Lama tak update.. hari ni aku nak cerita pasal abang aku yang bernama Yusof bin Aris.. Umur dalam 29 tahun.. Birthday dia 20.10 ari tu dia cakap tak der sorang pun ingat.. Okeyla bang sekarang i`m gonna wish u hepy belated birthday.. ehehe... Abang aku dulu pegawai askar.. But dia berhenti sebab actually masa nak mohon askar dulu pun memang dia tak minat.. Tapi oleh kerana nak jaga hati abah aku yang dulunya kerja askar juga, dia pun mohon la.. Tapi kalau orang dah tak minat, kita paksa macammana pun tak boleh kan?? Akhirnya dia berhenti.. And now dia meniaga kat pasar malam: jual baju, tali pinggang, beg duit, spek mata.. Kalau ada ekspo atau bazar pun dia akan masuk juga.. So.. to all my kawan2 jangan segan2 yer untuk datang kedai abang aku..
Ok lah.. berbalik kepada cerita yang asal, tanggal 28hbNov ni dia akan bertunang.. Lepas raya haji la tuh.. Sama macam aku dulu.. Lepas raya haji jugak.. Nak juga sama macam aku.. So, disebabkan kitorang ni dah tak ada mak dan abah, akak aku yang sulung yang kena ambil alih peranan org tua kami.. Erm.. sedih memang la sedih.. Aku rasalah kan kalau mak ngan abah masih ada lagi, mesti mak aku lah yang paling gumbira sekali sebab abg aku ni merupakan anak kesayangan dia..
Akhir kata ucapan untuk abang aku yang sorang ni: Selamat Bertunang and Selamat Menuju ke Alam Rumah Tangga. Dah bertunang jangan ikat lama2. Cepat2 kahwin dan cepat2 dapat baby.. Tak sabar pulak aku nak tengok abang aku jadi ayah.. ehehe.. Aku dah mengenali abang aku sebagai seorang abang yang garang.. n teringin plak nak tengok dia sebagai seorang suami dan ayah... Insya Allah.. Hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar...
No comments:
Post a Comment
Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu