Friday, April 30

Siapa nak ole2 dari melaka?? Baca ni...

Byee 

BYeee

BYEeeeeeeeeeeeeee

Wah.. dah macam lagu N Sync plak dah.. Okey la.. Buat makluman semua, aku akan bercuti dari dunia blogging untuk petang ni dan esok.. Sebab apa? Sebab Midon nak bawa aku jejalan gi Melaka..

Hadiah birthday katanya.. Hehehe.. Thanks Dear.. Korang semua jangan risau ek, birthday aku belum lepas lagi tau.. Sempat lagi bagi hadiah.. (wah.. ada ke??).. 5hb Mei hari jadi aku sebenarnya.. Tapi disebabkan Midon ada masa ari ni dan esok je, terpaksa lah mempercepatkannya.. 

Bukan tak boleh aku nak bawa lap top ke sana, tapi kan rasa macam tak syok lah pula nanti kan? Aku nak luangkan masa bebetul untuk family.. Laki dah jaga hati kita, kita kena lah jaga hati dia balik kan.. Janganlah asyik ngadap lap top je.. 

Ha.. pasal contest, akan aku up kan cerita nya hari Isnin nanti ye.. Nampaknya hari ni baru berkesempatan suruh Midon pilih pemenang.
Okey.. dah nak sampai part yang paling best ni.. Kepada kawan-kawan semua, sebagai bukti sayang korang kat aku, boleh lah tinggalkan komen kat sini ye.. Dan sebagai tanda penghargaan dari aku lak, aku akan buat lucky draw untuk korang.. Bilangan orang yang akan dicabut namanya bergantung kepada penyertaan. Okey??  Ada sesiapa nak ole2 dari Melaka?? Angkat tangan... Ops.. Angkat tangan, tekan kat ruang komen tu, pastu komen.. Boleh?? Senang je kan.. Ini bukan contest, ini hanya suka-suka..


Okey la.. Itu aje... Da.........................

Bahagianya Aku..

Gambar ni tangkap dah lama dah.. Agaknya masa ni umo Danish belum setahun pun kot.. Kerja giler aku bersama adik2 ipar yang tersayang.. Layan je la yek..




Sangat suka melihat mukaku di kala itu.. Kurus je kan?? He he he.. itu lah.. Orang lain pregnant bertambah gemuk.. Aku pulak bertambah kurus.. Abis tu, makan tak boleh.. Asyik muntah je kerjanya.. Adik ipar aku cakap, Kak Lina ni macam kena dera je.. Hahahaha.. Yup.. Aku kena dera ngan abang ko..

Dah tu lepas bersalin terus masuk ward seminggu. Bertambah2 lagi lah kurusnya..

Sekarang dengan bertambahnya umur Danish, maka bertambah lah juga berat badan ku.. Huhuhuhu.. Dah gemok balik pula.. Haish.. tak leh jadi ni.. Nak kena ngandung balik ni...

Puisi Dari Suami Yang Gatal Kepada Isteri

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Sumber: http://kahkahkah.mnazman.com/

Gorgeous Blogger Award.

Uh.. i feel gorgeous.. Thanks to ibu Arifa for giving me this award..

Pretty huh??

Want some??

I'll pass this award to:

Masslina @ mama Rizqullah
hazlina aka mama damia
adda
akuvision
nurulazham

Thursday, April 29

Rahsia Di Sebalik Saiz Bra Anda

Ehem.. ehem.. sensitif nya isu kali ni ye.. Actually semalam masa aku blogwalking, terjumpa lah entry ni kat blog Comel.. Menarik.. So, aku pun dengan muka tak malunya mintak izin diulagi ye.. mintak izin nak copy entry dia.. Saja buat cuci2 mata.. Asyik cerita sedih je kan.. So, meh kita gelak-gelak sikit meh..













AND, just a thought for all the women out there........

MENtal illness, MENstrual cramps, MENtal breakdown,

MENopause............


Ever notice how all of women's problems start with men?.........And


When we have real trouble it's HISterectomy!!!!


Send this to all women to have a laugh AND, don't forget to have a mammogram!!!!!!



A Friend Is Like A Good Bra...

Hard to Find

Supportive

Comfortable

Always Lifts You Up

Never Lets You Down or Leaves You Hanging

And Is Always Close To Your Heart!!!



Share this with a friend! 

p/s: Thank u to zaidah empunya blog comel yang sudi bagi aku copy entry nyer.. huhuhu..

 

Bakso oh.. Bakso..



Kasi leleh sikit air liur ye..  Huhuhu.. bakso.. sedapnya. Suka makan bakso tak? Mesti suka kan? Aku pun suka.. tapi susah sikit nak cari bakso yang kaw-kaw kat segamat ni.. Yang kuahnya pekat tak hingat tu..

Aku mula kenal ngan bakso ni masa sekolah kat teknik jb dulu. Masa outing tu aku selalu keluar ngan member aku Fidah namanya.. Destinasi wajib ialah Angsana.. Budak asrama, keluar dapat sekejap je. So, mestilah ambil langkah bijak pergi ke suatu tempat yang macam-macam ado..

Nak dijadikan cerita, si Fidah ni pula teringin nak makan bakso.. Asyik2 sebut bakso.. Aku waktu tu pula memang tak tahu la apa kebendanya bakso tu.. Nama cam pelik.. Bak...So... huhuhu . Last2 kitorang gi ke Food Court Angsana.. Food Court atas ye.. bukan yang bawah tu. Kat bawah tak sedap. Ada satu gerai Indon kat sana.. Fidah pun memesan bakso untuk kami.. Dan disitulah bermulanya cinta pandang pertama antara aku dan bakso..

Setiap kali outing aku pergi sana.. Makcik tu pun dah kenal sangat muka aku ni.. Bila dah nak habis sekolah, perkara yang paling aku sedih ialah, tak dapat la makan bakso angsana lagi.. Kat Larkin pun ada.. Tapi tak boleh lawan yang kat angsana tu..

Masa zaman aku bercintan cintun ngan midon pun ada juga aku ajak dia makan bakso angsana. Kalau ada hal ke jb, aku memang tak lepaskan peluang ke sana. Dengan midon pula, sebab dah jarang nak dapat jumpa bakso kan, so kitorang akan order bakso double.. Ha.. amik ko.. Double itu ialah bebola daging nya ye..



Lagi2 kalau dapat daging yang lembut tu.. Memang lah terbawa-bawa dalam mimpi.. Sambal dia pulak wajib letak secara berlebihan ya.. Makan mesti sambil mengalir air mata, air hidung, semua keluar.. Memang buruk lah muka time tu.. hahahaha...

Sekarang ni memang dah lama tak pergi jb. Tapi nasib baik la aku ada jumpa satu tempat yang baksonya jatuh sikit je kualitinya dari bakso angsana..

Masa aku mengandung pula, bakso ni lah yang aku nak makan tapi tak kesampaian.. Boleh pula waktu aku pergi tu kedainya tutup.. 2 3 kali pergi pun tutup gak.. Last2 lepas aku bersalin, midon cakap kedainya memang dah tutup.. Atau pun orang indon tu balik kampung.. Meleleh2 lah air liur danish tu.. huhuhuhu..

Terkilannya Aku Kerana Air Ribena

Ini cerita khas arwah abang aku. Mohd Kazali namanya.. Meninggal dunia waktu usianya 2+ tahun. Tapi nama Kazali memang jarang disebut dalam keluarga aku. Kerana kami adik beradik memanggilnya dengan gelaran abang ngah. Mak ngan abah pun panggil dia angah sahaja. 

Abang Ngah memang tidak sempurna seperti orang yang lain. Sepanjang hayatnya hanya berkerusi roda. Namun, di zaman kanak-kanaknya normal seperti kanak2 lain. Masa di tingkatan 3 kaki abang ngah mula lemah dan tak mampu berjalan. Sebelum itu pun dia selalu terjatuh dengan sendiri. Mak ngan abah ambil keputusan berhentikan abang ngah dari sekolah.. Sayang, kerana dia merupakan antara pelajar yang cemerlang.

Walau pun hanya berkerusi roda, abang ngah memang rajin. Selalu tolong mak kat rumah. Basuh pinggan, lipat baju, sapu sampah.. Semua dia usahakan untuk meringankan beban mak. Aku ingat lagi abang ngah ada penyapu khas sendiri. Penyapu lidi yang cuma ada beberapa batang.. Satu rumah boleh disapunya.. Ya.. itulah abang ngah. Walaupun tidak sempurna, tidak menghalang dia untuk berbakti kepada orang tua.

Antara adik beradik yang lain, aku lah yang paling rapat dengan abang ngah. Mungkin sebab abang2 aku yang lain bersekolah asrama. Setiap hari aku lah yang menjadi kawan dan pengacau abang ngah. Aku pernah berkata pada dia.. "Kalau kita dah besar nanti, kita belikan abang ngah kerusi elektrik. Tak de la susah nak kayuh sana sini"
 
Betullah bagai di kata, setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Aku kagum dengan abang ngah. Tangannya penuh dengan kreativiti. Aku ingat lagi masa sekolah rendah, abang ngah akan buat sticker doraemon untuk aku jual kat kawan-kawan. Ada yang besar, 50 sen. Ada yang kecil, 20 sen. Semuanya hasil tangan dia sendiri. Dari melukis, mewarna, menggunting.. Siap laminated pakai salotape. Tapi, akhirnya berhenti kerana kata-kata dari cikgu aku: "korang beli ni buat apa.. Dah tentu dia gunting dari komik, lepas tu jual." Aku pula dengan lurus bendulnya mengadu dengan abang ngah. Hampa agaknya perasaan dia.. Bukan abang ngah gunting.. Dia lukis sendiri.. Depan mata aku tengok kerja yang dia buat.. Nasib waktu tu aku kecil.. Kalau besar, dah lama aku sound balik cikgu tu..

Abang Ngah minat sangat dengan Siti Nur Haliza. Semua kaset Siti dia ada beli. Beli dengan hasil titik peluh dia sendiri. Masa tu mak ambil ubah buat rozek bunga.. (yang ada pin, lepas tu orang rewang selalu pakai kat tudung). Bunga rozek yang abang ngah buat, mak akan bagi duit kat abang ngah. Pula tu kalau buat, dia yang paling laju siap.. Berkotak-kotak pulak tu..

Melukis potret pun abang ngah pandai.. Cantik lukisannya. Pernah dia lukis potret cover kaset siti dan noraniza idris.. Seri Balas.. Cantekk.. Sebiji macam gambar penyanyi tu. 

Abang Ngah cepat belajar.. Korang semua pandai pakai sempoa? Alat kira tradisional cina tu? Kalau ada pun yang pandai mesti tambah ngan tolak je kan? Abang Ngah tahu sampai darab dan bahagi. Nak tahu macam mana dia belajar? Tengok Selamat Pagi Malaysia je.. Tak tahulah rancangan tu ada lagi tak sekarang. Dia belajar dari tv je.. Boleh dia ajar adik dia yang seorang ni.

Kalau pakai komputer pun, dia yang tahu dulu. Adobe photo shope?? Kacang je bagi dia.. Dia belajar sendiri.. Abang aku yang ambil course sains komputer pun belajar dengan dia..

Pernah dengar Komik Pendekar Laut? Abang Ngah memang kumpul komik ni. Keluar 2 minggu sekali, harga RM3.50. Tiap2 keluaran dia beli.. Yang tukang belikan pula, anak mak long aku. Asri namanya. Asri ni tak pandai membaca sebab dia memang tak bersekolah. Jadinya, abang ngah akan bacakan untuk dia.. Sambil tu abang ngah ajar dia membaca.. Hasilnya sekarang, bukan je dah pandai membaca.. Asri dah boleh chatting pun cari awek... hehehe..

Itulah sedikit pengenalan mengenai abang aku.. Apa kena mengena dengan air ribena? 

Masa tu aku dalam tingkatan 6. Arwah abah dah meninggal 2 bulan dah. Abang ngah pula sejak akhir2 ni demam + batuk. Malam tu makan seperti biasa je.. Mak masak lauk udang. Abang Ngah nak makan udang tu. Mak cakap.. "Angah, angah tak boleh makan udang ye. Angah batuk.. Nanti dah baik, makanlah". Aku pula sebagai adik, kesian ngan abang ngah. Kat bawah meja, aku kopek kulit udang tu, lepas tu suap kat mulut dia cecepat..

Lepas makan, masa aku basuh pinggan abang ngah cakap ngan aku. "Nor, nanti tolong buatkan air ribena." Aku pun angguk je. Aku teringat kat Ribena yang aku beli siang tadi. Belum buka pun.. Niat aku kejap lagi aku buatkan lah tuk dia. Sempat terlintas dekat hati aku. Kejap lagi buat air ribena abang, takut kempunan pula dia nanti.. Habis cuci pinggan, aku terus lupa pasal air ribena sebab sibuk tengok cerita P.Ramlee kat tv. Abang Ngah pula awal masuk tidur malam tu. Masa dia nak naik katil dari kerusi tu, dia terjatuh. Aku tak lah hairan sangat, sebab benda tu memang selalu terjadi. Aku pun masuk bilik, terus angkat dia naik katil. Dia tidur.. Aku pun sambung tengok tv..

Menjadi kebiasaan aku bila pepagi sebelum pergi sekolah, aku akan angkat abang ngah ke kerusi roda. Namun, pagi itu tidak. Sebab ada abang ipar aku kat rumah. Dapat lah abang ngah tidur lama sikit. Aku pun terus start motor pergi sekolah. Separuh perjalanan aku ke sekolah, tetiba handset aku bunyi. Aku pun angkat telefon.. Abang Daud telefon.. Korang dah dapat agak kan apa khabar yang dibawa? Ya.. Abang Daud cakap abang ngah dah tak de.. Berderau darah aku.. Terkejut.. bukan kepalang.. Aku tak dapat dengar suara abang daud dengan jelas, sebab diiringi dengan esak tangis dia.. Akak aku ambil alih telefon. "Nor, abang ngah dah meninggal Nor. Nor balik ya.. Bawa bersabar.. Bawa motor perlahan2. 

Aku masa tu tak de apa dah aku fikir.. Yang pastinya sepanjang perjalanan nak balik rumah tu aku rasakan terlalu lama. Mungkin sebab aku tak sanggup untuk menghadapi kenyataannya bila aku sampai kat rumah. Abang kesayangan aku pergi tinggalkan aku selamanya.. Aku pun terus teringat hasrat abang ngah nak minum air ribena yang tak kesampaian.. 

Walau pun cerita dah lama berlalu, sampai sekarang ianya menjadi suatu penyesalan yang terpaksa aku galas sepanjang hidup. Apalah kiranya kalau aku berhenti kejap basuh pinggan dan buatkan abang ngah air.. Kenapa mesti aku lupa? Kenapa??

Buat kawan-kawan semua yang sudi baca post aku yang panjang berjela hingga ke akhirnya ni, Ingatlah.. Kalau insan tersayang korang inginkan sesuatu, sekiranya berkemampuan tunaikanlah.. Janganlah ditangguh2 kan.. Sebab mungkin itu menjadi permintaan terakhir darinya..

Wednesday, April 28

Incredible Hulk vs Incredible Midon

Wahahaha... aku nak gelak dulu.. wahahaha... hihihihihi..huhuhuhu..

Okey.. dah abis dah.. pas ni aku nak kasik korang gelak pulak.

Nasib la kat umah aku ni ada sifu yang tukang ngajar aku pasal photoshop ni.. Rajin lah aku menggodek2.. Teringat plak gambar laki aku ari tu.. Nak try buat.. Hahaha.. Ini lah hasilnya.. Wah ni mesti Midon suka kalau tengok ni..




Versus




Amacam?? cara tak??? hehehe..

Khas Untuk Mereka Yang Suka Godek2 Blog

Hallooo.. Ada tak antara blogger2 ni yang suka godek2 blog, ubahsuai sana sini, gatal2 tukar coding html template.. Macam aku.. hehehe..

Kalau ada, ni aku nak share satu blog yang dari dulu memang aku guna tutorial dia dalam mengubahsuai blog. Sangat2 lengkap dan menarik.. Cara dia ajar pun senang untuk dipraktikkan.. Kepada sesiapa yang belum pernah jengah tau pasal blog ni lah ye.. Kepada yang sedia tahu, good for u..Kalau ada yang berminat nak godek2 html tu, apa lagi, jom lah jengah sana.. Macam-macam ado.. 

 


Okey.. ini tambahan dari aku yang sedang belajar juga ni.. Kalau ada yang tak berapa faham, atau dah buat tapi tak jadi, jangan segan2 tanya aku ye.. Apa yang aku boleh tolong aku tolong.. Aku pun budak baru belajar gak..

Tag Untuk Blogger Award Friendship



 

Huhu.. dapat tag.. Teddy Bear lagik.. Comey.. Seronok juga main tag2 ni kan? Macam surat berantai pun ada.. Okey.. biasalahkan.. setiap tag ada syarat2nya dan ada soalan yang perlu dijawab.. Jadi, inilah dia..

Copy Award Ini Macam Terima Grammy Award. 
Grammy award?? Huhuhu.. Terima Kasih diucapkan kepada yang sudi mengundi blog ini sehingga mendapat Grammy Award ye..

Beritahu Siapa Dan Link Pemberi Award Ini.
Award ini diterima dari abang aku, akuvision. Link blognya, http://bilaakumenulisblog.blogspot.com.

Apa yang perlu dibuat??

1. Tajuk Post Korang Mesti Ada Lima Perkataan. Ada 10 Soalan, Setiap Satu Dengan Lima Jawapan.

2. 5 Name That People Call You
  • Nor (panggilan sejak kecil di kalangan ahli keluarga)
  • Lina (panggilan oleh kawan-kawan dan keluarga mertua)
  • Liennasts (nickname masa zaman chatting dulu, sampailah sekarang)
  • Ibu (Danish panggil aku, bila dia pandai cakap nanti la..)
  • Chyna (Budak2 sekolah dulu gelarkan aku)
3. 5 Important Dates In Your Life
  • 5 Mei 1986 (my birthday.. tak lama lagi ni.. hehehe..)
  • 30 Oktober 1982 (birthday my hubby)
  • 22 Disember 2007 (tarikh aku kahwin) 
  • 24 September 2008(tarikh lahir Danish)
  • Raya Haji 2006 (tarikh bertunang)
4. 5 Things You Done Yesterday
  • Mandikan Anak
  • Bagi Anak Makan
  • Masak tempe goreng berlada
  • Basuh baju
  • Sapu sampah
5. 5 Ways To Be Happy
  • Dapat lap top baru
  • Beli I Phone
  • Danish sebut ibu..
  • Minum Nescafe
  • Hubby bawa jejalan
6. 5 Favourite Movies
  • Harry potter (semua siri)
  • The Lord Of The Ring (semua siri)
  • Ghost 
  • Sleepless In Seattle
  • Journey To The Center Of The Earth
7. 5 Favourite Hobbies
  • Menyanyi
  • Tengok dvd
  • Blogging
  • Main Psp
  • Baca Novel
8. 5 Favourite Places For Vacation
  • Sarawak
  • Korea.. (Seoul)
  • Melaka
  • Kampung Batu Pahat
  • Australia
9. 5 Reasons You Answer The Survey
  • Kerana Suka Jawab Soalan
  • Nak Award yang comel tu..
  • Abang suruh jawab
  • Tanda persahabatan sesama blogger
  • Nak tag orang lain pulak..
10. 5 Persons To Tag
Huhuhu.. kepada yang telah di tag, sila2kanlah pening kepala jawab soklan.. ekekeke.. Ini kes dera ni..

Tuesday, April 27

Kehilangan itu suatu yang menyakitkan

Izinkan aku untuk beremosi sikit kat sini ya.. Erm.. Kehilangan.. Aku rasa semua orang pernah rasa kehilangan kan? Barang pun kalau hilang, mesti rasa sedih menghantui kita.. Ini kan pula kehilangan orang tersayang yang pastinya pergi tak kembali lagi. Ajal maut di tangan Tuhan.. Kadang-kadang bila aku teliti balik, semuanya telah dirancang baik oleh Maha Pencipta. Aku akui ada hikmah di sebaliknya, namun sebagai manusia biasa, sekali sekala terbit perasaan kesal di hati aku kerana perginya mereka ku rasakan terlalu awal.

Melihat kawan-kawan lain yang masih lagi dapat menikmati nikmatnya hidup di samping ibu bapa menimbulkan perasaan cemburu.. Perasaan sedih.. dan pastinya rindu datang bertamu.. Alangkah bahagianya hidup aku sekiranya di ketika ini aku masih lagi dapat mencium tangan kedua ibu bapaku di hari raya. Dapat melihat sukanya mereka melayan karenah anak kesayanganku itu.. Sayangnya Danish tak sempat mengenal Tok Mak dan Tok Bah..


"Mak ngan abah.. kita dah ada anak dah.. Muhammad hami Danish nama dia.. Comel budaknya .. Baik budaknya.. Kalau mak ngan abah ada, mesti abah ngan mak suka main dengan dia.. Mak ngan abah jangan risau kan kita kat sini. Mak mertua kita baik.. Dia sayang kita macam anak dia sendiri. Midon pun jaga kita dengan baik.. Kita akan selalu tunjuk gambar mak ngan abah dekat Danish. Supaya dia kenal siapa Tok Mah ngan Tok Bah dia.. Insan yang melahirkan dan membesarkan ibu dia ni.."

 Lega rasanya dapat meluahkan apa yang terpendam selama ini. Aku menulis entry ini bukan untuk menagih simpati. Cuma, lega rasanya dapat berkongsi dengan orang lain tentang perasaan aku. Buat kawan-kawan semua, sayangi lah ibu bapa korang selagi mereka masih bernyawa. Peluk dan cium lah mereka sepuas hati.. Kerana.. tiada yang lebih menyakitkan bila terasa ingin cium dan peluk mereka, tetapi tak terjangkau tangan..hanya dalam mimpi..

Mesti tengok!!!! Up date 3 Peserta Contest Wajah Garang Si Kecil


Hi there.. anyone miss me?? Eehehe.. adohaaii.. lama betul baru berkesempatan nak update peserta contest.. Opss... Sebelum aku terlupa ya.. Dengan ini rasminya aku umumkan, contest Muka Garang Si Kecil telah ditutup..

Okay.. ini senarai peserta, buat pengetahuan, peserta2 ini adalah bagi mereka yang meninggalkan link penyertaan dekat entry contest aku ya.. Termasuk dalam syarat2nya kan? So, for those who leave their link at other entry, sorry to say.. penyertaan anda tidak diterima... Hurm..

Belum berkesempatan lagi suruh Midon tengok senarai peserta.. Beri masa beberapa hari lagi ye?? Boleh saborr kan?? So, ini lah senarai pesertanya.. Check it out...




Alhamdulillah.. 114 peserta.. Terima kasih kepada yang sudi join ye.. Amatlah aku hargai..

Thursday, April 22

Nak Ada Dalam Bloglist Ben Ashaari Juga


Nama Ben Ashaari sekarang memang tengah glamer ye di kalangan ibu-ibu.. Bukan kerana dia seorang lelaki yang boleh dikatakan hensem, tapi kerana segmen-segmen yang dianjurkan oleh dia di dalam blognya. Segmen kali ni, kepada sesiapa yang berminat mahu menumpangkan blog anda di dalam blog list Ben Ashaari, dipersilakan untuk klik di header tersebut ye...

Ok.. ada juga beberapa syarat yang perlu dibuat,

1. Header blog Ben Ashaari.. (done)

2. Kenapa anda rasa patut berada dalam blog list Ben Ashaari?
  • Sebab, kalau boleh aku nak menambahkan lagi visitor ke blog aku ni
  • Blog baru, jadinya  memang aku perlukan promosi seperti yang Ben lakukan sekarang
3. Sehari, aku akan update blog lebih kurang 2-3 entri.. Mengikut keadaan.. tapi memang aku akan pastikan blog aku akan diupdate setiap hari..

Itu sahaja.. Terima kasih.


Tuesday, April 20

Yup.. Gosip Itu Benar.. Memang Aku dan Midon Pernah Masuk Sehati Berdansa..


Okey.. okey.. aku mengaku.. Tajuk entri itu memang tak pernah wujud pun.. Aku je ada-adakan gosip tersebut.. Tapi kan, aku terfikir juga lah kan, kalau la aku dan Midon masuk sehati berdansa.. Macam mana erk?? Adakah seperti ini???




Wah... sweet gituh kan?? Berangan betul diriku ini.. Bukan main ramping lagi aku dalam video tu yer? Minum jus mate5 ke tu?

Actually semasa aku sedang berjalan-jalan ke blog yanmieonline terjumpa lak video ni.. cute-cute.. Nak try gak.. Dan inilah hasilnya..

Nak cuba buat gak ker? Hehehe.. aku tahu.. Korang pun nak berangan gak kan?? Boleh2.. tak de hal.. Pi kat sini ha.. http://sendables.jibjab.com. Dah buat nanti habaq mai kat cek no.. nak tengok juga.. Ekekekeke...

Nak Pergi Ke Tak Nak Gi? Rasanya Macam Nak Je.. Bingung!!!

At last.. lepas berhari-hari budak2 ni berbincang, kata putus dah ada..

 Alumni Sekolah... Yippee.... Siapa pernah pergi perjumpaan balik ngan geng-geng sekolah dulu?? Rasa macam teruja nak pergi.. Tapi, alahai ada tema-tema bagai.. Fesyen Retro lak tu.. Haish.. nak kena shopping online ni...

Sesiapa ada suggestion tak mana nak carik baju ikut tema macam ni untuk plus size mcm aku ni?? Please.... :(

Monday, April 19

Makluman Buat Semua Peserta Contest

Alhamdulillah, nampaknya tinggal 4 hari saja lagi contest ini akan ditutup penyertaannya.. Selepas itu, bermulalah episod pemilihan pemenangnya oleh juri. Buat pengetahuan semua ya, sebelum ni aku tak pernah mention lagi siapa jurinya kan? Eehehehee.. Tak lain tak bukan Encik Hamidon bin Azni la.. Orang yang bertanggungjawab mensponsor duit beli hadiah.. Aku pilih Midon ni bukan sebab apa.. Pasal dia ni memang tak terlibat langsung dalam dunia blog2 ni. Jadinya tak ada lah pilih kasih ker apa kan??

 Lagi satu ya, hadiahnya sudah ada tau.. Nanti kalau dah ada camera, akan aku uploadkan gambarnya.. Tunggu....

Ha.. lagi satu ramai peserta2 yang cakap gambar anaknya tiada lagi kan? Sebenarnya Update aku yang kedua tu adalah bagi mereka yang dah hantar entri pada 22 mac-14 april sahaja. Jadi bagi sesiapa yang hantar selepas tarikh tersebut memang gambarnya tiada di situ dan akan aku masukkan dalam update terakhir nanti. Insya Allah dalam 23 April.. Boleh??

Last sekali, aku amat-amat berterima kasih kepada semua peserta contest yang sudi memeriahkan contest pertama dari mylittleone ni.. Penyertaan anda amat dihargai..

Cerita Di Sebalik Nama

Perkara yang paling kita excited sekali bila dapat tahu kita akan dapat baby ialah mencari nama yang sesuai untuk anak kan? Sebagai orang Islam, ada beberapa panduan dalam menamakan anak, iaitu
  • Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
  • Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
  • Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
  • Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.
Okey, itu serba sedikit maklumat untuk dikongsi.. Berbalik pada tajuk post, cerita di sebalik nama, ha.. kat sini aku nak berkongsi dengan ibu-ibu semua mengenai nama anak dan maksudnya.. Tidak aku nafikan selalunya kaum ibulah yang bertungkus lumus cari nama untuk anak. Kalau boleh kita nak nama tu disamping mempunyai maksud yang baik, ia perlulah unik, sedap didengar, dan ada kesinambungan dengan nama ayah atau ibu. Ada juga nama anak yang diberi oleh atok atau pun nenek.. Atau pun mungkin dapat ilham dalam mimpi? Siapa tahu kan?

Dimulakan dengan nama my little one ye, Muhammad Hami Danish

Muhammad : yang terpuji
Hami : yang melindungi, mempertahankan
Danish : pengetahuan, bijak

Cerita sebalik nama Danish?? Aku mula mencari nama untuk Danish bila aku dah 5 month pregnant. Aku guna buku Nama-nama Indah Dalam Islam yang aku pinjam dekat library desa. Lama juga aku pinjam buku tu. Sampai dah nak naik lunyai pun.. ehehehe..

Walaupun aku memang tak ada clue langsung yang aku akan dapat anak lelaki ke atau perempuan. Tapi entah kenapa setiap kali buka buku tu mesti mata aku ni cecepat cari kat bahagian nama lelaki. Banyak juga senarai nama yang aku pilih. Niat aku bila dah ada senarai tu barulah nak bincang ngan midon. 

Sampai masanya aku tunjuk senarai dekat Midon, semuanya dia tak berkenan.. Geram jugaklah kan. Kita penat-penat cari, last2 dia tolak mcm tu je.. Akhirnya aku cakap ngan dia, Midon je la bagi nama. Lina ikut je.. 

Dan selepas aje habis aku cakap tu, buku tu dah bertukar tangan.. Dia pula asyik ngadap buku tu. Terharu juga la aku tengok dia bersungguh  nak cari nama untuk anak dia.. Dan, sama macam aku, dia pun cari nama untuk lelaki je.. Macam tahu2 je tau.. Akhirnya, persetujuan dah dibuat. Nama Danish midon pilih, Hami aku yang pilih (Hami kan mcm Hamidon..) dan Muhammad pilihan bersama.. Jadilah Muhammad Hami Danish.

Sampai la saat aku nak bersalin pun, still tak tahu jantina anak apa. Pernah 2 kali scan, dua2 kali tu lah tak nampak.. Aktif sangat kata Doktor.. Akhirnya, tanggal 24.09.08 benar kata naluri aku, aku dapat anak lelaki yang sungguh comel. Disebab kan Danish waktu lepas lahir kena jaundice, aku kena tahan kat wad. Seminggu aku masuk duduk sana. Sayu je hati.. Nak-nak masa malam raya tu.. Midon call aku nak suruh confirmkan nama anak sebab midon nak bayar zakat fitrah..

Midon : Lina, jap lagi Midon nak bayar zakat ni.. Confirm tak nama tu?
Aku    : Apa ye namanya?
Midon : Muhammad Hami Danish..

Aku terdiam dan berfikir....

Aku     : Ya.. confirm..
Midon : Muhammad Hami Danish ye..

Dalam hati aku pun menyebut nama itu.. Muhammad Hami Danish.. Ya.. itulah nama anak ibu..

Wooohhh.... Sentimental betul la bila teringat balik macam mana perasaan aku saat pertama kali menjadi ibu.. Ehehehe.. Semua para ibu akan emo kan bila menyentuh pasal perkara ni.. Ntah2 ada yang nangis tu.. Kan? kan??

Okey.. sekarang uolls dah tau cerita aku, cerita korang lak cam na? Meh lah kongsi2 skit.. Sharing kan caring.. Boleh juga bagi idea untuk bakal-bakal ibu pula nanti.. 

Ops.. kalau nak segarkan balik ingatan mengenai maksud sebalik nama anak tu, meh jengah sini ye..

Sunday, April 18

Bila Hubby Dah Pandai Buka Facebook..



He he he.. Senyum melebar sampai telinga ni.. :) Tadi, buka laptop jap.. Mcm biasalah kan.. Facebook buka dulu... And tak disangka-sangkanya ai dapat mesej dari my hubby tau.. Owh.. Bahagianya...

Kenapa bahagia?? Sebab my hubby ni memang tak pernah2 buka facebook.. Yes.. Dia memang ada facebook.. Tapi aku yang buatkan untuk dia.. Dia manalah suka benda2 mcm ni..

Nak tahu apa dia kata??

klik gambar untuk lebih jelas dan ketara ye..


Pendek je mesej dia.. Tapi berjaya menggetarkan jiwa naluri kewanitaan aku ni.. Terasa terharu sangat.. Psstt.. psstt... jangan citer kat dia pulak.. malu ai nanti..

Itu lah kan, kaum wanita ni, memang susah nak difahami perangai dia.. Tak yah la korang (kaum suami) belikan emas / intan atau permata bagai.. (tapi kalau ada bagus jugak).. Kadang-kadang benda yang korang rasa remeh macam ni lah yang boleh membuatkan isteri korang rasa disayangi dan terharu..

Betul tak Wahai Kaum Isteri sekalian??

Agama Kita Di Hina Lagi.. something i wanna share..

Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ..Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju..


Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.


Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam...pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut..Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu.


Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah..Tapi malangnya,Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi.


Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian..Pengajarannya,sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2la..kerana saya percaya,tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.


Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..
1.Jika anda orang islam sila sebarkan mesej ini..
2.Jika anda orang bukan islam,diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini

Saturday, April 17

Hari Ini Aku Mahu Rehat


Dah masuk hari Sabtu rupanya ye.. Sekejap sangat rasanya minggu ni berlalu.. Husband pula dah masuk 2 hari ke Kemaman.

sekadar gambar hiasan.. kot2 ada yg rindu ngan danish

Oh ya.. Nampaknya aku macam nak rehat je hari ni.. Nak ngadap tv.. Malam ni ada konsert AF.. Walaupun aku tau Af sekarang ni dah hilang baranya, tak macam dulu.. Banyak sangat perubahan yang dilakukan. Aku tak tahu la korang pula rasa macam mana.. Tapi bagi aku, perubahan tu menghilangkan aura Af yang sedia ada..

Bermulanya dengan pengunduran Aznil sebagai pengacara merupakan salah satu sebab AF mula jadi tidak menarik.. Mungkin cerita lama.. Tapi percaya atau tidak, selepas pemergian Aznil, Af mula hilang taringnya..

Apa lagi ye aktiviti aku hari ni, erm.. nak sambung tengok cerita Friends.. Sekarang aku dah sampai Season3, cd2. Ehehehe... ulang balik tengok cerita Friends.. Kan aku dah cakap.. Tengok banyak kali pun memang tak boring..



Ok la.. bye..

Friday, April 16

Pengampunan Dari Tengku Mahkota

Ingat lagi tak aku pernah up entry pasal remaja ditahan sebab mengaku anak angkat Tengku Mahkota tu? Kalau tak ingat, klik sini ya..

Cerita terbaru pula, nampaknya Tengku Mahkota berkenan untuk mengampunkan remaja tersebut dengan bersyarat.. Alhamdulillah lah.. Tindakan undang-undang ke atas remaja tu juga akan ditarik balik. Tak best la pula kalau tak ada petikan berita kan?? So.. ini dia..

------------------------------------------------------------------------

KUANTAN 15 April - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengampunkan seorang pelajar cemerlang yang menyamar sebagai 'Tuan Muda' sekiranya dia memohon maaf dan membuat akujanji tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Baginda bertitah, pihak istana tidak akan membuat sebarang tindakan susulan sekiranya remaja tersebut bertanggungjawab ke atas perbuatannya yang menjejaskan nama istana.

"Dia perlu memohon maaf kepada saya, keluarga saya dan seterusnya membuat akujanji serta bersetuju mendapatkan rawatan kaunseling dalam tempoh yang akan ditentukan oleh polis.

"Bagaimanapun, dari segi undang-undang perbuatan tersebut iaitu menyamar tetap salah walaupun tujuan dia hanya mahu melihat perjalanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"Oleh itu, tindakan undang-undang ke atasnya ditarik balik tetapi bersyarat dan dia perlu mematuhinya. Dia perlu memaklumkan kepada polis dan menggunakan saluran yang betul sekiranya mahu berjumpa dengan saya," titah baginda selepas mengunjungi mangsa simbahan asid di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Baginda mengulas desas-desus menyatakan bahawa laporan polis terhadap pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menyamar sebagai kerabat diraja Pahang akan ditarik balik dan remaja berkenaan tidak akan didakwa.

Jumaat lalu, pelajar itu ditahan polis kerana menyamar sebagai kerabat diraja Pahang bagi membolehkannya mengadakan lawatan ke semua kem PLKN di negeri ini.

Pelajar terbabit menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang dengan memakai gelaran 'Tuan Muda'.

Bagaimanapun, penyamaran remaja itu terbongkar apabila salah seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang, Cherating di sini yang juga rakan sekolahnya mengetahui identiti sebenarnya.

Menurut Tengku Abdullah, semua pihak tidak seharusnya menuding jari kepada mana-mana pihak terutama PLKN apabila kes sedemikian berlaku.

"Seharusnya kita memperhalusi kenapa perkara itu berlaku dan jangan mudah menghukum mana-mana pihak atas apa yang dilakukan remaja itu.

"Jika ada kelemahan di peringkat PLKN, saya harap mereka dapat melakukan sesuatu. Namun, dari mata kasar kelemahan itu tidak begitu ketara," titah baginda.

Ditanya sama ada baginda akan mempertimbangkan untuk menjadikan 'Tuan Muda' sebagai anak angkat, Tengku Abdullah hanya menyerahkan kepada keadaan.

"Jadi anak angkat itu isu lain pula, tengoklah keadaan, tetapi biarlah dia betulkan apa yang dia lakukan," titah baginda.

------------------------------------------------------------------------

Wow.. kalau lah Tengku Mahkota sudi ambil remaja tersebut jadi anak angkat, rasanya dah macam impian jadi kenyataan la buat remaja tersebut kan?? Apa-apa pun, yang pastinya PLKN seharusnya lebih berhati-hati supaya kejadian sebegini tidak akan berulang lagi buat masa akan datang..

Jumpa kekasih Lama di Facebook

Siapa ada facebook?? Hands up please... Wah.. ramainya yang ada facebook.. Aku selalunya bila buka laptop, connect internet, benda pertama yang aku buat ialah buka facebook, check kalau ada komen terbaru dari kengkawan and then barulah check pula perkembangan mereka2 ni semua. Kalau ada yang menarik macam si anu ni nak kahwin ke, nak bertunang ke, nak dapat baby ke, aku akan komen.. Kalau tak, thats it.. Tak adalah asyik mengadap facebook 24 jam.. Sampai ketagih..

Okey.. itu cerita lain.. Post kali ni aku memerlukan kamu-kamu semua untuk mempunyai daya imaginasi yang tinggi.. Bukan apa.. saja suka-suka.. Nak tahu apa akan korang buat kalau korang ada dalam situasi seperti...

Satu hari kan, korang buka facebook.. Ada member send request nak add korang sebagai kawan. Okey.. nampaknya kawan lama.. Ex school mate.. Lepas dah approve, korang pun view profile dia.. Tengok2 gambar, tinggalkan komen, and tak lupa juga korang tengok list member dia.. Kot2 ada member lain yang korang kenal kan??

Tengok punya tengok punya tengok.. Dushh!!!! Ada la pula bekas kekasih jantung pengarang hati korang dalam friend list dia.. huhuhu.. Cinta lama sudah berputik kembali?? Oh no!!! no!! no!! I'm married already key?? Apa yang korang buat ek? Adakah korang akan add dia sebagai member.. or korang tunggu minta2 dia adalah ternampak nama korang kat profile member ni tadi dan add korang.. atau pun, buat boo layan je.. Malas nak ambil pott citer lama..

Okey.. itu persoalan yang pertama..

Persoalan ke dua pula, disebabkan korang rasa macam "alah.. why not aku add je dia.. Lagipun korang masih boleh berkawan kan?".. And then dengan tidak sengaja nya korang pun terhantar la request kat dia.. Selepas beberapa jam atau hari (wah.. dah macam cerita drama plak ni... Korang bosan ker? Alah dah terlanjur baca ni, apa kata baca je sampai abis key?) request korang pun diapprovekan oleh empunya diri.. Tapi, tak ada sepatah haram pun komen atau pun mesej dari dia.. Hampa??? Hampa ke?? Jawab2...

Persoalan ke 3 pula ye..

Tengah-tengah boring ni korang check la kawan yang tengah online.. ternampak la nama si kekasih lama ni yang tengah online juga.. Adakah korang akan klik kat nama dia dan ajak dia berbual, atau pun korang tunggu je, tengok reaksi dia.. Dan kalau pun dia yang mulakan perbualan dengan korang, perbualan tu pula memang tak ada kena mengena dengan sejarah lampau tu, hanya bercerita pasal perkembangan terbaru.. ada tak rasa bersalah dengan suami korang?? (khas buat yang telah bersuami ye..)


Eehehe... apa motif ye aku buat entry yang banyak persoalan macam ini ye?? Saja je suka-suka.. Tak ada idea nak buat entry lah tu.. (ke ko pernah ada dlm situasi mcm ni lina?? Jawab bebetul..) Tapi memang curious ni nak tahu apa yang korang buat bila jadi macam ni..

Thursday, April 15

Melawat Orang Adelaide Punya Blog

Tadi aku buka facebook, rasa macam lama dah tak chat ngan adikku yang tersayang tu.. Buka profile dia.. Hampa.. Dia tak online.. Tetiba pula mata aku terpandang link untuk ke blog kawan dia.

Chikachocobo.. housemate adik kat sana. Ehehe.. unik betul id dia.. Pernah juga tanya kat adik.. Mana la si chika tu dapat nick mcm tu?? Dia cakap nama sejenis makanan.. Ye ker?? Aku pun tak tahu..

By the way, si chika ni memang pandai membuat berbagai jenis kek. Macam-macam kek dan cupcake dia buat. Semua comel2.. Very cute and menarik tertarik.. Jeles ai dengan adik ai tau.. Dapat member macam nih, kenyang makan kek la...

Eh, eh.. cerita panjang lebar ni, korang singgah lah ke blog chika tu.. Mesti terliur tengok gambar kek buatan dia.. klik chikabaker. Aku tumpang gembira adik aku ada kawan macam ni. Boleh lah adik belajar buat kek ngan chika.. Pastu buatkan kek untuk akak tersayang ni.. Boleh kan? kan?

Fakta menarik tentang chika ni lagi, dia memang minat tersangat membuat kek.. Tapi, tidak memasak.. Eehehe.. Mana boleh macam tu dik.. Masak pun nak kena gak.. Nanti suami makan kek je kerja nyer...

Jelajah Blog Ibu, Oleh Ben Ashaari



Dah ada beberapa blog ibu yang telah selamat direview dan dijelajah oleh Encik Ben Ashaari ni. Sebelum ni aku tengok secara senyap je. Tapi hari ni, rasanya aku pun nak ikut sama juga. Terima Kasih diucapkan untuk Ben Ashaari yang sudi untuk memberi ruang buat blog-blog ibu yang baru nak menapak seperti aku ini..

Untuk menerima jelajah dari Ben ni, ada syarat-syaratnya.. Antaranya ialah,

1. Pastikan ada header blog Ben Ashaari dalam entry serta link back to his entry..


2. Ringkasan mengenai blog anda:

Blog ni merupakan satu-satunya blog aku yang berjaya aku pertahankan. Sebelum ni ada juga
buat blog, tapi tak aktif. Pada mulanya tujuan blog ni adalah untuk berkongsi pengalaman
dengan ibu-ibu yang lain mengenai anak ku yang tersayang tu. Tapi, lately aku luaskan aspek
penulisan aku. Bukan sekadar bercerita mengenai anak dan aktiviti harian aku, tetapi blog ini
juga menjadi tempat aku berkongsi maklumat dan luahan pendapatku mengenai isu semasa
dan apa sahaja yang terlintas di fikiran.

3. Dari mana aku tahu mengenai segmen Jelajah Blog Ibu ni?

Dari blog-blog ibu yang aku dah follow dan juga yang telah dijelajah oleh Ben.

Itu sahaja syarat-syaratnya.. Akhir kata from my little one..

To all mommies.. apa lagi jom lar sekali.. klik kat header ben or sini

Berbulan Madu Di Hotel



Cerita dah basi sebenarnya.. Niat di hati memang dah lama nak upload, cuma tak terbuat je.. hehehe.. Gini ceritanya, last month we all satu family pergi menukar angin tidur kat hotel.. Tak ada reason yang tertentu. Cuma sebelum ni encik Hamidon kita sentiasa menyibuk memanjang. Tak ada masa untuk family.. 24 jam kerja non stop.. Projek tengah shut down katanya..

So, bila projek dah habis ni, dia pun nak le bawa keluarga dia jejalan. Tak jauh mana pun.. Dalam bandar Segamat yang terchinta ni juga.. Nak gi jauh2 kereta buat perangai pula.. Ok, nama hotelnya Golden Lake Hotel. Kitorang ambil bilik yang besar sikit.. RM140 semalam.. Mana ada hotel 5 bintang kat Segamat ni. Kira ok lar tuu..

Tapi kan, tak dapat nak upload gambar bebanyak kat sini. Sebab semuanya dalam handset hubby ku itu. Gambar yang ada kat sini pun ditangkap guna kamera lap top je.. Jadi lah kan.. Dari tak de.. Nanti kalau dah copy gambar, aku upload lagi ye..

suasana dalam hotel, Danish amat teruja ok.. Okay.. okay ai mengaku.. Ai yang teruja sebenarnya..

upacara makan bersuap.. hehe..
Sila abaikan suami ku yang tidak berbaju itu ye..
Jangan tengok lama2, nanti tergoda...
:P

Apa?? pandangan suami ku itu menggoda?? Yup yup.. ai tau..

pertandingan gigi siapa paling kuning.. or... lubang hidung siapa paling besar...

Okey la itu sahaja buat hiburan kawan-kawan semua yang tengah tension kerja tu.. Sedikit humor buat hilang stress.. Kan bagus tu..


Wednesday, April 14

Cinta Sufi Kesinambungan Trilogi Bagaikan Puteri Ramlee Awang Murshid

Siapa tak kenal kenal penulis hebat Ramlee Awang Murshid kan? Novel-novel yang ditulis oleh beliau sentiasa mendapat tempat di hati peminat novel. Telah banyak novel-novel yang dihasilkan. Tapi, novel hasilan beliau yang begitu berkesan di hati aku ialah Trilogi Bagaikan Puteri.

Trilogi Bagaikan Puteri ini mengandungi 3 buah novel iaitu
Bagaikan Puteri


" Apabila hujan turun , melimpahlah air dari perbukitan , aliran menujah ke batu , melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung "

Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.

--------------------------------------------------------------------------------
Hijab Sang Pencinta


RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
------------------------------------------------------------------------------------

Cinta Sang Ratu

Laksamana Sunan yang telah kehilangan Haryani pulang semula ke tanah Acheh.. Beliau dipanggil untuk memerangi manusia penyembah syaitan iaitu Ratu Sulaman.. namun.. pertemuan awal Laksamana Sunan dgn Ratu Sulaman telah mengubah hati dan pendirian Sang Ratu.. melalui ungkapan ” Sebagai manusia..aku sayang padamu” oleh Laksamana Sunan telah memutikkan cinta di hati Sang Ratu.. Sang Ratu akhirnya dipulihkan dari kuasa sihir Maharani dan menjadi isteri Laksamana Sunan.. Namun Maharani menjejaki Ratu Sulaman dan menculik Sang Ratu… Laksamana Sunan menjejaki isteri kesayangannya Sang Ratu yg telah disihir menjadi manusia penyembah syaitan semula.. biarpun berjaya.. namun dalam pertempuran yang berlaku.. Ratu Sulaman dibunuh oleh Maharani sendiri.. “lelaki berduka dari Tanah Rencong” yang digambarkan sebagai Laksamana Sunan membuktikan kedukaan yang ditanggung… namun sifat mulia dan rasa cinta pada Allah mengatasi segala-galanya..

-------------------------------------------------------------------------------------

Jalan cerita yang menarik, mampu membuatkan aku hidup di alam percintaan fantasi.. Insan sesempurna Laksmana Sunan menjadi dambaan semua wanita. Tapi, di penghujung trilogi menimbulkan 1001 ketidakpuasan di hati peminat kerana watak Laksmana Sunan seakan-akan dimatikan di penghujung cerita. Namun atas suara peminat, akhirnya Ramlee Awang Murshid menyambung kembali trilogi hebat ini iaitu Cinta Sufi. Walaupun tanpa 2 watak utama sebelum ini iaitu Haryani dan Dani, namun tidak menjadi penghalang untuk aku mencari novel ini di kedai nanti...


Cinta Sufi

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.

Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada yang dah beli?? Nak pinjam... ehehe...



Up date 2 Peserta Contest Wajah Garang Si Kecil


Fuh.. akhirnya siap juga update ke 2.. Disebabkan rupanya ramai juga perserta yang aku dah tertinggal / terlepas pandang. Minta maaf bebanyak. Maklumlah ini first contest yang aku anjurkan, masih banyak yang tak tahu.. So, malam tadi aku pun menerjah dan meng'save'kan semula kesemua link2 mommies semua. Harapnya tak ada la yang tertinggal lagi ye..

Tapi, minta juga jasa baik mommies yang comel2 dan cun2 belaka ni untuk check lagi sekali penyertaan ye.. This time aku sertakan sekali nama baby. Lebih teratur gitu..