Saturday, August 15

Suri rumah sepenuh masa, perlu education ker?

Dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal entry ni. Nak meluahkan apa yang terpendam sebenarnya. Suri rumah sepenuh masa, perlu ada education ker? Erm.. dari pandangan aku, suri rumah sekarang ni pun bukannya semuanya belajar takat PMR or SPm je. Ada juga yang ada kelulusan yang lagi tinggi dari tu.

Macam aku juga, walaupun tak beberapa tinggi aku adalah seorang suri rumah yang berkelulusan STPM walaupun resultnya tak la cemerlang sangat, tapi ok laa... Insya Allah jauh dekat sudut hati aku aku teringin nak sambung belajar lagi. Tapi keadaan tak mengizinkan. Bukan aku tak gembira dengan status aku sekarang tapi aku rasa aku boleh buat yang terbaik lagi dalam hidup. Mungkin bukan sekarang, mungkin akan sampai masanya nanti, bila anak-anak dah besar panjang.

Kat sini aku nak senaraikan sebab dan asbab yang membuatkan aku teringin nak sambung study lagi:

1. Rasa cemburu terhadap kawan-kawan yang dah ada ijazah dan dah ada juga yang nak buat master dah..

2. Aku nak jadi contoh yang baik buat anak aku.

3. Rindu nak merasa zaman pegang buku dan nak pecah kepala study.

4. Tak ada istilah dah terlambat buat aku.. Selagi nyawa dikandung badan, selagi tu ada masa lagi..

p/s: Ok la aku sebenarnya tak pasti sama ada orang akan faham dengan entry aku kali ni. Sebab aku rasa macam kelam kabut je.. Akan diperbaiki dari masa ke semasa..

2 comments:

  1. Salam Azlina, nak jadi surirumah pun perlu ada ilmukan..Nak didik anak2 bukan senang..nak jadi isteri yang mithali dan solehah bukan senang. Kalau kita tak berpeluang untuk sambung belajar takper...ilmu kehidupan tetap juga ilmu yg perlu kita pelajarikan...cam saya tak minat belajar tapi saya taknak jadi TAK PANDAI cam orang lain mungkin saya boleh dapatkan ilmu lain pula..contoh ilmu keibubapaan, ilmu penyusuan, ilmu mendidik anak..eh ape aku merepek ini...hehehehe

    ReplyDelete
  2. yup.. itu la sebenarnya yang saya nak cakap sebenarnya.. thanks coz sudi singgah sini..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu