.. Okey, contest Sweet Cute Baby Smile Contest ni dianjutkan oleh blog intankuterpilih. Antara tujuan utamanya ialah untuk mempromosi blogshop terbaru beliau, Baby ku cute Collection. Cantik-cantik baju kat sana. Comel2 belaka. Sesuai nak pakai raya nanti kan?

Create your own banner at mybannermaker.com!





Untuk penyertaan pula, sekeping gambar sahaja yang diperlukan, iaitu gambar si baby tengah tersenyum simpul, manja dan cute.. Wah.. aku pandai tokok tambah ni. Setelah penilaian demi penilaian diambil maka gambar yang aku pilih ialah... Teng teng teng...


Nama anak: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur : 1 tahun 10 bulan
Nama ibu: Nur Azlina Aris


Aku rasa inilah gambar yang paling sesuai masuk sebab, dia sedang tersenyum dengan sweet dan cute. Dan yang paling penting sekali, tepat memandang kamera.. Kan puan penganjur kan??

Ragam Danish part I

Muhammad Hami Danish bin Hamidon.. Sekarang umur dia dah 1 tahun 10 bulan. Macam-macam ragam yang dibuatnya. Kengkadang menggelikan hati, ada juga yang memanaskan hati, tak ketinggalan jua menyejukkan hati. Aku rasakan dah dekat beribu keping dah aku tangkap gambar dia. Harapan aku agar bila dia besar nanti, akan aku tunjukkan gambar2 dia. Mesti seronok kan?


Muka cengeng dia.. Hahahaha.. Kesian.. apa ke halnya anak ibu ni? Sedih ker? Owh.. yang kat bawah ni plak, muka cebik dia..


Ini kategori budget hensem banget...


ada lagi....


Muka nakal??? ada gak.. ini dia...


Kat bawah ni, gambar suka ria dia bermain air di dalam bilik air without permission, kantoii akhirnya dengan ayahnya, siap dengan bukti kesalahan sekali.. Huhuhu..



Okey.. itu sahaja untuk kali ni.. Da..~~
Ops.. lupa lak.. Congratulation to my best friends, dilla. Dah pregnant 5 weeks.. Huhuhu..

Sunday, July 25

Dah nak bersalin, baru tahu diri mengandung


 

Percaya atau tak, aku nak kongsi cerita yang aku dapat melalui satu forum untuk pengalaman kita bersama. Macam ni, hari tu sesaje la aku google pasal masalah mengandung. Tersinggah pula kat satu forum yang sedang berbincang mengenai masalah period yang tak stabil selepas bersalin. Ada satu hamba Allah ni, aku tertarik dengan cerita dia. Macam mana dia boleh tak sedar yang diri dia mengandung 38 minggu.

Okey, disebabkan aku tak ingat nama dia (kalau aku ingat pun, takkan aku nak letak nama dia kan?) aku gelarkan wanita ni sebagai lady je.

Lady ni sebenarnya masih belajar kat U. Tapi, sudah berkahwin dan dah ada anak sorang. Lepas dia bersalin anak pertama tu, masalah period yang tak menentu datang. Sampailah satu masa period dia datang 3/4 bulan sekali. Sekali datang tu dalam kuantiti yang sedikit. (Harap maklum ye kepada cik2 abang yang baca entry ni. Maaf kalau direct bercerita pasal period. Tambah pengetahuan apa salahnya kan?).

Husband dan kawan-kawan dia ada juga tegur kenapa perut dia makin buncit. Dia pun tak tahu dan tak ada pula menjangka apa-apa. Mungkin perkara biasa je. 

Sampai satu hari tu pada malamnya dia tak dapat tidur sebab rasa sakit pinggang. Dia tunggu sampai esok pagi dan pergilah klinik. Doktor pun tak ada suspect apa2 dan hanya bagi dia pain killer sahaja. Doktor kata mungkin sebab dia salah tidur. Sebab tu sakit pinggang.

Lepas tu, dia pun balik ke rumah. Tapi sakit perut dan pinggang makin menjadi2 pula. Nak tak nak, dia call adik dia suruh teman dia pergi ke klinik yang lain pula. Bila dia cerita kat doktor apa masalah dia, doktor terus buat ultrasound. Sangat-sangatlah dia terkejut bila doktor cakap yang dia sebenarnya dah mengandung 38 minggu. Dan sakit yang dia hadapi tu adalah sakit nak bersalin.

Lady ni ngan adik dia terus pergi ke hospital swasta yang terdekat sebab rasanya memang dia dah nak bersalin sangat. Pada mulanya. doktor kat hospital tu tak berani ambil kes dia sebab tak pernah buat pemeriksaan dekat situ. Tapi, bila adik lady ni terangkan masalah kakak dia ni, doktor tu pun terima.

Dan, waktu aku baca post dia tu, anak dia dah pun berumur 6 bulan. Dia rasa bersyukur sangat-sangat sebab anak dia sihat dan selamat. Tapi sedikit terkilan sebab dia tak tahu yang dia mengandung dan turun naik tangga kuliah.

Pernah lah dengar orang tak sedar mengandung masa awal-awal pregnant. Kalau dah nak bersalin baru tahu, seriously, inilah pertama kali aku dengar. Tapi, terima kasih juga aku ucapkan untuk walau siapa pun lady ni yang sanggup berkongsi cerita dia. So, dari situ aku tahu masa kita pregnant pun mungkin akan datang period. 

Hurmmm.. mungkin ada juga kawan-kawan blogger aku ni yang pernah ada atau dengar pengalaman macam ni kan? Boleh kongsi sikit??

Friday, July 23

Contest: Cute Funny Eating Baby

Salam semuanya.. Kali ni terasa macam nak join contest lagi.
Sebenarnya dah lama aku tengok2 contest ni kat blog kengkawan.
Tapi, senyap dulu sebab nak tengok ada tak gambar Danish yang sedang makan dengan lucunya.

Ada lah beberapa keping. Pastu, syarat2 pertandingan pun senang and easy.
So, why not give it a try kan??

Contest dianjurkan oleh suziey.com. Tarikh tutup penyertaan ialah 15 Ogos 2 pm.
Kalau nak cuba masuk contest ni, sila klik pada banner di atas atau kat sidebar ye..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Itu tadi pengenalan contest, Ini pula gambar yang aku pertaruhkan
Nama : Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur: 1 tahun 10 bulan

Suziey.com akan menganjurkan contest bermusim. Untuk season 4 ni, inilah contest. Tak lama lagi akan ada pula season finale.. (macam american idol lak kan.. hik hik hik). Hadiah sungguh lumayan..

iaitu,
" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"

Thursday, July 22

Touching Moment With Danish

Salam semua.. Itulah aku. Bila dah start buat entry, mulalah idea datang mencanak-canak. Kalau tak, berminggu2 tak up date blog. Sungguh tak berdisiplin ye ko lina. Cam ne nak kaya macam blogger popular tu? 

Sebenarnya ada benda yang aku nak kongsikan kat sini. Danish betul-betul buat aku terharu tadi. Nak tahu apa ke dia?

Hari ni macam biasa lah kan aku memang kerjanya tidur lambat. Pukul 2/3 pagi pun aku rasa macam pukul 9 malam. Danish? Hm.. sama gak. Aku rasalah kan dalam dunia ni (ni aku lah yang rasa tau) dia lah budak yang paling tahan mengantuk. Kalau anak orang pukul 10 lebih dah tidur, anak aku pukul 10 tu time main dia lagi.

Ok la berbalik kepada peristiwa touching itu ye. Dalam pukul 2 lebih tadi, aku lepak lah dalam bilik sambil melayan Danish yang tengah main sepah-sepah dalam bilik. Abang aku pula, ada kat ruang tamu menghadap komputer. And then, dia pasang pula lagu raya. Aku ni plak bukan korang tak tau memang jenis sensitif sikit orangnya. Mengalirlah air mata suci aku ni sebab tetiba teringatkan arwah mak, abah dan abang ngah. 

Memula, Danish ni tak perasan aku nangis. Tiba-tiba dia datang dekat aku. Nak tahu dia buat apa? Dia ambil baju aku, dan dia lapkan air mata aku. Aduhh.. So sweet..... Bertambah deras lagi empangan mata aku pecah. Really.. Aku begitu touching sekali. Tak pernah pula dia buat perangai macam tu sebelum ni. Sayang Midon tak dapat tengok semua tu sebab dia ada kat umah mak dia sekarang.

Hurm.. seronok betul ada anak kan? Every single little thing yang dia buat is a new experienced for me. Bermulanya saat aku bergelar ibu, aku bagai menjadi orang baru. Aku berdoa agar pasangan yang masih berusaha untuk dapat anak tapi belum berjaya, teruskan usaha. Sebab apa? Hasilnya nanti lebih beharga dari segalanya.

Kan???

Mak Budak Merempit Depan Rumah Aku

Ini yang aku panas hati ni.. Geram betul. Ada ke patut "seseorang" itu merempit depan rumah aku. Betul-betul depan rumah lak tu. Hangin satu badan ni. Macam tak ada tempat lain dia nak lepas gian bawak motor. Depan rumah aku juga yang ditujunya.. Mak budak pula tu. Siap bawak anak ngan laki dia sekali. 

Aku pun malas la nak cerita banyak.. Korang layan je la gambar ni ye.. Sempat aku tangkap gambar lagi nak bawa bukti pergi report polis.Suspek2 ni memang wanted pun khabarnya. Bahaya tak aku?? 

NOTES: Sila abaikan daun-daun nan kering yang berselerakan itu. Kerana, memang aku sedang menunggu untuk ia hapus dengan sendirinya. Terima kasih.


 Nama suspek: Nur Azlina Aris


Nama suspek: Hamidon bin Azni


Nama suspek: Muhammad Hami Danish

Oh ya, nampaknya suspek-suspek tersebut rupa-rupanya adalah diriku, lakiku dan anakku sendiri. So, aku pun tak jadi report polis. Siapa yang rasa macam lawak, sila gelak. Siapa yang rasa macam "hek elleh.. tak ada idea lah tu.. Benda ni pun nak buat post" Sekiranya itu yang anda fikirkan, 

Maka, bacalah cerita sebenar di bawah ini...

Sebenarnya cenggini, hari tu hari selasa lepas. Aku teringin lah nak buat pengat durian. Pergi kedai kat depan rumah ni, tak adalah pula gula melaka. Kebetulan pula masa tu ada member Midon datang. Aku pun dengan muka tak malunya minta pinjam motor. Midon ni pula, semenjak menjak aku ni jadi bini dia, memang dia tak bagi aku naik motor. Bahaya katanya. Padahal sebelum kahwin dulu, motor juga lah yang aku seret bawa sana sini. 

Tapi, hari tu dia bawalah juga aku naik motor pergi kedai (setelah aku mengugut untuk berjalan kaki ke kedai yang lebih kurang 7 Km jauhnya). Balik dari kedai, tiba-tiba dia berhenti kat tepi jalan. Oh.. rupa-rupanya dia bagi can aku lepas gian bawa motor. He he he. Aku pun dengan tersenyum simpulnya bawalah motor balik rumah. Ada lah berdebar juga setelah 2 tahun lebih tak bawa motor. 

Sampai pula rumah, dek kerana kesiankan Danish yang tak dapat ikut pergi kedai, Midon pun suruh aku bawa dia jejalan kat laman rumah. Happy sesangat dia. Lepas sessi bergambar, aku pun masuk rumah buat pengat durian. Nampaknya percubaan pertama aku menjadi. Sangat2 lah best. Siap suruh Midon bawa balik rumah bagi mak mertua aku. Eceh.. 



P/s: Kas Salina, kalau akak terbaca entry lina ni, kenapa erk nak masuk blog akak dah tak leh? For invited readers only. Sedihla.. tak dapat tengok aqil naim lagi.. Huhuhuhu..

Sunday, July 18

"Miakididdles Giveaway"

Miakididdles Giveaway


Setelah di tag oleh cik puan aisha, aku pun dengan suka relanya nak join giveaway ni.
Dengan hadiahnya yang cukup comel, iaitu patung kucing tenit, aku pasti kalau danish dapat mesti seronok tul dia.. ehehehe..

Giveaway ni dianjurkan oleh Momma Mia from Miakididdles and Miakididdles Conway.
Anak perempuan dia. damia bakal sambut birthday ke 2 pada bulan 8 ni.
 Happy becoming birthday dear baby damia.

Momma Mia juga nak pandangan macam mana dia nak improvekan lagi blog dia..
Hurm.. nothing much la momma mia.. Blog awak dah ok dah. Lagi ok dari blog aku, cam ne nak komen? Heheheehe..

Ok, sekarang masa nak tag blogger yang paling mesra plak, owh... saper lagi kalau bukan,
Kak Salina dan Ibu Arifa..

Itu aje lah kot.. Kalau ada apa-apa kurang, harap tinggalkan komen ye..

Thursday, July 8

Nak Tau Cerita Pasal Tudung Ariani??

 Gambar ihsan google

Macam ku kenal erk?? Sape ni ye. Mesti ramai kenal kan? Ini lah dia tokey besar tudung ariani tu. Farah Haryani. See.. Nama koleksi dia pun diambil sempena nama dia sendiri. Sangat sesuai. 

Sebenarnya, aku lebih mengenali empunya diri ni dengan panggilan cikgu Farah. Ya.. dia merupakan cikgu aku masa form6 dulu. Mata pelajaran MUET. Kepada bekas-bekas pelajar sekolah Tinggi Segamat dulu pun memang dah kenal sangat dengan cikgu ni. Sangat la cantik dan murah dengan senyuman.
Isteri kepada pengusaha Jakel, tetiap hari dia datang sekolah, aku tertarik betul dengan baju kurung dan tudung dia. Sekilas tengok pun dah tahu mesti jenis yang mahal punya. Cikgu yang sangat-sangat sporting. Bila dah mengajar MUET tu, of course la dia ada pelajaran yang tinggi. Speaking pun mesti power.

Tengah-tengah mood nak raya ni, jom lah kita serbu butik ariani. Wah.. aku ingat raya lagi. Kalau ada masa, singgah la ke www.ariani.my untuk merambangkan mata dengan koleksi tudung yang cantik-cantik belaka. 

Akhir kata, aku memang berbangga kerana berpeluang mengenali seorang wanita yang berjaya seperti ini.

Ada Rezeki, Adalah..

Lumrah manusia.. Selalu je tak cukup dengan apa yang dah sedia ada. Macam aku juga. Ehehe.. Kemajuan sekarang ni memang cepat kan? Macam Midon, sekarang ni dia pakai handset Nokia N95. Aku ingat lagi masa baru-baru kahwin dulu, (3 tahun lepas). Handset tu baru keluar. Midon beli dengan harga RM1700. Mahal kan? Bagi aku lah kan, memang mahal. Tak tau lah korang cam ne. Tapi, sekarang ni, hurm.. sebelah mata pun orang dah tak pandang dah handset tu.. (ye ke?). Kalau jual pun, ada lah dalam RM300. Bila ingatkan balik harganya masa baru keluar dulu, memang rasa tak berbaloi jual. Aku pun memang dah suruh Midon beli handset baru. Dah lama sangat dia pakai handset tu pun.

Lepas tu, kamera. Sana sini orang pakai camera DSLR. Gambar memang cantik la. Aku pun ada tanam cita-cita nak beli kamera ni. Dulu orang pakai camera yang guna filem tu aje. Setiap kali nak guna kamera, kenalah beli filem. Dah tu, bila nak cuci, mahal betul. Belum kira lagi dengan gambar yang tak jadi. Itu masa zaman aku sekolah rendah la. Bila masuk menengah pula, orang dah mula pakai kamera digital. Ni memang menjimatkan. Sebab, tak yah cuci-cuci. Masuk je gambar dalam laptop. Cuci-cuci pun hilang nanti. Simpan dalam laptop selamat. Kalau ada rezeki lebih, memang la aku mengidam kamera DSLR. Sekarang ni tengah usha-usha Midon suruh beli. Dia pun macam berminat sebab dia gi bercuti hari tu, member dia tangkap gambar pakai kamera DSLR. Memang dia terpikat le.. Eheheehe..

Ha.. cam mane.. Nampak macho sebab pakai kamera tu kan??

Apa lagi erk? Erm.. keinginan yang ini, aku rasa macam tak patut je aku minta Midon tunaikan. Tapi kalau dapat ok juga. Kalau le boleh, aku nak Wii. Ye.. nak nak nak. Semua nya sebab aku terpikat dengan game Harvest Moon Animal Parade. Gambar cantik.. Controller pun berjenis-jenis. Tapi bila fikir yang aku dah ada Ps2 dan Psp, memang tak patut la nak tambah yang ni. 

Ini la benda alah wii tu. Ada yang nak sedekah??

Lap top baru. Ni dari dulu lagi aku nak. Sebab nya semenjak Midon dah pandai bersosial guna facebook ni, memang le lap top kat dia je. Ni dah pepagi buta baru lah dapat kat aku. Lagi pun, sama juga macam handset, laptop ni kemajuan dia cepat. Sekejap je rasanya tapi laptop dah jadi model lama. Banyak game2 atau software yang dah tak compatible ngan aku nya laptop. Padahal baru gak beli 3 tahun lepas. Aku nak main game The Sims3 pun tak boleh. (Aik??? aku ni asyik ingat game je..). Memang, aku memang suka main game. Tapi tak ler macam zaman bujang dulu. Kurang sikit la aktif nya.

Actually, banyak lagi sebenarnya. Tapi biarlah. Nanti korang muak pula baca. Ok.. Ok.. Ini last punya keinginan.. Kalau boleh lah kan.. Aku nak anak lagi.. Eehehehe.. Ini pun sedang mencuba. Danish pun dah dekat 2 tahun dah. Aku rasa dah boleh dah dia dapat adik.
Tak salah kalau kita ada keinginan. Keinginan juga adalah satu bentuk motivasi untuk diri. Keinginan yang salah ialah bila terlampau taksub. Sampaikan kalau apa yang kita nak, tak dapat, pastu nak mengamuk ngan semua orang. Jangan lah sampai menyusahkan suami pula kan? Kalau ada rezeki, adalah..

Sebuah lagi entry hasil nukilan,
liennasts

Wednesday, July 7

Bercerai Gara-gara Facebook

Salam semuanya.. Erm.. lagi-lagi nak cerita pasal Facebook.. Tak habis-habis.. Aku sebenarnya berasa terpanggil untuk menceritakan kisah ini untuk dijadikan tauladan. Sebelum tu, mari kita sama-sama cungkil baik dan buruknya Facebook ni.

Apa faedahnya ada facebook ni? Kalau orang tanya kat aku lah, memang aku akan jawab banyak faedahnya. Antaranya, of course la dapat jumpa kawan-kawan lama dan baru. Dapat jimat duit pun ye juga kan? Daripada nak call/sms kawan guna phone, baik chat kat facebook. Jimat kredit. Kita pun boleh kongsi-kongsi gambar dengan kawan. Mana kawan-kawan yang simpan gambar lama-lama tu, bila di upload kat facebook, dapat ler kita menatap sama-sama.. Mengimbau balik kenangan silam..

Dan sekarang dah jadi trend pula jemput kawan-kawan ke majlis tak kira lah kahwin ke, tunang ke, birthday party ker, open house ke (wah... mood raya lah plak.. puasa dah ganti?) guna benda alah facebook ni juga. Amat lah memudahkan. Segalanya di hujung jari.. Pastu boleh pula buat survey berapa ramai yang nak datang, atau pun tak dapat datang.. Hantar virtual card lagi.. Memang senang la..

Tapi tu lah kan.. Setiap benda atau kemajuan  ada pro dan kontra nya. Bukan kita tak pernah dengar kawan sesama kawan bergaduh kat facebook. Saling mengata sesama sendiri. (Bukan ditujukan kepada sesiapa.. benda umum yang semua sedia maklum). Paling sedih sekali kalau sanggup mengaibkan atau membuka pekung orang lain dengan mencanangkan segala berita sensasi kat wall facebook.

Ini pula cerita pasal suami isteri. Tak kurang juga hebatnya. Pernah aku terdengar kenalan aku juga, laptopnya dihempas oleh suami pasal asyik ngadap facebook.. Hurm.. Patut ke? Macam seposen dua je harga benda tu nak dihempas2. Yang Isteri pula, payah la nak cakap. Sendiri ingat lah.

Paling terbaru ni aku dengar salah seorang kenalan Midon, aku rasalah tak sampai setahun pun kahwin, dah bercerai. Bila ditanya sebab apa? Facebook... facebook.. facebook. Yang isteri ni menyamar guna nama lain dan add la suami ni. Pastu dia check profile suami dia. Boleh dikatakan 99% kawan suami ni betino belaka. Pastu, boleh pula gambar nikah diorang, bila orang tanya, laki dia cakap gambar masa hari raya. (uhh.. raya lagi). Boleh ker macam tu? Ini kes takut mengaku dah kahwin ler ni.. Takut peminat lari ke? Dah macam Artis le pula.

Macam-macam hal kan? Ini lah jadinya kalau kemajuan disalahgunakan. Benda positif  boleh jadi negatif. Niat tu penting. Kalau niat baik, baik ler jadinya. Kalau niat jahat, Tepuk Dada Tanya Selera..


Sebuah lagi entry hasilan dari,
liennasts

Monday, July 5

Menghilang Bukan Beerti Tiada..

Wah wah wah.. dramatik sungguh tajuk post itu yer? Lama juga aku menghilang kali ni kan? Kepada memember yang sudi menjengah blog ni, minta maaf bebanyak kerana terpaksa pulang degan tangan kosong. Ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Satu daripadanya ialah streamyx kena potong.. Hehehehe.. Dengan tak malunya aku mengaku.

Broadband pula, aku pakai yang celcom punya. Tak de line 3G sini. Terpaksa lah pakai GPRS.. Lembab macam siput. Nak buka blog pun semput. Tapi, tadi Alhamdulillah. Ada rezeki masuk, dapat ler sambung balik streamyx. 

So.. apa cerita sekarang? Harapnya yang perang2 dingin dulu tu dah senyap le ye?? Perang apa? Adalah.. Siapa yang tahu, tahu lah.. 

Sepanjang aku menghilang ni, sempatlah aku menghadirkan diri ke majlis kahwin kawan-kawan. Syokk nyer.. Ada yang kahwin, ada yang bertunang. Boleh dikatakan pada umur 24 tahun ni, ramai yang dah mula membina hidup sendiri.. Yang dah nampak hala tuju hidup memasing.. Tahniah sahabat. Semoga apa yang diusahakan dan dirancang dapat dicapai..



 Bergambar masa majlis nikah Dila dan Hadi..

Erm.. ada juga desas desus nak buat reunion untuk exclaasmate Teknik Jb dulu.. Nak pergi pantai katanya dalam hujung tahun ni. Bagus.. bagus.. Saya setuju.. From now on, nak kena kumpul duit sikit2 la.. Ada lubang bisnes yang best tak? Kongsi sikit ye.. Berminat sungguh ni.. 

Akhir kata, liennasts sudah kembali... 

Saturday, June 12

Mrs Bubu GiveAway

MRS BUBU GIVEAWAY

Nak cenderahati dari Melaka?
Jom le join giveaway ni..
Klik sini




Contest: Gaya Mandi Paling Comel



GAYA MANDI PALING COMEL



Haish.. dah lama rasanya tak update blog...
Jalan-jalan tadi, terasa nak join contest lak..
So, ini lah dia Contest Gaya Mandi Paling Comel
Sapa nak join, klik sini
Contest ni dianjurkan oleh mama balqis.. tarikh tutup pada 15 jun..
Nasib baik masih sempat lagi.. 
Gambar yang menjadi taruhan ialah..


Nama : Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur: 1 tahun 9 bulan

Gambar ni diambil secara candid oleh Midon.. Aku masa ni tengah syok tengok tv, tak sedar yang si anak bujang ni dah "mandi" dengan riangnya dalam bilik air.. (bilik air dalam bilik). Tengok la muka kantoi dia tu.. Macam geram erk.. tengok senyuman penuh nakal dia tu. Ehehehe..

Monday, May 24

Ini Bukan Entry Perang.. Harap maklum

Salam sejahtera. Nampaknya from nowadays, aku kena lah berebut ngan abang aku guna komputer. Sebab, lap top ku itu sudah kembali kepada tuan empunya nya.. Huhuhu.. Siapa lagi kalau tidak Encik Hamidon. Mula-mula memang la rasa berat hati nak bagi. Tapi kan, aku tak nak digelar tamak. Ye lah lap top nak, psp nak, kad astro pun kat aku. Yang dia, duk kat rumah sana, terkontang-kanting boring..

Em.. ni abang aku tengah rehat jap, (kalau tak, memang 24/7 dia depan pc ni, blogger tegar lah katanya.. ehehehe). So, dikesempatan yang ada ni aku blogwalking la. Singgah la di blog adyshariz. Baca entry terbaru dia. Lepas tu, baca komen, aku terpikat ngan komen si suziey.. Sebab pendapat aku adalah sama dengan dia.

Sebab apa? Benar apa yang dikatakan. Aku pun pernah gak join jelajah blog ibu yang Ben buat tu. Kalau tengok sambutannya, memang menggalakkan. Sana sini orang dok sebut pasal Ben. Aku rasa dekat beratus juga blog2 ibu yang join. Tapi, hampa kan bila kerja yang dilakukan tak setimpal dengan sambutan yang diberikan. 

Bagi aku lah kan, kalau Ben Ashaari dah merancang untuk buat jelajah tu, sepatutnya dia perlu komited dengan apa yang dia buat. Bukannya "macam melepaskan batuk di tangga". Review yang diberikan pun, bukan setakat copy paste apa yang empunya blog tulis. Memang ada antara blog-blog ibu yang hampa dengan review yang diberikan. Aku juga salah seorang darinya. Tetiap hari kita periksa sama ada blog dah di review ke belum. Tapi bila tengok review nya hanya sekadar itu, rasa macam tak berbaloi.

Tak salah apa yang dia buat, mungkin betul apa yang dikatakan orang, dia mahu mencari traffik. Tapi sekiranya traffik yang disumbangkan oleh kami2 ni dibalas dengan review yang setimpal. Aku rasa takkan ada suara-suara sumbang di belakang. Betul tak? 

So, diharapkan sekiranya adalah sesiapa yang berhajat dan berkeinginan untuk membuat seperti yang dilakukan oleh Ben itu, perlulah fikir cara yang lebih bersistematik dan bersungguh-sungguh menjayakannya. Pastikan diri dah bersedia, jangan pula sampai tak terbawa..

Saturday, May 22

Baby With Soother or Feeding Bottle

Baby With Soother or Feeding Bottle



Setelah ditag oleh adyshariz dan mamaukail, 
 makanya dengan ini aku pun nak join contest ni gak..
Danish memang tak pernah dan tak reti pakai pacifier
So, yang ada gambar dia pakai bottle je.. 

Perhatian-perhatian.. Sesiapa yang nak join gak, baca syarat-syaratnya yang tersangat mudah di
Gambar yang aku pertaruhkan..

 Cari punya cari punya cari.. 
Dapat lah sekeping gambar ni.. Ok lar tu kan?

Nama budak kecil ni: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Tarikh Lahir: 24.o9.o8
Email: liennasts@yahoo.com

Sekarang aku nak tag,
Sebab aku tengok kak salina ni jarang no.. join contest.. ehehe..
Jangan marah a.. menang dapat hadiah tau..

Tag: 23 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Saya

Aku telah ditag lagi.. Huhuhu.. Bersemangat nak bayar hutang tag ni. Hehehe.. Inilah kerjanya kalau dah tak de idea tulis post. Bagus juga ye tag ni, boleh bagi post free untuk blogger yang ketandusan idea.. Okey, tag kali ni aku dapat melalui abang aku, Akuvision. Seorang blogger juga. Aku memang tabik la dengan dia sebab dalam masa tak sampai 3 bulan buat blog, follower dah mencecah 500 ke atas. Tahniah buat anda bro..

Enough for the introduction, ini lah tag nya.. Memula mesti kita tengok rule nye ye.

  1. Tuliskan 23 perkara rawak tentang diri anda (sama ada fakta, impian atau imaginasi)
  2. Sampaikan tag ini kepada 5 rakan blog yang lain
  3. Harus ikut peraturan, jika tidak tag anda tidak sah.
  4. Ikut segala yang ditulis di atas.
23 perkara mengenai aku ialah:
  1. Nick aku, liennasts aku gunakan sejak zaman aku bersekolah lagi, (form2) masa zaman chatting2 kan. Sampai sekarang aku still sayang lagi ngan nick tu. Sebab ramai kawan2 aku mengenali aku melalui nick tersebut.
  2. Lepas PMR, aku pernah dapat tawaran ke SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) tapi aku tak pergi.. 
  3. Kenapa aku tak gi SMKA? Sebab aku dapat tawaran ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.
  4. Dulu, aku pernah menjadi seorang pelajar yang amatlah nakal.. Hehehe.. Ponteng sekolah sampailah beberapa kali abah aku kena panggil ke sekolah.. Suatu yang aku tak banggakan. Tapi, kenangan manis buat aku..
  5. Sejak aku bersekolah rendah lagi, dah pandai bercintan-cintun. Tapi biasalah, cinta monyet budak2. 
  6. Pernah mendapat tawaran untuk masuk ATMA (Akademi Tentera Malaysia). Tapi aku tak gi juga, sebab masa tu abah aku tengah sakit tenat.
  7. Aku pernah bekerja, dekat kilang buat cermin. Sempat merasa sebulan gaji je. Lepas tu aku berhenti. Tak tahan lor.. Kena berdiri satu hari..
  8. Pernah accident kat depan HYUNDAI, (depan sikit je dari angsana). Masa tu aku ngan Midon naik motor. Tetiba je dia boleh tertidur, motor pun langgar tiang letrik. Kitorang sama2 terjatuh.
  9. Motor aku dicuri lepas tu. Ye lah kan, kitorang gi hospital. Motor parking situ. Besoknya tengok motor dah tak nampak bayang.. Kriss Hitam..
  10. Motor kedua aku, skuter Moskito.. Huhuhu.aku memang bangga la bawa moskito gi sekolah dulu. Pastu, elok2 je design motor tu cecantik, kena tarik la pula. Sebab dah dekat setahun tak bayar. Kuang kuang kuang..
  11. Arwah mak aku dulu Bidayuh Sarawak, so aku ni kacukan bidayuh+melayu.
  12. Tau la satu dua perkataan Bidayuh. Gok katik man tubik= mari sini makan nasi. Itu pun mak aku ajar masa balik rumah atok dulu. 
  13. Badan aku bersaiz besar (gemuk la tu). Sangat susah nak cari baju. Sian aku..
  14. Suka main Harvest Moon.. Tak kiralah versi PS2 or PSP semua aku pernah main. 
  15. Impian aku, nak main kesemua game Harvest Moon yang aku tak khatam2 tu.
  16. Aku sangat senang mengalirkan air mata. Tengok cerita sedih sikit, berjurai2 air mata keluar. 
  17. Peminat cerita Korea.. Cerita korea yang paling aku suka, Full House, My Girl, My Lovely Samsoon..
  18. Aku pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang hanyalah 2 kali. Pertama sekali tengok cerita Fight Plane lakonan Jodie Foster dan yang kedua, cerita Ada Apa Dengan Cinta. Kat segamat mana la ada panggung wayang. Jadi nya aku memang jakun. hehehe..
  19. Bakso angsana memang aku rindu.. Bila la nak gi JB lagi ni. 
  20. Erm.. sijil SPM aku kat teknik JB tu aku tak ambil2 lagi. Dah bertahun2 dah ni. Korang dah ambil?
  21. Mudah panas baran.. dan mudah mengamuk. Lepas tu, mudah plak menyesal.
  22. Aku nak memilikki rumah sendiri dalam masa 10 tahun lagi. Kalau lagi cepat lagi bagus.. Tapi, duit tarak..
  23. Aishh?? dah abis dah? Banyak lagi aku nak tulis ni. Tak pe la.. Lain kali ye..
Jengg.. jengg.. sampailah saat dan ketika untuk aku tag orang plak.. Jaga-jaga, mari kita tengok siapa yang kena..

Kepada yang kena tag, harapnya anda sudi2 la buat ye. Aku nak tahu juga serba sedikit pasal korang. Boleh kan???? kan???

Friday, May 21

Keloid Balas Dendam

Pernah dengar perkataan keloid? Keloid ni ialah kesan parut luka yang hidup. Ia boleh menjadi timbul dan membesar sehingga melepasi kawasan luka. Keloid juga boleh menjadi begitu besar dan mengakibatkan rasa gatal dan tidak selesa.. Tak tahu lagi apa tu keloid? Tengok gambar ni la senang nak cerita..



See? itulah keloid. Bukan aku punya gambar, aku google tau. Yang ni terjagi dekat belakang telinga. Benda ni boleh muncul dekat mana-mana je anggota badan, yang pernah mengalami luka. Suntikan vaksin (BCG) pun boleh menimbulkan keloid. Aku pun kena gak benda alah ni. Bekas BCG aku yang kat bahu ni jadi timbul dan meleret2 macam lipan kontot.

Kedua-dua belakang telinga aku pun jadi gak. Bekas tindikkan. Tindik telinga waktu kecil tak de apa-apa. Lepas ni bila dah remaja sikit (zaman muda2 dulu) aku tindiklah telinga lagi. Kan jadi trend dulu, pakai anting2 sampai 2/3 ketul. Pastu ada satu ketika, anting2 hilang. Aku pun biar je la telinga tu kosong. Rupa-rupanya itulah penyebab keloid ni. Terus membesar. Ada la besar macam dalam gambar tu kat telinga sebelah kanan. Telinga sebelah kiri pun ada gak. Tapi hanya separuh je saiznya dari gambar tu.

Keloid ni memang tak membahayakan kesihatan. Tapi dari segi kecantikkan, memang mencacatkan. Orang pun kengkadang tengok pelik je. Segan juga le kat orang. Rasa tak selesa dan gatal kat keloid tu. Kengkadang rasa berdenyut2 perit. Bila dah gatal, kita garu, macam merangsang dia menjadi bertambah besar.

Apa yang menyebabkan keloid ini masih menjadi misteri. Sebab pada tubuh orang yang sama, luka kat tangan kanan boleh jadi keloid.  Tapi kat tangan kiri tak jadi. Macam aku, ada gak tindik kat hidung. Nasib baik tak jadi keloid.Jadinya, penyebab nya tak diketahui. Apa yang aku baca, keloid ni juga dari keturunan. Kalau ibu bapa ada keloid, anak2 pun mungkin kena. Sebab tu lah aku rasa adik aku pun ada keloid sebab tengok bekas BCG dia sama cam aku. Awal2 lagi aku dah pesan kat dia jangan tindik2 telinga.

Memang ada cara rawatannya, selalunya tak dapat nak buang habis.Sebab dia akan datang balik. Aku pernah buat operation dulu. Buang yang kat dua2 telinga ni. Sakitnya Allah je lah tau. Masa tengah ditoreh2 nya telinga tu memang la tak rasa. Ada ubat bius kan. Tapi, lepas tu, hurm.. rasa macam telinga disiat2 hidup2. Bayangkanlah.. Doktor tak dapat bagi aku ubat tahan sakit sebab aku masa tu tengah pregnantkan Danish. Memang la hilang keloidnya lepas operation. Tapi tak lama lepas tu, dia datang balik. Lagi teruk, sebab luka operation. Huhuhu.. Sedih2. Aku tak sanggup nak hadapi operation tu lagi.. Sakit...

 help me please..

So, ada tak sesiapa punya pengalaman macam ni? Tolong ye berkongsi cara rawatan yang less sakitnya. Sebab keloid aku ni macam tengah nak membalas dendam. Cepat betul pembesarannya. Please????? :(

Thursday, May 20

Up Date Danish.. 1year 8 months

Yeay.. nak cerita pasal Danish lagi.. Sedar tak sedar, dah nak 2 tahun dah aku diberikan kesempatan oleh yang Maha Kuasa untuk menjaga dan memelihara anakku yang seorang tu. Terima Kasih Ya Allah atas nikmatmu yang teramat besar buatku.. Tinggal 4 bulan je lagi, Danish akan genap dua tahun. Dan aku juga dah bersedia untuk bagi Danish adik.. Hehehe.. Tapi belum ada rezeki lagi la.. Kesian aku tengok si Danish tu main sesorang..

 ~Danish beberapa minit selepas lahir~

Masih.. danish belum pandai panggil ibu.. Kenapa ye? Bila baca blog orang lain yang anaknya lebih kurang sebaya ngan Danish ada yang dah pandai panggil ibu la, mama la, mummy la.. Ke sebab aku ni jarang bahasakan diri aku ibu ngan Danish? Tak de la pula.. Sepanjang masa kalau aku bercakap dengan dia, aku akan bahasakan diri aku ibu. Setiap kali aku cakap ngan Danish,

"Danish, danish ni (aku tudingkan jari kepada aku) sapa?".. "Danish.. danish..ikut ibu sebut ye.. IBU.. IBU.."

 ~Danish 1 month. jadi gelap sebab lama duk wad.Terbakar kulit dia duk bawah lampu tu~

Apa yang dia buat?? Dia buat deekk je.. Kengkadang dia sengih-sengih pastu terus meluru kat aku. Macam memalu gitu. Malu ke nak panggil ibu?? Hish.. Tapi kalau nak air, pandai pulak.. "nak air.." itu yang disebutnya.. Kalau nampak kucing plak.. "Au... au.." Dan, kalau ada benda yang dia nak, "nahh.. nah.. ennnahhh.." sambil dia tunjukkan benda yang dia nak.

 ~Danish 3 months.. cukur jambul~
Lagi.. kalau dia poopoo.. dia akan buat-buat muka tak selesa sambil tunjuk pampers dia. Pastu dia akan ambil pampers baru, bagi kat aku. Geram agaknya sebab kengkadang tu aku buat2 tak faham je apa dia nak.. Hehehe..

~@5months.. lepas cukur jambul, ayah buat fesyen skit rambut Danish. Masa ni kat KLIA hantar maksu gi belajar~

Erm, semalam for the first time aku bagi Danish makan sendiri. Aku bentang surat khabar, pastu letak pinggan dia. Pandai plak makan.. Comel tul. Tapi, siaplah lepas tu memang bersepah giler... Sekali sekala boleh lah. Time2 aku rajin. Kalau tetiap kali makan nak macam tu, tak larat le eden..

~Danish at his 1 year birthday..~

Tuesday, May 18

Cerita Burung Murai..

Seorang ayah yang sudah tua terlihatlah seekor burung yang sedang mencari makanan. Lalu bertanyalah ayahnya kepada si anak.. "Burung apa tu?".. Jawab si anak "Burung murai yah.".. Lalu.. Bla.. bla.. bla.. Semua orang dah tahu kan pasal cerita burung murai tu kan? Mana taknya dah berzaman dah iklannya disiarkan kat tv.

So, apa yang aku nak cerita kat sini? Bukan pasal iklan tu ye. Ini cerita lain pasal burung murai. Cerita ni aku panggil. Kisah si Murai tercabut ekor. Nak dengar? Yang jauh-jauh tu mari rapat-rapat.. Yang rapat tu didekatkan. Pasang telinga semuanya. Here we go....

Hari tu.. Midon tetiba je balik umah dalam waktu tengah hari. Rupa-rupanya dia ada bawa burung. Burung murai. Sian burung tu. Dah tercabut ekornya. Semuanya sebab waktu tu burung ni tak tahu macam mana boleh termasuk dalam bilik aku kat umah Midon sana. Lepas tu Midon pun tangkap lah dia. Nak pula masa tangkap tu Midon terpegang ekor dia. Dia cuba nak lari.. Jadi ekormya tercabut.

Dipendekkan cerita, Midon pun bawa balik ke rumah aku sini. Letak dalam sangkar. Siap Midon beli cacing lagi tuk burung tu. Midon cakap sekejap je Midon kurung dia ni. Untuk Danish main-main. Danish pun bukan main seronok lagi la.. Riuh betul mulut dia tengok burung tu. Walaupun keriuhan mulutnya tu memang kitorang tak faham maksud nya. Ada je benda yang dibebelkannya.

Waktu petang-petang pula nanti Midon taruk burung tu kat tegah laman. Lepas tu ada la 2 ekor burung murai lain datang. Seronok tengok. Kengkadang dia orang bergaduh. Memang best la dengar bunyi burung murai.. 

Tapi.. itu cerita seminggu yang lepas. Malam tadi kan aku cakap lah ngan Midon. "Bila Midon nak lepaskan burung tu? Sian dia. Dah lama sangat kurung." Aku ni memang tak suka bela binatang main kurung-kurung ni. Kesian.. Pastu Midon cakap "Esok la.." Aku pun tak kisah lah kan. Dah dia cakap esok..

Sekarang ni pukul 7.40 am. Dalam pukul 5.30 am tadi, Midon terjaga dari tidur. Pastu dia gi bilik air sebab nak menunaikan hajat.. Masa nak gi bilik air tu pula, Midon terpandang lah burung tu. Burung tu dah mengelupur. Mungkin sebab dia sakit tak makan kot. Midon pun ambil la dia. Bagi dia minum air sikit. Tapi nampaknya macam dah tak boleh nak diselamatkan lagi. Dah nyawa2 ikan pun. Midon pun ambil keputusan sembelih burung tu..

Aku tak tahu cerita ni sebenarnya. Aku terkejut gak sebab masa aku di dapur, kat sinki penuh bulu burung. Aku pun tanya kat Midon. "Kucing makan burung ke?". Sebab kat umah ni memang ada seekor kucing ni yang aku panggil mama. Dia memang tunggu masa je nak baham burung tu. Midon pun cerita lah kat aku semua yang terjadi.

Kata dia, nak masak bagi Danish makan. Kata dia lagi, orang cakap kalau anak lambat bercakap, bagi makan burung murai.. Ye ker??

Sunday, May 16

Giannya nak berblogging..

Hari ni dapat gak aku tukar template blog.. Yang ready made punya je.. maybe untuk temporary kot.. tapi, tengok la.. aku rasa macam dah terpikat lak ngan template ni.. hehehe.. just aku nak tukar header dia tu sikit.. Tapi photoshop lak wat hal tadik.. Geram tul.. Rasa cam nak hempas lap top pun ada gak..

Sabor lina sabor.. Kalau lap top rosak, cam no?? Ko ingan Midon nak belikan yang baru ke?

Owh.. aku telah bermonolog sambil merepek di situ. Mungkinkah sebab aku sudah mengantuk? Mata dah berat macam ada orang taruk batu ni.. Tapi tangan still laju je menaip. So, sekiranya ada ayat-ayat yang macam syok sendiri tu.. Faham-faham je lah ye.. Mungkin aku sedang mengigau ni.. Sila kejutkan aku weyh..

Tetiba lak aku nak cerita pasal Danish.. Korang nak tau tak.. Tadi kan.. (baca dengan penuh gaya mengadu ibarat seorang dak kecil ye..) Danish pukul aku pakai gayung.. Huhuhu.. Masa aku mandikan dia tadi, tak semena-mena Danish telah menghantukkan gayung ke batang hidung ku.. Terus bengkak weh.. Bengkak berlarutan hingga membawa ke pening.. Midon cakap: "ok lah tu, mancung skit hidung". Owh.. mentang2 hidung aku ni semulajadi penyek..

Oh ye.. aku kan suka tengok Akademi Fantasia kan? So, ada satu post special aku nak tulis pasal Af ni.. Kalau nak tahu apa ceritanya.. Tungguu... (macam Melodi lah pulak)..

Ok la.. Nak tido ni..  Nanti lah sambung cerita lagi erk??

Thursday, May 13

Blog Under Construction..

Hi alls... haiya... disebabkan terlampau rajin sangat aku menelek-nelek blog, maka dengan ini diisytiharkan yang blog aku sedang rosak teruk.. hehehe..

Jangan ditanya mengapa blog ku begini...

Dalam proses pengubahsuaian.. sorry bebanyak erk..

Kepada yang sudi melawat, terima kasih.. Jangan risau.. aku akan balas lawatan kamu...

Wednesday, May 12

Bergelar Ibu.. Tapi Masih Kebudak-budakkan..


Jujur.. sejujur..jujurnya.. Ya.. Aku akui.. Aku masih berperangai kebudak-budakan.. Mengapa???

Sebab aku masih suka bermain game.. Tak kisah lah.. PSP ke, PS2 ke, PC game ke.. Semua aku suka.. Kebudak-budakkan kah aku?? Sampaikan semalam aku boleh merajuk+bergaduh dengan Midon sebab, aku baru download game baru untuk PSP.. Harvest Moon Hero of Leaf Valley..


Lepas tu aku suruh lah dia minta balik PSP yang dia bagi member dia pinjam tu.. Dia janji nak gi amik semalam.. Tapi apa yang jadi? Dia duk ngadap facebook dari petang sampai ke malam.. Geram.. geram... geram.. So, pepagi ni aku dah pesan awal2 ngan dia.. Make sure dia ambil hari ni... or.. jangan sentuh lap top langsung... HUH...

Harvest moon ni gamenya pasal bercucuk tanam, bela binatang, memancing.. Lebih kurang hidupnya macam seorang petani. Lepas tu adalah masalah2 yang perlu diselesaikan. Dalam game yang baru aku download tu, pasal watak Harvest Moon ni kena selamatkan kampung dari sebuah syarikat besar ni yang nak merobohkan kampung tu, dan menjadikannya sebuah taman tema..  So.. pertolongan aku diperlukan di sini... Hehehhe...

Kalau game untuk PC pulak, aku suka main game The Sims.. Bukan aku aje.. satu family aku suka.. Kalau dulu masa kecil-kecil kena tunggu turn untuk main game ni.. Tapi sekarang, masing-masing dah ada lap top sendiri.. Lantak korang la nak main sampai tunggang langgang pun tak pe.. hehehe.. Terbaru ni The Sims 3.. Tapi, sayang lap top aku tak leh main game ni.. Tengah2 main dia selalu hank.. Ye lah.. lap top aku zaman cabuk nye.. Tak leh dah main game2 power sekarang ni.. HUuhuhu... Nak beli lap top baru... :(


Bagi aku la kan, tak la menjadi satu kesalahan kalau seseorang yang telah bergelar ibu tu untuk bermain game.. Tapi perlu disesuaikan dengan masa la.. Tak boleh la nak 24 jam ngadap benda alah tu je kan.. Nama pun dah jadi ibu dan isteri.. Ada komitmen lain yang lebih penting.. 

Itu saja buat tatapan kengkawan hari ni.. Tak sabor nak tunggu midon balik bawak psp ni... huhuhu...

Tuesday, May 11

Demam Lagi.. Apa Perlu Saya Buat?




Masuk hari ni, bermakna sudah 2 hari aku demam. Tak suka demam.. Bila demam, mesti aku jadi panas baran dan tak bersemangat je nak buat benda-benda lain. Sampaikan nak buka blog pun malas.. Hish.. Demam+selsema+batuk.. Tapi harap-harapnya tak ada benda yang serius. 

Jom kita berkenalan dengan demam nak? Semua orang pernah merasa demam kan? Kalau tak, mungkin tak normal.. Ye tak?

Korang tau tak demam ni bukanlah satu penyakit. Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan.. In my case, aku demam kerana jangkitan virus selsema. Demam ialah gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit ringan (tak serius). Suhu badan normal ialah 37 darjah celcius. Jika melebihi tahap ini, anda dikatakan demam.

Sebab-sebab korang boleh demam:

  • Jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB), dan jangkitan pada selaput otak (meningitis).
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah
Cara Rawatan di rumah:

  • Jika demam tak teruk, tiada rawatan yang diperlukan
  • Minum air dengan kerap untuk menambah bendalir dalam badan
  • Makan makanan yang mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi menggunakan air panas suam untuk meredakan demam
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini boleh menaikkan suhu badan
  • Makan ubat seperti paracetamol untuk meredakan demam (make sure diambil mengikut aturan)