Sunday, August 23

Suka Duka si Pekerja Swasta

Cerita 1:

Lately aku ngan Mr.M turun naik bank. Serata pelusuk bank yang ada kat area Segamat ni la aku teroka.. Cakap je bank apa.. Maybank?? CIMB?? RHB?? Agro?? Bank Rakyat?? Bank Islam?? Muamalat?? Semua aku dah naik.. Semuanya sebab Mr.M nak buat personal loan sebanyak tak de la banyak mana.. Sepuluh Ribu sahaja... Nak wat tokok modal berniaga bazar. Tapi boleh dikatakan semua bank yang we all pergi tak bagi pinjaman kepada pekerja swasta.. Kalau ada pun, hanya syarikat yang terpilih sahaja.. and kalau ada pun lagi, interestnya memang tinggi melambung..

Bukan aku nak salahkan Bank.. Dah memang prosedurnya macam tu.. Pekerja Swasta ni memang susah nak dipercayai.. Ye la.. Tak ada pencen.. Gaji pun tak tentu.. Kalau rajin, banyaklah wang masyukk... kalau malas??? Dapur tak berasap laa... Lagi susah kalau gaji yang ikut hari macam Mr.M.. Kalau orang kerajaan dapat cuti, senang je hati.. Tapi kalau Mr.M dapat cuti.. Menung la manjang..

Sebab kan masalah ni la orang yang kerja swasta ni mesti nak kena pandai menyimpan.. Sediakan payung sebelum hujan.. Masa tengah bertenaga ni la nak kena berusaha sikit. Mr.M pun tengah rancang macam-macam projek nak buat.. Ternak burung puyuh la.. ketam la.. cacing laa.. Sebagai isteri.. aku support dia 101%. Semoga semuanya bukan angan-angan yang tak kesampaian..

Friday, August 21

Indahnya Ramadhan

HADITH SAHIH RAMADHAN

1. Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuk pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikiat segala syaitan. (Riwayat Al-Bukhari)

2. Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya akan segala dosanya yang telah lalu. (Riwayat Ibnu-Majah)

3. Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keihlasan, akan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Riwayat Al-Bukhari)

4. Dari Anas: "Bahawa Rasulullah S.A.W. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab (kurma basah), sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji buah tamar (kurma kering), dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. ( Riwayat Imam Ahmad)

5. "Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu. (Riwayat Al-Bukhari)

Wajah Baru My Little One

3.14 am.. I have just finished upgrade my blog with new template by template mama (i have put the link at my sidebar). Eceh.. speaking london pulok makcik kita.. ok tak leh speaking lelebih.. nanti lagi banyak penyalahgunaan tatabahasanya.. so.. cam ner ngan wajah baru blog aku?? (gilo apo ckp sesorang, sape nak tgk blog kau??). Tak ada sapa tengok pon, tak pe la.. asal aku sendiri tengok pun dah pueh hati.

ok la skrg time to sleep.. Mr. M dah puas berdengkur atas katil.. Sian dia tido sengsorang.. Gud Nite everybody..

Yang tgh ngantok:

Thursday, August 20

Danish mamam pisau??

Terkejut betul aku tadi.. bukan sahaja terkejut tapi menggeletar satu badan.. Mana tak nya sedap2 Danish ngan Abe main2 kat lantai tadi, tetiba aku terperasan something yang Danish tengah pegang n kemam dalam mulut.. Dan disebabkan pandangan mata aku yang rabun ni, jadi at first aku tak dapat nak pastikan apa yg dalam mulut Danish tu. Dan dengan rasa selamba je aku tanya.. : Danish makan apa tuh?

Nasib mak mertua aku ada kat situh, terus dia meluru ke Danish dan cakap Danish makan PISAU nih.. Ermm... PISAU tau tak? PISAU lipat yang 20 sen kat kedai tuh.. Aku pun apa lagi terus terpa kat Danish.. Sekarang ni PISAU dah ada kat tangan dia.. Dia tengah genggam PISAU yg terbuka tuh.. Terbuka.. bukan tertutup.. Aku rasa kalau dia genggam kuat sikit memang dah berdarah tangan dia.. Tajam tu PISAU tuh.. baru beli..

