Kengkadang aku ni layan juga cerita hindustan ni. Tapi citer yg zaman Kajol dan Shahrukh Khan la.. Bagi aku citer hidustan yang baru-baru ni dah lebih kepada meniru filem Hollywood pula. Kalau dulu adegan-adegan panas tak lah ditunjukkan secara terbuka. Tapi sekarang berlambak.. Semua orang tahu filem hindustan memang terkenal dengan lagu-lagunya yang best dan sedap didengar.. Tapi sekarang semua tu dah tak ada lagi..
Ewah... dah nak jadi pengkritik filim pulak aku sekarang. Tujuan aku nak tulis kat sini bukan nak jadi pengkritik filem tapi aku nak bercerita sedikit mengenai citer hindustan yang aku pernah tengok dan sedang tengok di astro sekarang ni. Lakonan Salman Khan, Preity Zinta dan Rani Mukherjee. Ceritanya berkisar tentang pasangan suami isteri yang tak mampu untuk memilikki anak dan terpaksa mengupah seorang pelacur untuk menjadi ibu tumpang kepada bayi diaorang. Kalau diteliti balik cerita ni ada persamaan dengan cerita Pretty Woman lakonan Julia Roberts.
Okeyla berbalik kepada cerita ni. Memaparkan betapa apa yang orang sanggup buat untuk memilikki anak sebagai penyeri rumahtangga. Sehingga sanggup untuk membiarkan suaminya bersama dengan wanita lain. Aku rasa sekiranya perkara tersebut jadi dekat aku, aku tak tahulah sama ada aku ada kekuatan sebegitu untuk membiarkan suami aku berkahwin dengan wanita lain.. Emo.. emo...
Tapi tu lah apa yang dapat kita tengok sekarang ni, betapa orang sesenang hati membuang anak, mendera ataupun menggugurkan anak. Seperti apa yang kita dengar di berita hari tu seorang budak perempuan berumur 3 tahun mati akibat didera secara seksual dan fizikal. Didera oleh pakwe kepada ibunya yang berbangsa asing pulak tuh. Mereka ini tak sedar agaknya anak tu merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk didik dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Betapa tubuh kecil itu tidak meminta untuk dilahirkan di dunia untuk diperlakukan sedemikian rupa.
Bagi teman-temanku yang sudah pun bergelar ibu bapa atau pun bakal mendapat gelaran tersebut, sayangilah anak anda yang merupakan anugerah dari Ilahi.
Sekian dariku,
No comments:
Post a Comment
Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu