Thursday, March 11

Juara Raja Lawak Musim ke 4: Alex..

Akhirnya.. berakhir sudah Raja Lawak musim ke 4 dan akan diganti pulak ngan Akademi Fantasia. Tak sudah-sudah Astro mengaut untung menggunakan prepaid penonton. Whatever pun, hiburan macam ni memang menjadi satu fenomena kat Malaysia kan?

Hurm.. Aku sebenarnya tak berapa mengikuti sangat Raja Lawak kali ni. Tapi adalah sekali sekala aku tertengok kat astro atau pun you Tube. Kalau nak dibandingkan dengan peserta tahun2 lepas, nampaknya peserta kali ni jauh lebih berbakat. Juri kali ni pun i loiikee... terutamanya Afdlin Syauqi..

Tapi apa yang sedikit mengecewakan aku ialah, aku rasa yang sepatutnya menjadi juara pada malam tersebut ialah Alex. Lawaknya jauh lebih kelakar berbanding Kumpulan Kecik dan Idlan. Bukan sahaja lawaknya kelakar. malahan boleh tergolong dalam lawak yang bernas.. Persembahannya teratur dan kemas. Tahap konfiden pun tinggi. Seperti dalam persembahan kedua Alex iaitu muzikal komedi, terdapat kesinambungan dan kaitannya terhadap jalan cerita dan lagu yang disampaikan. Berbanding dengan kumpulan Kecik yang langsung tiada kaitan jalan cerita dan lagu. Mereka hanya mengubah lirik lagu itu menjadi sesuatu yang komedi, tanpa mengaitkannya dengan isi cerita.. Pendek kata usaha dan daya kreativiti itu kurang.. Idlan pula nampak nya macam ketandusan idea. Lawak pun slow..

Walau bagaimanapun, keputusan telah diumumkan.. Dan aku akur dengan suara orang ramai yang telah meletakkan Kumpulan Kecik di tempat pertama, Idlan kedua dan Alex hanya berjaya mendapat tempat ketiga.. Tapi, rezeki ada di mana-mana. Walaupun hanya di tempat ketiga, aku percaya masa depan dia lebih cerah dari yang lain2.


2 comments:

  1. tq Lina, 3 tahun berlalu baru ja ternampak komen Lina, papun tq dan saya tetap ingat jasa baik yang mendorong dari jauh....

    Alex raja Lawak musim ke-4

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu