Friday, August 21

Indahnya Ramadhan

HADITH SAHIH RAMADHAN

1. Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuk pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikiat segala syaitan. (Riwayat Al-Bukhari)

2. Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya akan segala dosanya yang telah lalu. (Riwayat Ibnu-Majah)

3. Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keihlasan, akan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Riwayat Al-Bukhari)

4. Dari Anas: "Bahawa Rasulullah S.A.W. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab (kurma basah), sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji buah tamar (kurma kering), dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. ( Riwayat Imam Ahmad)

5. "Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu. (Riwayat Al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu