Sunday, July 31

Ribut Di PUSASDA.

Assalamualaikum. Hari ni belum hilang trauma lagi.   Alhamdulillah kami anak beranak selamat. Rasanya semua dah tau kot memalui surat khabar  yang semalam ribut melanda PUSASDA. Ni aku nak cerita melalui pengalaman aku sendiri yang ada kat situ.

9 AM : Kami sekeluarga (Ayah, Ibu, Midon, Aloy, Aku, Danish dan Abe) sampai kat simpang masuk ke PUSASDA. Sebab sampai pun dah lambat. Jadinya kena parking kat luar simpang. Untuk laluan VIP katanya. Takut jalan sesak. Ayah turunkan kami kat situ pastu ayah carikan parking.

Sampai kat tempat kawad, terus kitorang ke astaka sebelah VIP sebab nasib baik Oja (adik Midon) tengah kursus gak kat PUSASDA. Awal-awal dia dah copkan tempat depan sekali. Perbarisan Tamat Latihan belum mula lagi. Sempat lah kitorang tengok dari awal. Tengok hari pun mendung je. Aku ngan ibu pun berborak lah. Nasib baik ari mendung. Tak de la penat sangat diorang berkawad. Lepas tu Perdana Menteri pun sampai dan perbarisan pun mula. Ni ada gambar sikit nak share.

berborak sementara tunggu acara bermula
11.30 AM : Habis je perbarisan, oja pun suruh kitorang tunggu je kat astaka. Dia keluar ngan Azni jap pergi cari makanan tengah hari. Tak lama lepas tu hujan mula turun. Mula-mula ringan je hujannya. Kitorang pun stay lagi lah kat situ.  Hujan makin menggila. Semua orang basah dek tempias. Danish ngan Abe pun boleh tidur lagi. Lepas tu sempat gak Midon rakam aksi Danish tidur. Kesian penat.. Kalau tengok  video tu memang memasing tengah happy. Ye la memang tak expect  yang hujan akan menjadi ribut.



Astaka yang memulanya lengang terus padat dengan orang. Semua nak berteduh dari hujan lebat. Petir pun berdentam-dentum. Hujan mula menggila. Setiap kali angin kuat datang, setiap kali tu la aku pandang kipas yang ada kat khemah. Takut juga kalau kipas ke atau lampu tu tercabut jatuh. Tak lama lepas tu aku dengar orang jerit. "Tunduk!!! Tunduk!!!" Ya Allah. Alku rasa muka aku dah pucat lesi akibat sejuk dan takut. Disebab kan depan kitorang kawan lapang (kawasan kawad), Midon cakap takut kalau2 ada zink atau dahan pokok terbang. Kitorang semua tunduk. Kerusi aku buat hadang pun dah nak terbang. Atap astaka nak tercabut.Setiap kali angin kuat, setiap kali tu laungan  Allahhu  Akbar dilaungkan.

Aku rasa memang dah tak selamat dah duduk kat situ. Aku ajak Midon redah ribut pergi ke bagunan batu. Kitorang semua kemas barang memasing. Sampai ke penghujung astaka adalah perbualan aku ngan seorang makcik yang aku tak boleh lupa.

 Aku      : Cik, jomlah kita pergi sana. (sambil aku tujukkan bangunan yang padat ngan orang)
Makcik : Nak pergi mana lagi? Situ pun dah padat ngan orang. Mana lagi kita nak lari dari dugaan Allah? Ini  semua bumi Allah ni.
             Sambil tu makcik tu suruh anak lelaki ni baca-baca doa kasi hembus-hembus sikit. Aku pula terdiam.

 Aku tak salahkan apa  yang makcik tu cakap. Ada benarnya. Bumi tempat kita berpijak ni memang bumi  Allah. Dugaan yang datang tu pula memang dari Allah. Tapi, kita pun perlu juga ikhtiar untuk selamatkan diri. Ikhtiar untuk pergi ke tempat  yang lebih selamat. Bukannya redha dan berserah tunggu ajal datang.

Tak lama lepas tu, ada askar datang dan suruh kitorang berpindah dari astaka sebab takut astaka runtuh. Semua orang bergerak masuk ke bangunan. Dalam perjelanan ke bangunan, sempat aku jeling tengok atap zink yang bersepah kat jalan.  Sampai kat depan bangunan aku tengok Danish menggigil. Bila angin datang dia menjerit sebab sejuk. Dia peluk aku kuat-kuat. Alhamdulillah kami selamat. Sana sini aku dengar budak menangis akibat trauma. Lepas tu aku salin baju Danish.

Ribut mulai reda. Oja ajak kitorang pergi ke markas Azni (kawan Oja yang berpangkat kapten) sebab takut ribut datang lagi. Kat tempat kitorang duduk tu pun pokok teinggi-tinggi. Dia takut pokok tumbang. Sampai kat markas, banyak kereta-kereta yang parking kat situ rosak sebab kena timpa atap genting. Alhamdulillah. Ribut reda lepas tu. Kereta ayah yang parking jauh tu pun tak de apa-apa. Takut juga sebab dekat kawasan luar tu lagi teruk. Pokok sana-sini tumbang.

Lepas tu kitorang makan-makan sambil memanaskan badan memasing. Sekali lagi aku bersyukur sangat-sangat sebab aku dan keluarga semuanya selamat. Ucapan takziah pula kepada mereka yang tercedera dan rosak harta benda.

Sesi makan-makan dan bergambar lepas ribut. Maaf gambar masa ribut tak de masa dan terfikir nak ambil. Semua dah kelam-kabut.

Gambar Azni, Ibu, Hidayat dan Abe
Gambar mesra mak sedara, bapak sedara dan anak2 sedara

Hamidon dan adiknya. Wah.. tingginya Dayat.

wah.. makcik mana ni? Baju tengah basah kuyup. 

gambar ni nak kena besar sikit. Masa tengah ribut tu, aku pandang muka Midon. Takut juga kalau itulah kali terakhir aku pandang muka dia. Eceh.. jiwang sikit.. Malu ah~

Pagi tadi aku google pasal ribut kat PUSASDA ni. Ramai lah yang cakap pelik kenapa khemah PDRM rosak teruk, tapi khemah askar tak. Mula lah timbul macam-macam sangkaan buruk. Ada juga yang cakap sebab masjid kat sebelah padang kawad tu tak dijaga kebersihan dia. Wallahua`lam. Benda macam ni semuanya kekuasaan Allah. Jangan lah kita nak menuding jari menyalahkan sesiapa dan me 'madanmuka'kan orang yang terlibat. Kita pun bukan baik sangat. Sama-sama lah menginsafi diri masing-masing bersempena Ramadhan yang bakal menjelang esok.

Wassalam..



Tuesday, July 26

Bergotong-royong Amalan Mulia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni aku nak cerita pasal aktiviti aku pula. (kalau ada yang perasaan ayat aku ada sedikit skema lately, ini adalah kerana aku cuba untuk meminimakan penggunaan ayat pasar dalam blog. Meminimakan sahaja.. Bukannya buang terus. Nanti macam baca buku teks sekolah pula. Boring..)

Cerita petang tadi, aku, suami dan si kecil Danish bergotong royong membersihkan sekitar rumah. Seronok juga la walaupun penat. Tapi disebabkan mula gotong royong pun lambat, dapat bersihkan sikit je. Adalah dalam pukul 5.30 petang mula aktiviti sampai 7 malam. Kalau buat kerja sekali dengan suami ni aku rasa bersemangat sikit. Almaklumlah rumah kampung. Takut gak aku kalau-kalau ada ular ke, lipan ke, apa ke. 

Danish pula, tolong nenda dia kait buah rambutan. Tolong ke mengacau ek? Tolong kacau kot. Lepas tu asyik la main air ikan. Aku fikir, lantak lah ko budak. Asal benda yang tak merbahaya dah. Kalau dok asyik ditegah jangan buat tu, jangan buat ni, tak berkembang pula minda dia nanti. Bukan main seronok lagi dia lepas bebas kat luar. Sebab selalunya memang aku kurung dia dalam rumah. Tak bagi main luar. Takut pergi kat jalan susah.

Bila dah nak masuk Maghrib, kitorang pun masuk rumah. Sambung besok pula. Tengok lah kalau mood rajin datang. Kalau tak, bersambung lah di minggu hadapan. Okay lah kan dari tak buat langsung. 

Teringat zaman-zaman sekolah dulu. Masa gotong-royong memang lah saat-saat yang dinantikan. Bukan nak bergotong royong bersihkan sekolah. Tapi bergotong royong huha sana huha sini. Kengkadang ada juga kena kutip sampah kat padang sebab lambat masuk perhimpunan.  Itu pun dikira gotong royong ke? Itu namanya denda dengan amalan mulia. Wah.. ayat nak best.

Kat mana lagi ada gotong royong ek? Ha.. gotong royong kenduri kahwin atau pun dipanggil rewang. rewang ye.. bukan merewang.. Dan lain lak maksudnya.. Tapi, walaupun dah masuk anak sorang ni aku tak berkesempatan rewang macam mak aku dulu. Selalu datang makan, pastu balik. Jahat tul. Mungkin kalau ada anak-anak kawan aku yang kahwin nanti barulah aku pergi rewang kot. 20 tahun lagi la. Lama lagi.

Kesimpulannya dari cerita aku yang pendek ni, kitorang dah start kemas rumah untuk raya. Hahaha semangat betul. Puasa pun belum lagi. Korang dah?

^-^

Monday, July 25

Puasa Ikut Cara Nabi Muhammad S.A.W

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..

Assalamulaikum.. Tak lama lagi dah nak menjelang bulan Ramadhan. Rasanya tak terlalu awal aku nak buat post mengenai bulan puasa kan? Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Mari kita semua berusaha menjadikan puasa tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. 


Wah apa kata print outkan logo ni dan tampal kat dinding umah. 


Sedikit maklumat untuk di kongsi.. Berpuasa mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W


  1. Nabi Muhammad S.A.W melarang umatnya berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba Ramadhan kerana diragui Hari Syak (sama ada 30 Syaaban atau 1 Ramadhan).
  2. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.
  3. Makanan berbuka Nabi Muhammad S.A.W adalah dalam jumlah  yang sedikit; hanya dengan beberapa biji buah kurma dan air kosong (untuk kesihatan), kemudian baginda mendirikan solat Maghrib (pada awal waktu).
  4. Tidak meninggalkan sahur, sekalipun hanya dengan seteguk air kosong kerana  Allah dan para Malaikat memohon rahmat kepada orang yang bersahur.
  5. Bersugi atau menggosok gigi ketika berpuasa iaitu sebelum tergelincir matahari dan selepasnya.
  6. Suka beribadat di bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan yang lain.
  7. Membaca  al-Quran di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan Al-Quran. (ia diturunkan pada 17 Ramadhan).
  8. Sentiasa bersifat pemurah di bulan Ramadhan dan selalu bersedekah.
  9. Berjihad dalam bulan Ramadhan di mana terdapat beberapa peperangan besar dalam bulan ini.
  10. Mengeluarkan zakat fitrah di akhir Ramadhan iaitu sebelum dan dekat dengan solat Hari Raya.

Kalau diikutkan dari nombor 1 sampai nombor 10 dalam senarai kat atas, rasanya rata-rata umat Islam mengamalkannya. Kalau ada pun mungkin melambat-lambatkan sahur tu susah nak ikut. Kadang-kadang ada yang dah sedia makan sebelum masuk tidur kan? Tapi, apalah salahnya meneguk seteguk air untuk mendapatkan pahala sunat.

Ok, itu sahaja buat kali ni. Lain kali nak tempelkan resepi bubur lambuk lak. Boleh?

Saturday, July 23

Trip to Sarawak

Masuk 4 hari dah balik semenanjung. Sekejap je rasanya masa seminggu berlalu kat Sarawak. Tujuan kami adik beradik balik ke sana selain dari melawat saudara mara, adalah nak menguruskan tukar nama tanah arwah mak. Susah juga prosesnya. Sebabnya tanah di Sarawak tidak boleh dijual beli sesuka hati dengan orang luar. Hanya hak kaum bumiputera kat sana. Walaupun kami anak mak, tak bermakna boleh tukar nama sesuka hati. Insya Allah lepas raya nanti balik lagi untuk urusan yang belum selesai.

13hb 7 sampai kat  Air port Kuching dalam pukul 5 petang. Kami pergi 5 orang. Aku, Midon, Danish, adik dan abang Daud. Sampai je kat airport pakcik  yang merupakan adik arwah mak dah sedia tunggu. Lepas tu, hampir satu jam pula perjalanan ke Kampung Opar, Bau. Banyak betul perubahan dekat kampung. Berbeza betul dengan kali terakhir aku, mak ngan adik balik dulu. Hurm.. 17 tahun lepas aku balik dengan arwah mak dan adik. Kali ni kami adik beradik sahaja ada.

Sempat gak berjalan-jalan ke Jong Crocodile Farm. Tiket bagi penduduk local ialah 10 ringgit. Untuk nonlocal pula 16 ringgit. Tapi walaupun aku bukan penduduk tempatan. Dapat tiket dengan harga seploh ringgit. Aku sahaja. Sebab lahir kat Sri Aman Sarawak. He he he.. Terasa gak la istimewanya.

tiket bagi nonlocal warna merah, RM16 for an adult and RM10 for children



Ngeh.. ngeh.. ngeh.. akhirnya.. Danish kena gak gunting rambut dekat sana. Setelah telinga ibu dan ayahnya naik bernanah di ceramahkan. Hehehe.. Kemas pun Danish rambut pendek. Kalau tak, biji mata pun tak nampak.



okey last sekali gambo sebelum balik ke semenanjung

Dari kiri: Danish dan ayah, bapak benson, aku, mak dita, isteri cik jepry, mak benson,
Depan: Abang Daud, anak cik jepry..

Hurm.. rindu betul.. Teringat2 arwah mak masa kat sana. Mungkin sebab mereka2 ni merupakan adik beradik arwah mak, maka aku rasakan kehadiran mak di situ. Cara bercakap, cara memasak, cara membuat kerja, semuanya ada bayang-bayang mak. Semoga  arwah mak, abah dan abang Ngah sentiasa aman di sana. Walaupun mak dah tak da, ikatan kekeluargaan takkan terputus walaupun berlainan agama dan adat.

Wasslam...