Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..
Assalamulaikum.. Tak lama lagi dah nak menjelang bulan Ramadhan. Rasanya tak terlalu awal aku nak buat post mengenai bulan puasa kan? Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Mari kita semua berusaha menjadikan puasa tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Wah apa kata print outkan logo ni dan tampal kat dinding umah. |
Sedikit maklumat untuk di kongsi.. Berpuasa mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W
- Nabi Muhammad S.A.W melarang umatnya berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba Ramadhan kerana diragui Hari Syak (sama ada 30 Syaaban atau 1 Ramadhan).
- Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.
- Makanan berbuka Nabi Muhammad S.A.W adalah dalam jumlah yang sedikit; hanya dengan beberapa biji buah kurma dan air kosong (untuk kesihatan), kemudian baginda mendirikan solat Maghrib (pada awal waktu).
- Tidak meninggalkan sahur, sekalipun hanya dengan seteguk air kosong kerana Allah dan para Malaikat memohon rahmat kepada orang yang bersahur.
- Bersugi atau menggosok gigi ketika berpuasa iaitu sebelum tergelincir matahari dan selepasnya.
- Suka beribadat di bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan yang lain.
- Membaca al-Quran di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan Al-Quran. (ia diturunkan pada 17 Ramadhan).
- Sentiasa bersifat pemurah di bulan Ramadhan dan selalu bersedekah.
- Berjihad dalam bulan Ramadhan di mana terdapat beberapa peperangan besar dalam bulan ini.
- Mengeluarkan zakat fitrah di akhir Ramadhan iaitu sebelum dan dekat dengan solat Hari Raya.
Kalau diikutkan dari nombor 1 sampai nombor 10 dalam senarai kat atas, rasanya rata-rata umat Islam mengamalkannya. Kalau ada pun mungkin melambat-lambatkan sahur tu susah nak ikut. Kadang-kadang ada yang dah sedia makan sebelum masuk tidur kan? Tapi, apalah salahnya meneguk seteguk air untuk mendapatkan pahala sunat.
Ok, itu sahaja buat kali ni. Lain kali nak tempelkan resepi bubur lambuk lak. Boleh?
menarik..ingat memperingati sesamo kito...walaupun dah terlampau pandai..ekekek
ReplyDeletesemoga bln baik kita di berkati
selamat berpuasa :D
ReplyDeleteberazam nak posa penoh
ReplyDeletehoyey!
haha
selamat berpuasa ;) harap ramadhan tahun ni lagi baik dari tahun lepas ;)
ReplyDeletexsabar tggu ramadhan :)
ReplyDeleteyup.. lagi 4 hari jek.. bazar2 pun dah mula naik khemah ni.
ReplyDelete