Wah wah wah.. dramatik sungguh tajuk post itu yer? Lama juga aku menghilang kali ni kan? Kepada memember yang sudi menjengah blog ni, minta maaf bebanyak kerana terpaksa pulang degan tangan kosong. Ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Satu daripadanya ialah streamyx kena potong.. Hehehehe.. Dengan tak malunya aku mengaku.
Broadband pula, aku pakai yang celcom punya. Tak de line 3G sini. Terpaksa lah pakai GPRS.. Lembab macam siput. Nak buka blog pun semput. Tapi, tadi Alhamdulillah. Ada rezeki masuk, dapat ler sambung balik streamyx.
So.. apa cerita sekarang? Harapnya yang perang2 dingin dulu tu dah senyap le ye?? Perang apa? Adalah.. Siapa yang tahu, tahu lah..
Sepanjang aku menghilang ni, sempatlah aku menghadirkan diri ke majlis kahwin kawan-kawan. Syokk nyer.. Ada yang kahwin, ada yang bertunang. Boleh dikatakan pada umur 24 tahun ni, ramai yang dah mula membina hidup sendiri.. Yang dah nampak hala tuju hidup memasing.. Tahniah sahabat. Semoga apa yang diusahakan dan dirancang dapat dicapai..
Bergambar masa majlis nikah Dila dan Hadi..
Erm.. ada juga desas desus nak buat reunion untuk exclaasmate Teknik Jb dulu.. Nak pergi pantai katanya dalam hujung tahun ni. Bagus.. bagus.. Saya setuju.. From now on, nak kena kumpul duit sikit2 la.. Ada lubang bisnes yang best tak? Kongsi sikit ye.. Berminat sungguh ni..
Akhir kata, liennasts sudah kembali...
wah..liena.. ko mmg menghilang sungguh lama.. rindu oo kat ko..
ReplyDeletewuit buat bisnez online ler
ReplyDeletedatuk S.. bis nes online?? ok gak tu.. aku pun memang susah nak keluar sana sini..
ReplyDeleteadyshariz.. itulah pasal.. rindu kat ko jugak..