Danish sekarang ni dah pandai keluar dari walker sendiri.. Terkejut jugak ibu.. Malam tuh.. ibu taruk Danish dalam walker sebab ibu nak ambil baju dalam mesin basuh. Memang walker le kawan ibu yang ibu rasa paling selamat untuk Danish kalau ibu ada kerja. Of coure la selepas nenda, pakcik dan makcik Danish.. Tetiba bila ibu jengah Danish kat depan, ibu tengah walker dah kosong.. Dan lampu pun dah dipadamkan.. Ibu tak risau lagi sebab ingatkan Pakcik Dayat yang ambil dan dukung Danish..
Ibu pun sambung lah balik kerja ibu. Bila kerja ibu dah siap, ibu pun pergi la ke depan. Niatnya nak ambil Danish dari pakcik Dayat dan nak masuk tidur. Ibu tengok pakcik Dayat tengah sedap baring atas sofa.. Danish tak ada pun... La... Mana plak Danish nih? Ibu pun buka balik lampu dan carik Danish. Ibu carik punya carik.. Cuba teka Danish ada dekat mana???
Erm... ya betul dan tepat sekali. Danish ada bawah meja sambil memicit gel rambut pakcik Dayat... Dan terjadilah perbualan berikut.
ibu : Dayat, kau turunkan Danish dari walker ker??
Dayat: Eh tak de la.. Kenapa?
ibu : Ni Danish dah ada kat bawah main minyak rambut ni.. Agak dia turun sendiri ke?
Kau ada dengar bunyi dia nangis?
Dayat: Lor.. agak Danish dah pandai turun sendiri... dia pun tak ada nangis ke apa ke
Kesan daripada itu: Danish sekarang ni dah tak boleh percaya dah kalau duduk dalam walker.. orang dah besar la katakan... Macam-macam hal anak bila dah membesar nih..Rasa klako pun ada jugak..
till next post about si kecik nih..
No comments:
Post a Comment
Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu