Saturday, March 27

Katak Itu Sentiasa Di Situ

(gambar ini digoogle)

Gile besar katak tu kan?? Korang geli tak dengan katak?? Aku pula memang geli ngan benda sejuk dan licin2 ni. Tapi kenapa la orang penakut macam aku ni sering di duga oleh spesies2 menatang ni..

Ada lah seekor katak yang telah menjadikan bilik air rumah aku sebagai habitat dia. Tak de lah sebesar gambar tu. Kecik je.. Adalah besar penumbuk budak Danish. Tapi kan, aku masih takut. Setiap kali nak masuk bilik air merupakan satu cabaran untuk aku.

Dengan penuh berhati-hati aku buka lampu bilir air dan pastikan dulu katak tu ada kat mana. Setelah aku pastikan dia berada dalam kawasan yang tak boleh mengancam aku, barulah aku masuk. Kalau tak, sanggup aku tahan tak mandi.

Antara sebab yang membuatkan aku takut ngan katak ialah aku pernah dipengaruhi dengan cerita katak ni kalau gigit orang, dengar guruh berdentum baru tau nak lepas.. Alamak... Musim2 kemarau ni nak hujan pun sekali sekala. Ini kan pula nak dengar bunyi guruh. Tapi betul ke cerita tu? Katak ada gigi ker? Pas tu pula kalau kena kencing katak kat mata boleh buta. Itu pun aku tak dapat kenal pasti kesahihannya. But, maybe gak kan? Sebab mungkin air kencing dia beracun.

Lagi cerita pasal katak.. Aku memang betul2 bersyukur sebab masa aku sekolah dulu, aku tak perlu bedah katak untuk Biologi. Bedah tikus je.. Kalau bedah katak, maunya aku terbedah tangan aku sendiri nanti.. Wuhuhu... Tak sanggup eden. Pernah juga waktu sekolah rendah dulu aku tengok kawan aku Azira, pegang katak ni dengan tangan. Selamba badak jerk dia..

Aku pun tak tahu kenapa aku nak cerita pasal katak tu ari ni. Suka betul katak tu dapat enterframe dalam blog aku ni. Ok, aku akhiri post ni ngan lagu yang aku tujukan khas buat katak dalam bilik air..

Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah Tinggi-tinggi
Cepat lah Katak Cepat
Cepatlah Engkau Pergi..
Nyahh kau dari hidup aku!!!

3 comments:

  1. taknak tgk katak tu!!!!!! takut!!!! ;p besarnye!!!!geli!!!!

    ReplyDelete
  2. ohmywtf.. u can read in malay too?

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu