Sunday, March 7

Ibu Mertuaku


Assalamualaikum semuanya...

Apa kata kalau hari ni aku nak bercerita pasal mak mertuaku aku plak?? Boleh?? Firstly aku nak cakap yang aku memang bersyukur sangat2 sebab Raja Ramlah binti Raja Sulong menjadi mak mertua aku.. WHY?? Sebab she is the best mother in law in da world..

Mak mertua aku dah berumur dah.. Dah masuk 55 plus dah umur dia. Tapi, dia ni jenis yang ceria dan periang.. Jadi sentiasa nampak muda gituh.. Tak banyak karenah.. Tak pandai membebel2.. Yang penting katanya aku jaga makan pakai anak dia.. Tu dah cukup. Tapi, kalau dah dapat mak mertua macam ni janganlah pulak aku pijak kepala dia kan?? NO..NO..NO... Tidak sesekali...

Aku sayang ibu macam mak kandung aku sendiri.. Mak aku pun dah lama meninggal dunia.. So, dia lah tempat aku menumpang kasih. Tempat aku mengadu masalah.. Aku juga jadi tempat luahan perasaan dia.. Kira kamcing la tuh..

Perkara yang memang aku tabik spring kat ibu ialah: DIA PANDAI MASAK.. Semua masakan dia best2 belaka dan membuatkan aku kecur liur.. Memang superb.. Semua jenis masakan dia tahu buat. Padahal kadang2 simple je dia masak.. Tapi memang sedap.. Bukan bodek.. tapi kenyataan ye..

Mak mertua aku juga pandai menyanyi.. Family kami memang happening.. Malam2 karaoke dalam bilik ibu.. Katanya dulu dia belajar menyanyi dengan seorang pakcik ni seangkatan dengan Ramlah Ram. Tapi disebabkan ayah ibu tak bagi jadi penyanyi, jadinya separuh jakan sahaja. Mak kepada ibu masih hidup lagi.. Aku panggil dia Tok Encik.. Tinggal kat Batu Pahat. Tapi dah uzur sangat orangnya..

Ibu memang baik hati orangnya.. Kalau orang datang rumah jual barang, dia memang akan layan baik2. Kalau tengok orang tu letih berjalan, di hulurkan air.. Dan.. satu benda yang aku kurang berkenan ialah mesti dia akan beli barang yang orang jual.. Walaupun barang tu tak adalah penting sangat.. Kesian katanya...

Itulah mak mertua aku yang aku panggil ibu.. Harapan aku semoga ibu dapat kebahagiaan di mana sahaja dia berada..


2 comments:

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu