Monday, May 10

Woho... Busuknya Bau Mulut Kau.. Syuh.. syuh...

 Gambar google

Pernah tak korang jumpa orang yang bau mulutnya busuukk tak hingat?? Ke.. korang pun tergolong dalam golongan mereka yang kalau  bercakap, mau sebatu orang lari. Hehehe.. Tak ada kan?? Semua kawan-kawan aku ni mulut wewangi kan?? 

Tapi lah, kalau ada, korang tau tak kenapa mulut korang boleh berbau?? Masalah ni memang nampak ringan. Tapi awas, selain korang boleh menjadi bahan umpatan orang, keyakinan diri korang juga terkesan sama tau. Ok sekarang mari kita selami penyebab dan cara mengatasi masalah ni.

Bau mulut ni selalunya terjadi kepada orang dewasa (budak kecil pun kena gak.. Tapi baunya lain sikit.. Wangi.. Eehehe.. bak kata mak mertua aku. Bau tebu..) Ianya terjadi kerana pemecahan protein oleh bakteria mulut. Namun, ada juga penyebab lain..

  • Kerosakan gigi
  • Penyakit gusi
  • Sisa makanan yang tertinggal di celah gigi
  • Mulut kering
  • Aktiviti bakteria yang berlebihan pada lidah
  • Jangkitan tenggorok atau tonsil
  • Radang selaput lendir pada hidung
Cara untuk elakkan bau mulut pula
  • Selain memberus gigi, bersihkan juga giggi menggunakan dental floss. Berlambak kat farmasi.. Pakai benang pun boleh kot.. 
  • Guna pembersih lidah.
  • Guna formula ubat kumur. Macam Listerine ka.. Plax ka.. dan yang sewaktu dengannya..
  • Banyakkan minum air masak. Jangan terlalu banyak minum air kopi.
  • Kunyah gula-gula getah, khasnya kalau mulut terasa kering.
  • Makan sayur-sayuran
  • Berkumur selepas makan.. Kalau nak gosok gigi lagi bagus..
  • Kurangkan mengambil makanan ringan.. Sebab ianya mudah terselit kat gigi
  • Hidup sihat, tidak merokok..
p/s: Kalau dalam bulan puasa, lain kesnya ya.. Pastikan jangan banyak sangat bercakap..

Mabuk Perjalanan.. Memang Menyusahkan


 Gambar yang di google

Aku ni kalau berjalan jauh naik kereta, kengkadang tu memang la selalu mabuk.. Perkara yang pantang dibuat oleh aku semasa dalam perjalanan yang boleh membuatkan aku pening ialah, membaca atau mencari barang. Lagi yang membuatkan aku menyampah ialah bila Midon suruh aku bacakan mesej dan jawabkan mesej dia. Ye lah.. dia tengah drive mana boleh jawab sms kan? Memang lepas tu gerenti sakit kepala aku datang kaw-kaw punya...

Ada yang hadapi masalah sama macam aku tak? Kalau ada, ini adalah tips berguna untuk korang. Boleh diamalkan, semoga dapat menolong serba sedikit.. 

  • Sebelum memulakan perjalanan tu, tanamkan tekad kat hati korang dan ucapkan, "Aku tak akan mabuk". Ini adalah pendekatan secara psikologi ye.. Persiapkan diri untuk menerima  keadaan belok ke kanan dan ke kiri. Selama perjalanan, cuba perhatikan jalan kat depan. Tak yah pejam mata dan memaksa diri untuk tidur. Lain lah kalau betul-betul ngantuk..  
  • Bawalah buah-buahan atau jeruk. Bila muncul je rasa loya, aroma dan rasa jeruk tu boleh menolong untuk kembali menyegarkan tubuh. Kalau aku pula, selalunya memang tak lekang dengan minyak cap kapak la. Sekali hidu, berlumba-lumba angin dalam perut keluar.. Ikut mulut lain, ikut tooott.. lain.. hehehe.. Boleh juga guna minyak angin cap lain. Mana yang korang serasi la..
  • Genggam jemari tangan dan kaki berulang-ulang untuk mempertingkatkan perjalanan darah. Cara ini juga dapat menghilangkan pening kepala.
  • Janganlah asyik ber air cond je.. Betul ke aku eja tu?? OK.. Bahasa ibundanya penghawa dingin ye.. Sesekali tu buka tingkap bagi menggalakkan aliran udara segar masuk dalam kereta. Ia amat efektif bagi mencegah rasa mual dan muntah terutamanya kanak-kanak.
  • Lagi, boleh juga amalkan minum 3 sudu madu asli yang di tambah sedikit garam. Minum sebelum memulakan perjalanan.
  • Pastikan juga perut anda tidak kosong ye.. Seeloknya isi lah perut dahulu agar perut tak masuk angin yang seterusnya boleh mengakibatkan pening kepala..
Okey.. ada penambahan di sini.. Tak tahu lah betul atau tidak.. Tips ni aku dapat melalui perbincangan di forum. Tampal salotape/plaster kat pusat. Ini aku belum pernah cuba lagi. Kalau korang nak tau betul ke tak, why not korang try.. 

**** Sedikit pengumuman ye, baru kejap tadi Pakcik Midon telefon dari Batu Pahat.. Isterinya telah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.. Al fatihah buat jenazah..

Sumber: Majalah Rapi dan diolah oleh aku sendiri

Sunday, May 9

Tips Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak




Selepas bersalin, badan kita akan menjadi sangat lemah kerana kehilangan banyak darah. Namun, diet yang sihat dapat menolong kita mengatasi masalah tersebut. Diet yang sihat amat penting terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Sebenarnya kita tak perlu untuk memaksa diri minum air sebanyak mungkin untuk menambahkan kuantiti susu. Biarkan rasa haus menentukannya. 

Penghasilan susu sebenarnya memerlukan ekstra kalori. Makanlah makanan mengikut kadar yang ditentukan oleh piramid makanan. Antara yang baik ialah sayur, roti gandum, bijirin, produk tinggi kalsium dan makanan tinggi protein. 

Sebaiknya, jangan menurunkan berat badan semasa menyusukan bayi. Kita tak payah bersusah payah menyekat selera kerana, berat akan berkurangan sendiri semasa proses penyusuan walaupun jumlah makanan yang diambil meningkat. Pastikan juga makanan yang diambil tidak akan mengganggu selera anak kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi rasa susu. 

Selain itu, rajin-rajinlah makan kurma kerana disamping dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik, kurma juga banyak kebaikkannya kepada wanita. Kurma merangsang kesihatan wanita hamil dan kandungannya serta memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. 
Ia juga membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membentuk minda yang sihat. Kurma juga sesuai dimakan oleh wanita yang kekurangan susu kerana kandungan zat besinya dan kalsium menambahkan air susu. 

Sekian sudah sedikit tips untuk dikongsi bersama.. Aku bukanlah seorang pakar kesihatan. Belajar memalui pembacaan.. 

Sumber rujukan: Majalah Rapi