Wednesday, March 24

Atas Rasa Kemanusiaan Lalu Aku Menulis

Rasa geram, hampa, sebak bercampur baur dalam diri aku bila hampir setiap hari ada saja kes penderaan kanak-kanak dilaporkan dalam media massa. Tak cukup dengan dera, malah budak kecil yang usia setahun jagung dibunuhnya. Apa nak jadi dengan masyarakat Malaysia kita sekarang ni? Mana perginya rasa perikemanusiaan dan tanggungjawab untuk melindungi??

Kalau betul pun nak melepaskan geram, lepaskanlah geram dengan lawan yang setanding. Lepaskan geram kepada budak kecik yang tak mampu nak melawan ni kita panggil PENGECUT!!!.. Tak pun, carilah dinding2 ke, batu2 besar ke, tendanglah.. tumbuhlah sekuat hati.. OO.. Mungkin tak puas agaknya sebab tak ada bunyi jeritan atau tangisan..

Kalau lah aku ni mempunyai kuasa macam superhero yang kita sering tengok kat tv tu. Akan aku lindungi nasib-nasib budak yang malang ni. Memang aku takkan bagi peluang kepada pendera2 ni untuk hidup dengan aman dan tenteram.

Tapi, sama seperti kamu semua, aku hanyalah insan biasa. Insan biasa yang tak mampu lagi berdiam diri hanya duduk melihat insan-insan kecil ini diperlakukan sewenang-wenangnya.. Sungguh aku dah tak sanggup..

So, aku nak kongsi dengan kawan2 blogger aku video klip dari kumpulan exist ni. Hayati bait2 lirik dia.. Luahan dari kanak2 yang didera..



Dari Adik Tercinta
Exist

Oh adik yang tercinta
Usah menangis di senja kala
Sehingga kau keseorangan
Tiada teman bergurau senda

Katanya,"lahirku ke dunia bukannya
Bulan ke riba
Umpama bunga liar
Hidup terbiar menelan kata dista"

Oh tuhan,berikan ku kekuatan
Agar ku selamatkan rohaninya
yang dibelenggu bayangan hitam
Menghitung harinya

Hanya kasih, bukan harta benda
Ingin ku miliki dari ayah bonda
Jari yang halus dan lemah ini
Tak mungkin membinasakan mu


Aku terus didera
Terus dihina hingga sengsara
Mengalir darah puas di hatinya

Oh adik dikasihi
Usah bersedih balik pelangi
Masih ada yang bersimpati
Masih ada yang kan menyayangi

Bisiknya,"pernahku bermimpi
hangatnya ciuman di pipi
Mengalir air mata bila ku sedar,
Aku masih begini"



2 comments:

  1. Salam..saya sokong tu..zaman sekarang manusia xde hati perut langsung..setiap hari ade je kes pembuangan,penderaan dgn pembunuhan..kadang2 kite yg dah jdi ibu ni terasa sedih sgt..klu org buat kt ank kite ape yg kite rse..nauzubillah..harap dijauhkan la...

    ReplyDelete
  2. Rasa hampa sebab kita tak ada daya nak buat apa2 masa bebudak ni kena dera.. sad..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu