Thursday, June 9

Pengalaman Aku Meredah Banjir

Mesti korang pernah dengar orang cakap 'Tak de penyakit, Cari penyakit' kan? Aku pun pernah tergolong dalam kategori macam ni. 

Semua orang tahu negeri Johor dilanda banjir besar awal tahun ni. Daerah Segamat boleh dikatakan mengalami banjir yang agak teruk. Aku dengan Midon pula memang pantang kalau ada benda-benda macam ni. Mesti sibuk nak pergi tengok. 

Mulanya petang tu area pukul 6 petang aku, Danish dan Midon pergi Maybank. Niatnya hanya nak masukkan duit untuk ayah saudara Midon. Sambil tu, boleh gak tengok paras air kat sungai Segamat dah sampai tahap mana. Memang dah nak cecah tebing masa tu. Jalan kat bandar yang belakang Sri Genuang tu memang dah naik air dan sudah pun ditutup. 

Puas meneroka bandar, aku ajak Midon pergi tengok rumah aku yang kat Batu Badak ni pula. Dalam hati memang aku tak risau sangat. Sebab selalunya walaupun banjir rumah aku memang tak pernah naik air. Kalau ada pun adalah dalam 2/3 meter je air dari rumah. Masa lalu dekat depan rel keretapi tu air dah nak cecah jalan. Cuak juga tengok. 

Sampai dekat rumah lepak kejap. Aku ajak Midon balik. Sebab hanya adik Midon (Aie) yang ada kat rumah. Hari pun dah malam. Nak dijadikan cerita, on the way nak balik tu kawan Midon call. Katanya dia ada kat Batu Anam tengok banjir. Batu Anam merupakan jalan ke Gemas. Memang kitorang dah tau jalan kat sana dah naik air teruk dan ditutup. Mak mertua ngan ayah mertua aku yang meniaga dekat Gemas pun tak dapat balik. Dah 2 hari dah diorang tidur dekat Kem Gemas. 

Dengan otak budak-budaknya aku dan Midon pun bercadang nak pergi sana. (Macam dah tak de kerja lain). On the way, aku lalu balik rel keretapi tadi. Hallamakk air dah naik dekat jalan. Kalau motor memang dahtak boleh lalu. Kereta pun kalau diikutkan hampir tenggelam separuh tayar. Masa tu aku memang berdoa banyak-banyak. Takut juga. Dah la sebelah keretapi tu sungai. Kalau dibawa arus maunya kereta aku jadi kereta selam.

Tapi, kejadian tu tak mematahkan semangat kitorang lagi.. Boleh lagi sambung perjalanan pergi batu anam. Dengan malam pekat dan hujan lebat yang menggila.Kiri kanan pula memang tak de lampu jalan akibat balck out. Memang kerja orang yang tak de kerja. 

Bersambung.....

Berjayakah aku ngan Midon sampai ke batu anam? Apakah yang terjadi dalam perjalanan dan menjadikan ianya  peristiwa yang aku tak dapat lupakan? Selamat kah kitorang balik ke rumah Gelang Chinchin?

Jeng...jeng jeng... Nantikan sambungannya ye.  

Sedikit gambar banjir untuk menjamu mata.

Dekat depan TM Point

Rel keretapi

Ramai juga yang teruja tengok air

Siap ada yang menjala ikan

Dekat Buloh Kasap




Pukul 1.30 a.m Baru Siap



Yeahhh...........


Dah pukul 1.30 am baru siap edit blog punya template. Huh.. jenuh gak nak buat. Almaklumlah kepala dah bersarang labah-labah akibat meninggalkan dunia blogging selama setahun. Banyak benda yang dah lupa.

Okey la agaknya rupa blog aku ni. Cuma header tu je aku tak puas hati lagi. Buat ala kadar asal ada je. Hahaha.. Main copy paste gambar pastu add text. Malas nak crop-crop gambar, malas nak edit-edit.

Nanti la lain kali kalau rajin aku buat header lain. Buat masa ni jamu je la mata kamu-kamu dengan header yang tak berapa nak lawa itu ye..

(Macam la header yang sebelum ni lawa sangat ye...)

Wednesday, June 8

Nak Cat Umah Yang Dah Berhabuk Ni

Entah kenapa sejak dah lama tak update blog ni, bila aku buka blog sekarang ni, rasa pening-pening lalat la pula tengok blog ni.. Wah.. ayat pun dah berbelit-belit akibat pening. Banyak juga kerja yang perlu dibuat kalau nak ubah balik blog. Terfikir gak nak minta tolong White Mommy buat kan.. Boleh jadi cantik macam blog kak salina.

Tapi, duitnya tak do.. ehehehe..

Ada juga template free yang boleh di download sahaja. Tapi, susah nak jumpa yang memenuhi kehendak aku. Haishhh.. Agak cerewet gak aku eh. Kalau dah cerewet2 tu buat sendiri la.. Okey la.. nak gi survey2 blog owang. Mana tau dapat ilham.

Tuesday, June 7

Contest 'Anak Ayah'



************************************


Ini lah gambar untuk contest 'Anak Ayah'
Actually gambar ni ditangkap oleh secara candid oleh mak su Danish @ adik aku.
Masa tu mak su tengah tangkap gambar kahwin outdoor abang usop. 
Disebabkan itu la ayah pakai baju melayu kat situ. 
Cerita gambar ni pula, diambil secara candid oleh mak su. Elok-elok main jongkang-jongkit, si kecik Danish ni nak terjatuh la pula. Nasib baik ayah ada sempat tangkap Danish. Kalau tak
dah tersembam anak ibu.

Tarikh tutup penyertaan adalah 17 Jun 2011. Bersempena hari jadi suami Puan Penganjur Puan Nina.


Panggilan Bumi Kenyalang

Agi Idup Agi Ngelaban!!!

gambar cari kat google


Ingat aku konsert Jom Heboh yang kat Petrajaya Kuching Sarawak lepas. Itu je la kata-kata yang pengacara dan penyanyi laung-laungkan. Agak-agaknya tahu tak diorang apa maksud ungkapan tu ye? Mungkin tahu, mungkin tak tahu, mungkin ada juga yang buat-buat tahu. 

Agi Idup Agi Ngelaban adalah pepatah Iban yang membawa maksud "Berjuang Selagi Nafas Masih Ada". Kalau la semua manusia di muka bumi ni menanamkan sifat macam ni dalam hidup memasing. Tak mustahil segala yang diimpikan bakal menjadi kenyataan. Jadinya, mulai hari ni aku akan cuba tanamkan sifat ni dalam diri. Semoga segala yang aku inginkan menjadi kenyataan. Jangan mudah putus asa sekiranya hasil yang diperolehi tak seperti dibayangkan. Jangan mengalah, tapi sebolehnya tingkatkan lagi usaha yang ada. 

Wah, terlebih sudah.. Macam pakar motivasi pula. Jadi la, dari tak de kan??

Berbalik pada tajuk post di atas, Ya.. Bumi Kenyalang dah memanggil-manggil aku untuk berziarah ke sana. Bukan untuk selama-lamanya tapi cukuplah seminggu. Aku ingat lagi kali terakhir aku balik Sarawak masa umur aku 8 tahun = darjah dua. Sekarang umur dah 25 tahun. Maknanya dah 17tahun. Wah lama tu. Hampir dua dekad. 

Buat sesiapa yang tak tahu.. 1 dekad= 10 tahun ye...

Jadinya, selepas ditimbang terbalik semua, aku ngan family serta adik beradik yang lain ambil keputusan nak balik 13.7 2011 ni. Tiket dah beli, itu yang penting. Tahun lepas abang aku ada gak balik sana untuk uruskan soal tanah arwah mak aku kat Sarawak. Sempatlah dia jumpa adik beradik arwah mak. Abang aku cakap ada seorang makcik tu sebiji muka macam arwah mak. Itu la sebabnya aku rasa macam tak sabar nak balik sana. At least terubat la rasa rindu nak tengok muka arwah mak aku.

Doakan aku semoga perjalanan aku pergi dan balik berjalan lancar ye.. 

Ceh.. padahal lambat lagi nak pergi, dah sibuk nak buat post. Mungkin kah atas dasar keterujaan ku yang melampau? Lu pikir lah sendiri.. Opss.. lupa lak nak cakap. Aku tak suka kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak, dan aku sokong Salma menang Mentor.. Hehehe.. Sempat lagi tu..


*Sila abaikan penyalahgunaan tatabahasa aku di atas. Kalau cikgu aku baca ni, confirm gagal BM aku. Citt..