Monday, July 25

Puasa Ikut Cara Nabi Muhammad S.A.W

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..

Assalamulaikum.. Tak lama lagi dah nak menjelang bulan Ramadhan. Rasanya tak terlalu awal aku nak buat post mengenai bulan puasa kan? Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Mari kita semua berusaha menjadikan puasa tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. 


Wah apa kata print outkan logo ni dan tampal kat dinding umah. 


Sedikit maklumat untuk di kongsi.. Berpuasa mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W


  1. Nabi Muhammad S.A.W melarang umatnya berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba Ramadhan kerana diragui Hari Syak (sama ada 30 Syaaban atau 1 Ramadhan).
  2. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.
  3. Makanan berbuka Nabi Muhammad S.A.W adalah dalam jumlah  yang sedikit; hanya dengan beberapa biji buah kurma dan air kosong (untuk kesihatan), kemudian baginda mendirikan solat Maghrib (pada awal waktu).
  4. Tidak meninggalkan sahur, sekalipun hanya dengan seteguk air kosong kerana  Allah dan para Malaikat memohon rahmat kepada orang yang bersahur.
  5. Bersugi atau menggosok gigi ketika berpuasa iaitu sebelum tergelincir matahari dan selepasnya.
  6. Suka beribadat di bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan yang lain.
  7. Membaca  al-Quran di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan Al-Quran. (ia diturunkan pada 17 Ramadhan).
  8. Sentiasa bersifat pemurah di bulan Ramadhan dan selalu bersedekah.
  9. Berjihad dalam bulan Ramadhan di mana terdapat beberapa peperangan besar dalam bulan ini.
  10. Mengeluarkan zakat fitrah di akhir Ramadhan iaitu sebelum dan dekat dengan solat Hari Raya.

Kalau diikutkan dari nombor 1 sampai nombor 10 dalam senarai kat atas, rasanya rata-rata umat Islam mengamalkannya. Kalau ada pun mungkin melambat-lambatkan sahur tu susah nak ikut. Kadang-kadang ada yang dah sedia makan sebelum masuk tidur kan? Tapi, apalah salahnya meneguk seteguk air untuk mendapatkan pahala sunat.

Ok, itu sahaja buat kali ni. Lain kali nak tempelkan resepi bubur lambuk lak. Boleh?

Saturday, July 23

Trip to Sarawak

Masuk 4 hari dah balik semenanjung. Sekejap je rasanya masa seminggu berlalu kat Sarawak. Tujuan kami adik beradik balik ke sana selain dari melawat saudara mara, adalah nak menguruskan tukar nama tanah arwah mak. Susah juga prosesnya. Sebabnya tanah di Sarawak tidak boleh dijual beli sesuka hati dengan orang luar. Hanya hak kaum bumiputera kat sana. Walaupun kami anak mak, tak bermakna boleh tukar nama sesuka hati. Insya Allah lepas raya nanti balik lagi untuk urusan yang belum selesai.

13hb 7 sampai kat  Air port Kuching dalam pukul 5 petang. Kami pergi 5 orang. Aku, Midon, Danish, adik dan abang Daud. Sampai je kat airport pakcik  yang merupakan adik arwah mak dah sedia tunggu. Lepas tu, hampir satu jam pula perjalanan ke Kampung Opar, Bau. Banyak betul perubahan dekat kampung. Berbeza betul dengan kali terakhir aku, mak ngan adik balik dulu. Hurm.. 17 tahun lepas aku balik dengan arwah mak dan adik. Kali ni kami adik beradik sahaja ada.

Sempat gak berjalan-jalan ke Jong Crocodile Farm. Tiket bagi penduduk local ialah 10 ringgit. Untuk nonlocal pula 16 ringgit. Tapi walaupun aku bukan penduduk tempatan. Dapat tiket dengan harga seploh ringgit. Aku sahaja. Sebab lahir kat Sri Aman Sarawak. He he he.. Terasa gak la istimewanya.

tiket bagi nonlocal warna merah, RM16 for an adult and RM10 for children



Ngeh.. ngeh.. ngeh.. akhirnya.. Danish kena gak gunting rambut dekat sana. Setelah telinga ibu dan ayahnya naik bernanah di ceramahkan. Hehehe.. Kemas pun Danish rambut pendek. Kalau tak, biji mata pun tak nampak.



okey last sekali gambo sebelum balik ke semenanjung

Dari kiri: Danish dan ayah, bapak benson, aku, mak dita, isteri cik jepry, mak benson,
Depan: Abang Daud, anak cik jepry..

Hurm.. rindu betul.. Teringat2 arwah mak masa kat sana. Mungkin sebab mereka2 ni merupakan adik beradik arwah mak, maka aku rasakan kehadiran mak di situ. Cara bercakap, cara memasak, cara membuat kerja, semuanya ada bayang-bayang mak. Semoga  arwah mak, abah dan abang Ngah sentiasa aman di sana. Walaupun mak dah tak da, ikatan kekeluargaan takkan terputus walaupun berlainan agama dan adat.

Wasslam...

Thursday, June 9

Pengalaman Aku Meredah Banjir

Mesti korang pernah dengar orang cakap 'Tak de penyakit, Cari penyakit' kan? Aku pun pernah tergolong dalam kategori macam ni. 

Semua orang tahu negeri Johor dilanda banjir besar awal tahun ni. Daerah Segamat boleh dikatakan mengalami banjir yang agak teruk. Aku dengan Midon pula memang pantang kalau ada benda-benda macam ni. Mesti sibuk nak pergi tengok. 

Mulanya petang tu area pukul 6 petang aku, Danish dan Midon pergi Maybank. Niatnya hanya nak masukkan duit untuk ayah saudara Midon. Sambil tu, boleh gak tengok paras air kat sungai Segamat dah sampai tahap mana. Memang dah nak cecah tebing masa tu. Jalan kat bandar yang belakang Sri Genuang tu memang dah naik air dan sudah pun ditutup. 

Puas meneroka bandar, aku ajak Midon pergi tengok rumah aku yang kat Batu Badak ni pula. Dalam hati memang aku tak risau sangat. Sebab selalunya walaupun banjir rumah aku memang tak pernah naik air. Kalau ada pun adalah dalam 2/3 meter je air dari rumah. Masa lalu dekat depan rel keretapi tu air dah nak cecah jalan. Cuak juga tengok. 

Sampai dekat rumah lepak kejap. Aku ajak Midon balik. Sebab hanya adik Midon (Aie) yang ada kat rumah. Hari pun dah malam. Nak dijadikan cerita, on the way nak balik tu kawan Midon call. Katanya dia ada kat Batu Anam tengok banjir. Batu Anam merupakan jalan ke Gemas. Memang kitorang dah tau jalan kat sana dah naik air teruk dan ditutup. Mak mertua ngan ayah mertua aku yang meniaga dekat Gemas pun tak dapat balik. Dah 2 hari dah diorang tidur dekat Kem Gemas. 

Dengan otak budak-budaknya aku dan Midon pun bercadang nak pergi sana. (Macam dah tak de kerja lain). On the way, aku lalu balik rel keretapi tadi. Hallamakk air dah naik dekat jalan. Kalau motor memang dahtak boleh lalu. Kereta pun kalau diikutkan hampir tenggelam separuh tayar. Masa tu aku memang berdoa banyak-banyak. Takut juga. Dah la sebelah keretapi tu sungai. Kalau dibawa arus maunya kereta aku jadi kereta selam.

Tapi, kejadian tu tak mematahkan semangat kitorang lagi.. Boleh lagi sambung perjalanan pergi batu anam. Dengan malam pekat dan hujan lebat yang menggila.Kiri kanan pula memang tak de lampu jalan akibat balck out. Memang kerja orang yang tak de kerja. 

Bersambung.....

Berjayakah aku ngan Midon sampai ke batu anam? Apakah yang terjadi dalam perjalanan dan menjadikan ianya  peristiwa yang aku tak dapat lupakan? Selamat kah kitorang balik ke rumah Gelang Chinchin?

Jeng...jeng jeng... Nantikan sambungannya ye.  

Sedikit gambar banjir untuk menjamu mata.

Dekat depan TM Point

Rel keretapi

Ramai juga yang teruja tengok air

Siap ada yang menjala ikan

Dekat Buloh Kasap