Friday, March 19

Ikan Siakap Stim Halia..

3 hari lepas aku ngan Midon pergila makan ikan siakap kat seafood corner. Best nyer.. Ikan adalah besarnya sedepa aku belasah 2 orang je.. Licin aku makan.. Nanti ingat nak try masak sendiri la.. Godek2 cari resepi..


Bahan-bahan

* Seekor ikan siakap - sederhana besar.
* 3 sudu besar sos tiram
* 2 inci halia - dipotong halus
* Cili kecil 5 biji - dipotong.
* 2 biji perahan limau nipis.
* 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah.
* 1/2 sudu kecil gula.
* 1/2 sudu kecil garam.
* 1/4 cawan air untuk kuah.
* 3 ulas bawang putih dicincang halus.
* Sedikit daun bawang dan daun sup.

Cara-cara

1. Bersihkan ikan, untuk hilangkan hanyir ikan rendam bersama perahan limau nipis selama 5 minit.
2. Letakkan ikan ke dalam pinggan leper.
3. Potong daun bawang dan daun sup letakkan di sekeliling ikan sehingga serata.- akar daun sup jangan dibuang cuci bersih dan letak sekali dgn ikan tadi.
4. Taburkan halia dan bawang putih di sekeliling dan dia atas ikan, juga kedalam bahagian perut dan kepala.
5. Potong cili kecik n taburkan. Curahkan sos tiram keatas dan tepi . Perahkan air limau nipis ke seluruh ikan tadi.
6. Kemudian masukkan air, curahkan perlahan-lahan.Dan masukkan serbuk lada sulah, garam, dan gula.
7. Kukus selama 15 minit atau hingga ikan masak..

sumber resepi: dicopy and paste dari,
1001 RASA blog


3 comments:

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu