Wednesday, March 31

4 Perkara Kita Belajar Dari Sekolah

Rata-rata antara kita semua pernah melalui zaman sekolah kan? Darilah tadika, ke sekolah rendah, menengah dan seterusnya. Dari sudut pandangan aku, zaman sekolah merupakan satu peringkat yang penting dalam hidup seseorang. Kerana apa? Kerana di sekolah, selain ilmu pelajaran, banyak lagi benda lain yang dapat kita belajar.

Antaranya ialah:

1. Persahabatan.
Betul kan? Masa sekolahlah permulaan kita untuk mengenal orang lain selain keluarga sendiri. Pada waktu ini jugalah kita mula dapat membezakan siapa yang boleh kita jadikan sekadar kawan ataupun kawan baik. Ada juga kawan baik dari sekolah yang terus menjadi kawan baik
sampailah kita sudah meninggalkan bangku persekolahan.

2. Tanggungjawab.
Setiap pelajar mempunyai tanggungjawab masing-masing kan? Iaitu tidak menghabiskan duit ibu bapa yang menghantar ke sekolah dengan sia-sia. Tapi, bagi pelajar yang terpilih untuk memikul tanggungjawab seperti ketua darjah, pengawas, dll. ia merupakan permulaan kita belajar erti tanggungjawab. Seperti aku sendiri, aku pernah menjadi pengawas di sekolah rendah dan Ketua Ajk Makanan (no wonder lah aku debab ye tak??) di sekolah menengah. Masa ni aku duduk asrama. Aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Makan Damai diadakan setiap bulan. Daripada memilih menu hinggalah membasuh pinggan, semuanya perlu aku uruskan. Walaupun keletihan, tapi aku puas kerana majlis yang aku uruskan berjalan dengan lancar.

3. Keyakinan Diri.
Sebut je zaman sekolah, penuh dengan pelbagai aktiviti. Seperti pertandingan, koir, pancaragam dan sebagainya. Melalui pertandingan-pertandingan inilah kita mula memupuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Seperti kawan aku, Zuriati. Mungkin ramai antara blogger lain tak mengenal siapakah zuriati itu. Tapi, bagi kami bekas pelajar Sekolah Tinggi Segamat, nama Zuriati merujuk kepada seorang pelajar perempuan kecil molek yang lantang bersuara dalam berpidato. Dia adalah Johan Bagi Pertandingan Pidato Peringkat Negeri dan wajahnya pernah disiarkan di surat khabar. Melalui percakapan dia juga jelas menunjukkan dia mempunyai keyakinan yang tinggi dan boleh mempengaruhi orang hanya dengan berkata-kata.

4. Percintaan.
Hum.. ini yang paling best ni. Janganlah korang menafikan kenyataan yang satu ni kan?? Memang waktu di alam persekolahan lah kita mula mengenal erti cinta. Ada cinta secara senyap dan ada juga cinta secara terbuka iaitu cinta yang diluahkan. Kita mula ingin rasa disayangi dan menyayangi. Percintaan zaman persekolahan ada kebaikkannya asalkan tak berlebihan. Seperti aku juga, Hamidon, suami aku sekarang aku kenali sejak zaman sekolah lagi. Tapi itulah, ada cinta yang bertahan sampai habis sekolah. Ada juga yang tidak. Tapi, akan terus kekal menjadi kenangan manis untuk dikenang kan??

Ok la.. itu sahaja buat tatapan rakan2 blogger hari ni. Maaflah kalau entry ni terlalu formal. memang macam ni jadinya kalau aku menulis time tengah emosional. Emosional kenapa?? Adalah...

Dah habis baca, boleh tinggal komen ye.. :)

Simply Siti Cosmetics by Siti Nur Haliza

Thumbs up buat penyanyi nombor satu negara kerana telah berjaya mengeluarkan produk penjagaan kulit dan solekan diberi nama Simply Siti.


Sangat cute kan logo Simply Siti? Sama cute dengan orangnya (wah.. memang betul peminat siti nih). Produk keluaran siti ni di proses dan dibuat di Korea dan dijual dalam Malaysia serta luar negara.

Produk ini juga sesuai digunakan oleh wanita yang beragama Islam kerana mudah dicuci. Harganya pun memang berpatutan dan boleh didapati di Watson berhampiran anda..

So, apa lagi, jomlah kita pergi Watson beli make up.. Make up aku pun dah pecah dibuat budak Danish ni..

Tuesday, March 30

Aku Rasa Gumbira Ni.. Why??

Sebelum korang baca yang selanjutnya, sila menyanyi bersama-sama aku ok?

Sedia, mula...

Kalau kita gembira kata horaayyy
Kalau kita gembira kata hoorayyy
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira kata hoorayyy...




Awat hang dok gumbira gumbira dati tadi ni Lina oooii???? Sebabnya ialah.. ehehe.... malu nak cakap. Mungkin tak adalah bermakna sangat bagi blogger2 lain kot.. But for me, it sure does make happy...

Sebenarnya kan.. aku ni bebaru je belajar main2 nuffnang ni. Belum pun sampai sebulan.. Tapi ye lah kan.. Orang baru (muda) macam aku ni mesti excited gilerrnya.. Tetiap hari check earning. Tapi memanglah selalunya hampa dan kecewa.. Sebab telurnya tak pecah2.. (earning zero lah tu)

Tetiba pula dengan tidak di sangka-sangka, petang tadi masa check earning, WOOWW!! telurnya sudah pecah... Nak tau berapa aku dapat?? Jeng jeng jeng... (kasi bunyi drum skit)

@
@
@
@

RM0.50 sen..
@
@
@
@

Banyak tu pun nak hepy ke? Happy lah kan.. My first earning with nuffnang.. Alah.. korang masa memula pakai nuffnang pun mesti gumbira kan walaupun dapat hanyalah sen, kan? kan?? Katakanlah kan...

Monday, March 29

Hari ni Check Up Klinik Lagi

Wah.. pepagi dah rajin tulis entry ni.. Apa kena ye?? Jap lagi nak pergi klinik, Danish check up. Hari ni dia nak kena inject untuk setahun lima bulan punya.. Pejam celik pejam celik, sekejap je dah besar budak ni. Rasanya macam baru semalam je aku lahirkan dia..

Kalau waktu lahir dulu dia asyik tidur je sebab kena jaundice, sekarang ni bukan main ligat lagi. Jalan sanalah jalan sinilah (orang baru dapat kaki). Danish ni memang lambat sikit jalannya. Dulu umur 7 bulan baru nak pandai menyiarap.

Berbulu juga hati masa Danish umur setahun dulu. Orang asyik tanya je, "Dah pandai jalan dah dia?". Aku pun jawablah belum.. "Hum.. anak aku dulu umur 8 bulan dah berlari dah.." Bahagian memasing lah kan??? Tapi, aku tak kisah.. Asalkan anak aku sihat waalfiat..

Okey la.. sekarang ni dah nak bersiap.. Jumpa lagi petang nanti ye... Bye bye..

Sunday, March 28

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Semuanya

Wah.. sungguh berhemah sekali tajuk post kita pada pagi ini ya puan-puan. Bukan apa, setelah semalaman tak tidur, duk mengmakeover blog kesayangan ni, rasa macam tak nak tidur pula selagi tak siap.

And now.. rasanya dah 80% siap.. Tinggal sikit je lagi.. Tapi mata eden dah tak larat nak buka dah ni.

So di kesempatan (wah.. bukan selalu dapat online pepagi ni, selalu time ni membuto laie kojonye,,) ini, aku nak mengucapkan Selamat Pagi yang Indah kepada Kakak2, Abang2, Makcik2, Pakcik2, dan Adik2 sekalian..

Semoga hari ni dapat memberi sejuta keceriaan dalam hidup korang.. Sayang semuanya...

**alamak.. lapo lah pulak.. nak kena carik makan dulu baru boleh tido ni..

Saturday, March 27

Katak Itu Sentiasa Di Situ

(gambar ini digoogle)

Gile besar katak tu kan?? Korang geli tak dengan katak?? Aku pula memang geli ngan benda sejuk dan licin2 ni. Tapi kenapa la orang penakut macam aku ni sering di duga oleh spesies2 menatang ni..

Ada lah seekor katak yang telah menjadikan bilik air rumah aku sebagai habitat dia. Tak de lah sebesar gambar tu. Kecik je.. Adalah besar penumbuk budak Danish. Tapi kan, aku masih takut. Setiap kali nak masuk bilik air merupakan satu cabaran untuk aku.

Dengan penuh berhati-hati aku buka lampu bilir air dan pastikan dulu katak tu ada kat mana. Setelah aku pastikan dia berada dalam kawasan yang tak boleh mengancam aku, barulah aku masuk. Kalau tak, sanggup aku tahan tak mandi.

Antara sebab yang membuatkan aku takut ngan katak ialah aku pernah dipengaruhi dengan cerita katak ni kalau gigit orang, dengar guruh berdentum baru tau nak lepas.. Alamak... Musim2 kemarau ni nak hujan pun sekali sekala. Ini kan pula nak dengar bunyi guruh. Tapi betul ke cerita tu? Katak ada gigi ker? Pas tu pula kalau kena kencing katak kat mata boleh buta. Itu pun aku tak dapat kenal pasti kesahihannya. But, maybe gak kan? Sebab mungkin air kencing dia beracun.

Lagi cerita pasal katak.. Aku memang betul2 bersyukur sebab masa aku sekolah dulu, aku tak perlu bedah katak untuk Biologi. Bedah tikus je.. Kalau bedah katak, maunya aku terbedah tangan aku sendiri nanti.. Wuhuhu... Tak sanggup eden. Pernah juga waktu sekolah rendah dulu aku tengok kawan aku Azira, pegang katak ni dengan tangan. Selamba badak jerk dia..

Aku pun tak tahu kenapa aku nak cerita pasal katak tu ari ni. Suka betul katak tu dapat enterframe dalam blog aku ni. Ok, aku akhiri post ni ngan lagu yang aku tujukan khas buat katak dalam bilik air..

Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah Tinggi-tinggi
Cepat lah Katak Cepat
Cepatlah Engkau Pergi..
Nyahh kau dari hidup aku!!!

Thursday, March 25

Beutiful Blogger Award : **Ahaks Bestnya**


At last.. ada juga kengkawan yang ingat nak bagi blog kat aku.. **Sob.. Sobb.. Hurm.. Mood sedih dan terharu ni.

Siapa tu yang sudi bagi award tuh?? He he he.. ini lah orangnya.. PapaMamaZakwan.. Terima Kasih ya..

Syarat2 untuk mengsahkan award ini ialah

1. Thank and link the person that gave u the award (already done that)

2. Pass the award onto 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic (ada kat bawah)

3. Contact their blogs & let them know they've won the award (later..)

4- State 7 things about yourself

Hurm.. 7 thing about myself??

1. Dilahirkan di bumi kenyalang, Sarawak.

2. Arwah mak aku asalnya beragama kristian dan berketurunan budayuh.

3. Pencapaian terbaik, dapat 4A 1B dalam UPSR.. Peperiksaan lain?? Okeyla.. cuma bukan yang terbaik..

4. Sangat menyukai air Nescafe.. Dah macam ketagih gituh..

5. Suka berangan nak kuruskan badan, tapi pemalas nak senam dan jaga makan. Hurm.. pe nak wat?

6. Seseorang yang memang sensitif.. Mudah mengalirkan air mata.. Berjiwa taman..

7. Aku suka hobi baru aku ni.. berblogging..

Okk.. sekarang aku nak pass award ni kat:

Her Messy Diary (Husna),
My Family Diaries (Salimah),
Story Of My Life (Enol),
Ini Perjalanan Aku Mengejar Mimpi (Peyzol),
1+1+3 (MamaCira),
Kerlipan Sang Bintang (mieran),
Naurah napiha (Naurah),
Sembang Bincang (SkyOne),
lurvefecha (fecha),
Pieces Of My Life (Waniez),
hepy Cook Mom (Aiyu),
Cherish Life Together..

Alamak.. tak cukup 13 lah.. lagi saper erk??

A story to remember, dan
Coretan dariku Untukmu..

Itu aje.. Sudi2 kanlah diri datang ambil yaa...

Ucapan Selamat Dari Aku

Ucapan apakah itu ye??

Ucapan selamat malam sebenarnya..

Selamat tidur..

Selamat mimpi indah-indah.

Selamat bangun semula keesokan harinya.

Selamat bekerja bagi ibu2 atau blogger yang bekerja..

Dan juga..

Selamat memulakan semula rutin harian kita..


salam sayang dari,

Wednesday, March 24

Atas Rasa Kemanusiaan Lalu Aku Menulis

Rasa geram, hampa, sebak bercampur baur dalam diri aku bila hampir setiap hari ada saja kes penderaan kanak-kanak dilaporkan dalam media massa. Tak cukup dengan dera, malah budak kecil yang usia setahun jagung dibunuhnya. Apa nak jadi dengan masyarakat Malaysia kita sekarang ni? Mana perginya rasa perikemanusiaan dan tanggungjawab untuk melindungi??

Kalau betul pun nak melepaskan geram, lepaskanlah geram dengan lawan yang setanding. Lepaskan geram kepada budak kecik yang tak mampu nak melawan ni kita panggil PENGECUT!!!.. Tak pun, carilah dinding2 ke, batu2 besar ke, tendanglah.. tumbuhlah sekuat hati.. OO.. Mungkin tak puas agaknya sebab tak ada bunyi jeritan atau tangisan..

Kalau lah aku ni mempunyai kuasa macam superhero yang kita sering tengok kat tv tu. Akan aku lindungi nasib-nasib budak yang malang ni. Memang aku takkan bagi peluang kepada pendera2 ni untuk hidup dengan aman dan tenteram.

Tapi, sama seperti kamu semua, aku hanyalah insan biasa. Insan biasa yang tak mampu lagi berdiam diri hanya duduk melihat insan-insan kecil ini diperlakukan sewenang-wenangnya.. Sungguh aku dah tak sanggup..

So, aku nak kongsi dengan kawan2 blogger aku video klip dari kumpulan exist ni. Hayati bait2 lirik dia.. Luahan dari kanak2 yang didera..



Dari Adik Tercinta
Exist

Oh adik yang tercinta
Usah menangis di senja kala
Sehingga kau keseorangan
Tiada teman bergurau senda

Katanya,"lahirku ke dunia bukannya
Bulan ke riba
Umpama bunga liar
Hidup terbiar menelan kata dista"

Oh tuhan,berikan ku kekuatan
Agar ku selamatkan rohaninya
yang dibelenggu bayangan hitam
Menghitung harinya

Hanya kasih, bukan harta benda
Ingin ku miliki dari ayah bonda
Jari yang halus dan lemah ini
Tak mungkin membinasakan mu


Aku terus didera
Terus dihina hingga sengsara
Mengalir darah puas di hatinya

Oh adik dikasihi
Usah bersedih balik pelangi
Masih ada yang bersimpati
Masih ada yang kan menyayangi

Bisiknya,"pernahku bermimpi
hangatnya ciuman di pipi
Mengalir air mata bila ku sedar,
Aku masih begini"



Tuesday, March 23

Kempen Earth Hour : Mari Kita Sama-Sama Menjayakannya


Nampaknya Kempen Earth Hour kembali lagi.. Teringat cerita tahun lepas.. Sebagai salah seorang antara jutaan penduduk yang bermastautin kat muka bumi ni, aku sekeluarga menyahut seruan dunia untuk sama-sama menutup lampu dalam rumah selama sejam. Hati dan semangat memang berkobar2 untuk sama-sama menjayakan dan turut serta dalam kempen ni. Bila sampai je time tutup lampu tu, aku dan suami dah start kereta nak tengok macammana plak sokongan orang lain.

Memang rasa geramlah jugak bila nampak ada rumah yang terang benderang macam tengah berpesta. Diorang ni memang tak nak menyokong langsung benda2 macam ni. Agaknya pada fikiran kolot diorang ni tak ada bezanya kalau tutup lampu sejam tuh.. Baik tak yah buat.. Memang lah tak ada perbezaannya kalau semua orang berfikiran sempit macam korang.. Tapi kalau semua bersatu hati, menyokong seruan sayangi bumi ni, bayangkanlah berapa banyak karen yang dapat kita savekan tu. Walaupun cuma untuk satu jam.. Banyak perbezaan yang kita boleh lakukan untuk bumi kita yang tercinta ni.. Bumi nak pakai lamalah..

Itu cerita tahun lepas.. Tahun ni aku harap semuanya dapat lah sama-sama membantu bumi kita ni yang dah semakin nazak ni. Untuk anak2 cucu2 cicit2 kita jugak.. Usaha kecil daripada kita ini boleh mendatangkan hasil yang besar kepada bumi.

Tujuan Kempen Earth Hour ni ialah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa tindakan segera perlu diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia berikutan kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.

Pada tahun ini, Kempen Earth Hour memerlukan kita untuk mendaftarkan diri di laman web Earth Hour Malaysia sekiranya mahu menyertai kempen ini. Kerana pada kali ini pihak penganjur, WWF ingin membuat kiraan akan undian yang diterima oleh bumi.



"Pada tahun ini penganjur Earth Hour 2009 mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi."

Sekian kerja amal dari aku,

Minyak Pengasih

(gambar yang di google)

Pernah dengar pasal minyak pengasih? Mesti ramai yang dah tahu kan kegunaan minyak pengasih ni. Percaya atau tak, aku memang akui ada benda-benda ghaib macam ni yang masih wujud walaupun dalam dunia serba moden kita sekarang.

Apa itu 'Minyak Pengasih' ?

Istilah 'Minyak pengasih' amat terkenal di dalam masyarakat Malaysia. Ia adalah sejenis bahan yang digunakan untuk "memikat" hati seseorang agar dapat menimbulkan rasa kasih kepadanya dan sanggup berbuat apa sahaja kerananya.

Adakah minyak ini diambil dari Minyak Masak atau lain-lain minyak?

Minyak pengasih adalah sinonim dengan minyak dagu dan lain-lain. Sebenarnya ianya dari campurtangan JIn yang mampu membuatkan seseorang terpengaruh kepada tuan yang empunya minyak. Kaedah pembuatan minyak ini juga dari kaedah sihir. Ramuan yang digunakan ialah kadang-kadang terdiri daripada bahan-bahan yang kotor dan berbisa. Contohnya seperti miang buluh, bisa ular, air liur katak, dan sebagainya. Kesemua bahan-bahan ini dicampurkan dan kemudiannya diperam dengan masa yang lama dan seterusnya dipuja dengan kaedah sihir. Selalunya pengamal minyak pengasih ini menyimpan di dalam botol kecil, bagi memudahkan dibawa kemana-mana.

Apabila minyak tersebut berkurangan selepas kekerapan penggunaan, maka kaedah pemujaan JIn dilakukan semula oleh pengamal tersebut ataupun bomoh yang mereka dapatkan. Setiap kali upacara pemujaan, darah ayam atau darah tuan itu sendiri disediakan untuk makanan kepada JIN yang berada di dalam adunan tersebut.

Awas...!!

Kesan-kesan negetif setelah terkena dengan minyak pengasih ini ialah:
1) Terasa minat dan kasih kepada si pengamal minyak pengasih tersebut.
2) Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan.
3) Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.
4) Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak pengasih.

Kaedah & Tektik 'kotor' mereka...!!!
Bagi memastikan sihir dan ramuan SIHIR mereka menjadi, kebanyakan mereka akan menyapu minyak tersebut pada mana-mana anggota badan si mangsa. Dan selalunya mereka menyapu pada nadi atau urat darah. Ini kerana apabila mangsa disapu minyak pada bahagian tersebut maka secara cepat JIn akan bertindak terus masuk kedalam perjalanan darah mangsa dan seterusnya menguasai diri mangsa. Pada ketika itulah mangsa akan terasa ngairah dan suka kepada si pengamal tersebut.

Kebanyakan mereka yang mempunyai minyak pengasih ini mencari mangsa ditempat-tempat awam. Malah amat kerap berlaku kedai-kedai makan awam. Kadang-kadang si peniaga ingin mencuba minyak pengasihnya, dan kadang-kadanag ada juga yang datang dari pelanggan disapu kepada pelanggan lain. Kebanyakan mereka adalah bertujuan mendapat manfaat daripada mangsa. Tidak kira lelaki atau wanita akan mendapat nasib yang sama apabila terkena. Kebanyakan cara ini popular diamalkan dikawasan bandaraya dan juga kawasan yang dianggap maju. Kes-kes ini kerap berlaku di negeri 9 , selangor, pahang dan lain-lain.

Kredit to : mualijmuda.blogspot.com

Dah jelas mengenai minyak pengasih? Pelik ya sebab ada umat Islam yang lebih suka mintak tolong dengan Jin daripada Maha Pencipta. Sedangkan sudah jelas-jelas dan terang benderang mana letaknya taraf jin tu dan janjinya yang akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan umat Muhammad.

Lagi kesian dekat mangsa yang terkena ilmu ni. Tak semene-mene terlibat sekali pulak..

p/s: lepas tengok Wanita Hari Ini tadi, tergerak pula aku nak cerita pasal benda ni. Tak ada kena mengena dengan aku. I love my husband the way he are. Not because of this such thing.. Rember that..

Monday, March 22

My First Ever Contest : Muka Garang Si Kecil


MY FIRST EVER CONTEST

MUKA GARANG SI KECIL




Assalamualaikum semua..
Setelah sekian lama aku berkecimpung dalam dunia join contest kat blog orang, tetiba je hati aku berhajat nak buat contest sendiri.. Hik..Hik..Hik..

Ini adalah akibat daripada aku tak pernah menang mana2 contest. So apakata aku buat contest plak... Mcm best je kan??

Sebelum ni asyik2 kita dengar contest muka paling cute la, senyuman paling manis la.. Aku nak wat kelainan skit.. Contest Muka Garang Si Kecil plak.. Berubah angin lah plak sekali sekala kan??

Hadiah???

Mesti ada.. Ada.. Jangan risau.. Cuma belum fikir je lagik... Hik Hik Hik. Boleh ke gitu??
Tapi apa yang bermain dalam otak aku ialah aku akan suruh adik aku kirim sourvenier dari Australia.. Tapi tak boleh lah mahal2 yerk.. Murah2 je.. Aku manalah ada duit.. Tak kerja.. Suri rumah je..

Syarat2nya??

UIshh... mesti ada jugak lah kan.. Syarat2 mcm contest orang lain jugak,

  • Jadi follower blog ni (terima kasih :P)
  • Copy banner kat atas dan letakkan kat side bar blog memasing berserta link ke en3 ini
  • Up load sekeping gambar anak yang umurnya antara 1bulan ke 3 tahun (muka kena serius or garang ye..)
  • Sertakan sekali nama penuh dan manja anak, tarikh lahir, nama ibu bapa dan email untuk dihubungi
  • Dah siap semuanya, tinggalkan komen kat entry ini berserta link sekali
  • Contest ini bermula pada 22 Mac-22 April (sebulan)
  • Sebagai confirmation, aku akan tinggalkan komen kat entry korang
Sekian, segala pertanyaan bolehlah email kepada liennasts@live.com

Sunday, March 21

Sleeping Cutie Contest

SLEEPING CUTIE CONTEST
(sape nak join click sini ye..)

Dan gambar yang dipertaruhkan ialah,

ini.................

Disebabkan PapaMamaZakwan tak de cakap kena upload sekeping je gambo, so aku pun upload 2 keping. Gambar yang sama, tapi yang satu jarak jauh (nampak dia nyer full body). N the other one jarak dekat.

Nama anak: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Tarikh Lahir: 24.09.08
Email: liennasts@live.com

Yang istimewanya contest ni, nak kena reka lagu dodoi untuk anak.. Ehehe.. Lagu ni bukanlah aku yang reka, tapi lagu turun temurun sejak laki aku kecik. Bapak mertua aku yang selalu2 nyanyi. I pun terikut jugaklah u.. So.. lagunya ialah:

Ye (dia) nak do.. (tidur)
Ngan cau (kacau) ya
Ya nak do
Ong (orang) ngan cau ye..

Ok thats all what i need to do.. For those who interested to join, click at this link
PapaMamaZakwan

Saturday, March 20

Jalan-jalan Cari Kuih :Ketuk Ubi


Korang pernah makan kuih ketuk ubi tak?? Sedap ke?? Ntah lah. Bagi aku biasa2 je.. Cempedak goreng lagi sedap. Gini citer nya, aku gi la jalan2 ngan Midon untuk cari kuih muih nak makan petang nanti. Tapi, apa nak wat. Keluar dah lah lambat. Kuih semua habis. Cari2 gerai, jumpalah gerai 2 orang awek ni.

aku : Ni cempedak ke?

penjual: Tak la.. ubi..

(disebabkan aku yang baghal ni, aku ingat yang budak tu sesaja je wat lawak ngan aku. Cempedak goreng dikatanya ubi. Aku pun senyum kambing lah ngan dia.)

aku : Berapa singgit?

penjual: Singgit 4 kak.

(disebabkan aku mmg suka makan cempedak goreng, maka walaupun aku rasa mcm mahal je cempedak ni. Tapi aku suh juga dia bungkus 4 ringgit.)

(adalah datang sorang member budak ni nak beli kuih juga)

penjual:Kau nak ubi bape ringgit?

Kwn dia: Macam biasa lah 5 ringgit.

(aku: aik?? ubi?? betul ke ubi?? Apa plak ubi mcm tuh.. Alamak.. cam ne ni? Aku dah tercakap nak 4 ringgit. Banyak tuh.. Nak cancel maluuuuu)

(last2.. bila budak tu tengah bungkus untuk aku..)

aku : Dah dua ringgit ke dik?? Tak pe la.. Cukup lah tu.. Mintak goreng pisang ni
2 ringgit juga yer..

(Fuh... nasib baik aku pandai cover..)

Faham tak citer aku?? Ker korang tak faham.. Tak pe la.. Kalau korang jadik aku baru korang faham.. kot... Boleh gitu????

Apa2 hal pun.. aku ada lah jumpa resepi ketuk ubi ni.. Kepada sesiapa nak cuba buat.. Resepi ni aku copy paste dari blog periuktanah. Banyak resepi kat situh.. Rajin2.. lawatlah...

Bahan-bahan: (menghasilkan 20 biji ketuk ubi)

450gm ubi kayu- potong 2 inci panjang, kupas kulit, dan rebus hingga empuk (belah dua jika ubi tebal dan besar)
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1. Toskan ubi kayu yang telah direbus tadi. Buang uratnya dan lecek halus. Ketepikan.

2. Campurkan kelapa parut dengan garam dan gula. gaul rata. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan ubi yang telah dilecek dan gaul dengan campuran kelapa hingga sebati.

3.Gunakan tangan untuk mengepal campuran ubi menjadi bulat sebesar bola ping-pong. Buat hingga habis. Ketepikan dulu atau simpan dalam peti ais.

Bahan tepung untuk menggoreng:

4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
1 sudu besar tepung beras
sedikit garam

*** bancuh tepung dengan air secukupnya. Adunan agak pekat sedikit daripada adunan ketayap. (K.An lupa nak sukat..maaf ye).

Panaskan minyak untuk menggoreng. Celupkan bebola ubi ke dalam bancuhan tepung. Goreng seperti pisang goreng hingga keperangan.

*** bebola ubi boleh tahan lama jika disimpan di tempat beku dan keluarkan bila hendak digoreng.

Friday, March 19

Gunung Ledang: Danish FReakiNG Out!!!

Cerita lama.. adalah dalam sebulan yang lepas.. Ye ker?? Ye kot.. First time aku gi Gunung Ledang semenjak kawen.. (lamanya tak gi, 2 tahun dah tu). Nama je duk Segamat.. Nak gi gunung setahun sekali pun payah.. Apa nak buat.. Tak ada orang nak bawak..

dan.. first time for Danish to.. main air kat gunung.. N u know what?? He is freaking out.. Sian anak ibu. Kitorang plak gasak mendengki dia. Tanpa belas kasihan.. Ajar dia naik floater lagi la.. Macam nak pecah batu2 kat gunung tu dengar dia menjerit..

Malas nak cakap banyak lagi.. Layan la story bergambar ni key?


Masa kat umah lagi ni.. Masam je muka..

Danish mind: Bila lah nak gerak ni.. Dari tadik tak siap2 lagi ke bu?


Dalam keta.. sebabkan Danish yang kuat menyebuk, so kitorang masukkan dia dalam keta awal2. Semua tgh sebuk angkat barang ni.

Danish mind: Wah.. macam dah nak gerak je ni.. Yess..Yesss..


Sempat posing jap tunggu ayah kuarkan barang dari keta.. Comel tak dia?? Ha ha ha comel sungguhlah... Muka cam kereek je erk??

Danish mind: fuh... fuh.. muka kerek itu mesti.. mulut nak senyum senget2 skit.. hensem tak i??


Dan.. itu dia.. Muka kambing takut kena air.. (ade ke panggil anak kambing.. Klu itu macam, u mak kambing la.. hahaha). Kambing comel..


Tulunn... Tulunn.. Danish janji tak wat lagi... Tulunggg.....


Apa tangkap2 gambar lagi tuh?? Cepatlah angkat Danish ni.. I takut lah U..


Ayah ajar naik floater ye sayang.. Meh sini meh...
Wowo.. Encik Husband ku.. seksinya.. Meh sini meh..


Itu lah dia.. citer hujung minggu.. Sejam je dapat berendam.. Pastu hujan turun selebat2 nya..
Hurm.. Nanti kita gi lagi ye cayang ye??


Ikan Siakap Stim Halia..

3 hari lepas aku ngan Midon pergila makan ikan siakap kat seafood corner. Best nyer.. Ikan adalah besarnya sedepa aku belasah 2 orang je.. Licin aku makan.. Nanti ingat nak try masak sendiri la.. Godek2 cari resepi..


Bahan-bahan

* Seekor ikan siakap - sederhana besar.
* 3 sudu besar sos tiram
* 2 inci halia - dipotong halus
* Cili kecil 5 biji - dipotong.
* 2 biji perahan limau nipis.
* 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah.
* 1/2 sudu kecil gula.
* 1/2 sudu kecil garam.
* 1/4 cawan air untuk kuah.
* 3 ulas bawang putih dicincang halus.
* Sedikit daun bawang dan daun sup.

Cara-cara

1. Bersihkan ikan, untuk hilangkan hanyir ikan rendam bersama perahan limau nipis selama 5 minit.
2. Letakkan ikan ke dalam pinggan leper.
3. Potong daun bawang dan daun sup letakkan di sekeliling ikan sehingga serata.- akar daun sup jangan dibuang cuci bersih dan letak sekali dgn ikan tadi.
4. Taburkan halia dan bawang putih di sekeliling dan dia atas ikan, juga kedalam bahagian perut dan kepala.
5. Potong cili kecik n taburkan. Curahkan sos tiram keatas dan tepi . Perahkan air limau nipis ke seluruh ikan tadi.
6. Kemudian masukkan air, curahkan perlahan-lahan.Dan masukkan serbuk lada sulah, garam, dan gula.
7. Kukus selama 15 minit atau hingga ikan masak..

sumber resepi: dicopy and paste dari,
1001 RASA blog


Blogger Background

Kalau korang perasan lah kan, kejap2 aku tukar background, kejap2 tukar lagi.. Nak tahu sebab aper? Sebab aku geram ngan background2 yang ada kat websites2 nih.somonya tantek tantek.. Kalau berminat gak nak tukar, silalah lawat2 ye.. Besides dia ada the very the cute the background, ada juga other stuff yang korang boleh letak dalam blog untuk memeriahkan blog korang lagik.. Hum.. lagi satu, website2 ni jugak ada tutorial and tips2 untuk blogger especially yang suka kelainan dalam blog. SO, aper lagi?? CHECK it OUT..

Scrap E-Blog (best for background)
http://scrap-e-blog.blogspot.com/

The Cutest Blog on The Block (best for background)
http://www.thecutestblogontheblock.com/

Blogger Scrapbook (tutorial and other stuff)
http://reflectingthedesigner-sampleblogs.blogspot.com/

April Shower (tutorial and others)
http://www.aprilshowersblogdesign.com/


lay out baru,header pun nak baru jugak

Tapi macam tak center kan header tu?? Biarlah.. Malas aku nak repair.. Ngantok dah ni.. Baru belajar2 buat. Nak pakai photoshop belum khatam lagi belajar. Pakailah online editor.. ekekeke.. Kantoi..

Thursday, March 18

Wajah Baru Aku

Godek punya godek punya godek.. Tukar punya tukar punya tukar.. Lastly, inilah rupa baru blog ni.. Pening kepala dah ni. Satu hari punya kerja.. Ada lagi yang tak puas hati ni. Tapi tunggulah.. Lain kali baru tambah lagi..

Aku sebenarnya ada story best nak citer.. Tapi tak ada mood nak menulis la.. Beberapa hari ni kepala asyik.. asyik.. asyik.. (nyanyikan mcm lagu amelina ye..) pening je. Danish nak dapat adik ke?? Wahahaha.. Boleh ke gitu?

Sunday, March 14

Danish dan Abe


Buat tatapan semua, ha.. inilah gambo Abe.. Mangsa buli Danish di rumah..
Abe ni anak adik ipar aku, muda 3 bulan je dari Danish. Muka diorang ada mirip2 tak??




Dividers

Kawan + Penyangak = stay away okey??


Sabtu lepas rubberstamp yang di tempah oleh Midon dah siap. So, kitorang pun gi la amik. Menyala plak mentol kat kepala aku (dapat idea la tu) untuk mensuggestkan kat Midon supaya kalau sesiapa yang nak pinjam duit dengan dia mestilah buat surat perjanjian. Salah ke idea aku tu? Sebab Midon cakap, Alah Na, takkan dengan kawan2 pun nak wat sampai macam tuh sekali.

Aku ni bukan ape.. Kengkadang geram gak dengan sesetengah perangai manusia yang pinjam duit pandai.. Bayar tak nak.. Boleh ke macam tu?? Kalau macam tu la gamaknya, patutnya jangan la cakap pinjam ye tak?? Cakap je : Aku nak mintak duit dengan kau boleh?? Tak banyak, 500 je.. Boleh gitu??

Kesian aku kat Midon. Dia ni plak jenisnya memang la orang yang murah hati. Kalau kawan nak pinjam duit, dan kalau waktu tu dia memang tengah ada duit, on the spot dia bagi. Tapi kawan plak jenis kawan makan kawan. Ada sorang tu pinjam duit dari Danish ni belum lahir, sampai dah umur setahun lebih dah, tak langsai2 lagi. Nak pinjam pula tak menyempat. Ari tu cakap, ari tu nak. Nak buat pinjaman kat bank pun berbulan la baru dapat.. Memang la pinjam tak banyak.. RM500 je (je??). Tapi bagi orang macam kitorang ni, yang kerja tak menentu ni RM500 tu besar wo..

Bayar balik pulak nak ansur2. Kalau nak pinjam, sekelepuk ambik.. bayar main ansur2 plak. Ok la, consider la kan. Member gaji bukan besar, ok la, boleh la bayar ansur2. Tapi bhaii, bayar ansur2 pun takkan lah 3/4 bulan sekali bayar 50 hinggit jew?? Dah tu, selagi tak di telepon, tak dibagi remind, selagi tu lah senyap menyepi.. Bila tepon plak, mesti jawabnya macam ni : Alah.. sorry la Don. Gaji tak masuk lagi la.. Nanti gaji aku bayar ok?? Dan.. jawabnya sampai bulan depan pun tak nampak batang hidung.

Macam gituh ke kawan?? Ini bukan kawan ni. Ni namanya penyangak duit orang ni.. Baik duit yan dia bagi ko pinjam tu dia bagi kat bini dia ni.. Lagi berfaedah..

Lepas ni, aku dah suruh blacklist dah nama kawan dia tu.. Dan kalau ada member nak pinjam duit lagi, jangan main bagi je.. Fikir dulu panjang2. Awak pun bukan berduit sangat. Time kita tak de duit, kawan2 semua hilang.. Keluarga jugak yang tolong. Daripada duit dihabiskan untuk kawan-kawan yang jenis penyangak ni, baik belanja keluarga makan KFC. Ye dakk???

Saturday, March 13

KAMI BLOGGER BIGGSET CONTEST

Pernah dengar pasal contest ni? Ini adalah satu contest yang boleh disertai oleh MANA-MANA BLOGGER yang ada kat Malaysia.. Tak kesahlah blog yang dah ramai folowwer ataupun yang kurang ramai folowwer (macam blog ni).

Cara penyertaan pun senang.. Budak sekolah yang ada blog pun boleh masuk. Tak seperti contest2 lain yang memerlukan undian dan lebih berdasarkan nasib, contest ini memerlukan kita melakukan beberapa task yang telah ditetapkan. Dan pemenangnya adalah berdasarkan usaha yang dicurahkan.

Antara lain, FCU COMUNITY juga menyediakan tips2 untuk para blogger bagi memantapkan lagi penulisan blog mereka. Satu website yang menarik terutamanya bagi pemblogger2 yang masih mentah dalam dunia blog.

Syarat-syarat penyertaan contest ialah:

1. Terbuka kepada semua blogger-blogger Malaysia.
2. Peserta wajib mengikuti setiap step penyertaan yang diterangkan di bawah
3. Peserta dilarang menjatuhkan mana-mana pihak lain.
4. Pihak penganjur mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan contest
5. Penaja bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hadiah-hadiah yang ditawarkan.
6. Keputusan adalah muktamad.

Perkara yang perlu dilakukan oleh peserta pula ialah:

Peserta hanya perlu mengumpul mata sebanyak yang mungkin melalui pilihan A | B | C di atas. Pilihan A ialah SOALAN UTAMA iaitu soalan yang akan diberikan kepada peserta setiap hari. Nilai mata yang ditawarkan pada pilihan A hanya 1 mata - 2 mata sahaja. Pilihan B pula ialah SOALAN BONUS iaitu soalan yang tidak diberikan selalu. Tetapi nilai matanya bernilai lebih tinggi daripada SOALAN UTAMA iaitu 3 mata hingga 5 mata. Pilihan C ialah TUGASAN BONUS iaitu bahagian yang paling bernilai dan tidak diberikan selalu. Selain itu, Tugasan Bonus juga amat menarik dan dapat mengeratkan hubungan antara para peserta.

Sekiranya berminat, klik kat -->sini<-- untuk keterangan lebih lanjut dan pendaftaran okey??

Bonding Moment With Opah Contest


BONDING MOMENT WITH OPAH CONTEST

wOw.. macam best kan contest ni
selalunya baby ngan ibu, baby ngan ayah
sekarang baby ngan opah2atok pun ada..
macam-macam ada

contest ni dianjurkan oleh Pn.Apash
ni linknya..
http://cherishlovetogether.blogspot.com/2010/03/bonding-moment-with-opah-contest.html

this picture was taken on the way back from kampung, raya aidiladha lalu
Danish dan nendanya sama-sama tertidur kat seat belakang..

Nama anak: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
DOB anak; 24 september 2008
Nama ibu: Nur Azlina Aris
Nama opah: Raja Ramlah binti Raja Sulong
Umur ketika gambar diambil: not very sure la.. i think around 1.3y kot..

Friday, March 12

Tidak Sedar Masa Menikahkan Anak



Terkejut betul dengan kenyataan seorang bapa yang mengaku dia terasa macam dipukau semasa menikahkan anaknya, Siti Nur Zubaidah yang berumur 11 tahun dan masih bersekolah dengan salah seorang rakannya. Ini pun ada ke??

Sumber: Harian Metro

KOTA BHARU: “Saya macam dipukau dan hanya menurut perintahnya,” dakwa Hussin Mat Salleh, 54, yang menikahkan anak perempuannya, Siti Nur Zubaidah, 11, untuk dijadikan isteri keempat seorang rakan jemaahnya di sebuah madrasah berhampiran Masjid Besar Machang pada 19 Februari lalu.

Hussin berkata, dia baru mengenali rakan jemaahnya yang berusia 41 tahun itu, tiga hari sebelum berlangsungnya pernikahan berkenaan.


“Dia kata ini ikut sunnah Nabi, jadi saya setuju saja tanpa sempat berfikir panjang,” katanya.


Sehari selepas majlis pernikahan itu yang tidak dihadiri Siti Nur Zubaidah, katanya, dia bersama ‘menantunya’ itu pulang ke rumahnya di Kampung Jelawang, Dabong, Kuala Krai untuk membawa anaknya ke rumah isteri kedua lelaki itu.


Hussin berkata, pada mulanya Siti Nur Zubaidah enggan menurut perintah dan menangis tidak mahu mengikut 'suaminya'.

“Bagaimanapun, selepas dipujuk dan berjanji akan pulang pada hari yang sama, dia menurut perintah dan keluar dari rumah pada 20 Februari lalu.


“Bagaimanapun, sehingga kini dia belum pulang selepas dibawa ‘suaminya’ dan kami tidak tahu di mana Siti Zubaidah. Saya memohon agar dia dikembalikan kerana Siti Nur Zubaidah terlalu muda dan masih belajar,” katanya.

Hussin berkata dia akan berusaha menjejaki anak kedua daripada enam beradik itu dan cuba mendapat bantuan pelbagai pihak untuk membawanya kembali ke pangkuan keluarga.


“Sekiranya ada sesiapa yang menjumpai atau ternampak Siti Nur Zubaidah bolehlah menghubung saya di talian 013-2272755 begin_of_the_skype_highlighting 013-2272755 end_of_the_skype_highlighting,” katanya.


Berikutan itu, Hussin membuat permohonan mufarakah (dipisahkan) di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada kira-kira jam 4 petang semalam bagi membolehkan pasangan terbabit dipisahkan sementara.


Katanya, tuntutan mufarakah itu difailkan berikutan pernikahan Siti Nur Zubaidah dengan lelaki itu belum diketahui status sama ada sah atau sebaliknya.


Sementara itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Abu Bakar Abdullah Kutty mengesahkan ibu bapa Siti Nur Zubaidah membuat tuntutan mufarakah di mahkamah bagi mengasingkan anak perempuan mereka dengan ‘suaminya’.


Katanya, siasatan lanjut akan dilakukan dan jika disabit kesalahan, seseorang sama ada bapa atau ‘suami’ Siti Zubaidah boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 Mahkamah Tinggi Syariah.


Peruntukan mengikut enakmen terbabit membolehkan individu didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara.


“Perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun sepatutnya didaftarkan di mahkamah terlebih dulu dengan mengemukakan alasan kukuh.


“Sekiranya siasatan mendapati perkahwinan kanak-kanak itu ada unsur paksaan atau kepentingan, kita akan mengambil tindakan,” katanya.

ulasan aku:

Kenapalah sampai macam ni sekali erk?? Apa la yang dia nak buat kahwin ngan budak umur 11 tahun.. Mesti ada masalah mental ni..




Fesyen Menangis Dia Sekarang: AYIIIEEE........

Lama dah tak citer pasal Danish kan?? Apa la.. Tajuk blog mylitlleone.. Patutnya banyak citer pasal si kecik ni.. Ni tarak.. Semua citer ibu dia je.. Gila glamour tul la..

Up date skit perkembangan Danish skrg:
  • Umur Danish dah nak masuk 1 tahun 6 bulan (24.3.10)
  • Rambut dah makin panjang.. Dah berbulan tak trim
  • Dah pandai jalan.. dah nak berlari pun..
  • Pandai mintak nak minum air.. Caranya ialah kalau dia nampak ibu atau ayah minum, dia akan berpura-pura batuk dan angguk kepala berulang kali.. (pandai anak ibu)
  • Sudah pandai merajuk.. Kalau barang yang dia tengah main kena ambil, dia akan bersujud sambil menagis sampailah ada orang yang sudi pujuk.
  • Kuat membebel.. Ntah apa2 ntah yang dia sebut.. cabejabeja.. (apalah maksudnya erk??)
  • Dah pandai nak ikut orang berjalan.. Kalau dia nampak ayah masuk keta, laju je nak ikut.
  • Gigi dah ada 8 batang. Ni nak tumbuh lagi 6 batang. Atas 4, bawah 2.
  • Pandai panggil yah.. (ayah)
  • Ibu?? belum pandai lagik.. sedeynyer...
  • Dan yang last sekali dia menangis berbunyi... Ayie...Ayie... Ehehehe.. kebetulan plak nama bapak sedara dia ayie.. Mungkin dia menangis sambil panggil Ayie kot.. Dia pun mmg rapat ngan ayie ni.
Ok.. Sekian saja buat kali ni.. Rajin nanti aku update lagi.


Sayang anak ibu mmuucukkk mucuk..

Terjah Poliklinik Gigi Segamat

ADOIII....
Sakitnya GIGI!!!!!

Aku percaya.. ramai kawan-kawan yang seangkatan usia dengan aku pernah atau pun sedang menderita sakit gigi kan? Ini disebabkan aku tengah menderita yang amat sangat angkara gigi bongsu yang tengah nak tumbuh ni. Siang malam berdenyut2 dia wat keroncong dalam mulut aku.

Dua minggu lepas aku pergi Poliklinik Segamat dengan niat nak cabut gigi (setelah bertahun-tahun mengumpul kekuatan dan keberanian sebab aku ni memang seorang yang penakut). Tapi selepas di Xray oleh doktor rupa-rupanya gigi aku ni tumbuh menyenget. So, tak boleh cabut macam tuh aje. Nak kena wat operation sikit. Masa doktor terangkan dan aturkan temujanji untuk aku, dalam hati aku tak de lain dah.. Berbunga riang sebab tak jadi cabut gigi ari tu.. Dan hati aku juga cakap, ko cakap je la apa saja doktor. Yang penting memang aku takkan menghadirkan diri pada hari tersebut. Nak datang cabut gigi pun bertahun baru aku berani datang, inikan pulak nak wat operation.. Lagi gerunn aku.

Itulah agaknya.. alasan orang macam aku erk?? Takut..takut..takut.. Nak tahan sakit yang sekejap macam tuh pun tak boleh.. Tahan sakit gigi bertahun2 boleh pulak??

Dan.. malam ni aku dah kuatkan semangat aku.. Akan ku terjah poliklinik pada masa dan hari yang ditetapkan. Sakit2 la.. Walaupun aku tahu tak adalah sakit sangat.. Sakit bersalin lagi sakit wooo... Tapi itulah.. akan aku ketepikan perasaan takut aku ni untuk berjumpa dengan mu wahai Dentistku...

Kredit dan ucapan thanks kepada sahabat aku, Faizul Iskandar sebab sudi berkongsi pengalaman cabut gigi dia ngan aku.. Lepas baca blog dia, sedikit sebanyak timbul keberanian dalam diri aku... Yess... Yakin Boleh... Chaiyokkk..chaiyokk...


Thursday, March 11

Juara Raja Lawak Musim ke 4: Alex..

Akhirnya.. berakhir sudah Raja Lawak musim ke 4 dan akan diganti pulak ngan Akademi Fantasia. Tak sudah-sudah Astro mengaut untung menggunakan prepaid penonton. Whatever pun, hiburan macam ni memang menjadi satu fenomena kat Malaysia kan?

Hurm.. Aku sebenarnya tak berapa mengikuti sangat Raja Lawak kali ni. Tapi adalah sekali sekala aku tertengok kat astro atau pun you Tube. Kalau nak dibandingkan dengan peserta tahun2 lepas, nampaknya peserta kali ni jauh lebih berbakat. Juri kali ni pun i loiikee... terutamanya Afdlin Syauqi..

Tapi apa yang sedikit mengecewakan aku ialah, aku rasa yang sepatutnya menjadi juara pada malam tersebut ialah Alex. Lawaknya jauh lebih kelakar berbanding Kumpulan Kecik dan Idlan. Bukan sahaja lawaknya kelakar. malahan boleh tergolong dalam lawak yang bernas.. Persembahannya teratur dan kemas. Tahap konfiden pun tinggi. Seperti dalam persembahan kedua Alex iaitu muzikal komedi, terdapat kesinambungan dan kaitannya terhadap jalan cerita dan lagu yang disampaikan. Berbanding dengan kumpulan Kecik yang langsung tiada kaitan jalan cerita dan lagu. Mereka hanya mengubah lirik lagu itu menjadi sesuatu yang komedi, tanpa mengaitkannya dengan isi cerita.. Pendek kata usaha dan daya kreativiti itu kurang.. Idlan pula nampak nya macam ketandusan idea. Lawak pun slow..

Walau bagaimanapun, keputusan telah diumumkan.. Dan aku akur dengan suara orang ramai yang telah meletakkan Kumpulan Kecik di tempat pertama, Idlan kedua dan Alex hanya berjaya mendapat tempat ketiga.. Tapi, rezeki ada di mana-mana. Walaupun hanya di tempat ketiga, aku percaya masa depan dia lebih cerah dari yang lain2.


Wednesday, March 10

Aktiviti Dia Sekarang: Join GYM

Past few month ni Midon ada hobi yang baru.. Join Gym. Bukan baru sebenarnya, dah lama dah dia join. Tapi tak berapa nak aktif.. Bz ngan kerja. Tapi sekarang walaupun sibuk cam na pun dia akan peruntukkan masa untuk Gym. Setiap hari, kecuali Ahad (sebab gym tutup) dari kul 8pm till 10pm dia akan melekat kat sana. Antara sebab2nya ialah dia dah mula rasa jeles tengok badan2 member2 dia yang dah menjadi.. Semuanya masa mula2 start dulu kurus melidi macam Midon jugak. Tapi sekarang... Fuh...

Tak mudah sebenarnya nak bina badan ni.. Disiplin mesti ada. Semangat pun mesti ada.. Dan yang paling penting.. Fulus pun mesti ada.. Dan aku juga sebagai isteri, kena bagi sokongan.. Kalau dah nak bina badan ni, makan itu mesti menjadi keutamaan.. Coz dari situ la sumber tenaga yang sebenar2nya.

Aku ada terbaca kat internet ari tu. Kalau nak bina badan ni supplement2 mesti nak kena ambil. Kalau tak yang kita dok berperah tenaga kat gym tu hanyalah sia2. Supplement dia pun mahal tak hingat.. Beratus2 harga satu produk tu. Yang nak kena ambil plak bukannya satu produk je.. Berjenis2 plak tuh.. Protein la.. Asid Amino la, Fat Burner la, dan ntah apa2 lagi la.. Boleh dikatakan kos untuk supplement ni sebulan cecah la RM1000.

Tapi, aku tak kisah sangat sebab aku tahu aktiviti yang dia join ni aktiviti yang sihat. Dah dia suka, takkan kita nak bantah kan?? Lagipun, duit dia yang cari. Asalkan keperluan untuk aku ngan Danish tak pernah dia abaikan cukuplah.. Aku pun tumpang gembira juga sebab apa yang dia usahakan sedikit sebanyak dah membuahkan hasil.. Korang bandingkanlah sendiri ok??


Before



After