Setelah dengan penuh berhati-hatinya aku buka satu-satu jari Danish n berjaya keluarkan pisau tu tanpa melukakan buah hati pengarang jantung aku tuh.. Uishh... BAHAYA!!! tul la.. Sampai sekarang aku terkenang-kenang lagi macammana Danish hisap pisau tu mcm makan gula-gula lollipop. N aku hanya memandang je sebab aku ingat dia gigit straw..

Rasa hati memang aku macam nak mengamuk jer.. Umah ada budak kecik macam ni pun boleh sepahkan benda-benda bahaya macam tu merata-rata.. Kalau Danish terodok perut Danish atau Abe tadi cam ner?? Nak salahkan saper?? takkan nak salahkan budak kecik tuh..

Tu lah aku nak ingatkan kat mummy2 kat luar sana n diri aku sendiri.. Pastikan kawasan mainan anak anda selamat dari segala benda-benda yang merbahaya ni.. Benda kalau dah terjadi barulah terngadah.. Malang tak berbau... Insaf betull.. Tak habis menggigil lagi aku nih...

" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"

Ha.. masanya dah tiba untuk Danish join contest.. Ni first time aku join contest dalam blog.. Hope ada luck la yer... ok la ini keterangan aboute da contest:




" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"



syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara
2. sila add banner di atas pada sidebar..
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..
4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri
5 sila nyatakan bila gambar diambil.
6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...

*A.L.E.R.T*
semua baby yg manjadi peserta mestilah dr umur....
newborn ------------------------> 3 thn
for those yg single, uolls juga bleh sertai contest ni & syarat menghantar gambar seperti diatas haruslah dipenuhi..


contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09

atau pun kalau nak tau lebih detail lagi, sila jenguk di sini

ok la ni gambar baby aku..



Nama: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur: 11 bulan



Gambar Danish dan aku masa kenduri kat umah sedara.. pakai baju sedondon gitu..

ok la itu sahaja.. apa sahaja keputusannya ku terima... dengan redha dan rela hati.. eceh...

Wednesday, August 19

How to achieve 101% in life?

We all have been in stuations where someone wants u to GIVE OVER 100%?

How about achieving 101% in life?

What equal 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might answer these question:

If,

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

If:

H-A-R-D-W-O-R-K

8+1+18+4+23+15+18+11=98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5=96%

But:

A+T+T+I+T+U+D+E

1+20+20+9+20+21+4+5=100%

Then, look how far the love of god will take you:

L+O+V+E+O+F+G+O+D

12+15+22+5+15+6=101%

Therefore, while Hardwork and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love Of God will put you over the top.. Feel free to share this with your love ones..



sincerely,

Sunday, August 16

Danish belasah Abe

For itroduction: Abe adalah nama timang-timangan untuk Puteri Nur Raudhah iaitu cousin Danish yang baru berusia 7 bulan.

Wah.. sekarang ni Danish dah pandai belasah orang plak dah. Erm.. terjerit-jerit lah si kecik abe tu dila Danish tindih dan tolak kepala dia.. Brutal jugak anak ibu nih... Aku dah keluarkan katil Danish yang dalam bilik tu ke ruang tamu. Senang skit bila aku nak wat keja ke atau nak buat apa yang sewaktu dengannya boleh lah aku letak dalam tuh.

Jadinya tadi aku letak Danish dan abe sesama dalam katil=kandang. Memula happy betul aku tengok diaorang tu.. Dan aku pun gi la makan ngan mak mertua aku.. Tetiba je aku pun terdengar la satu jeritan yang sungguh nyaring.. Rupa-rupanya berdasarkan apa yang dilaporkan oleh Mr.M (suami=ayah Danish) kat aku, Danish tarik rambut Abe n duduk atas badan Abe..

Sian betul Abe beriya-iya betul dia menangis.. Kena belasah dengan Danish.. Dah la orang tu sekeping jer.. Erm.. Ntah apa yang direbutkan pun tak tahu.


till next post about Danish...

Saturday, August 15

Kenapa orang prefer beli cd/dvd pirate

Aku nak korang semua jawab dengan ikhlas soalan cepumas aku ni. Ada atau tak cd pirate dekat umah korang? Kalau jawapannya ada... korang sama lah macam aku. ehehehe.. Aku rasalah kan kalau nak dicampurkan cd2 yang belambak kat umah suami aku n umah aku sendiri, maunya berkotak-kotak..

Kenapa erk orang beli cd pirate? Bagi aku lah antara sebab aku beli cd pirate ialah:

1. Berlambak ada kat pasaran.. Tak kiralah sama ada kat kedai dvd, kat pasaraya or pasar malam. Even kedai yang jual cd original pun ada jual pirate jugak.. Cuma diorang tak tayangkan mcm certain2 kedai lain.

2. Harga murah.. ni semua orang tahu.. tak yah lah aku cerita panjang lebar. Compare ngan cd original dekat RM10 bezanya.

3. Orang cakap cd pirate ni tak ada kualiti.. Memang pun tak ada kualiti. Sekali, 2 kali tengok ok.. Lama dah rosak.. Tapi selalunya orang tengok cerita pun sekali dua je.. malas nak tengok berulang kali cerita yang sama kan??

4. Lagi satu, tokey ledai tak kesah pun kalau kita nak tukar balik cd kalau cd yang dibeli tu tak boleh tengok atau rosak...

Tapi, korang jangan salah faham.. aku tulis ni bukan ertinya aku menyokong pembeli cd pirate.. Memang perbuatan tu salah. Tak ada yang betulnya.. Tak ada sesiapa yang boleh nak pertikaikan. Tapi hanya dari sudut pandangan aku seorang pembeli.

Ada juga cd original yang aku beli. Contonhnya cerita yang aku memang minat gila macam cerita korea Full House, The Lord Of The Rings, Harry Potter n lain2. Cd-cd ni pula memang aku akan simpan elok2. Tak macam cd pirate, kengkadang bersepah-sepah kat umah aku..

till next post

Suri rumah sepenuh masa, perlu education ker?

Dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal entry ni. Nak meluahkan apa yang terpendam sebenarnya. Suri rumah sepenuh masa, perlu ada education ker? Erm.. dari pandangan aku, suri rumah sekarang ni pun bukannya semuanya belajar takat PMR or SPm je. Ada juga yang ada kelulusan yang lagi tinggi dari tu.

Macam aku juga, walaupun tak beberapa tinggi aku adalah seorang suri rumah yang berkelulusan STPM walaupun resultnya tak la cemerlang sangat, tapi ok laa... Insya Allah jauh dekat sudut hati aku aku teringin nak sambung belajar lagi. Tapi keadaan tak mengizinkan. Bukan aku tak gembira dengan status aku sekarang tapi aku rasa aku boleh buat yang terbaik lagi dalam hidup. Mungkin bukan sekarang, mungkin akan sampai masanya nanti, bila anak-anak dah besar panjang.

Kat sini aku nak senaraikan sebab dan asbab yang membuatkan aku teringin nak sambung study lagi:

1. Rasa cemburu terhadap kawan-kawan yang dah ada ijazah dan dah ada juga yang nak buat master dah..

2. Aku nak jadi contoh yang baik buat anak aku.

3. Rindu nak merasa zaman pegang buku dan nak pecah kepala study.

4. Tak ada istilah dah terlambat buat aku.. Selagi nyawa dikandung badan, selagi tu ada masa lagi..

p/s: Ok la aku sebenarnya tak pasti sama ada orang akan faham dengan entry aku kali ni. Sebab aku rasa macam kelam kabut je.. Akan diperbaiki dari masa ke semasa..

Tukar cara post entry..

Terasa macam nak upgrade post entry plak la.. Actually i`m still looking apa bentuk blog yang aku nak buat. Nak straight untuk sesatu topik atau nak campur adukkan topik. And setelah banyak2 kali fikir, oleh sebab blog ni pun personal blog.. Jadi aku akan campur adukkan topiknya dan apa-apa aja yang aku nak cerita kat sini.. Ok?

Friday, August 14

harapkan walker.. walker dah tak leh harap..

Danish sekarang ni dah pandai keluar dari walker sendiri.. Terkejut jugak ibu.. Malam tuh.. ibu taruk Danish dalam walker sebab ibu nak ambil baju dalam mesin basuh. Memang walker le kawan ibu yang ibu rasa paling selamat untuk Danish kalau ibu ada kerja. Of coure la selepas nenda, pakcik dan makcik Danish.. Tetiba bila ibu jengah Danish kat depan, ibu tengah walker dah kosong.. Dan lampu pun dah dipadamkan.. Ibu tak risau lagi sebab ingatkan Pakcik Dayat yang ambil dan dukung Danish..

Ibu pun sambung lah balik kerja ibu. Bila kerja ibu dah siap, ibu pun pergi la ke depan. Niatnya nak ambil Danish dari pakcik Dayat dan nak masuk tidur. Ibu tengok pakcik Dayat tengah sedap baring atas sofa.. Danish tak ada pun... La... Mana plak Danish nih? Ibu pun buka balik lampu dan carik Danish. Ibu carik punya carik.. Cuba teka Danish ada dekat mana???

Erm... ya betul dan tepat sekali. Danish ada bawah meja sambil memicit gel rambut pakcik Dayat... Dan terjadilah perbualan berikut.

ibu : Dayat, kau turunkan Danish dari walker ker??
Dayat: Eh tak de la.. Kenapa?
ibu : Ni Danish dah ada kat bawah main minyak rambut ni.. Agak dia turun sendiri ke?
Kau ada dengar bunyi dia nangis?
Dayat: Lor.. agak Danish dah pandai turun sendiri... dia pun tak ada nangis ke apa ke

Kesan daripada itu: Danish sekarang ni dah tak boleh percaya dah kalau duduk dalam walker.. orang dah besar la katakan... Macam-macam hal anak bila dah membesar nih..Rasa klako pun ada jugak..


Danish dan walker nya...

till next post about si kecik nih..

Nak meniaga kuih raya + tempat kuih

Tahun ni ibu ingat nak meniaga kuih raya la.. Erm.. macam2 dah plan nih.. Tapak meniaga dah ada.. Hopefully termakbullah cita-cita ibu nih.. Teringin jugak nak buat tempahan jual bekas kuih raya.. Aalah.. bekas kuih yang dah siap hias tuh.. Insya Allah.. under planning....

Ramadhan menjelang lagi..

Bulan puasa dah nak dekat.. Bagi peniaga-peniaga yang nak buka gerai kat bazar, masanya dah sampai. Walaupun sekarang ni musim penyakit berjangkit tapi semuanya terpaksa ditempuhi demi rezeki yang halal.

Seperti tahun lepas juga, tahun ni pak uda (abang ibu) pun akan meniaga di bazar.. Menjual barangan kelengkapan raya. Cuma bezanya tahun ni, ayah pun ada masuk share skit.. Hm.. nak start meniaga plak ayah... Baguslah macam tuh.. Di samping tolong ahli keluarga sendiri, dapat jugak tambah duit poket.. Mana taknya tahun lepas raya berdua.. tahun ni bertiga pulak..

Rasa seronok plak nak sambut raya tahun ni sebab dah ada orang baru.. Tahun ni la first time Danish nak sambut raya dengan ayah dan ibu.. Tahun lepas Danish tak sempat nak beraya.. Ibu pun dalam hari masa tu..

Selamat Hari Raya Sayang.. eh.. sebelum tu.. selamat menyambut bulan Ramadhan Almubarrak

Thursday, August 13

Danish Cukur Jambul






Ini adalah beberapa gambar masa majlis cukur jambul Danish:



Nak Download Free Game?

Walaupun dah jadi seorang ibu nih, hobi ibu yang tak boleh tinggal ialah bermain game. Tak kisah lah game pc ke ps2 ke atau pun psp. Sekarang ni bila Danish dah besar dan dah bermacam-macam perangai yang muncul ni, ibu hanya dapat meluangkan masa bermain pc game.

