Monday, May 24

Ini Bukan Entry Perang.. Harap maklum

Salam sejahtera. Nampaknya from nowadays, aku kena lah berebut ngan abang aku guna komputer. Sebab, lap top ku itu sudah kembali kepada tuan empunya nya.. Huhuhu.. Siapa lagi kalau tidak Encik Hamidon. Mula-mula memang la rasa berat hati nak bagi. Tapi kan, aku tak nak digelar tamak. Ye lah lap top nak, psp nak, kad astro pun kat aku. Yang dia, duk kat rumah sana, terkontang-kanting boring..

Em.. ni abang aku tengah rehat jap, (kalau tak, memang 24/7 dia depan pc ni, blogger tegar lah katanya.. ehehehe). So, dikesempatan yang ada ni aku blogwalking la. Singgah la di blog adyshariz. Baca entry terbaru dia. Lepas tu, baca komen, aku terpikat ngan komen si suziey.. Sebab pendapat aku adalah sama dengan dia.

Sebab apa? Benar apa yang dikatakan. Aku pun pernah gak join jelajah blog ibu yang Ben buat tu. Kalau tengok sambutannya, memang menggalakkan. Sana sini orang dok sebut pasal Ben. Aku rasa dekat beratus juga blog2 ibu yang join. Tapi, hampa kan bila kerja yang dilakukan tak setimpal dengan sambutan yang diberikan. 

Bagi aku lah kan, kalau Ben Ashaari dah merancang untuk buat jelajah tu, sepatutnya dia perlu komited dengan apa yang dia buat. Bukannya "macam melepaskan batuk di tangga". Review yang diberikan pun, bukan setakat copy paste apa yang empunya blog tulis. Memang ada antara blog-blog ibu yang hampa dengan review yang diberikan. Aku juga salah seorang darinya. Tetiap hari kita periksa sama ada blog dah di review ke belum. Tapi bila tengok review nya hanya sekadar itu, rasa macam tak berbaloi.

Tak salah apa yang dia buat, mungkin betul apa yang dikatakan orang, dia mahu mencari traffik. Tapi sekiranya traffik yang disumbangkan oleh kami2 ni dibalas dengan review yang setimpal. Aku rasa takkan ada suara-suara sumbang di belakang. Betul tak? 

So, diharapkan sekiranya adalah sesiapa yang berhajat dan berkeinginan untuk membuat seperti yang dilakukan oleh Ben itu, perlulah fikir cara yang lebih bersistematik dan bersungguh-sungguh menjayakannya. Pastikan diri dah bersedia, jangan pula sampai tak terbawa..

Saturday, May 22

Baby With Soother or Feeding Bottle

Baby With Soother or Feeding Bottle



Setelah ditag oleh adyshariz dan mamaukail, 
 makanya dengan ini aku pun nak join contest ni gak..
Danish memang tak pernah dan tak reti pakai pacifier
So, yang ada gambar dia pakai bottle je.. 

Perhatian-perhatian.. Sesiapa yang nak join gak, baca syarat-syaratnya yang tersangat mudah di
Gambar yang aku pertaruhkan..

 Cari punya cari punya cari.. 
Dapat lah sekeping gambar ni.. Ok lar tu kan?

Nama budak kecil ni: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Tarikh Lahir: 24.o9.o8
Email: liennasts@yahoo.com

Sekarang aku nak tag,
Sebab aku tengok kak salina ni jarang no.. join contest.. ehehe..
Jangan marah a.. menang dapat hadiah tau..

Tag: 23 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Saya

Aku telah ditag lagi.. Huhuhu.. Bersemangat nak bayar hutang tag ni. Hehehe.. Inilah kerjanya kalau dah tak de idea tulis post. Bagus juga ye tag ni, boleh bagi post free untuk blogger yang ketandusan idea.. Okey, tag kali ni aku dapat melalui abang aku, Akuvision. Seorang blogger juga. Aku memang tabik la dengan dia sebab dalam masa tak sampai 3 bulan buat blog, follower dah mencecah 500 ke atas. Tahniah buat anda bro..

Enough for the introduction, ini lah tag nya.. Memula mesti kita tengok rule nye ye.

  1. Tuliskan 23 perkara rawak tentang diri anda (sama ada fakta, impian atau imaginasi)
  2. Sampaikan tag ini kepada 5 rakan blog yang lain
  3. Harus ikut peraturan, jika tidak tag anda tidak sah.
  4. Ikut segala yang ditulis di atas.
23 perkara mengenai aku ialah:
  1. Nick aku, liennasts aku gunakan sejak zaman aku bersekolah lagi, (form2) masa zaman chatting2 kan. Sampai sekarang aku still sayang lagi ngan nick tu. Sebab ramai kawan2 aku mengenali aku melalui nick tersebut.
  2. Lepas PMR, aku pernah dapat tawaran ke SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) tapi aku tak pergi.. 
  3. Kenapa aku tak gi SMKA? Sebab aku dapat tawaran ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.
  4. Dulu, aku pernah menjadi seorang pelajar yang amatlah nakal.. Hehehe.. Ponteng sekolah sampailah beberapa kali abah aku kena panggil ke sekolah.. Suatu yang aku tak banggakan. Tapi, kenangan manis buat aku..
  5. Sejak aku bersekolah rendah lagi, dah pandai bercintan-cintun. Tapi biasalah, cinta monyet budak2. 
  6. Pernah mendapat tawaran untuk masuk ATMA (Akademi Tentera Malaysia). Tapi aku tak gi juga, sebab masa tu abah aku tengah sakit tenat.
  7. Aku pernah bekerja, dekat kilang buat cermin. Sempat merasa sebulan gaji je. Lepas tu aku berhenti. Tak tahan lor.. Kena berdiri satu hari..
  8. Pernah accident kat depan HYUNDAI, (depan sikit je dari angsana). Masa tu aku ngan Midon naik motor. Tetiba je dia boleh tertidur, motor pun langgar tiang letrik. Kitorang sama2 terjatuh.
  9. Motor aku dicuri lepas tu. Ye lah kan, kitorang gi hospital. Motor parking situ. Besoknya tengok motor dah tak nampak bayang.. Kriss Hitam..
  10. Motor kedua aku, skuter Moskito.. Huhuhu.aku memang bangga la bawa moskito gi sekolah dulu. Pastu, elok2 je design motor tu cecantik, kena tarik la pula. Sebab dah dekat setahun tak bayar. Kuang kuang kuang..
  11. Arwah mak aku dulu Bidayuh Sarawak, so aku ni kacukan bidayuh+melayu.
  12. Tau la satu dua perkataan Bidayuh. Gok katik man tubik= mari sini makan nasi. Itu pun mak aku ajar masa balik rumah atok dulu. 
  13. Badan aku bersaiz besar (gemuk la tu). Sangat susah nak cari baju. Sian aku..
  14. Suka main Harvest Moon.. Tak kiralah versi PS2 or PSP semua aku pernah main. 
  15. Impian aku, nak main kesemua game Harvest Moon yang aku tak khatam2 tu.
  16. Aku sangat senang mengalirkan air mata. Tengok cerita sedih sikit, berjurai2 air mata keluar. 
  17. Peminat cerita Korea.. Cerita korea yang paling aku suka, Full House, My Girl, My Lovely Samsoon..
  18. Aku pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang hanyalah 2 kali. Pertama sekali tengok cerita Fight Plane lakonan Jodie Foster dan yang kedua, cerita Ada Apa Dengan Cinta. Kat segamat mana la ada panggung wayang. Jadi nya aku memang jakun. hehehe..
  19. Bakso angsana memang aku rindu.. Bila la nak gi JB lagi ni. 
  20. Erm.. sijil SPM aku kat teknik JB tu aku tak ambil2 lagi. Dah bertahun2 dah ni. Korang dah ambil?
  21. Mudah panas baran.. dan mudah mengamuk. Lepas tu, mudah plak menyesal.
  22. Aku nak memilikki rumah sendiri dalam masa 10 tahun lagi. Kalau lagi cepat lagi bagus.. Tapi, duit tarak..
  23. Aishh?? dah abis dah? Banyak lagi aku nak tulis ni. Tak pe la.. Lain kali ye..
Jengg.. jengg.. sampailah saat dan ketika untuk aku tag orang plak.. Jaga-jaga, mari kita tengok siapa yang kena..

Kepada yang kena tag, harapnya anda sudi2 la buat ye. Aku nak tahu juga serba sedikit pasal korang. Boleh kan???? kan???

Friday, May 21

Keloid Balas Dendam

Pernah dengar perkataan keloid? Keloid ni ialah kesan parut luka yang hidup. Ia boleh menjadi timbul dan membesar sehingga melepasi kawasan luka. Keloid juga boleh menjadi begitu besar dan mengakibatkan rasa gatal dan tidak selesa.. Tak tahu lagi apa tu keloid? Tengok gambar ni la senang nak cerita..



See? itulah keloid. Bukan aku punya gambar, aku google tau. Yang ni terjagi dekat belakang telinga. Benda ni boleh muncul dekat mana-mana je anggota badan, yang pernah mengalami luka. Suntikan vaksin (BCG) pun boleh menimbulkan keloid. Aku pun kena gak benda alah ni. Bekas BCG aku yang kat bahu ni jadi timbul dan meleret2 macam lipan kontot.

Kedua-dua belakang telinga aku pun jadi gak. Bekas tindikkan. Tindik telinga waktu kecil tak de apa-apa. Lepas ni bila dah remaja sikit (zaman muda2 dulu) aku tindiklah telinga lagi. Kan jadi trend dulu, pakai anting2 sampai 2/3 ketul. Pastu ada satu ketika, anting2 hilang. Aku pun biar je la telinga tu kosong. Rupa-rupanya itulah penyebab keloid ni. Terus membesar. Ada la besar macam dalam gambar tu kat telinga sebelah kanan. Telinga sebelah kiri pun ada gak. Tapi hanya separuh je saiznya dari gambar tu.

Keloid ni memang tak membahayakan kesihatan. Tapi dari segi kecantikkan, memang mencacatkan. Orang pun kengkadang tengok pelik je. Segan juga le kat orang. Rasa tak selesa dan gatal kat keloid tu. Kengkadang rasa berdenyut2 perit. Bila dah gatal, kita garu, macam merangsang dia menjadi bertambah besar.

Apa yang menyebabkan keloid ini masih menjadi misteri. Sebab pada tubuh orang yang sama, luka kat tangan kanan boleh jadi keloid.  Tapi kat tangan kiri tak jadi. Macam aku, ada gak tindik kat hidung. Nasib baik tak jadi keloid.Jadinya, penyebab nya tak diketahui. Apa yang aku baca, keloid ni juga dari keturunan. Kalau ibu bapa ada keloid, anak2 pun mungkin kena. Sebab tu lah aku rasa adik aku pun ada keloid sebab tengok bekas BCG dia sama cam aku. Awal2 lagi aku dah pesan kat dia jangan tindik2 telinga.

Memang ada cara rawatannya, selalunya tak dapat nak buang habis.Sebab dia akan datang balik. Aku pernah buat operation dulu. Buang yang kat dua2 telinga ni. Sakitnya Allah je lah tau. Masa tengah ditoreh2 nya telinga tu memang la tak rasa. Ada ubat bius kan. Tapi, lepas tu, hurm.. rasa macam telinga disiat2 hidup2. Bayangkanlah.. Doktor tak dapat bagi aku ubat tahan sakit sebab aku masa tu tengah pregnantkan Danish. Memang la hilang keloidnya lepas operation. Tapi tak lama lepas tu, dia datang balik. Lagi teruk, sebab luka operation. Huhuhu.. Sedih2. Aku tak sanggup nak hadapi operation tu lagi.. Sakit...

 help me please..

So, ada tak sesiapa punya pengalaman macam ni? Tolong ye berkongsi cara rawatan yang less sakitnya. Sebab keloid aku ni macam tengah nak membalas dendam. Cepat betul pembesarannya. Please????? :(

Thursday, May 20

Up Date Danish.. 1year 8 months

Yeay.. nak cerita pasal Danish lagi.. Sedar tak sedar, dah nak 2 tahun dah aku diberikan kesempatan oleh yang Maha Kuasa untuk menjaga dan memelihara anakku yang seorang tu. Terima Kasih Ya Allah atas nikmatmu yang teramat besar buatku.. Tinggal 4 bulan je lagi, Danish akan genap dua tahun. Dan aku juga dah bersedia untuk bagi Danish adik.. Hehehe.. Tapi belum ada rezeki lagi la.. Kesian aku tengok si Danish tu main sesorang..

 ~Danish beberapa minit selepas lahir~

Masih.. danish belum pandai panggil ibu.. Kenapa ye? Bila baca blog orang lain yang anaknya lebih kurang sebaya ngan Danish ada yang dah pandai panggil ibu la, mama la, mummy la.. Ke sebab aku ni jarang bahasakan diri aku ibu ngan Danish? Tak de la pula.. Sepanjang masa kalau aku bercakap dengan dia, aku akan bahasakan diri aku ibu. Setiap kali aku cakap ngan Danish,

"Danish, danish ni (aku tudingkan jari kepada aku) sapa?".. "Danish.. danish..ikut ibu sebut ye.. IBU.. IBU.."

 ~Danish 1 month. jadi gelap sebab lama duk wad.Terbakar kulit dia duk bawah lampu tu~

Apa yang dia buat?? Dia buat deekk je.. Kengkadang dia sengih-sengih pastu terus meluru kat aku. Macam memalu gitu. Malu ke nak panggil ibu?? Hish.. Tapi kalau nak air, pandai pulak.. "nak air.." itu yang disebutnya.. Kalau nampak kucing plak.. "Au... au.." Dan, kalau ada benda yang dia nak, "nahh.. nah.. ennnahhh.." sambil dia tunjukkan benda yang dia nak.

 ~Danish 3 months.. cukur jambul~
Lagi.. kalau dia poopoo.. dia akan buat-buat muka tak selesa sambil tunjuk pampers dia. Pastu dia akan ambil pampers baru, bagi kat aku. Geram agaknya sebab kengkadang tu aku buat2 tak faham je apa dia nak.. Hehehe..

~@5months.. lepas cukur jambul, ayah buat fesyen skit rambut Danish. Masa ni kat KLIA hantar maksu gi belajar~

Erm, semalam for the first time aku bagi Danish makan sendiri. Aku bentang surat khabar, pastu letak pinggan dia. Pandai plak makan.. Comel tul. Tapi, siaplah lepas tu memang bersepah giler... Sekali sekala boleh lah. Time2 aku rajin. Kalau tetiap kali makan nak macam tu, tak larat le eden..

~Danish at his 1 year birthday..~

Tuesday, May 18

Cerita Burung Murai..

Seorang ayah yang sudah tua terlihatlah seekor burung yang sedang mencari makanan. Lalu bertanyalah ayahnya kepada si anak.. "Burung apa tu?".. Jawab si anak "Burung murai yah.".. Lalu.. Bla.. bla.. bla.. Semua orang dah tahu kan pasal cerita burung murai tu kan? Mana taknya dah berzaman dah iklannya disiarkan kat tv.

So, apa yang aku nak cerita kat sini? Bukan pasal iklan tu ye. Ini cerita lain pasal burung murai. Cerita ni aku panggil. Kisah si Murai tercabut ekor. Nak dengar? Yang jauh-jauh tu mari rapat-rapat.. Yang rapat tu didekatkan. Pasang telinga semuanya. Here we go....

Hari tu.. Midon tetiba je balik umah dalam waktu tengah hari. Rupa-rupanya dia ada bawa burung. Burung murai. Sian burung tu. Dah tercabut ekornya. Semuanya sebab waktu tu burung ni tak tahu macam mana boleh termasuk dalam bilik aku kat umah Midon sana. Lepas tu Midon pun tangkap lah dia. Nak pula masa tangkap tu Midon terpegang ekor dia. Dia cuba nak lari.. Jadi ekormya tercabut.

Dipendekkan cerita, Midon pun bawa balik ke rumah aku sini. Letak dalam sangkar. Siap Midon beli cacing lagi tuk burung tu. Midon cakap sekejap je Midon kurung dia ni. Untuk Danish main-main. Danish pun bukan main seronok lagi la.. Riuh betul mulut dia tengok burung tu. Walaupun keriuhan mulutnya tu memang kitorang tak faham maksud nya. Ada je benda yang dibebelkannya.

Waktu petang-petang pula nanti Midon taruk burung tu kat tegah laman. Lepas tu ada la 2 ekor burung murai lain datang. Seronok tengok. Kengkadang dia orang bergaduh. Memang best la dengar bunyi burung murai.. 

Tapi.. itu cerita seminggu yang lepas. Malam tadi kan aku cakap lah ngan Midon. "Bila Midon nak lepaskan burung tu? Sian dia. Dah lama sangat kurung." Aku ni memang tak suka bela binatang main kurung-kurung ni. Kesian.. Pastu Midon cakap "Esok la.." Aku pun tak kisah lah kan. Dah dia cakap esok..

Sekarang ni pukul 7.40 am. Dalam pukul 5.30 am tadi, Midon terjaga dari tidur. Pastu dia gi bilik air sebab nak menunaikan hajat.. Masa nak gi bilik air tu pula, Midon terpandang lah burung tu. Burung tu dah mengelupur. Mungkin sebab dia sakit tak makan kot. Midon pun ambil la dia. Bagi dia minum air sikit. Tapi nampaknya macam dah tak boleh nak diselamatkan lagi. Dah nyawa2 ikan pun. Midon pun ambil keputusan sembelih burung tu..

Aku tak tahu cerita ni sebenarnya. Aku terkejut gak sebab masa aku di dapur, kat sinki penuh bulu burung. Aku pun tanya kat Midon. "Kucing makan burung ke?". Sebab kat umah ni memang ada seekor kucing ni yang aku panggil mama. Dia memang tunggu masa je nak baham burung tu. Midon pun cerita lah kat aku semua yang terjadi.

Kata dia, nak masak bagi Danish makan. Kata dia lagi, orang cakap kalau anak lambat bercakap, bagi makan burung murai.. Ye ker??

Sunday, May 16

Giannya nak berblogging..

Hari ni dapat gak aku tukar template blog.. Yang ready made punya je.. maybe untuk temporary kot.. tapi, tengok la.. aku rasa macam dah terpikat lak ngan template ni.. hehehe.. just aku nak tukar header dia tu sikit.. Tapi photoshop lak wat hal tadik.. Geram tul.. Rasa cam nak hempas lap top pun ada gak..

Sabor lina sabor.. Kalau lap top rosak, cam no?? Ko ingan Midon nak belikan yang baru ke?

Owh.. aku telah bermonolog sambil merepek di situ. Mungkinkah sebab aku sudah mengantuk? Mata dah berat macam ada orang taruk batu ni.. Tapi tangan still laju je menaip. So, sekiranya ada ayat-ayat yang macam syok sendiri tu.. Faham-faham je lah ye.. Mungkin aku sedang mengigau ni.. Sila kejutkan aku weyh..

Tetiba lak aku nak cerita pasal Danish.. Korang nak tau tak.. Tadi kan.. (baca dengan penuh gaya mengadu ibarat seorang dak kecil ye..) Danish pukul aku pakai gayung.. Huhuhu.. Masa aku mandikan dia tadi, tak semena-mena Danish telah menghantukkan gayung ke batang hidung ku.. Terus bengkak weh.. Bengkak berlarutan hingga membawa ke pening.. Midon cakap: "ok lah tu, mancung skit hidung". Owh.. mentang2 hidung aku ni semulajadi penyek..

Oh ye.. aku kan suka tengok Akademi Fantasia kan? So, ada satu post special aku nak tulis pasal Af ni.. Kalau nak tahu apa ceritanya.. Tungguu... (macam Melodi lah pulak)..

Ok la.. Nak tido ni..  Nanti lah sambung cerita lagi erk??

Thursday, May 13

Blog Under Construction..

Hi alls... haiya... disebabkan terlampau rajin sangat aku menelek-nelek blog, maka dengan ini diisytiharkan yang blog aku sedang rosak teruk.. hehehe..

Jangan ditanya mengapa blog ku begini...

Dalam proses pengubahsuaian.. sorry bebanyak erk..

Kepada yang sudi melawat, terima kasih.. Jangan risau.. aku akan balas lawatan kamu...

Wednesday, May 12

Bergelar Ibu.. Tapi Masih Kebudak-budakkan..


Jujur.. sejujur..jujurnya.. Ya.. Aku akui.. Aku masih berperangai kebudak-budakan.. Mengapa???

Sebab aku masih suka bermain game.. Tak kisah lah.. PSP ke, PS2 ke, PC game ke.. Semua aku suka.. Kebudak-budakkan kah aku?? Sampaikan semalam aku boleh merajuk+bergaduh dengan Midon sebab, aku baru download game baru untuk PSP.. Harvest Moon Hero of Leaf Valley..


Lepas tu aku suruh lah dia minta balik PSP yang dia bagi member dia pinjam tu.. Dia janji nak gi amik semalam.. Tapi apa yang jadi? Dia duk ngadap facebook dari petang sampai ke malam.. Geram.. geram... geram.. So, pepagi ni aku dah pesan awal2 ngan dia.. Make sure dia ambil hari ni... or.. jangan sentuh lap top langsung... HUH...

Harvest moon ni gamenya pasal bercucuk tanam, bela binatang, memancing.. Lebih kurang hidupnya macam seorang petani. Lepas tu adalah masalah2 yang perlu diselesaikan. Dalam game yang baru aku download tu, pasal watak Harvest Moon ni kena selamatkan kampung dari sebuah syarikat besar ni yang nak merobohkan kampung tu, dan menjadikannya sebuah taman tema..  So.. pertolongan aku diperlukan di sini... Hehehhe...

Kalau game untuk PC pulak, aku suka main game The Sims.. Bukan aku aje.. satu family aku suka.. Kalau dulu masa kecil-kecil kena tunggu turn untuk main game ni.. Tapi sekarang, masing-masing dah ada lap top sendiri.. Lantak korang la nak main sampai tunggang langgang pun tak pe.. hehehe.. Terbaru ni The Sims 3.. Tapi, sayang lap top aku tak leh main game ni.. Tengah2 main dia selalu hank.. Ye lah.. lap top aku zaman cabuk nye.. Tak leh dah main game2 power sekarang ni.. HUuhuhu... Nak beli lap top baru... :(


Bagi aku la kan, tak la menjadi satu kesalahan kalau seseorang yang telah bergelar ibu tu untuk bermain game.. Tapi perlu disesuaikan dengan masa la.. Tak boleh la nak 24 jam ngadap benda alah tu je kan.. Nama pun dah jadi ibu dan isteri.. Ada komitmen lain yang lebih penting.. 

Itu saja buat tatapan kengkawan hari ni.. Tak sabor nak tunggu midon balik bawak psp ni... huhuhu...

Tuesday, May 11

Demam Lagi.. Apa Perlu Saya Buat?




Masuk hari ni, bermakna sudah 2 hari aku demam. Tak suka demam.. Bila demam, mesti aku jadi panas baran dan tak bersemangat je nak buat benda-benda lain. Sampaikan nak buka blog pun malas.. Hish.. Demam+selsema+batuk.. Tapi harap-harapnya tak ada benda yang serius. 

Jom kita berkenalan dengan demam nak? Semua orang pernah merasa demam kan? Kalau tak, mungkin tak normal.. Ye tak?

Korang tau tak demam ni bukanlah satu penyakit. Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan.. In my case, aku demam kerana jangkitan virus selsema. Demam ialah gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit ringan (tak serius). Suhu badan normal ialah 37 darjah celcius. Jika melebihi tahap ini, anda dikatakan demam.

Sebab-sebab korang boleh demam:

  • Jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB), dan jangkitan pada selaput otak (meningitis).
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah
Cara Rawatan di rumah:

  • Jika demam tak teruk, tiada rawatan yang diperlukan
  • Minum air dengan kerap untuk menambah bendalir dalam badan
  • Makan makanan yang mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi menggunakan air panas suam untuk meredakan demam
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini boleh menaikkan suhu badan
  • Makan ubat seperti paracetamol untuk meredakan demam (make sure diambil mengikut aturan)

Monday, May 10

Woho... Busuknya Bau Mulut Kau.. Syuh.. syuh...

 Gambar google

Pernah tak korang jumpa orang yang bau mulutnya busuukk tak hingat?? Ke.. korang pun tergolong dalam golongan mereka yang kalau  bercakap, mau sebatu orang lari. Hehehe.. Tak ada kan?? Semua kawan-kawan aku ni mulut wewangi kan?? 

Tapi lah, kalau ada, korang tau tak kenapa mulut korang boleh berbau?? Masalah ni memang nampak ringan. Tapi awas, selain korang boleh menjadi bahan umpatan orang, keyakinan diri korang juga terkesan sama tau. Ok sekarang mari kita selami penyebab dan cara mengatasi masalah ni.

Bau mulut ni selalunya terjadi kepada orang dewasa (budak kecil pun kena gak.. Tapi baunya lain sikit.. Wangi.. Eehehe.. bak kata mak mertua aku. Bau tebu..) Ianya terjadi kerana pemecahan protein oleh bakteria mulut. Namun, ada juga penyebab lain..

  • Kerosakan gigi
  • Penyakit gusi
  • Sisa makanan yang tertinggal di celah gigi
  • Mulut kering
  • Aktiviti bakteria yang berlebihan pada lidah
  • Jangkitan tenggorok atau tonsil
  • Radang selaput lendir pada hidung
Cara untuk elakkan bau mulut pula
  • Selain memberus gigi, bersihkan juga giggi menggunakan dental floss. Berlambak kat farmasi.. Pakai benang pun boleh kot.. 
  • Guna pembersih lidah.
  • Guna formula ubat kumur. Macam Listerine ka.. Plax ka.. dan yang sewaktu dengannya..
  • Banyakkan minum air masak. Jangan terlalu banyak minum air kopi.
  • Kunyah gula-gula getah, khasnya kalau mulut terasa kering.
  • Makan sayur-sayuran
  • Berkumur selepas makan.. Kalau nak gosok gigi lagi bagus..
  • Kurangkan mengambil makanan ringan.. Sebab ianya mudah terselit kat gigi
  • Hidup sihat, tidak merokok..
p/s: Kalau dalam bulan puasa, lain kesnya ya.. Pastikan jangan banyak sangat bercakap..

Mabuk Perjalanan.. Memang Menyusahkan


 Gambar yang di google

Aku ni kalau berjalan jauh naik kereta, kengkadang tu memang la selalu mabuk.. Perkara yang pantang dibuat oleh aku semasa dalam perjalanan yang boleh membuatkan aku pening ialah, membaca atau mencari barang. Lagi yang membuatkan aku menyampah ialah bila Midon suruh aku bacakan mesej dan jawabkan mesej dia. Ye lah.. dia tengah drive mana boleh jawab sms kan? Memang lepas tu gerenti sakit kepala aku datang kaw-kaw punya...

Ada yang hadapi masalah sama macam aku tak? Kalau ada, ini adalah tips berguna untuk korang. Boleh diamalkan, semoga dapat menolong serba sedikit.. 

  • Sebelum memulakan perjalanan tu, tanamkan tekad kat hati korang dan ucapkan, "Aku tak akan mabuk". Ini adalah pendekatan secara psikologi ye.. Persiapkan diri untuk menerima  keadaan belok ke kanan dan ke kiri. Selama perjalanan, cuba perhatikan jalan kat depan. Tak yah pejam mata dan memaksa diri untuk tidur. Lain lah kalau betul-betul ngantuk..  
  • Bawalah buah-buahan atau jeruk. Bila muncul je rasa loya, aroma dan rasa jeruk tu boleh menolong untuk kembali menyegarkan tubuh. Kalau aku pula, selalunya memang tak lekang dengan minyak cap kapak la. Sekali hidu, berlumba-lumba angin dalam perut keluar.. Ikut mulut lain, ikut tooott.. lain.. hehehe.. Boleh juga guna minyak angin cap lain. Mana yang korang serasi la..
  • Genggam jemari tangan dan kaki berulang-ulang untuk mempertingkatkan perjalanan darah. Cara ini juga dapat menghilangkan pening kepala.
  • Janganlah asyik ber air cond je.. Betul ke aku eja tu?? OK.. Bahasa ibundanya penghawa dingin ye.. Sesekali tu buka tingkap bagi menggalakkan aliran udara segar masuk dalam kereta. Ia amat efektif bagi mencegah rasa mual dan muntah terutamanya kanak-kanak.
  • Lagi, boleh juga amalkan minum 3 sudu madu asli yang di tambah sedikit garam. Minum sebelum memulakan perjalanan.
  • Pastikan juga perut anda tidak kosong ye.. Seeloknya isi lah perut dahulu agar perut tak masuk angin yang seterusnya boleh mengakibatkan pening kepala..
Okey.. ada penambahan di sini.. Tak tahu lah betul atau tidak.. Tips ni aku dapat melalui perbincangan di forum. Tampal salotape/plaster kat pusat. Ini aku belum pernah cuba lagi. Kalau korang nak tau betul ke tak, why not korang try.. 

**** Sedikit pengumuman ye, baru kejap tadi Pakcik Midon telefon dari Batu Pahat.. Isterinya telah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.. Al fatihah buat jenazah..

Sumber: Majalah Rapi dan diolah oleh aku sendiri

Sunday, May 9

Tips Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak




Selepas bersalin, badan kita akan menjadi sangat lemah kerana kehilangan banyak darah. Namun, diet yang sihat dapat menolong kita mengatasi masalah tersebut. Diet yang sihat amat penting terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Sebenarnya kita tak perlu untuk memaksa diri minum air sebanyak mungkin untuk menambahkan kuantiti susu. Biarkan rasa haus menentukannya. 

Penghasilan susu sebenarnya memerlukan ekstra kalori. Makanlah makanan mengikut kadar yang ditentukan oleh piramid makanan. Antara yang baik ialah sayur, roti gandum, bijirin, produk tinggi kalsium dan makanan tinggi protein. 

Sebaiknya, jangan menurunkan berat badan semasa menyusukan bayi. Kita tak payah bersusah payah menyekat selera kerana, berat akan berkurangan sendiri semasa proses penyusuan walaupun jumlah makanan yang diambil meningkat. Pastikan juga makanan yang diambil tidak akan mengganggu selera anak kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi rasa susu. 

Selain itu, rajin-rajinlah makan kurma kerana disamping dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik, kurma juga banyak kebaikkannya kepada wanita. Kurma merangsang kesihatan wanita hamil dan kandungannya serta memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. 
Ia juga membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membentuk minda yang sihat. Kurma juga sesuai dimakan oleh wanita yang kekurangan susu kerana kandungan zat besinya dan kalsium menambahkan air susu. 

Sekian sudah sedikit tips untuk dikongsi bersama.. Aku bukanlah seorang pakar kesihatan. Belajar memalui pembacaan.. 

Sumber rujukan: Majalah Rapi

Suami Terkejut... Payudara Isteri Di Ramas Orang..

OhoHoho....

Ini sekadar gurauan..

Jangan mareee ah...

Apa Danish Buat Tu???

Lama tak cerita pasal dak Danish ni kan?? Bukannya lupa, tetapi tak ingat.. Hahaha... Sian dia.. Ok la.. jom kita jengah sikit apa aktiviti Danish malam tadi ek.. Jeng jeng jeng











Sekian, terima kasih.. Tamatlah cerita bergambar dari Danish... Semoga terhibur...

Saturday, May 8

Suami Takut Isteri.. or Sayang Isteri???

 Sekadar gambar hiasan yang di google..

Hm... Isu sensitif ni bagi semua-semua pasangan suami isteri ye.. Suami takut isteri.. Ada ker?? Anda semua buat keputusan..

Ada seorang suami ni.. Umur lebih kurang dalam 30 lebih la.. Anak dah 3 orang.. Yang paling tua sekarang dalam tadika, dan yang paling kecil sekali umur dalam setahun lebih. Berkahwin dengan seorang perempuan yang bekerja. Si suami ni pun bekerja juga..

Kalau kita tengok sifat si suami ni.. Memang rajin.. Rajin tolong isteri.. Basuh baju dia, menguruskan anak dia, sampaikan baju uniform isteri untuk kerja pun dia yang ironkan. Isteri dia buat apa? Bukannya nak cakap yang isteri ni pemalas.. Tapi istilah yang dia gunakan ialah manja... Alahai... Manja lah sangat..

Isteri ni bila masuk pukul 9 lebih je mulalah mata ngantok nak tidur.. Memula memang lah, dia bawalah anak yang kecil sekali tu kononnya2 nak tidurkan anak.. Lepas tu, bila anak meragam, tak nak tidur.. Mulalah..

"Bang.. ambil adik ni bang.. Dia tak nak tidur la.."

Yang si suami ni pulak, tinggalkanlah tv yang dia tengah tengok tu.. Ambil la dia anaknya tu.. Pastu sampai merah-merah mata dia tahan ngantok melayan karenah anak.. Si isteri?? Sedap berdengkur dalam bilik.. Lepas tu, bila anaknya dah terlena dapat lah si suami ni tidur.. Besoknya pula, pukul 5 pagi dia dah bangun.. Ironkan baju uniform isteri ni.. Pas tu dia pun bersiap-siaplah pergi kerja..

Kalau baju anak kena kotor pun,

"Bang.. baju adik ni kalau nak basuh nanti, kena sental dulu ni."

Aik??? Kenapa pula dia nak bagi arahan macam tu? Memang tugas laki dia ke untuk basuh baju? Dia pula buat apa?? Pelik.. pelik.. Macam tak ada kerja yang dibuatnya. Semuanya disuruh laki.. Hishhh... Yang si suami ni pula, ikut je arahan isteri ni tadi.. Sekali sekala ada la buat muka memberontak.. Tapi tak kemana pun jadinya.. Last2 macam ni juga keadaannya..

Kenapa ye? Suami ni jadi macam ni? Ada ke sebab takut kepada isteri atau sayangkan isteri?? Si suami ni mungkin malas kot nak bertekak dengan isteri. Jadi semuanya diikutkan.. Tapi, bahagia ke rumah tangga yang macam tu? Kalau lah tiba-tiba suatu hari kesabaran suami ni dah melampaui batas.. Macam mana? Fikir-fikirkanlah.. Diam-diam gunung berapi.. Kalau meletus, buruk padahnya..

Apa pandangan korang lak??

Entry Mothers Day..

Wah... besok nak sambut Mother's Day.. Selamat Hari Ibu Sedunia kepada semua ibu-ibu.. bapak-bapak.. yang punya anak..

Tak lupa juga, aku nak ucap Selamat Hari Ibu kepada arwah mak aku, Siti Khatijah Abdullah.. Al-Fatihah buatnya.. Dan kepada mak mertua aku.. Raja Ramlah Raja Sulong.. Terima Kasih kerana sudi menjaga aku macam anak mu sendiri...

Bila sebut je pasal ibu, ada satu lagu ni yang memang bisa meruntun jiwa dan melelehkan air mata aku.. Sama-sama kita layan ye...



Aku sebenarnya memang benar2 berasa bangga dan bahagia sebab aku diberi kesempatan oleh Allah untuk bergelar ibu.. Satu gelaran yang amat mulia.. Bersyukur.. Aku tergolong di dalamnnya...

p/s: Ada special plan ker for tomorrow, mommies semua????

Rindu Dengan Mercedes Encik Midon..


 Ini lah gambar kereta kesayangan encik midon..

Masuk hari ni rasanya dah dekat sebulan kereta mercedes kesayangan Midon rosak.. Wah... kenapa mesti disebut perkataan mercedes di situ?? Nak membangga ke apa?? Huh.. bukan nak bangga apa pun.. Sebab bukanlah mercedes baru yang memahal tu.. Ni mercedes lama.. Ada orang buat teksi pun.. Tapi, walaupun lama, aku tetap sayang.. Kereta sendiri kan.. Memang lah sayang... Huhuhuhu...

Midon kerja swasta je wak... Tu yang tak de nak memewah sangat macam orang kerja kerajaan.. Boleh buat pinjaman kalau nak beli kereta.. Dah habis pinjaman sini, buat pinjaman sana pula. Disebabkan kerja yang tak menentu juga, Midon malas nak berhutang.. Takut tak terbayar.. Kereta Merce yang dia beli ni pun harga dalam RM10 000. Muka bayar RM2500,  pastu bulan2 seribu selama 7 bulan.. Dah habis bayar pun.. Alhamdulillah..

Best kereta ni tau.. Siap ada Sun Roof lagi.. Huhhuhuhuu.. Laju pun laju.. CC besar.. Aku sebenarnya pun tak faham pasal kereta2 ni.. Aku dengar Midon cakap je... Dulu ada juga terniat nak ambil lesen kereta.. Aku sempat belajar sampai parking je.. Lepas tu malas nak teruskan.. gayat la bawak kereta...

Ada cerita disebalik kereta ni sebenarnya.. Memula dulu masa aku tengah pregnant kan si Danish tu, ada terkeluar dari mulut aku ni.. 

"Midon, midon tak teringin ke nak beli kereta mercedes ke? Nanti kita beli eh??"

Midon cakap, 

"Kau ingat murah ke kereta macam tu? Syukur je la apa yang ada.."

Last2 esoknya bapak mertuaku aka bapak midon suruh Midon beli kereta dari member dia.. Kereta Mercedes.. wah.. walau pun kereta lama, tapi kualitinya tetap kualiti mercedes tau.. Colour pun cantik.. Body pun cantik.. Sebab owner sebelum ni memang pandai jaga kereta..

Tapi kan, sekarang kereta tu tengah rosak.. Nak repair pun dekat seribu lebih.. Hhuhuhu.. Sekarang ni tengah kopak.. Tak dapat ler nak repair... Cian dia.. tersadai je kat depan rumah... Isk isk... Nama pun kereta lama kan.. Banyak benda yang dah rosak.. Banyak nak kena ganti baru... Nasib la..

Makan dan Minum di Kopitiam.. Haram Hukumnya??

Beberapa hari lepas aku ngan Midon lepak2 la sambil tengok tv.. Boring tengok tv, Midon pasanglah pula ceramah agama dari Ustaz Azhar Idrus.. Pernah dengar tak nama ustaz ni?? Berlambak kat youtube ceramah dia.. Bestnya pasal ustaz ni, disamping memberi ceramah, dia selitkan humor.. Memang tak kering gusi la..

Dalam ceramah dia, ada lah dia selitkan hukum kita, umat Islam makan dan minum dekat Kopitiam.. Semua tahu pasal Kopitiam kan? Rata-ratanya diusahakan oleh orang bukan Islam kan? Hukum umat Islam makan di tempat makan yang diusahakan oleh orang Kafir adalah haram.. Sekiranya masih terdapat tempat2 makan lain yang pengusahanya beragama Islam.. So, memandangkan negara kita penuh dengan tempat makan Islam, dah jelas2 lah memang tak patut makan dan minum kat Kopitiam..

Ini adalah fenomena biasa kat Malaysia kan? Sana- sini kita tengok orang Islam keluar masuk restoran orang Kafir.. 

Tapi, sekiranya kita yakin yang restoran itu tidak ada dalam menunya makan minum yang haram di sisi Islam? Lepas tu kita makan kat kedai tu, apa hukumnya pula erk?? Buat apa nak penat fikir kan? Daripada nak ada rasa ragu-ragu macam tu, baik kita cari je restoran Islam.. Dapat juga meningkatkan ekonomi umat Islam ye tak???

Ada sesiapa nak menambah?? Silakan...

Friday, May 7

Saya Ingin Berada Di Dalam Blog List Kategori Pink Kerana..




Seronok.. seronok.. pergi jengah blog Ben tadi.. blog aku sedang disenaraikan dalam top5 blog ibu.. Suke suke..

Kali ni senarai blog dikategorikan mengikut warna.. Bagi blog ibu-ibu, kategorinya ialah pink.. pink comel..

Macam biasa.. kena wat entry.. Nak tahu lebih lanjut, klik kat header ben ashaari..

Lepas tu, kena lah nyatakan sebab2 korang nak ada kat bloglist Ben Ashaari kan..

Saya ingin berada di dalam blog list kategori PINK kerana, kategori ni dibuka kepada blog ibu-ibu.. Saya adalah seorang ibu.. Kepada seorang cahaya mata.. Lepas tu, saya nak blog saya dikenali ramai.. Dengan adanya link blog saya dalam blog list itu, yang mana kita sedia tahu memang ramai visitornya, maka secara tidak langsung, mereka turut menyinggah ke blog saya.. Betul tak?? Kira dapat tempias2 Ben Ashaari la..
Terima Kasih juga kepada Ben kerana sudi menolong mempromosikan blog-blog yang kurang popular macam blog saya ni...

Itu sahaja.... Lepas ni kena rajin2 update blog ikut jadual la.. Kalau tak kena delete linknya.. Menyesal tak sudah... Huhuhuhuuuuuu...

Nilai Kasih Ibu.. Tidak Ternilai..

Pasti ramai ibu-ibu kat luar sana yang menghitung hari ya.. Menunggu tibanya Hari Ibu.. Tahun ni merupakan tahun kedua aku bergelar ibu.. Banyak benda yang aku pelajari.. Namun, ilmu aku masih sekelumit cuma.. Masih banyak lagi yang belum aku terokai..

Sempena dengan akan tibanya Hari Ibu ni, aku akan postkan kisah-kisah teladan mengenai kasih ibu.. Sekadar renungan kita bersama.. Yang bergelar anak dan ibu.. Huhuhuhu...

**********************************************************************************
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah dibayar malah terhutang' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu".

**********************************************************************************
Sumber: Ruang cerita teladan

Bil Maxis Melamboi Naik... Adoohhaaiii...

Ada sesiapa yang pakai maxis postpaid tak? Kalau ada, pernah tak korang alami masalah macam aku? Apa masalahnya? Ha.. ni dia..

Husband aku, Midon memang pakai bil untuk handset dia.. Baru je, ada lah dalam 4 ke5 bulan. Bil ni pula ada limit dia. Panggilan tak boleh lebih dari RM100. Kalau dah terlebih, dia akan sekat panggilan. Kena bayar dulu, baru boleh sambung balik panggilan. 

Selama lebih kurang lima bulan pakai bil ni, tak pernah pula lebih seratus setiap bulan.. So, tak pernah lah kena sekat panggilan. Korang tau kan aku gi Melaka hari tu. Di sebabkan tak tahu jalan, kitorang pun gasaklah guna GPS.. (handset Midon Nokia N95 memang disertakan sistem GPS). Tak ler lama mana pun pakai. Ada la dalam sejam lebih. 

Bila kirotang balik je Segamat, Midon pun cubalah buat call.. Tapi tak boleh.. Dah lebih limit katanya. Pelik juga lah kan.. Tak de pula buat call banyak2 pun.. 

So, semalam Midon pergilah bayar bil maxis.. Seratus.. Ingatkan boleh lah sambung call.. Tapi, rupa-rupanya bil Midon dekat RM400.. Terkejut beruk jadinya.. Bukan Midon je yang terkejut.. even budak yang kat counter tu pun sama. Sebab dia pun dah tahu yang bil Midon ni pun tak pernah banyak macam ni.. 

Bila check balik, caj panggilan hanya.. RM150 lebih je.. Yang selebih tu, caj internet.. RM281 hanyalah caj internet.. Memang terasa menyesal betullah.. Pakai GPS sekejap je pun dah kena charge sampai macam tu..
Sekarang ni Midon tengah consider untuk tukar kepada prepaid balik.. 



Aku pun semalam cubalah google pasal charge internet maxis ni.. Rupa-rupanya memang ramai dah pengguna maxis postpaid yang tak puas hati dengan benda ni.. Kengkadang, ada yang tak pakai internet pun masuk gak dalam bilnya.. Under unbilled amount.. Seriously, memang menyesal sangat lah.. Tapi nak wat cam ne kan? Benda dah terjadi.. Bukan boleh putar2 balik masa.. Terpaksa lah menanggung hutang dulu.. Huhuhuhu...

Ada yang pernah kena macam ni tak??

Thursday, May 6

Keputusan Contest Wajah Garang Si Kecil..

Haiya.. very2 sorry la to all contestants.. lambat bebenor nak dapat resultnyer ye.. Adohai.. bz skit la sekarang ni. Nak buka blog pun tercuri-curi masa.. Anyway.. terima kasih kepada semua yang sudi menyertai.. Kepada yang menang, tahniah diucapkan, kepada yang kurang berjaya, tak pe.. boleh cuba lagi.. aku pun banyak masuk contest, tak penah menang... ahahahahha...

Sorry sesangat tak dapat bagi bebanyak.. Sebab hadiah dah terbeli untuk sorang pemenang je.. Next time lah ye aku bagi hadiah bebanyak.. Dan pemenang nyer ialah....



Kepada pemenang, kalau boleh, give me ur alamat as soon as possible okey?? Kalau boleh, hari ni juga ye.. Sebab aku nak gi pos hadiah jap lagi ni.. Aku wat entry ni betul2 dalam keadaan tergesa2.. minta maaf bebanyak.. link pemenang pun aku tak sempat nak check balik.. So, kepada sesiapa yang kenal siapakah pemilik gambar ni, tolong war2 kan kepada dia ye..

Ok la.. itru sahaja.. segala kesulitan amat dikesali.... Terima kasih..

Sunday, May 2

Ole2 dari Melaka.. Mari Kita Tengok Siapa Yang Kena..

Alhamdulillah.. tepat jam 1.30 am pagi tadi, aku selamat sampai ke rumah.. Semalam dapat buka lap top sekejap je.. Penat sangat tak sempat nak up date apa-apa.. Huhuhu..

Korang nak tau ke aku gi mana semalam?? Ke korang nak terus tahu siapa yang bertuah dapat ole2 tu? Hehehe.. Sabor ye.. Izinkan aku berceloteh sikit okey?? 

Pukul 8pm ari Jumaat, aku ngan Midon pun bertolak ke Melaka.. Bukan kami berdua saja, tapi berlima.. Aku, Midon, Danish, Wan (kawan midon) dan awek Midon.. eh.. awek Wan... Eheheh.. Ha.. baru aku terperasan.. punyalah lama aku berbual dan bergurau senda ngan awek Wan tu, tapi aku tak penah tau nama dia pula.. Apa da.

Perhentian pertama kami ialah di Giant, Muar.. Ini sebab nak gi makan ni.. Sambil tu Wan nak jumpa member dia orang Muar.. Aku tak ingat pula nama tempat tu apa, tapi yang penting ada tulisan nama Saba' Aor.. Macm tu lah agaknya ejaannya.. Menunya ialah, sotong goreng tepung sekilo, ikan merah bakar 2 ekor, ikan siakap 1 ekor, udang dua pinggan, sayur kailan dan kangkung.. Nasi putih 8 orang makan + beraneka jenis air.. Yang membuatkan aku terkejut beruk ialah, harga makanan2 tersebut.. Hanya RM100 lebih je.. Wow.. ini kalau makan kat Segamat, maunya kena 200 lebih dah ni.. Very2 murah la..
Pastu lepak kat Tanjung jap, tunggu kawan dari Jb sampai.. Gi tido kat Hotel belakang Giant Muar, Esoknya bertolak ke A Famosa Water World.. huhuhuhu... Syok2... Tapi sayangnya, tak dapat nak snap gambar banyak2 la.. Ini semua angkara semua tak berapa tau jalan ke A Famosa.. Jadinya handset Midon jadi mangsa GPS.. :(.. Sampai je kat sana, handset Midon pun kehabisan battery... 

Tapi, ada jugalah beberapa keping yang sempat kitorang capture guna kamera member.. Belum dapat lagi gambarnya, tak sempat ambil.. Nanti lah Insya allah kalau dah dapat gambarnya, aku akan upload kan.. Ada ke orang nak tengok? Mesti ada... Aku lah yang nak tengok... Wuahahaha.. Suka erk aku ni.. Buat lawak sendiri ghelak sendiri.. Meluat orang baca kan?? Heheheh.. <---- ( gelak lagi).

Okey.. semalam sempat lah aku buka lap top jap, tengok senarai komen.. Ada 34 orang semuanya.. Thank you very much ye.. Love u all too.. Kalau boleh, semua orang aku nak bagi hadiah.. Tapi nanti bukanlah namanya cabutan bertuah kan?? So, hanya 3 orang saja yang bertuah kali ni ye.. Doakan aku murah rezeki, pastu jejalan lagi, pastu akan ada lah ole2 untuk mereka yang lain pula... :)

Dan... setelah cabutan di cabut, abang aku yang tukang cabut tauu.. akuvision <--- siapa yang menang tu, apalah kiranya kan kalau klik kat link abang aku tu, pastu ucap terima kasih kat dia sebab cabut nama korang.. Boleh kan?? Ehehehee..

Jenggg...

Jennnggg......

Jengggggggggggnngggg....


Adda,


ogy2112,


adishariz,

Dan hadiah nya ialah...


 Walaupun hadiahnya tak seberapa, tapi ini ialah tanda aku mengingati korang tau.. Terima kasih bebanyak ye.. Untuk pemenang, sila contact aku kat liennasts@live.com. Bagi aku alamat korang ek..