Cerita 1:
Lately aku ngan Mr.M turun naik bank. Serata pelusuk bank yang ada kat area Segamat ni la aku teroka.. Cakap je bank apa.. Maybank?? CIMB?? RHB?? Agro?? Bank Rakyat?? Bank Islam?? Muamalat?? Semua aku dah naik.. Semuanya sebab Mr.M nak buat personal loan sebanyak tak de la banyak mana.. Sepuluh Ribu sahaja... Nak wat tokok modal berniaga bazar. Tapi boleh dikatakan semua bank yang we all pergi tak bagi pinjaman kepada pekerja swasta.. Kalau ada pun, hanya syarikat yang terpilih sahaja.. and kalau ada pun lagi, interestnya memang tinggi melambung..
Bukan aku nak salahkan Bank.. Dah memang prosedurnya macam tu.. Pekerja Swasta ni memang susah nak dipercayai.. Ye la.. Tak ada pencen.. Gaji pun tak tentu.. Kalau rajin, banyaklah wang masyukk... kalau malas??? Dapur tak berasap laa... Lagi susah kalau gaji yang ikut hari macam Mr.M.. Kalau orang kerajaan dapat cuti, senang je hati.. Tapi kalau Mr.M dapat cuti.. Menung la manjang..
Sebab kan masalah ni la orang yang kerja swasta ni mesti nak kena pandai menyimpan.. Sediakan payung sebelum hujan.. Masa tengah bertenaga ni la nak kena berusaha sikit. Mr.M pun tengah rancang macam-macam projek nak buat.. Ternak burung puyuh la.. ketam la.. cacing laa.. Sebagai isteri.. aku support dia 101%. Semoga semuanya bukan angan-angan yang tak kesampaian..
No comments:
Post a Comment
Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu