Korang setuju tak kalau aku kata sebab duit punya hal keluarga boleh tak mengaku keluarga.. Sebab duit juga sedara yang dulu tak pernah nampak batang hidung boleh mengaku sedara... Semuanya sebab benda yang satu ni.. DUIT.
Memang lah aku tak nafikan duit ni merupakan satu keperluan buat manusia.. Malah duit jugalah yang membezakan taraf seseorang itu dalam masyarakat.. Aku tergolong dalam kategori mereka yang bersederhana sahaja dalam duit.. Tak kaya, tak susah.. Biasa2 aje.. Tapi aku sedih juga sebab angkara duit lah manusia boleh berubah.. Adik beradik bergaduh. Hm..
Kenapa ye ada manusia yang sedemikian rupa?? Sebelum nampak untung depan mata, cakap lain.. Bila dah nampak jalan mula sifat tamak haloba datang.. Semua perangai yang buruk muncul. Akhirnya kita yang terkontang-kanting sesorang.. Tak ada lagi rasa hormat dalam diri.. Tak guna cakap berapi-api kalau akhirnya ko akan hidup sendiri dalam dunia ni.. Semua orang menjauh... Apa gunanya ko hidup tinggi melangit, kalau tak ada orang yang bakal menyambut kau dekat bawah apabila kau jatuh...
No comments:
Post a Comment
Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu