Dah lama betul tak layan blog.. sebenarnya aku baru balik dari rumah aku kat Batu Badak. Lagi pun akak aku yang duduk kat Muadzam ada balik.. Sempat aku jumpa anak-anak sedara aku yangkiut.. Batirisyia, Fataniah, Thaqif. Kat sana tak ada line 3G so tak leh la buka blog.. Kalau ada pun guna gprs lembab macam siput.. Kesian betul kat aku sebab duduk kat ceruk rantau yang 3G pun takut nak masuk... ehehehee.. Sempat jugak aku try masak laksam.. korang penah makan laksam?? sedap wo... pandai aku masak walaupun baru first time buat. Tapi yang lecehnya nak wat mee dia tuh.. Aku ingat lain kali kalau aku nak buat aku nak pakai mee laksa je.. habis citer... ini cerita minggu lepas.
Hri sabtu minggu lepas-lepas plak.. aku balik batu pahat amik kuih raya yang nak diniaga kan.. Dapat la dalam 120 bekas.. Jadi la.. modal kecik jer.. Baru belajar nak meniaga. Tak sempat pun nak jalan kat memana shopping raya. Jadual padat sangat.. Itu pun tak sempat nak berbuka puasa dengan atok encik (atok suami aku).
Sebelum a aku nak balik singgah jap umah Pok Su suami aku.. Dia pulak meniaga baju bundle.. Mana yang rasanya muat untuk Danish pakai, dia suruh aku amik je.. wargh... penuh kereta dengan kuihnya 3 kotak.. Baju seguni.. Kasut seplastik.. On the way balik singgah Nain Bundle kat Gemas lagi.. Carik seluar jeans untuk Danish.. Dapatlah sepasang seluar Levis.. Tamak betul akuuu.. kui kui kui.. bukannya tamak.. tapi aku berpegang teguh dengan peribahasa "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..."
Nak dijadikan story plak kereta kesayangan Mr.M buat hal plak time nak balik.. Sampai kat Yong Peng dia buat hal la plak.. Batery kereta macam tak cas balik.. So.. selang 10 minit jalan terpaksa berhenti untuk cas batery balik.. Boring tull.. Perjalanan elok2 dua jam je.. jadik dekat 5 jam.. Macam gi terengganu plak..
Oklah sekian aje buat kali ni, tak lupa juga aku nak promote kat sini, kalau nak beli kuih raya jangan segan silu untuk datang ke bazar gerai abang aku yer.. Macam-macam kuih ada.. Harga pun murah2. Kalau nak beli cermin mata ke, jam ke, tali pinggang ke, beg ke, semua ada kat situh.. Jangan lupa singgah tau... Cau ci cau...
till next poost,
salam Ramadhan dari:
No comments:
Post a Comment
Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu