Wednesday, October 21

PATUT KAH?????

Aku ada satu situasi yang aku nakkan pendapat rakan-rakan aku sekalian... Sekiranya lah sekiranya lah kan situasi ini berlaku pada korang semua, apa yang akan korang buat.. Macam ni ceritanya

Tersebutlah kisah pada suatu hari ni aku ngan M on the way nak balik ke rumah aku kat Batu Badak sebab M ada hal skit kat KL. Macam biasa la kalau M pegi ke mana2 mmg aku minta dia hantar aku kat umah aku sendiri.. Dapat jugak aku jenguk abg2 aku tuh.. Nak dijadikan story.. aku masa tu plak tengah sms ngan member aku guna handset M. Tetiba ada la masuk satu mesej yang berbunyi begini:

SENDER: HP as Top up
Abang ada kat mana? Kerja tak hari ni?

uiks.... abg??? BERDEGUP2 jantung aku ni..
Aku pun tanyalah ngan M sapa yg anta mesej ni?? Siap berabang-abang lagi..
M cakap: Ooo.. budak kedai handset.. M selalu kirim top up ngan dia.
Aku ckp: Laki ke perempuan???
M cakap: Pompuan..

Aku pun cakap ngan M, oo.. PEREMPUAN.. ok bak sini biar Lina yang balaskan mesej ni..
Aku pun balas la mesej tersebut
Mesejnya: Tak kerja. Ari ni kan cuti. Knape?

Dia pun balas balik
Mesej dia: As ingat nak minta tolong abang datang umah as. As ada nak ambil barang..

Aku pun bacakan lah mesej tu kat M. Lepas tu M balas dekat dia..
Mesejnya: Tak dapat la. Nak gi KL jap lagi. Ni on the way anta org rumah balik Batu Badak.

After that, pompuan tu pun tak ada balas2 lagi mesej...

PERSOALANnya ialah:

Siapakah dia itu yang memandai panggil laki aku abang.
Sesuka hati dia aje nak tanya laki orang kerja ke tak.
Sesuka hati dia juga nak panggil laki aku datang umah dia.
Sejauh mana pulak hubungan diorang yang sampai boleh minta2 tolong mcm tu sekali.
Patut ke aku tepon pompuan ni n tanya soalan2 yang aku senaraikan kat atas..

Bagi korang la kan.. korang rasa pompuan ni memang betul nak minta tolong atau dia memang nak minta tolong tapi dalam masa yang sama dia tak tahu yang M ni dah berkahwin dan nak ngorat laki aku..

So.. kepada sesiapa yang ada opinion, aku berharap sangat korang dapat kongsi dengan aku. Sebab nombor pompuan ni aku dah simpan. Cuma aku belum nak tepon lagi...


Sekian, terima kasih:
Puas hati aku

2 comments:

  1. ish2..xptt...
    awat la dak2 pompan la nie nk g ngorat or kacau daun laki org
    yg laki org nk p kacao ank dara org
    tak phm2...
    u got the answer lina..she didnt reply maybe br tau yg hubby u is a married man
    pdn muka
    kira ok ko tak g serang2 trus...
    ter EMO lak ak nie
    tp better ko tgk2 dulu...ad lagi tak die msg2 ker...in case
    if ad...ko call...tnyer2...cm suai kenal...

    ReplyDelete
  2. thanks fyda for ur opinion.. really appreciate it

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu