13hb 7 sampai kat Air port Kuching dalam pukul 5 petang. Kami pergi 5 orang. Aku, Midon, Danish, adik dan abang Daud. Sampai je kat airport pakcik yang merupakan adik arwah mak dah sedia tunggu. Lepas tu, hampir satu jam pula perjalanan ke Kampung Opar, Bau. Banyak betul perubahan dekat kampung. Berbeza betul dengan kali terakhir aku, mak ngan adik balik dulu. Hurm.. 17 tahun lepas aku balik dengan arwah mak dan adik. Kali ni kami adik beradik sahaja ada.
Sempat gak berjalan-jalan ke Jong Crocodile Farm. Tiket bagi penduduk local ialah 10 ringgit. Untuk nonlocal pula 16 ringgit. Tapi walaupun aku bukan penduduk tempatan. Dapat tiket dengan harga seploh ringgit. Aku sahaja. Sebab lahir kat Sri Aman Sarawak. He he he.. Terasa gak la istimewanya.
| tiket bagi nonlocal warna merah, RM16 for an adult and RM10 for children |
okey last sekali gambo sebelum balik ke semenanjung
| Dari kiri: Danish dan ayah, bapak benson, aku, mak dita, isteri cik jepry, mak benson, Depan: Abang Daud, anak cik jepry.. |
Hurm.. rindu betul.. Teringat2 arwah mak masa kat sana. Mungkin sebab mereka2 ni merupakan adik beradik arwah mak, maka aku rasakan kehadiran mak di situ. Cara bercakap, cara memasak, cara membuat kerja, semuanya ada bayang-bayang mak. Semoga arwah mak, abah dan abang Ngah sentiasa aman di sana. Walaupun mak dah tak da, ikatan kekeluargaan takkan terputus walaupun berlainan agama dan adat.
Wasslam...