Recently ibu dapat a few link untuk download free yahoo and reflexive game.. So.. Kalau sesiapa berminat, ini linknya:

http://game.sotoi.com
http://sanyasyari.com

Selamat Ulang Tahun Sayang

Lirik Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Apple + Potato

1. Potong sebiji epal merah kecik2...
2. sebiji Kentang juga di potong kecik2
3. Rebus kentang sehingga empuk
4. masukkan epal tadi dan biarkan sehingga empuk dan boleh dilecek(air mesti ngam2 dan tidak terlalu byk)
5. Lecekkan guna penapis.
6. Campurkan sedikit susu perahan (BM)

Cereal Carrots & Sweet potato

1 biji lobak merah & 100 grm ubi keledek yang warna oren yang rasa manis
sedikit susu baby
3 camca besar cereal

Kukuskan lobak merah dan lobak merak hingga lembek
Kisarkan sehingga halus (gunakan blender)
cereal mesti dicairkan dengan susu secara asing
kemudian masukkan cereal + susu kedalam kisaran lobak merah dan ubi keledek.

Gaulkan serata-ratanya
Pastikan ia bukan terlalu pekat..sekadar boleh dimakan oleh baby

Give me some support

To all visiter.. feel free to leave a comment so i can get to know you.

till next post

Addicted to korean drama

Last week ibu baru habis tengok citer korea tittle Boys before flowers. Memang best cerita nih. Sweet n touching betul.. Menitis juga la air mata ibu biler sampai part yang sedih tu.. Ayah pula tak amik port sangat dengan citer nih. Cuma bila ibu nangis mula la ayah cakap: Ni yang malas bagi Lina tengok cerita nih. Sikit-sikit nak nangis... Ehehehe... nak wat cam na? Ibu nih memang emosional skit orang nyer...



ok la review ceritanya:
ibu copy n paste je yer...

Synopsis

Jan Di is an average girl whose family owns a dry cleaning store located near the luxurious and well known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and most spoiled boys known as the F4. After saving a boy from jumping off the roof of Shinhwa High School, she is admitted into the school on a swimming scholarship. Jan Di tries to avoid confrontation with the F4 at all cost because she knows what happens to those that stand against them. However, when Jan Di’s friend, Oh Min Ji, accidentally gets ice cream on the leader of the F4’s shoes, she’s forced to declare war on the leader of the F4, Goo Joon Pyo.

Cast

Koo Hye Sun as Geum Jan Di aka Makino Tsukushi

F4

Lee Min Ho as Goo Joon Pyo aka Domyoji Tsukasa
Kim Hyun Joong as Yoon Ji Hoo aka Hanazawa Rui
Kim Bum as So Yi Jung aka Nishikado Sojiro
Kim Joon as Song Woo Bin aka Mimasaka Akira

Awards

45th Baeksang Awards: Best New TV Actor (Lee Min Ho)
45th Baeksang Awards: Most Popular TV Actor (Kim Hyun Joong

till next review

Info itu ini

Tip dan Petua


Doakan anak ketika menyusu
Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani - Dr Robiah Kulop Hamzah, Susu ibu semai kasih, hmetro

Pilih susu terbaik untuk anak anda.
Mengikut turutan, (1) terbaik :
1) susu ibu,
2) susu ibu yang diperah,
3) susu ibu lain,
4) susu formula.
- WHO (World Health Organization)

Pucuk betik untuk tambah susu badan
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. - Fatan Hamamah, Potensi Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat-ubatan dan gemini26576.tripod.com, gambar:rimbundahan.com

Menyusu Badan Membuatkan Payudara Jatuh?
Kepercayaan yang mengatakan bahawa menyusu badan boleh menyebabkan payudara seseorang wanita itu jatuh adalah tidak benar. Kajian oleh Pertubuhan Pakar Bedah Plastik Amerika menidakkan dengan kajian terbaru mereka. Apa yang mempengaruhi 'kejatuhan payudara' adalah BMI, sejarah merokok, umur dan saiz bra yang besar sebelum mengandung.

Air susu ibu tidak ada berkahnya
Al Ghazali menyatakan: "Air susu ibu yang keluar dari makanan haram tidak ada berkahnya. Jika terserap anak kecil, maka jasmaninya terbentuk dengan materi yang buruk. Akhirnya perangainya cenderung kepada tindakan-tindakan yang buruk".

Susu Ibu Penyembuh
Susu ibu mampu menyembuhkan kesakitan ringan pada bayi. Bayi yang mengambil vaksin, seelok-eloknya terus diberikan susu ibu selepas mengambil suntikan ntuk melegakan kesakitan pada bayi dan mengelakkan demam.

Saiz payudara
Kapasiti penyimpanan susu ibu berbeza antara setiap ibu. Wanita dengan payudara yang lebih besar boleh menyimpan lebih banyak susu dalam payudaranya dan mungkin dia tidak perlu menyusukan bayi sekerap wanita dengan payudara yang lebih kecil. Namun begitu, saiz payudara seseorang ibu itu tidak memberi kesan kepada keupayaannya meyusukan bayi.

Susu Ibu Melindungi Daripada Asma
Memberi bayi yang belum berusia 4 bulan susu lain selain daripada susu ibu meningkatkan risiko menghidap asma ketika usianya 6 tahun nanti (Dell & To, 2001; Oddy, 2000). Penyusuan susu ibu memberikan perlindungan terhadap asma pada kanak-kanak terutamanya jika kanak-kanak tersebut terdedah kepada asap rokok (Chula et al., 2003). - Jan Riordan, EdD, RN, IBCLC, FAAN, Breastfeeding and Human Lactation, 3rd Ed.

Sebut dengan jelas dan terang
Sebut perkataan satu demi satu dengan jelas dan intonasi yang menyenangkan. Bayi anda suka memerhatikan bibir anda bergerak-gerak bila anda bercakap dengannya. Proses ini penting untuk merangsang kebolehan bayi mendengar dan membezakan bunyi suara. Seterusnya memberi kesan kepada kebolehan bayi untuk membaca dengan baik. - Dr. Maria Montessori

Vitamin untuk Menambah Selera Makan Anak
Ramai ibu berpendapat selera anak mereka meningkat selepas diberi vitamin tersebut. Adakalanya bekalan bahan-bahan seperti lysine, zine, besi, vitamin B boleh meningkatkan seleranya. Kemungkinan ada juga faktor- faktor lain mempengaruhi selera anak dan bukan hanya vitamin tersebut semata- mata. Perhatian yang lebih, insentif serta suasana yang merangsang selera si anak juga turut memain peranan. - Kanak-kanak Yang Tidak Mahu Makan, HamidArsyat.com

200 kali baru lekat
Anak kene mendengar pesan ibubapa 200 kali sebelum pesanan tu melekat dalam mindanya... Jangan jemu pesan kepada anak, setiap hari.. Dato Dr Haji Fadzillah Kamsah

Urut Bayi Anda
Urut bayi anda selepas dia mandi. Gunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun atau losyen bayi. Bayi lebih 37% mudah lena jika diurut.

Bayi selsema
Jika bayi anda selsema, sapukan minyak pada ubun-ubun bayi ketika bayi hendak tidur. Anda juga boleh menggunakan kunyit hidup yang dipotong melintang untuk disapukan pada pangkal batang hidung bayi.

Anak demam
Jika anak demam, jaram kepalanya dengan air biasa. Lap juga badan anak dengan tuala lembab di leher, ketiak, belakang dan semua pelipat. Pantau suhu badan anak, jika lebih 38 C segera bawa berjumpa doktor. Seelok-eloknya dapatkan termometer digital.

Anak Bijak, dari Kandungan Lagi
Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam, daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon. - Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia, Hamid Arshat.com

Jangan Makan Peria!

Image


Wanita mengandung atau menyusukan anak tidak digalakkan memakan peria. Ini kerana bahan aktif dalam peria mempunyai kesan terhadap rahim wanita dan boleh menyebabkan keguguran dan ia juga boleh memasuki susu ibu. - PenawaRacun Jan '07, Pusat Racun Negara, USM

Doa agar anak dalam kandungan dipelihara
" Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Amin. dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah

Petua supaya parut jahitan bersalin licin
Lepas mandi keringkan betul-betul, sapu vitamin E dan lekat dengan plaster micropore (bleh beli kat farmasi) plaster tu ada lubang-lubang utk pengudaraan. potong pendek-pendek lekat secara vertical. so tak naik isi lebih tu (koloid).

