Friday, March 12

Terjah Poliklinik Gigi Segamat

ADOIII....
Sakitnya GIGI!!!!!

Aku percaya.. ramai kawan-kawan yang seangkatan usia dengan aku pernah atau pun sedang menderita sakit gigi kan? Ini disebabkan aku tengah menderita yang amat sangat angkara gigi bongsu yang tengah nak tumbuh ni. Siang malam berdenyut2 dia wat keroncong dalam mulut aku.

Dua minggu lepas aku pergi Poliklinik Segamat dengan niat nak cabut gigi (setelah bertahun-tahun mengumpul kekuatan dan keberanian sebab aku ni memang seorang yang penakut). Tapi selepas di Xray oleh doktor rupa-rupanya gigi aku ni tumbuh menyenget. So, tak boleh cabut macam tuh aje. Nak kena wat operation sikit. Masa doktor terangkan dan aturkan temujanji untuk aku, dalam hati aku tak de lain dah.. Berbunga riang sebab tak jadi cabut gigi ari tu.. Dan hati aku juga cakap, ko cakap je la apa saja doktor. Yang penting memang aku takkan menghadirkan diri pada hari tersebut. Nak datang cabut gigi pun bertahun baru aku berani datang, inikan pulak nak wat operation.. Lagi gerunn aku.

Itulah agaknya.. alasan orang macam aku erk?? Takut..takut..takut.. Nak tahan sakit yang sekejap macam tuh pun tak boleh.. Tahan sakit gigi bertahun2 boleh pulak??

Dan.. malam ni aku dah kuatkan semangat aku.. Akan ku terjah poliklinik pada masa dan hari yang ditetapkan. Sakit2 la.. Walaupun aku tahu tak adalah sakit sangat.. Sakit bersalin lagi sakit wooo... Tapi itulah.. akan aku ketepikan perasaan takut aku ni untuk berjumpa dengan mu wahai Dentistku...

Kredit dan ucapan thanks kepada sahabat aku, Faizul Iskandar sebab sudi berkongsi pengalaman cabut gigi dia ngan aku.. Lepas baca blog dia, sedikit sebanyak timbul keberanian dalam diri aku... Yess... Yakin Boleh... Chaiyokkk..chaiyokk...


No comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu