Thursday, August 20

Danish mamam pisau??

Terkejut betul aku tadi.. bukan sahaja terkejut tapi menggeletar satu badan.. Mana tak nya sedap2 Danish ngan Abe main2 kat lantai tadi, tetiba aku terperasan something yang Danish tengah pegang n kemam dalam mulut.. Dan disebabkan pandangan mata aku yang rabun ni, jadi at first aku tak dapat nak pastikan apa yg dalam mulut Danish tu. Dan dengan rasa selamba je aku tanya.. : Danish makan apa tuh?

Nasib mak mertua aku ada kat situh, terus dia meluru ke Danish dan cakap Danish makan PISAU nih.. Ermm... PISAU tau tak? PISAU lipat yang 20 sen kat kedai tuh.. Aku pun apa lagi terus terpa kat Danish.. Sekarang ni PISAU dah ada kat tangan dia.. Dia tengah genggam PISAU yg terbuka tuh.. Terbuka.. bukan tertutup.. Aku rasa kalau dia genggam kuat sikit memang dah berdarah tangan dia.. Tajam tu PISAU tuh.. baru beli..

Setelah dengan penuh berhati-hatinya aku buka satu-satu jari Danish n berjaya keluarkan pisau tu tanpa melukakan buah hati pengarang jantung aku tuh.. Uishh... BAHAYA!!! tul la.. Sampai sekarang aku terkenang-kenang lagi macammana Danish hisap pisau tu mcm makan gula-gula lollipop. N aku hanya memandang je sebab aku ingat dia gigit straw..

Rasa hati memang aku macam nak mengamuk jer.. Umah ada budak kecik macam ni pun boleh sepahkan benda-benda bahaya macam tu merata-rata.. Kalau Danish terodok perut Danish atau Abe tadi cam ner?? Nak salahkan saper?? takkan nak salahkan budak kecik tuh..

Tu lah aku nak ingatkan kat mummy2 kat luar sana n diri aku sendiri.. Pastikan kawasan mainan anak anda selamat dari segala benda-benda yang merbahaya ni.. Benda kalau dah terjadi barulah terngadah.. Malang tak berbau... Insaf betull.. Tak habis menggigil lagi aku nih...

1 comment:

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu