Thursday, August 13

Danish kena cakar kucing


Danish kena cakar kucing??? Iye.. Danish pernah kena cakar kucing.. Dekat muka plak tuh.. Skit lagi nak kena mata Danish.. Alkisahnya begini.. Masa tu umur Danish baru nak masuk 2 bulan. Danish ibu letak atas katil (masa tu Danish tengah tidur). Kebetulan dekat atas katil tu kucing ibu yang namanya Auu pun tengah tidur atas katil jugak.

Nak dijadikan cerita, tengah ibu kemas2 bilik, tetiba ibu terlanggar kipas dan oleh sebab kipas tu beroda, kipas tu pun berlanggar dengan akuarium dan menghasilkan bunyi yang sungguh dahsyat. Dan Auu yang tengah tidur terkejut terus dia melompat dan cakar muka Danish. Danish terus menangis dengan kuatnya.

Ayah dukung Danish dan bawa Danish dekat nenda. Nenda cuci luka Danish dan sapu gel gamat. Sedih batul hati ibu sebab Danish yang terima padah akibat kecuaian ibu.. Ibu janji tak buat lagi..

No comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu

Post a Comment