Sebagai permulaan cerita, mari kita mulakan dengan sekolah tadika ye murid-murid?? Aku bersekolah tadika dekat Tadika Sri Murni, Sungai Petani Kedah.. Arwah abah aku askar, so memang our family merantau ke macam-macam negeri. Aku still ingat lagi first time aku ke tadika. Akak aku, Roselina Aris yang hantar aku.. Naik beskal.. Seperti biasalah kan?? Tugas akak aku adalah menunggu aku di luar kelas disebabkan aku ni seorang yang 'kememe'. Itu hari pertama ye???
Masuk hari kedua, akak aku dah ada plan lain dah.. (maybe dia menerima nasihat dari mak aku). Dia hanya berpura-pura untuk tunggu aku kat luar dan meninggalkan aku sejurus aku masuk dalam kelas.. dan akibatnya : aku meluru pergi kat pintu yang telah dikunci rapat oleh cikgu sambil meraung2. Macam kena kurung je... Ehehehe.. Tapi sekejap je.. Bila aku dah kenal kawan2, terus aku lupa dekat akak aku..
Then, bila aku masuk sekolah rendah, family aku dah berpindah balik ke tanah tumpah darah ayah aku. Segamat, Johor, Em.. i luv Segamat. Aku pun bersekolah kat Sekolah Rendah Convent Segamat. Aku masih ingat lagi nama guru besar aku, Sister Adness. Masa ni aku gi sekolah sendiri sebab dekat dengan rumah. Tapi naik basikal la. OPss.. Lupa plak nak citer. Family aku menyewa kat Taman Segar sementara tunggu rumah kat Batu Badak siap.
Peristiwa yang paling tak dapat aku lupakan masa sekolah kat sini ialah bila aku terberak dalam seluar.. Ehehehe... Nak citer pun aku rasa malu ni.. Tapi, tak apalah. Benda dah lama kan?? Korang jangan gelakkan aku plak ye? Macam ni ceritanya, Di suatu pagi yang hening, tengah2 melepak ngan budak2 dalam kelas, terbukalah cerita yang toilet kat sekolah aku ni berhantu. Perut aku plak buat hal time tu. Tapi oleh kerana diriku ini seorang yang lemah semangat (dalam erti kata lain penakut), aku tahankan aje.. Sampailah satu saat tu aku dah tak boleh tahan dah. Terus keluar kat situh jugak.. Aku tak tahulah ada tak bebudak ni yang perasan.. Aku tunggu sampai habis sekolah. Loceng berbunyi je terus aku memecut dengan kelajuan yang maksimum untuk balik ke rumah sambil mengendong sesuatu yang harum semerbak.. Sampai je depan rumah aku dah menangis2 dah.. Terus aku kena marah ngan mak aku..
Aku sekolah kat Convent setahun je. Bila rumah dah siap, aku pun pindah sekolah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Gemereh. Kat sinilah aku mula dapat kawan baik. Kat sinilah jugak aku mengumpul kenangan yang indah dan pahit. Banyak aktiviti aku masuk. Bola jaring, bola baling, jadi ketua rumah sukan dll. Tapi aktiviti yang paling best ialah aku masuk pancaragam sekolah. Kiranya group akulah jadi perintis pancaragam kat sekolah tuh. Aku mula masa darjah 5 main rekoder. Bila dah upgrade jadi senior darjah 6 barulah dapat main melodion. Bertanding sampai ke Johor Bahru.. Memang best..
Kat sini jugalah aku ambil UPSR. Alhamdulillah aku tak hampakan harapan mak aku.. Dapat keputusan 4A 1B. Walaupun sebenarnya aku dah buat perjanjian ngan mak aku. Kalau aku dapat 5A aku mintak mak aku belikan roller blade. Aku ingat mak aku cakap "Kalau ko dapat 5A nor, kedai tu dah tutup pun mak ketuk nak belikan ko roller blade. Tapi sayang.. Aku dapat 4A je.. Aku nangis.. Tapi akak aku cakap "semua yang berlaku ada hikmahnya nor.. Mungkin waktu ni mak tak ada duit. Kalau ko dapat 5A tapi mak tak dapat belikan apa yang ko nak, mesti ko hampakan?? Aku pun cool lepas tuh. Tapi, yang buat aku terharu rupanya akak aku dah belikan roller blade untuk aku. Warna kuning hitam. Sampai sekarang aku simpan lagi. Kenangan dan hadiah yang tak ternilai.. Terima kasih kek na..
Okeylah kita stop sampai sini dulu.. Nak tau pasal sekolah menengah aku pulak, tunggu Cerita Zaman Sekolah Aku Part2 plak ye..
No comments:
Post a Comment
Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu