Percaya atau tak, aku nak kongsi cerita yang aku dapat melalui satu forum untuk pengalaman kita bersama. Macam ni, hari tu sesaje la aku google pasal masalah mengandung. Tersinggah pula kat satu forum yang sedang berbincang mengenai masalah period yang tak stabil selepas bersalin. Ada satu hamba Allah ni, aku tertarik dengan cerita dia. Macam mana dia boleh tak sedar yang diri dia mengandung 38 minggu.
Okey, disebabkan aku tak ingat nama dia (kalau aku ingat pun, takkan aku nak letak nama dia kan?) aku gelarkan wanita ni sebagai lady je.
Lady ni sebenarnya masih belajar kat U. Tapi, sudah berkahwin dan dah ada anak sorang. Lepas dia bersalin anak pertama tu, masalah period yang tak menentu datang. Sampailah satu masa period dia datang 3/4 bulan sekali. Sekali datang tu dalam kuantiti yang sedikit. (Harap maklum ye kepada cik2 abang yang baca entry ni. Maaf kalau direct bercerita pasal period. Tambah pengetahuan apa salahnya kan?).
Husband dan kawan-kawan dia ada juga tegur kenapa perut dia makin buncit. Dia pun tak tahu dan tak ada pula menjangka apa-apa. Mungkin perkara biasa je.
Sampai satu hari tu pada malamnya dia tak dapat tidur sebab rasa sakit pinggang. Dia tunggu sampai esok pagi dan pergilah klinik. Doktor pun tak ada suspect apa2 dan hanya bagi dia pain killer sahaja. Doktor kata mungkin sebab dia salah tidur. Sebab tu sakit pinggang.
Lepas tu, dia pun balik ke rumah. Tapi sakit perut dan pinggang makin menjadi2 pula. Nak tak nak, dia call adik dia suruh teman dia pergi ke klinik yang lain pula. Bila dia cerita kat doktor apa masalah dia, doktor terus buat ultrasound. Sangat-sangatlah dia terkejut bila doktor cakap yang dia sebenarnya dah mengandung 38 minggu. Dan sakit yang dia hadapi tu adalah sakit nak bersalin.
Lady ni ngan adik dia terus pergi ke hospital swasta yang terdekat sebab rasanya memang dia dah nak bersalin sangat. Pada mulanya. doktor kat hospital tu tak berani ambil kes dia sebab tak pernah buat pemeriksaan dekat situ. Tapi, bila adik lady ni terangkan masalah kakak dia ni, doktor tu pun terima.
Dan, waktu aku baca post dia tu, anak dia dah pun berumur 6 bulan. Dia rasa bersyukur sangat-sangat sebab anak dia sihat dan selamat. Tapi sedikit terkilan sebab dia tak tahu yang dia mengandung dan turun naik tangga kuliah.
Pernah lah dengar orang tak sedar mengandung masa awal-awal pregnant. Kalau dah nak bersalin baru tahu, seriously, inilah pertama kali aku dengar. Tapi, terima kasih juga aku ucapkan untuk walau siapa pun lady ni yang sanggup berkongsi cerita dia. So, dari situ aku tahu masa kita pregnant pun mungkin akan datang period.
Hurmmm.. mungkin ada juga kawan-kawan blogger aku ni yang pernah ada atau dengar pengalaman macam ni kan? Boleh kongsi sikit??
pelik bin ajaib..takkan tak rasa tendangan baby dalam perot. kita kalau ada rasa something mesti dah pg cek up..ntahlah lain org lain rasanya kot.
ReplyDeletesubhanallah... ajaib kejadian Tuhan.. :D
ReplyDeleteum..mcm dlm tv tu..channel home n living agaknye..xtau diri pregnant..so xhairan sngt..tapi mmg pelik kot..xrase ape2..baby x menendang ke?
ReplyDeletebestnya akak kalau mengandung macam ni. sampai tak sedar diri mengandung. agaknya langsung tak de alahan.
ReplyDeleteakak setuju dengan pandangan misyamissyou. takkan tak rasa anak bergerak kat dalam perut? memang ajaib sungguh...
IBU WAWA: erm.. tu lah pasal. Tapi dia mmg ada cakap rasa senak kat perut. Memandangkan dia dah pernah mengandung sebelum ni, takkan dia tak tahu kan?? Tapi, tu lah bahagian memasing.
ReplyDelete