Tuesday, August 3

Dia Kembali Bernafas, Tapi Masih Dalam Pantang

Hari jumaat lepas aku balik rumah mak mertua aku kat Gelang Chinchin. Dah lama rasanya tak balik sana. Riuh rendah lah rumah sana dengan gelagat Abe dan Danish. Terima kasih tidak terhingga kepada mercedes encik Hamidon yang sudah kembali bernafas, tetapi masih dalam pantang. Hehehe..



Agak kelakar aku rasa disitu bila Midon gunakan istilah "dalam pantang" untuk kereta dia. Sayang benar lah tu kat kereta tu sampai boleh jadi bini nombor dua. Setelah aku rasa 5 bulan kereta tu tersadai, akhirnya dapat repair balik. Alhamdulillah. Selama beberapa bulan ni memang rasa sakit betul la. Macam patah kaki sebelah pula. Nak pergi memana semua susah. 

Terima kasih juga kepada kawan Midon Wan, yang sudi bagi pinjam kereta dia kalau aku ada hal nak pakai kereta. Kepada Apek dan Man (walaupun aku tahu korang tak pernah baca dan takkan baca blog aku, tapi aku tetap nak tulis kat sini) yang sanggup bersusah payah tolong Midon angkat enjin, keluar enjin. Jasa korang, moga Allah balas.

Istilah dalam pantang tu merujuk kepada kereta Midon yang tak mampu lagi nak berjalan jauh buat masa ni. Masih ada lagi perkara yang perlu diselesaikan. Tapi, tak pe. Perlahan-lahan kan? 


2 comments:

  1. hohoho.. siap dalam pantang lak tu. hihi.. semoga kembali sehat seperti biasa. hehe =P

    ReplyDelete
  2. takpe lina..pelan2 jer asal boleh guna okay la tu.. ko jgn belasah laju2 pulak.. btw nanti aku kirim sesuatu direct ke umah ko, rasanya x perlu ko nk ke pos office..senang citer... ;-) ganti hadiah hr tu..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu