Wednesday, March 31

4 Perkara Kita Belajar Dari Sekolah

Rata-rata antara kita semua pernah melalui zaman sekolah kan? Darilah tadika, ke sekolah rendah, menengah dan seterusnya. Dari sudut pandangan aku, zaman sekolah merupakan satu peringkat yang penting dalam hidup seseorang. Kerana apa? Kerana di sekolah, selain ilmu pelajaran, banyak lagi benda lain yang dapat kita belajar.

Antaranya ialah:

1. Persahabatan.
Betul kan? Masa sekolahlah permulaan kita untuk mengenal orang lain selain keluarga sendiri. Pada waktu ini jugalah kita mula dapat membezakan siapa yang boleh kita jadikan sekadar kawan ataupun kawan baik. Ada juga kawan baik dari sekolah yang terus menjadi kawan baik
sampailah kita sudah meninggalkan bangku persekolahan.

2. Tanggungjawab.
Setiap pelajar mempunyai tanggungjawab masing-masing kan? Iaitu tidak menghabiskan duit ibu bapa yang menghantar ke sekolah dengan sia-sia. Tapi, bagi pelajar yang terpilih untuk memikul tanggungjawab seperti ketua darjah, pengawas, dll. ia merupakan permulaan kita belajar erti tanggungjawab. Seperti aku sendiri, aku pernah menjadi pengawas di sekolah rendah dan Ketua Ajk Makanan (no wonder lah aku debab ye tak??) di sekolah menengah. Masa ni aku duduk asrama. Aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Makan Damai diadakan setiap bulan. Daripada memilih menu hinggalah membasuh pinggan, semuanya perlu aku uruskan. Walaupun keletihan, tapi aku puas kerana majlis yang aku uruskan berjalan dengan lancar.

3. Keyakinan Diri.
Sebut je zaman sekolah, penuh dengan pelbagai aktiviti. Seperti pertandingan, koir, pancaragam dan sebagainya. Melalui pertandingan-pertandingan inilah kita mula memupuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Seperti kawan aku, Zuriati. Mungkin ramai antara blogger lain tak mengenal siapakah zuriati itu. Tapi, bagi kami bekas pelajar Sekolah Tinggi Segamat, nama Zuriati merujuk kepada seorang pelajar perempuan kecil molek yang lantang bersuara dalam berpidato. Dia adalah Johan Bagi Pertandingan Pidato Peringkat Negeri dan wajahnya pernah disiarkan di surat khabar. Melalui percakapan dia juga jelas menunjukkan dia mempunyai keyakinan yang tinggi dan boleh mempengaruhi orang hanya dengan berkata-kata.

4. Percintaan.
Hum.. ini yang paling best ni. Janganlah korang menafikan kenyataan yang satu ni kan?? Memang waktu di alam persekolahan lah kita mula mengenal erti cinta. Ada cinta secara senyap dan ada juga cinta secara terbuka iaitu cinta yang diluahkan. Kita mula ingin rasa disayangi dan menyayangi. Percintaan zaman persekolahan ada kebaikkannya asalkan tak berlebihan. Seperti aku juga, Hamidon, suami aku sekarang aku kenali sejak zaman sekolah lagi. Tapi itulah, ada cinta yang bertahan sampai habis sekolah. Ada juga yang tidak. Tapi, akan terus kekal menjadi kenangan manis untuk dikenang kan??

Ok la.. itu sahaja buat tatapan rakan2 blogger hari ni. Maaflah kalau entry ni terlalu formal. memang macam ni jadinya kalau aku menulis time tengah emosional. Emosional kenapa?? Adalah...

Dah habis baca, boleh tinggal komen ye.. :)

4 comments:

  1. hehehehe.. no 1-3 dah penuh ngn inspirasi. betul2. tanggungjawab, keyakinan, persahabatan.

    then tibe2 no 4 percintaan, kahkahkahkahkahkahkah.. betul2.. aku x sangka itu pun masuk lam list. hehehehee

    ReplyDelete
  2. yess tim.. thanks sudi jengah blog aku.. lama dah tunggu ko dtg sini ni..

    ReplyDelete
  3. Hamidur Rahman Celebrity Profile - Check out the latest Hamidur Rahman photo gallery, biography, pics, pictures, interviews, news, forums and blogs at Legend of Bangladesh!

    ReplyDelete
  4. Olga Kurylenko Celebrity Profile - Check out the latest Olga Kurylenko photo gallery, biography, pics, pictures, interviews, news, forums and blogs at Celebrity Ping!

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu