Ini yang aku panas hati ni.. Geram betul. Ada ke patut "seseorang" itu merempit depan rumah aku. Betul-betul depan rumah lak tu. Hangin satu badan ni. Macam tak ada tempat lain dia nak lepas gian bawak motor. Depan rumah aku juga yang ditujunya.. Mak budak pula tu. Siap bawak anak ngan laki dia sekali.
Aku pun malas la nak cerita banyak.. Korang layan je la gambar ni ye.. Sempat aku tangkap gambar lagi nak bawa bukti pergi report polis.Suspek2 ni memang wanted pun khabarnya. Bahaya tak aku??
NOTES: Sila abaikan daun-daun nan kering yang berselerakan itu. Kerana, memang aku sedang menunggu untuk ia hapus dengan sendirinya. Terima kasih.
Nama suspek: Nur Azlina Aris
Nama suspek: Hamidon bin Azni
Nama suspek: Muhammad Hami Danish
Oh ya, nampaknya suspek-suspek tersebut rupa-rupanya adalah diriku, lakiku dan anakku sendiri. So, aku pun tak jadi report polis. Siapa yang rasa macam lawak, sila gelak. Siapa yang rasa macam "hek elleh.. tak ada idea lah tu.. Benda ni pun nak buat post" Sekiranya itu yang anda fikirkan,
Maka, bacalah cerita sebenar di bawah ini...
Sebenarnya cenggini, hari tu hari selasa lepas. Aku teringin lah nak buat pengat durian. Pergi kedai kat depan rumah ni, tak adalah pula gula melaka. Kebetulan pula masa tu ada member Midon datang. Aku pun dengan muka tak malunya minta pinjam motor. Midon ni pula, semenjak menjak aku ni jadi bini dia, memang dia tak bagi aku naik motor. Bahaya katanya. Padahal sebelum kahwin dulu, motor juga lah yang aku seret bawa sana sini.
Tapi, hari tu dia bawalah juga aku naik motor pergi kedai (setelah aku mengugut untuk berjalan kaki ke kedai yang lebih kurang 7 Km jauhnya). Balik dari kedai, tiba-tiba dia berhenti kat tepi jalan. Oh.. rupa-rupanya dia bagi can aku lepas gian bawa motor. He he he. Aku pun dengan tersenyum simpulnya bawalah motor balik rumah. Ada lah berdebar juga setelah 2 tahun lebih tak bawa motor.
Sampai pula rumah, dek kerana kesiankan Danish yang tak dapat ikut pergi kedai, Midon pun suruh aku bawa dia jejalan kat laman rumah. Happy sesangat dia. Lepas sessi bergambar, aku pun masuk rumah buat pengat durian. Nampaknya percubaan pertama aku menjadi. Sangat2 lah best. Siap suruh Midon bawa balik rumah bagi mak mertua aku. Eceh..
P/s: Kas Salina, kalau akak terbaca entry lina ni, kenapa erk nak masuk blog akak dah tak leh? For invited readers only. Sedihla.. tak dapat tengok aqil naim lagi.. Huhuhuhu..
la..ko rupanya yg x hingat merempit siang2 hari tu ye.. nanti suruh pak polisi tangkap ko..he..he..
ReplyDeleteAik!!!! Tak dapat masuk.. Naper plak erkkk.. Bleh dah kot.. Try lg.. Akak tak private kan pn dik.. Hari2 tggu komen2 dari adik akak sowang ni.. Btoi x tipu.. Lama lina menyepi dr blog akak..
ReplyDeleteKalo still x dapat msk jgk email akak at c4kc1b0r@yahoo.com.my bgtau yg still x leh msk.. kwn2 yg lain leh je msk dik.. Miss u so much also.. ;o)
kecik2 da jadi mat rempit..cute pula tengok dia bonceng kat depan.
ReplyDeletecomel nye anak kakak ;)
ReplyDeletefotogenik ssgt huhu