Monday, November 16

Special Entry for My Bestfrenz: ..Chrysalis..

Aku buat entry ni memang special buat member aku nur aishah haji hashim yang sedang menempuh salah satu dalam seribu satu keperitan bercinta.. Sedih, kecewa, gembira, bahagia.. semuanya menjadi asam garam kehidupan.. Semua orang pernah melaluinya.. Cuma berbeza jalan ceritanya dan bagaimana kita menghadapinya.. Aku pun bukan pakar dalam bercinta.. pernah kecewa.. pernah rasa macam dunia ni dah runtuh dan menghempap kepala aku.. Tapi.. Alhamdulillah.. aku berjaya hadapinya..

Macam apa yang terjadi antara aku dan Hamidon (suami aku sekarang).. macam2 dugaan yang kitorang hadapi sebelum dapat bersatu dalam ikatan perkahwinan.. Rintangan keluarga la yang paling utamanya.. Tapi kitorang kuat.. kitorang buktikan pada keluarga aku yang ikatan cinta kitorang memang teguh.. Sampai akhirnya keluarga akur dengan cinta kami.. Percaya dengan cinta antara aku dan Midon.

Aisyah, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Masih banyak lagi lelaki yang baik di luar sana.. Janganlah kerana yang seorang, kau butakan hati kau untuk melihat kebaikan lelaki lain.. Kalau hati kau tak terbuka.. Macammana yang baik nak masuk ye tak?? Memang mulanya memang susah.. Siang malam menangis.. Tak boleh duduk sengsorang mulalah air mata asyik mengalir je.. Tak pe... Nangis lah puas2 sekarang.. Daripada engkau akan menangis sepanjang ko bersama dengan orang yang cakap kosong macam dia.. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian dah tak berguna..

Tapi aku harap janganlah kau anggap dia sebagai musuh kau.. Anggaplah dia sebagai seorang kawan. Kawan yang mempunyai sejarah dengan kau. Kerana nak membenci seseorang yang pernah kita sayang memang perit.. Sebab tu aku syorkan kau jangan membenci dia tapi just padamkan cinta ko terhadap dia..

Akhir kata aku sebagai kawan ko syah memang hanya boleh bagi kata2 perangsang dan nasihat.. Perkara yang lain semuanya terletak pada diri kau sendiri.. Sama ada ko nak move on atau ko nak statik dengan perasaan ko.. Dalam cinta perlu ada yang memberi dan menerima.. Sekiranya sebelah pihak hanya mahu menerima sahaja tanpa mahu memberi, maksudnya cinta tu tak balance.. takkan berkekalan.. Cinta perlukan kepercayaan.. Tapi sekiranya sudah banyak kali tertipu, rasa percaya kita tu makin lama makin terhakis.. dan akhirnya tak ada lagi kepercayaan untuk dia kan?? Takkan kemana perhubungan itu tanpa kepercayaan.. Kerana teras hubungan adalah percaya. Cinta juga perlukan kesetiaan.. Sebagaimana kesetiaan kita terhadap pasangan, sebegitu jugalah yang kita harapkan daripada dia kan?? Tapi macammana kalau apa yang kita harap, lain yang kita dapat? Itulah yang akan mengecewakan diri kita.. sekecewa2nya..

Okeyla.. hope lirik lagu yang aku tujukan khas buat kau ni akan ko manfaatkan sebaik2nya.. Sebab lirik lagu ni betul2 membawa makna bagi aku.. Maaf sekiranya ada aku tersalah bahasa sepanjang entry ni okey?? Apa2 hal pun.. as a friend aku memang sayang dekat kau..

Jangan Ada Benci by Casey

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku



I will Survive

First I was afraid
I was petrified
Kept thinking I could never live
without you by my side
But I spent so many nights
thinking how you did me wrong
I grew strong
I learned how to carry on
and so you're back
from outer space
I just walked in to find you here
with that sad look upon your face
I should have changed my stupid lock
I should have made you leave your key
If I had known for just one second
you'd be back to bother me

Go on now go walk out the door
just turn around now
'cause you're not welcome anymore
weren't you the one who tried to hurt me with goodbye
you think I'd crumble
you think I'd lay down and die
Oh no, not I
I will survive
as long as i know how to love
I know I will stay alive
I've got all my life to live
I've got all my love to give
and I'll survive
I will survive

It took all the strength I had
not to fall apart
kept trying hard to mend
the pieces of my broken heart
and I spent oh so many nights
just feeling sorry for myself
I used to cry
Now I hold my head up high
and you see me
somebody new
I'm not that chained up little person
still in love with you
and so you felt like dropping in
and just expect me to be free
now I'm saving all my loving
for someone who's loving me


Saturday, November 14

Cerita abang aku : Dah nak Bertunang..

Lama tak update.. hari ni aku nak cerita pasal abang aku yang bernama Yusof bin Aris.. Umur dalam 29 tahun.. Birthday dia 20.10 ari tu dia cakap tak der sorang pun ingat.. Okeyla bang sekarang i`m gonna wish u hepy belated birthday.. ehehe... Abang aku dulu pegawai askar.. But dia berhenti sebab actually masa nak mohon askar dulu pun memang dia tak minat.. Tapi oleh kerana nak jaga hati abah aku yang dulunya kerja askar juga, dia pun mohon la.. Tapi kalau orang dah tak minat, kita paksa macammana pun tak boleh kan?? Akhirnya dia berhenti.. And now dia meniaga kat pasar malam: jual baju, tali pinggang, beg duit, spek mata.. Kalau ada ekspo atau bazar pun dia akan masuk juga.. So.. to all my kawan2 jangan segan2 yer untuk datang kedai abang aku..

Ok lah.. berbalik kepada cerita yang asal, tanggal 28hbNov ni dia akan bertunang.. Lepas raya haji la tuh.. Sama macam aku dulu.. Lepas raya haji jugak.. Nak juga sama macam aku.. So, disebabkan kitorang ni dah tak ada mak dan abah, akak aku yang sulung yang kena ambil alih peranan org tua kami.. Erm.. sedih memang la sedih.. Aku rasalah kan kalau mak ngan abah masih ada lagi, mesti mak aku lah yang paling gumbira sekali sebab abg aku ni merupakan anak kesayangan dia..

Akhir kata ucapan untuk abang aku yang sorang ni: Selamat Bertunang and Selamat Menuju ke Alam Rumah Tangga. Dah bertunang jangan ikat lama2. Cepat2 kahwin dan cepat2 dapat baby.. Tak sabar pulak aku nak tengok abang aku jadi ayah.. ehehe.. Aku dah mengenali abang aku sebagai seorang abang yang garang.. n teringin plak nak tengok dia sebagai seorang suami dan ayah... Insya Allah.. Hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar...


Abang aku n Danish..


Thursday, November 12

Anakku Ceria Give Away Contest- sticky mode

Anakku Ceria Give Away Contest
(this is a sticky mode en3, please scroll down for new en3)
Powered by BannerFans.com

Kali ni nak join contest lagi.. dianjurkan oleh http://mystory-noriza.blogspot.com/ kalau sesiapa berminat boleh lah klik kat link tersebut ok???

Ini adalah serba sedikit syarat-syarat nak join contest ni:
1. Be a follower of http://mystory-noriza.blogspot.com/-udah dibuat
2. Be a follower of http://jommainkutu.blogspot.com/-udah dibuat
3. Put entry contest in your blog (sticky mode entry ya!) dengan gelagat anak anda yang paling ceria.- udah juga
4. Copy the contest banner into the blog entry with the contest link in your entry http://mystory-noriza.blogspot.com/-udahh
5. Place the Contest banner in your sidebar with link back to the contest entry (no link back will be disqualified)-udahh
8. Leave a comment on this post (Anakku Ceria Give away Contest) for me to pick up the winner.-udah juga..

MUHAMMAD HAMI DANISH YANG CERIA


Nama penuh: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur: 1 tahun 1 bulan
Tarikh lahir: 24 september 2008
Penerangan gambar: Gambar ni diambil masa balik raya ke kampung suami baru-baru ni.
Agaknya disebabkan rimas pakai baju melayu Danish asyik merengek-rengek je.
Husband pun apa lagi nampak ada kereta mainan ni terus dia letak Danish kat situ. Danish pun dari nangis2 terus tersenyum dan tersengih lebar.. Cepat no.. berubah mood dia..


Semoga ada rezeki..

Wednesday, November 4

Tuesday, November 3

Hati Manusia Yang Sukar Di nilai..

Rasa pelik betul dengan perangai certain2 manusia yang selalu ckp bermuka-muka ni.. Kat depan bukan main baik lagi cakapnya... Kita dengar pun sejuk jer... Tapi kat belakang, hmmm... rupanya dialah hero mengutuk dan menjatuhkan maruah kita.. Semalam cakap lain, hari ni dah lain pulak cakapnya...

Kalau kat depan orang pijak semut pun tak mati (terpenyek je..) tapi kalau belakang.. aku rasa gajah pun takut kena pijak dengan dia... Kenapa ye?? Aku sedih betul dengan apa yang berlaku sekarang.. Apa salah aku yang sebenarnya cuba untuk membenarkan hak seseorang tapi dianggap sibuk masuk campur dalam urusan mereka???

Mungkin ada rahmat yang sedang menunggu aku.. Tapi tahu lah apa akan aku buat.. Kau yang dulu aku selalu menangkan, yang aku sayang sebagai adik sendiri, mungkin esok kau akan jadi musuh yang aku dendami.. Maafkan aku kerana aku ni memang pendendam orangnya..



Wednesday, October 28

Cute Baby In Costume Contest

Cute Baby In Costume Contest

Cute tak baby kat atas tu??? ehehehe.. cute sangat kan??
Masuk yang ini it`s mean dah 4 contest yang berjaya aku masuk buat masa ini..

Cute baby in costume contest ni dianjurkan oleh blog babyintan
Sesiapa nak join juga, boleh klik kat link atas ok??
Segala information pasal contest ni boleh korang jenguk kat sana ye?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur: 1 tahun 1 bulan
(gambar ni diambil masa umur dia 6 bulan yee)

Tuesday, October 27

Cutest Baby In walker Contest


CUTEST BABY IN WALKER CONTEST



Erm.. tengah terjah2 blog org, ternampak plak contest ni. Elok2 plak memang aku aku ada simpan gambar Danish with walker a few month ago.. So, why not give it a try kan??

kat sini adalah syarat2 penyertaan:
• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda kat blog omitomei

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama : Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur : 1 tahun 1 bulan


hurm..

Antara kebaikan walker ni ialah
1. Selalunya bila aku ada benda nak buat, aku akan letak Danish dalam walker ni. So kiranya penolong setia aku la..
2. Aku suka kaler walker ni yang colourful..
3. Dapat melatih budak kecik ni untuk melangkah.

Keburukkannya pula:
1. Bila dah duk dalam walker, lagi la senang dia mencapai pinggan2 yang bersusun dalam rak kat ruang tamu aku tu.
2. Kengkadang dia langgar aku pakai walker ni memang sakit la kat kaki.
3. Sekarang ni kalau duk dalam walker, dia dah pandai nak turun sendiri.. Bahaya...

Aku yang tulis,

Contest Sana Sini

Aku dah amik keputusan.. selepas ni aku akan search blog2 yang buat contest n aku akan join semua contest yang ada. What for?? Saja suka-suka.. So, jgn pelik kalo blog aku ni akan dipenuhi dengan segala contest yang ada..


dari,

Monday, October 26

Online Contest - Senyuman Ceria Si Comel

Online Contest - Senyuman Ceria Si Comel



Yeay yeay jumpa contest lagi..
Seronok rupanya ada baby nih.. boleh join memacam contest.. Ok la kali ni contest from smileykidz photography nye blog.. Sesiapa nak join juga boleh klik kat link tersebut ye...

::Cara nak menyertainya pulak::
  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist and
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ ( aku dah mention kat atas tadi yee)
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
::Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer::
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
Hadiahnya memang lumayan (bagi aku laaa)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Here my little one nye pics

Nama dia: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur dia: 1 tahun 1 bulan








Sunday, October 25

Bahana Duit

Korang setuju tak kalau aku kata sebab duit punya hal keluarga boleh tak mengaku keluarga.. Sebab duit juga sedara yang dulu tak pernah nampak batang hidung boleh mengaku sedara... Semuanya sebab benda yang satu ni.. DUIT.

Memang lah aku tak nafikan duit ni merupakan satu keperluan buat manusia.. Malah duit jugalah yang membezakan taraf seseorang itu dalam masyarakat.. Aku tergolong dalam kategori mereka yang bersederhana sahaja dalam duit.. Tak kaya, tak susah.. Biasa2 aje.. Tapi aku sedih juga sebab angkara duit lah manusia boleh berubah.. Adik beradik bergaduh. Hm..

Kenapa ye ada manusia yang sedemikian rupa?? Sebelum nampak untung depan mata, cakap lain.. Bila dah nampak jalan mula sifat tamak haloba datang.. Semua perangai yang buruk muncul. Akhirnya kita yang terkontang-kanting sesorang.. Tak ada lagi rasa hormat dalam diri.. Tak guna cakap berapi-api kalau akhirnya ko akan hidup sendiri dalam dunia ni.. Semua orang menjauh... Apa gunanya ko hidup tinggi melangit, kalau tak ada orang yang bakal menyambut kau dekat bawah apabila kau jatuh...

Saturday, October 24

Aku Dah Temui Jawapannya untuk PATUTKAH??

Apalah merapu meraban aku punya tajuk post ni dey!!!

Buat semua teman-teman yang aku sayang.. Kalau korang ada mengikuti post2 aku yang lepas2, atau lebih spesifik yang bertajuk PATUTKAH?? erm.. post ini merupakan kesinambungan daripada post tersebut ye kawan2.. Ikhlas aku cakap aku memang tak senang duduk dan tak senang berdiri lepas aku dapat tahu M ada terima mesej yang sedemikian rupa dari Betina yang aku tak tahu asal usulnya tu.. Aku cuba pujuk hati mengatakan: "Alah.. tak de apa-apa lah tu.. Takkan kau tak percaya dengan M.. Lelaki yang ko kenal hampir 8 tahun tu.. "

Tapi bila aku fikirkan balik.. Apa yang pernah aku dengar orang cakaplah kan.. Jangan letakkan 100% kepercayaan ke atas orang yang kita sayang.. Betul ker?? Tapi bukan kah seorang isteri yang baik tu harus jangan ada perasaan syak wasangka terhadap suaminya?? Tidakkah aku ni teringin untuk menjadi isteri yang baik?? Hurm... Bukan-bukan... Aku bukannya syak wasangka dengan M. Aku cuma mahukan jawapan. Siapa perempuan tu dan macammana dia boleh ada no phone M.

Dan.. Semalam telah terjadilah adegan siasat menyiasat daripada aku. Dan jawapan yang aku terima mengundang kelegaan dan dalam masa yang sama mengundang ketakutan. Lega sebab bukan laki aku yang gatal. Budak pompuan tu kerja kedai handset and laki aku top up kat kedai dia. Top up pulak tak pakai kad. Pakai buku yang kita kena tulis no phone dlm buku tu.. Nak dijadikan cerita pula lepas M top up dia singgah pula kat kedai 2Ringgit dekat2 area tu jugak. Dan budak pompuan kedai handset tu pun ada kat situ. (nyibukk jee)

Pastu bila laki aku balik, tetiba dia dapat mesej dari pompuan tu. Dia cakap member dia yang kerja kedai 2 ringgit tu nak berkenalan ngan M. Uiks... Aku tak tahulah member dia or dia yang nak berkenalan.. Tapi yang aku leganya laki aku jawab. "Hei.. mana boleh. Aku dah kahwin lah" Eceh... macam boleh caya plak M cakap macam tu. Tapi nak buat macam mana?? Memang aku percaya ngan dia.. Sebab aku memang kenal ngan M. Dia ni jenis pemalu skit nak ngorat2 pompuan ni. Pompuan ngorat dia lagi ada.. Dulu pun memang aku ngorat dia pun..

Aku pesan ngan M. M tu kalau kuar bergaya macam orang bujang. Bukan macam bapak orang. Terus aku tak izinkan dia pergi kedai top up tu lagi... Ehehehe... Cemburunya aku... Yang perempuan tu pun satu. Bila orang datang top up kat kedai dia boleh pula sesenang dia nak ambil no tepon org plak.. Mana boleh macam tu.. Tak amanah namanya kan?? kan?? Yanpa keizinan plak tuh.. Dah tu laki aku cakap dah kahwin pun tak tahu malu lagi nak bermesej2 lagi.. Apa Da...

Okeylah sekian dulu. Aku tamatkan cerita di sini. Lepas ni aku tak nak dah cerita pasal ni lagi. So, buat teman2 ku sekalian, jangan risau.. Laki aku tak gatal.. Dia baik..

Syussssssss...

Friday, October 23

Perempuan Dan Tiga Kelahiran

Semalam aku tengok satu citer ni dan aku agak terpikat dengan kata-kata yang ada dalam filem tersebut. Kata-katanya ialah:

Seorang wanita itu akan mengalami 3 kelahiran selama hidupnya di dalam dunia ini.

Kelahiran yang pertama ialah apabila dia dilahirkan sebagi anak.

Kelahiran ke dua pula apabila dia menjadi seorang isteri.

Dan kelahiran yang ke tiga pula ialah apabila dia menjadi seorang ibu.


Alhamdulillah, ketiga-tiga kelahiran tu sudah pun aku alami..

Ciri-ciri Orang Yang Mahu Berjaya

Erm... aku rasa badan macam dah nak lemau-lemau ni jom kita rangupkan badan balik dengan kata-kata motivasi key?? Kali ni aku nak kongsi ciri-ciri orang yang mahu berjaya dalam hidup~
  1. Individu itu sengaja mencari tugas-tugas yang banyak memberi cabaran
  2. Mereka mahu supaya diberi tanggungjawab yang menghendaki mereka membuat pelbagai keputusan
  3. Mereka mahu tugas-tugas yang mereka lakukan diberi penilaian demi mecapai kejayaan
  4. Mereka akan melakukan tugas-tugas mereka dengan lebih baik lagi apabila tugas-tugas itu penuh dengan tanggungjawab, mengandungi kepelbagaian, diberi penilaian, dan mereka diberi kebebasan. Sebaliknya, orang yang bukan pejaya tidak menunjukkan hasil baik apabila mereka diberi tugas yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut
  5. Individu pejaya cenderong untuk menjadi usahawan
  6. Mereka memiliki dorongan yang kuat untuk memajukan diri dengan daya usaha sendiri

Erm.. apsal erk aku highlightkan ayat-ayat kat barisan ke 5 tu?? Sebabnya aku pun sekarang ni dalam proses untuk menjadi seorang usahawan.. Insya Allah..

Dan aku tambahkan lagi kat bawah ni kata-kata yang aku rasa penting juga untuk kita fikir2kan.

Orang yang mahu berjaya ada lah orang yang selalu mencari peluang.
Manakala, orang yang gagal ialah orang yang selalu mencari alasan.

aku yang macam bagus:

Belated Birthday Entry for Danish

HAPPY BELATED BIRTHDAY WISHES FOR MY
LITTLE ONE


MUHAMMAD HAMI DANISH
24.09.09

Macam yang aku dah janjikan aku akan tulis entry pasal birthday Danish yang pertama yang disambut pada 3 oktober 2009. Oleh sebab birthdaynya jatuh pada hari raya, maka terpaksa la ditangguhkan kepada tarikh tersebut kerana nak dibuat bersama ngan open house. Okey la kat sini aku dah upload gambar yang sempat ditangkap. Gambar banyak tapi hanya 4 keping ni je yang aku nak tayang kat sini. For futher information please look at the pictures below okey?

Ni gambar Danish ngan mak mertua aku Raja Ramlah Binti Raja Sulong. Mak mertua aku lah antara orang yang paling sibuk pada hari tersebut. Danish ni paling manja ngan Nenda dia. Bila nenda dia dah dukung orang lain dah tak leh ambik dah.. Even aku yang ibu dia ni pun kalah..

Selamat Ulang Tahun Sayang

Yang tulus ikhlas



Thursday, October 22

Chori Chori Chuke Chupke

Kengkadang aku ni layan juga cerita hindustan ni. Tapi citer yg zaman Kajol dan Shahrukh Khan la.. Bagi aku citer hidustan yang baru-baru ni dah lebih kepada meniru filem Hollywood pula. Kalau dulu adegan-adegan panas tak lah ditunjukkan secara terbuka. Tapi sekarang berlambak.. Semua orang tahu filem hindustan memang terkenal dengan lagu-lagunya yang best dan sedap didengar.. Tapi sekarang semua tu dah tak ada lagi..

Ewah... dah nak jadi pengkritik filim pulak aku sekarang. Tujuan aku nak tulis kat sini bukan nak jadi pengkritik filem tapi aku nak bercerita sedikit mengenai citer hindustan yang aku pernah tengok dan sedang tengok di astro sekarang ni. Lakonan Salman Khan, Preity Zinta dan Rani Mukherjee. Ceritanya berkisar tentang pasangan suami isteri yang tak mampu untuk memilikki anak dan terpaksa mengupah seorang pelacur untuk menjadi ibu tumpang kepada bayi diaorang. Kalau diteliti balik cerita ni ada persamaan dengan cerita Pretty Woman lakonan Julia Roberts.

Okeyla berbalik kepada cerita ni. Memaparkan betapa apa yang orang sanggup buat untuk memilikki anak sebagai penyeri rumahtangga. Sehingga sanggup untuk membiarkan suaminya bersama dengan wanita lain. Aku rasa sekiranya perkara tersebut jadi dekat aku, aku tak tahulah sama ada aku ada kekuatan sebegitu untuk membiarkan suami aku berkahwin dengan wanita lain.. Emo.. emo...

Tapi tu lah apa yang dapat kita tengok sekarang ni, betapa orang sesenang hati membuang anak, mendera ataupun menggugurkan anak. Seperti apa yang kita dengar di berita hari tu seorang budak perempuan berumur 3 tahun mati akibat didera secara seksual dan fizikal. Didera oleh pakwe kepada ibunya yang berbangsa asing pulak tuh. Mereka ini tak sedar agaknya anak tu merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk didik dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Betapa tubuh kecil itu tidak meminta untuk dilahirkan di dunia untuk diperlakukan sedemikian rupa.

Bagi teman-temanku yang sudah pun bergelar ibu bapa atau pun bakal mendapat gelaran tersebut, sayangilah anak anda yang merupakan anugerah dari Ilahi.

Sekian dariku,

Maafkan Aku Dalam Keadaan Terdesak

Assalamualaikum... Aku mulakan post dengan doa supaya rakan-rakanku semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.. Seperti tajuk post di atas, aku di sini ingin memohon seribu juta kemaafan dari member2 facebook yang menerima mesej dari aku yang berisi link untuk ke blog aku ini.

Tujuan aku yang tak lain dan tak bukan ialah untuk menyuruh dan memaksa rakan2 facebook ku untuk meletakkan nama mereka sebagai follower kat blog ni.. Selain memaksa, aku juga ingin memeras ugut mereka untuk join blog aku kerana sekiranya tidak maka aku akan terus menerus meletakkan link blog aku kat wall facebook dia... HA HA HA Jahatnya aku... Terdesak sungguh.. Takut tak?? Takut tak??

So to all members.. kalau dah join blog ni terima kasih.. Kalau belum, sila2 kanlah..


Kesian sungguh aku..

Wednesday, October 21

okey ke tak okey

macam ok..

cantek tak??

template baru aku...

eheh~


PATUT KAH?????

Aku ada satu situasi yang aku nakkan pendapat rakan-rakan aku sekalian... Sekiranya lah sekiranya lah kan situasi ini berlaku pada korang semua, apa yang akan korang buat.. Macam ni ceritanya

Tersebutlah kisah pada suatu hari ni aku ngan M on the way nak balik ke rumah aku kat Batu Badak sebab M ada hal skit kat KL. Macam biasa la kalau M pegi ke mana2 mmg aku minta dia hantar aku kat umah aku sendiri.. Dapat jugak aku jenguk abg2 aku tuh.. Nak dijadikan story.. aku masa tu plak tengah sms ngan member aku guna handset M. Tetiba ada la masuk satu mesej yang berbunyi begini:

SENDER: HP as Top up
Abang ada kat mana? Kerja tak hari ni?

uiks.... abg??? BERDEGUP2 jantung aku ni..
Aku pun tanyalah ngan M sapa yg anta mesej ni?? Siap berabang-abang lagi..
M cakap: Ooo.. budak kedai handset.. M selalu kirim top up ngan dia.
Aku ckp: Laki ke perempuan???
M cakap: Pompuan..

Aku pun cakap ngan M, oo.. PEREMPUAN.. ok bak sini biar Lina yang balaskan mesej ni..
Aku pun balas la mesej tersebut
Mesejnya: Tak kerja. Ari ni kan cuti. Knape?

Dia pun balas balik
Mesej dia: As ingat nak minta tolong abang datang umah as. As ada nak ambil barang..

Aku pun bacakan lah mesej tu kat M. Lepas tu M balas dekat dia..
Mesejnya: Tak dapat la. Nak gi KL jap lagi. Ni on the way anta org rumah balik Batu Badak.

After that, pompuan tu pun tak ada balas2 lagi mesej...

PERSOALANnya ialah:

Siapakah dia itu yang memandai panggil laki aku abang.
Sesuka hati dia aje nak tanya laki orang kerja ke tak.
Sesuka hati dia juga nak panggil laki aku datang umah dia.
Sejauh mana pulak hubungan diorang yang sampai boleh minta2 tolong mcm tu sekali.
Patut ke aku tepon pompuan ni n tanya soalan2 yang aku senaraikan kat atas..

Bagi korang la kan.. korang rasa pompuan ni memang betul nak minta tolong atau dia memang nak minta tolong tapi dalam masa yang sama dia tak tahu yang M ni dah berkahwin dan nak ngorat laki aku..

So.. kepada sesiapa yang ada opinion, aku berharap sangat korang dapat kongsi dengan aku. Sebab nombor pompuan ni aku dah simpan. Cuma aku belum nak tepon lagi...


Sekian, terima kasih:
Puas hati aku

Tuesday, October 20

Berita terkini hiburan sensasi

Rasa rindu pula dengan blog.. sorry kengkawan coz dah lama betul aku tak buka blog nih... Semenjak aku berfacebook ni dah tak ada masa la... Whatever pun thanks to my new follower huusna n faizoul sebab sudi jengah blog aku yg tak seberapa nih... Yelah.. aku orgnyer baruuu... korang org2 lama... blog aku tak centeeekkk macam blog korang... (fuh... merendah diri betul nih)

Erm... raya ari tuh.. uish.. tak habes lagi cerita pasal raya minah ni... padahal raya dah abis pun... Eheh.. bukan apa, aku sebenarnya masa raya ari tuh la dapat jumpa balik member2 lama yang dah lama terpisah... Seronok dan terkejut juga dengar cerita n perkembangan kengkawan...

Kawan pertama yg aku gi raya umah ialah.. tak lain dan tak bukan Nur A'ishah Hj. Hashim... ataupun yg lebih glamer lagi dipanggil Besah.. Kitorang kawan dah lama since sekolah rendah lagi.. Sekarang dah blaja UIA... Tak lama lagi dah nak amik master... Tahniah2.. Her love story.. still tak ada kemajuan.. macam dah nak terundur plak.. Sabar syah.. aku yakin satu hari nanti ada seseorang yang akan menyunting kau menjadi permaisuri hidup dia.. Jodoh pertemuan kan kat tangan Tuhan...

Dari rumah aishah plak aku terus angkut aishah bawa gi rumah kawan aku yang baru je manimang cahaya mata, Zunnurain Abdul Rahman. Kitaorg panggil zun jer.. Wah... zun dah ada anak laa... bertambah lagi la senarai member aku yg dah bergelar ibu... Dapat baby gurl... Aisha Humaira'. Kiut macam Danish waktu kecik.. (eheh nak juga ada nama anak dia).. Tahniah Zun sebab dah naik satu level lagi dalam alam berumahtangga, dari seorang isteri kepada seorang ibu...

Dari Zun pula aku dapat cerita yang member aku merangkap bekas jiran aku Noraini atau bebudak ni panggil Nobi pun dah pregnant n tengah tunggu ari je.. N berita yang paling terbaru aku dengar sekarang ni dah bersalin pun... Baby gurl jugak... Apa lagi erk??? ooo... Hanna dah kawin, Dila dah kawin jugak.. dah ada isi pun.. Wana plak akan berkahwin... bulan seblas ni ngan rozaien...

Boleh tak agaknya aku nak pakat ngan memember aku ni untuk baby akan datang kita plan ngandung sama-sama nak??? Mesti best kan??? wakakkaka..... mengarut jer aku ni... tak pernah dibuat org... apa daa...

Ok la aku cerita ni mcm korang kenal plak diorang... Nih semua member sekolah rendah aku.. Kalau korang nak tengok gambar diorang atau pun berminat nak kenal kebih dekat.. cari dalam frenlist facebook aku...

coretan dari aku::

Monday, October 5

Main Tukar-Tukar Template Plak

Asyik main tukar template je.. last-last aku guna yang ni balik.. Ntah kenapa template ni aku rasa sesuai dengan jiwa aku.. tul tak??

Tak ada benda sebenarnya yang aku nak tulis. Cuma nak bagitau yang aku skrg tgh sibuk sesangat.. Time2 raya mcm ni aku rasa surirumah lah yang paling bz sekali.. tul tak??

penat ni.. semalam baru buat open house.. umah tak abis kemas lagi.. ni pun curi2 masa surf internet. ngantok la nak titon

byeee

Tuesday, September 29

update blog

erm.. lama juga aku tak buka blog ni.. kesian dia.. rindu agaknya dengan aku. banyak juga benda yang dah berlalu tanpa sempat aku menaip kat sini..

1st: raya pun dah berlalu.. walaupun belum habis lagi, tapi dah dekat 2 minggu jugak la.. Raya kali ni aku balik kg Mr.M kat batu pahat.. Untuk yang pertama kalinya aku merasa kenikmatan beraya dekat kampung.. Selama ni aku mana ada kampung.. Bila dah kahwin ni la baru menumpang kampung suami.

2nd: Danish dah cecah umur setahun... erm... Hepy birthday cayang.. Nanti ibu buat entry khas untuk birthday Danish tau.. Sekarang tak bley coz gambar blum pindah dalam lap top lagi.. Ada juga wat majlis ari tuh.. Tapi dalam ahli keluarga aje.. Coz ayah nak tunggu wat open house sekali baru buat besar-besaran.. Tunggu tau.. Wait honey.. and i`ll make sure it will be a worth wait..


Thursday, September 10

Tak Ada Rezeki, Lain Kali Cuba Lagi

Erm... list untuk top ten baby contest yang aku masuk anjuran mommy zara dah pun diumumkan.. nampaknya tak ada rezeki untuk Danish kali ni.. Tak apa.. Lain kali boleh cuba lagi.. Saingah memang sengit n baby2 semua memang kiut2.. Whatever pun.. Danish memang yang terpaling comel dalam hati aku n Mr.M. Dah anak sendiri kan??? ehhehee..

Lupa plak nak update pasal Danish.. Danish sekarang ni dah berani berdiri sambil lepas tangan.. Siap goyang-goyang lagi tu..

Ok la.. itu sahaja.. Danish dah ngamuk nak titun..

gud nite n sweet dream every one..
love,

Tuesday, September 8

Aktiviti Bulan Ramadhan

Dah lama betul tak layan blog.. sebenarnya aku baru balik dari rumah aku kat Batu Badak. Lagi pun akak aku yang duduk kat Muadzam ada balik.. Sempat aku jumpa anak-anak sedara aku yangkiut.. Batirisyia, Fataniah, Thaqif. Kat sana tak ada line 3G so tak leh la buka blog.. Kalau ada pun guna gprs lembab macam siput.. Kesian betul kat aku sebab duduk kat ceruk rantau yang 3G pun takut nak masuk... ehehehee.. Sempat jugak aku try masak laksam.. korang penah makan laksam?? sedap wo... pandai aku masak walaupun baru first time buat. Tapi yang lecehnya nak wat mee dia tuh.. Aku ingat lain kali kalau aku nak buat aku nak pakai mee laksa je.. habis citer... ini cerita minggu lepas.

Hri sabtu minggu lepas-lepas plak.. aku balik batu pahat amik kuih raya yang nak diniaga kan.. Dapat la dalam 120 bekas.. Jadi la.. modal kecik jer.. Baru belajar nak meniaga. Tak sempat pun nak jalan kat memana shopping raya. Jadual padat sangat.. Itu pun tak sempat nak berbuka puasa dengan atok encik (atok suami aku).

Sebelum a aku nak balik singgah jap umah Pok Su suami aku.. Dia pulak meniaga baju bundle.. Mana yang rasanya muat untuk Danish pakai, dia suruh aku amik je.. wargh... penuh kereta dengan kuihnya 3 kotak.. Baju seguni.. Kasut seplastik.. On the way balik singgah Nain Bundle kat Gemas lagi.. Carik seluar jeans untuk Danish.. Dapatlah sepasang seluar Levis.. Tamak betul akuuu.. kui kui kui.. bukannya tamak.. tapi aku berpegang teguh dengan peribahasa "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..."

Nak dijadikan story plak kereta kesayangan Mr.M buat hal plak time nak balik.. Sampai kat Yong Peng dia buat hal la plak.. Batery kereta macam tak cas balik.. So.. selang 10 minit jalan terpaksa berhenti untuk cas batery balik.. Boring tull.. Perjalanan elok2 dua jam je.. jadik dekat 5 jam.. Macam gi terengganu plak..

Oklah sekian aje buat kali ni, tak lupa juga aku nak promote kat sini, kalau nak beli kuih raya jangan segan silu untuk datang ke bazar gerai abang aku yer.. Macam-macam kuih ada.. Harga pun murah2. Kalau nak beli cermin mata ke, jam ke, tali pinggang ke, beg ke, semua ada kat situh.. Jangan lupa singgah tau... Cau ci cau...

till next poost,
salam Ramadhan dari:

Thursday, September 3

Adik Dan Kuih Tatnya...

Aduhai.. bila dengar lagu raya dendang perantau mesti terkenang kat my sis yang tengah dok belajar kat Australia.. Sian dia.. inilah first time dia sambut raya tanpa kitaorang semua.. So, aku pun webcam la ngan adik petang tadi.. Dia cakap mintak kirim kuih tat nenas kat dia.. Insya Allah adik.. akan aku usahakan juga supaya ko dapat makan kuih tat nenas..

Apa yang penting ko kat sana belajar bersungguh-sungguh.. Buat Arwah Mak ngan Abah bangga ada anak macam kau.. Memang dari kecik lagi dia lah kebanggaan keluarga... Adik aku...


Bergambar kat KLIA sebelum berangkat ke oversea..
cuba teka di mana saya...

Wednesday, September 2

Happy Family Contest

HAPPY FAMILY CONTEST



~YippiE~

Eden jumpo contest laie... (tgh excited nak join contest ni)
Dari carik punya carik punya carik.. terjumpa la contest ni..
anjuran iedaluvsham

HappY FamilY ContesT

Kepada sesiapa yang berminat nak join contest nih jugak..
Silalah rajinkan tangan anda untuk mengklik link yang telah saya
nyatakan di atas ya..
Segala syarat-syarat dan detail mengenai contest ada di sana..

:::Ok lah.. gambar yang telah aku pilih ialah:::



::Gambar ni baru je kitorang tangkap minggu lepas::
::masa tgh tolong abg aku kat bazar::
::aku suka gambar ni sebab walaupun dah dekat pukul 12 mlm lebey, tetap ceria si kecik tuh::
::excited kot tengok ramai org::
::Danish pun pakai baju sama kaler ngan ayah dia::
::this is my happy family::
::apa jua rintangan, hadapi dengan sabar, anggap itu semua dugaan, semoga our family
will stick together gether until the very end of the end::
::end::

Sunday, August 23

Suka Duka si Pekerja Swasta

Cerita 1:

Lately aku ngan Mr.M turun naik bank. Serata pelusuk bank yang ada kat area Segamat ni la aku teroka.. Cakap je bank apa.. Maybank?? CIMB?? RHB?? Agro?? Bank Rakyat?? Bank Islam?? Muamalat?? Semua aku dah naik.. Semuanya sebab Mr.M nak buat personal loan sebanyak tak de la banyak mana.. Sepuluh Ribu sahaja... Nak wat tokok modal berniaga bazar. Tapi boleh dikatakan semua bank yang we all pergi tak bagi pinjaman kepada pekerja swasta.. Kalau ada pun, hanya syarikat yang terpilih sahaja.. and kalau ada pun lagi, interestnya memang tinggi melambung..

Bukan aku nak salahkan Bank.. Dah memang prosedurnya macam tu.. Pekerja Swasta ni memang susah nak dipercayai.. Ye la.. Tak ada pencen.. Gaji pun tak tentu.. Kalau rajin, banyaklah wang masyukk... kalau malas??? Dapur tak berasap laa... Lagi susah kalau gaji yang ikut hari macam Mr.M.. Kalau orang kerajaan dapat cuti, senang je hati.. Tapi kalau Mr.M dapat cuti.. Menung la manjang..

Sebab kan masalah ni la orang yang kerja swasta ni mesti nak kena pandai menyimpan.. Sediakan payung sebelum hujan.. Masa tengah bertenaga ni la nak kena berusaha sikit. Mr.M pun tengah rancang macam-macam projek nak buat.. Ternak burung puyuh la.. ketam la.. cacing laa.. Sebagai isteri.. aku support dia 101%. Semoga semuanya bukan angan-angan yang tak kesampaian..

Friday, August 21

Indahnya Ramadhan

HADITH SAHIH RAMADHAN

1. Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuk pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikiat segala syaitan. (Riwayat Al-Bukhari)

2. Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya akan segala dosanya yang telah lalu. (Riwayat Ibnu-Majah)

3. Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keihlasan, akan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Riwayat Al-Bukhari)

4. Dari Anas: "Bahawa Rasulullah S.A.W. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab (kurma basah), sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji buah tamar (kurma kering), dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. ( Riwayat Imam Ahmad)

5. "Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu. (Riwayat Al-Bukhari)

Wajah Baru My Little One

3.14 am.. I have just finished upgrade my blog with new template by template mama (i have put the link at my sidebar). Eceh.. speaking london pulok makcik kita.. ok tak leh speaking lelebih.. nanti lagi banyak penyalahgunaan tatabahasanya.. so.. cam ner ngan wajah baru blog aku?? (gilo apo ckp sesorang, sape nak tgk blog kau??). Tak ada sapa tengok pon, tak pe la.. asal aku sendiri tengok pun dah pueh hati.

ok la skrg time to sleep.. Mr. M dah puas berdengkur atas katil.. Sian dia tido sengsorang.. Gud Nite everybody..

Yang tgh ngantok:

Thursday, August 20

Danish mamam pisau??

Terkejut betul aku tadi.. bukan sahaja terkejut tapi menggeletar satu badan.. Mana tak nya sedap2 Danish ngan Abe main2 kat lantai tadi, tetiba aku terperasan something yang Danish tengah pegang n kemam dalam mulut.. Dan disebabkan pandangan mata aku yang rabun ni, jadi at first aku tak dapat nak pastikan apa yg dalam mulut Danish tu. Dan dengan rasa selamba je aku tanya.. : Danish makan apa tuh?

Nasib mak mertua aku ada kat situh, terus dia meluru ke Danish dan cakap Danish makan PISAU nih.. Ermm... PISAU tau tak? PISAU lipat yang 20 sen kat kedai tuh.. Aku pun apa lagi terus terpa kat Danish.. Sekarang ni PISAU dah ada kat tangan dia.. Dia tengah genggam PISAU yg terbuka tuh.. Terbuka.. bukan tertutup.. Aku rasa kalau dia genggam kuat sikit memang dah berdarah tangan dia.. Tajam tu PISAU tuh.. baru beli..

Setelah dengan penuh berhati-hatinya aku buka satu-satu jari Danish n berjaya keluarkan pisau tu tanpa melukakan buah hati pengarang jantung aku tuh.. Uishh... BAHAYA!!! tul la.. Sampai sekarang aku terkenang-kenang lagi macammana Danish hisap pisau tu mcm makan gula-gula lollipop. N aku hanya memandang je sebab aku ingat dia gigit straw..

Rasa hati memang aku macam nak mengamuk jer.. Umah ada budak kecik macam ni pun boleh sepahkan benda-benda bahaya macam tu merata-rata.. Kalau Danish terodok perut Danish atau Abe tadi cam ner?? Nak salahkan saper?? takkan nak salahkan budak kecik tuh..

Tu lah aku nak ingatkan kat mummy2 kat luar sana n diri aku sendiri.. Pastikan kawasan mainan anak anda selamat dari segala benda-benda yang merbahaya ni.. Benda kalau dah terjadi barulah terngadah.. Malang tak berbau... Insaf betull.. Tak habis menggigil lagi aku nih...

" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"

Ha.. masanya dah tiba untuk Danish join contest.. Ni first time aku join contest dalam blog.. Hope ada luck la yer... ok la ini keterangan aboute da contest:




" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"



syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara
2. sila add banner di atas pada sidebar..
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..
4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri
5 sila nyatakan bila gambar diambil.
6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...

*A.L.E.R.T*
semua baby yg manjadi peserta mestilah dr umur....
newborn ------------------------> 3 thn
for those yg single, uolls juga bleh sertai contest ni & syarat menghantar gambar seperti diatas haruslah dipenuhi..


contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09

atau pun kalau nak tau lebih detail lagi, sila jenguk di sini

ok la ni gambar baby aku..



Nama: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur: 11 bulan



Gambar Danish dan aku masa kenduri kat umah sedara.. pakai baju sedondon gitu..

ok la itu sahaja.. apa sahaja keputusannya ku terima... dengan redha dan rela hati.. eceh...