Image Petua Menjarangkan Kelahiran
Untuk menjarakkan kelahiran, campurkan halia sebesar ibu jari diparut, lada sulah ½ sudu kecil ditumbuk, ½ sudu ragi yang telah dihancurkan, sedikit air asam jawa, 1cm lengkuas diparut dan sedikit garam. Minum campuran ini 2 bulan sekali. Lebih baik jika suami juga minum sama.

Asid Folik


ImageWanita yang mengambil asid folik sekurang-kurangnya empat minggu sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala bayi sebanyak 70%.

Untuk memastikan wanita mempunyai cukup asid folik, pengambilan sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik digalakkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum memulakan kehamilan. Kebanyakan pil tersedia dalam kuantiti 5,000 mikrogram (milligram), ini juga selamat diambil.

Bagi wanita yang pernah melahirkan bayi dengan kecacatan di atas, asid folik disarankan diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum memulakan kehamilan. Memandangkan anda tidak dapat menjangkakan bila akan hamil, eloklah memulakan pengambilan asid folik dari sekarang. (Dr. Adilah Ahmat, hmetro)

Anak Bijak?? Apa Petuanya??

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Makanan yang perlu dielakkan

Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…
Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan

* Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan

* Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.
* Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.
* Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.
* Buah-buahan Citrus:
ImageBuah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.
* Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!
* ImageKacang, Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.
* Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.
* Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.
* Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
* Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.
* Gandum dan Produk Gandum : Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
* Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

* Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.
* Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Anak Cukup Makan Atau Tak?

Pemakanan adalah antara faktor terpenting yang menyumbang kepada kesihatan bayi secara keseluruhannya. Adalah penting untuk ibubapa/penjaga mengetahui adakah bayi mereka mendapat makan dengan secukupnya atau tidak..
Tanda-tanda bayi anda tidak mahu makan:

* Menutup mulut apabila mahu disuap
* Meluahkan makanan yang disuap
* Menolehkan kepala apabila mahu disuap
* Bagi bayi yang makan sendiri pula, dia akan mula bermain-main dengan makanannya.

Tanda-tanda bayi anda masih mahu makan:

* Badannya ke hadapan menunggu untuk disuap
* Membuka mulut apabila mahu disuap
* Cuba untuk mencapai makanan dan memasukkannya ke dalam mulut
* Menangis apabila melihat orang yang menyuapnya berlalu
* Menjilat bibir
* Menghisap tangan atau jari

Tanda Anak Tidak Cukup Khasiat:

* Rambut : mudah gugur, kering, tak bermaya
* Kulit : pucat, kering, berkedut, bersisik, mudah lebam
* Mata : gelang hitam di bawah mata, tidak bersinar
* Bibir : pecah, pucat
* Gusi : Lembut, mudah berdarah
* Gigi : rapuh dan banyak kaviti
* Lidah : pucat dan lembut
* Kuku : rapuh, nipis
* Tulang : kaki bengkok

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Danish kena cakar kucing


Danish kena cakar kucing??? Iye.. Danish pernah kena cakar kucing.. Dekat muka plak tuh.. Skit lagi nak kena mata Danish.. Alkisahnya begini.. Masa tu umur Danish baru nak masuk 2 bulan. Danish ibu letak atas katil (masa tu Danish tengah tidur). Kebetulan dekat atas katil tu kucing ibu yang namanya Auu pun tengah tidur atas katil jugak.

Nak dijadikan cerita, tengah ibu kemas2 bilik, tetiba ibu terlanggar kipas dan oleh sebab kipas tu beroda, kipas tu pun berlanggar dengan akuarium dan menghasilkan bunyi yang sungguh dahsyat. Dan Auu yang tengah tidur terkejut terus dia melompat dan cakar muka Danish. Danish terus menangis dengan kuatnya.

Ayah dukung Danish dan bawa Danish dekat nenda. Nenda cuci luka Danish dan sapu gel gamat. Sedih batul hati ibu sebab Danish yang terima padah akibat kecuaian ibu.. Ibu janji tak buat lagi..

Danish and his cousins..

Ini lah gambar-gambar cousin Danish buat masa ini:






Kenapa Muhammad Hami Danish?

Masa Danish dalam perut ibu lagi ibu dan ayah dah sibuk cari nama untuk Danish. Tapi ntah kenapa dalam banyak-banyak nama yang ibu senaraikan, semuanya nama untuk anak lelaki.. Hati ibu berat menyatakan yang ibu mengandungkan anak lelaki.. Waktu mengandung memang ibu tak tahu jantina Danish sebab bila 2 kali ibu pergi scan doktor cakap Danish ni aktif sangat. Asyik bergerak jer.. Itu yang susah doktor nak tengok tuh..

Kat sini ibu nak tulis maksud dan pengertian di sebalik Muhammad Hami Danish..

Muhammad: Yang terpuji, dirahmati
Hami: Yang melindungi, yang mempertahankan
Danish: Yang bijak dan berpengetahuan

Harapan ibu: Semoga Danish membesar menjadi seorang insan yang sentiasa dirahmati oleh yang maha Esa, membesar sebagai seorang abang long yang akan mempertahankan dan melindungi ayah, ibu dan adik-adiknya serta sahabat handainya. Semoga Danish bijak memilih baik dan buruk dalam melangkah mengharungi hidup di bumi Nya.. Amin..

Sedikit info mengenai menamakan anak:

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.



Kesian Danish

Kat sini ibu nak citer pasal Danish kena demam kuning.. This is how the story begin...

Masa balik dari hospital Danish tak ada apa-apa masalah. Semalam Danish lahir, hari ni dah doktor kasi balik. Tapi ibu tengok Danish memang tak kuat sangat menyusu.. Asyik tido jer.. Mak LOng (akak ibu yang sulung) ada pesan, anak kau nih asyik tido jer nor.. Ko kena rajin kejutkan dia menyusu, nanti takut kena kuning. Masa tu ilmu ibu tentang baby nih masih cetek, ibu pernah dengar pasal penyakit kuning nih.. tapi tak penah ambik port.. Bila dah kena kat anak sendiri, baru tau...

Danish dah sampai umah, esoknyer misi laila cakap nak datang umah, tapi tak jadi sebab hujan. So, tangguhlah..

Hari ni misi laila datang umah, nak check Danish katanya. Misi laila tengok kulit muka Danish macam kuning. Misi Laila suruh ayah bawa ibu dan Danish pergi hospital. Sedih dan takutnya hati ibu sebab misi Laila cakap penyakit kuning nih boleh buat budak terencat dan boleh membawa kepada kematian. Dengan kelam kabutnya ibu bersiap bawa Danish ke hospital.

Sampai hospital, Danish kena cucuk kat tangan untuk ambil darah.. Kesiannya anak ibu. Ibu tak dapat tengok, doktor suruh tunggu dekat luar.. Tapi Danish tak menangis..Kuat anak ibu nih...

Dan result ujian darah pun keluar, seperti yang dijangka, Danish kena tahan wad. Nasib kuning Danish tak tinggi mana, kena tahan dekat wad biasa saja. Kiranya dekat seminggu juga Danish kena tahan wad. Tiap2 malam ibu menangis bila Danish kena cucuk untuk ambil darah.. Kesian anak ibu.. Tak sampai hati ibu dengar Danish menangis..

Danish keluar wad pun masih ada lagi kuningnya.. Masa umur Danish nak masuk 2 bulan barulah kuningnya betul2 hilang. Masa tu tiap2 minggu ayah bawa ibu dan Danish check kat hospital.. Alhamdulillah akhirnya Danish sihat sepenuhnya.. sampailah sekarang...
Alhamdulillah...


Keterangan: Danish masa dalam wad.. sian dia kena tutup mata

keterangan: Nenda mandikan Danish dengan air bunga kuning.. Macam2 lah usaha ayah, ibu dan nenda nak hilangkan jaundice Danish. Tapi tak ada kesan pun...

Keterangan: Ayah jemur Danish bawah matahari..