Saturday, August 15

Kenapa orang prefer beli cd/dvd pirate

Aku nak korang semua jawab dengan ikhlas soalan cepumas aku ni. Ada atau tak cd pirate dekat umah korang? Kalau jawapannya ada... korang sama lah macam aku. ehehehe.. Aku rasalah kan kalau nak dicampurkan cd2 yang belambak kat umah suami aku n umah aku sendiri, maunya berkotak-kotak..

Kenapa erk orang beli cd pirate? Bagi aku lah antara sebab aku beli cd pirate ialah:

1. Berlambak ada kat pasaran.. Tak kiralah sama ada kat kedai dvd, kat pasaraya or pasar malam. Even kedai yang jual cd original pun ada jual pirate jugak.. Cuma diorang tak tayangkan mcm certain2 kedai lain.

2. Harga murah.. ni semua orang tahu.. tak yah lah aku cerita panjang lebar. Compare ngan cd original dekat RM10 bezanya.

3. Orang cakap cd pirate ni tak ada kualiti.. Memang pun tak ada kualiti. Sekali, 2 kali tengok ok.. Lama dah rosak.. Tapi selalunya orang tengok cerita pun sekali dua je.. malas nak tengok berulang kali cerita yang sama kan??

4. Lagi satu, tokey ledai tak kesah pun kalau kita nak tukar balik cd kalau cd yang dibeli tu tak boleh tengok atau rosak...

Tapi, korang jangan salah faham.. aku tulis ni bukan ertinya aku menyokong pembeli cd pirate.. Memang perbuatan tu salah. Tak ada yang betulnya.. Tak ada sesiapa yang boleh nak pertikaikan. Tapi hanya dari sudut pandangan aku seorang pembeli.

Ada juga cd original yang aku beli. Contonhnya cerita yang aku memang minat gila macam cerita korea Full House, The Lord Of The Rings, Harry Potter n lain2. Cd-cd ni pula memang aku akan simpan elok2. Tak macam cd pirate, kengkadang bersepah-sepah kat umah aku..

till next post

No comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu