Sunday, September 26

Psstt... Danish dah 2 tahun tau..

Salam semuanya.. Lama menyepi tetiba hari ni nak buat entry lak. 24.09.10 hari tu, maksudnya 2 hari lepas, Danish dah masuk 2 tahun.. Yeeiihhaaa..!!!! Dah besar dah.. Alhamdulillah. Disebabkan kesibukan keluarga, erm.. ini semua kerana ayah midon, aka bapa mertuaku sudah membuka kedai di Purnama Kem Gemas, jadinya, memang busy la.. Bertambah-tambahan lagi ibu mertuaku iaitu cik Ram menolong ayah di sana. Setiap hari, dari pukul 9 pagi sampai 9 malam.

Selalunya kalau ada majlis harijadi ibu lah yang menguruskan semuanya, aku jadi kitchen helper je. Tapi kali ni, ketua chef tak de, so aku la yang kena menggantikan tempat beliau. Mulanya malas gak nak buat apa2. Tapi bila aku fikirkan balik bukan selalu sambut birthday Danish. Setahun sekali je kan. Aku pun terus gi kedai, beli mee hoon 2 paket. Pastu, telefon Midon, suruh dia balik awal sikit nak ajak gi beli kek.

Selepas beberapa jam berhempas pulas dan berperang kat dapur, akhirnya semuanya siap. Menu sesimple yang boleh iaitu, mee hoon goreng, ayam goreng ayamas, kaya ball, hot dog goreng, kentang goreng, kek dan air. Okey, dah cerita2 ni gambar mesti nak ada lah kan?? Video pun ada tapi disebabkan internet yang lembap (juga penyebab mengapa aku dah lama tak update blog dan berblog walking), jadinya aku malas nak upload video..


Ini keknya... Ingat nak beli yang kartun2 sikit, tapi dah nak beli on the spot macam tu, ambil apa yang ada je la...


birthday boy..


Gambar memang tak clear sebab pakai kamera handset je..



Sedikit suasana malam tu.. 

Tak jemput orang pun, hanya ahli keluarga je. Tak pe la kan, asal meriah.. Anyway. wish ibu untuk my little one Muhammad Hami Danish, semoga sentiasa membesar dengan sihat dan ceria. Cepat2 belajar bercakap ye cayang...



8 comments:

  1. terliur sgt kek danish.. cokelat moist ke.. nyum3.. suka nyer suya tgk danish happy :)

    ReplyDelete
  2. wah birthday boy..happy birthday danish! :D

    ReplyDelete
  3. happy birthday adik danish..!
    kak zafira nak hadiah daripada danish boleh tak?
    ehehehey. :p

    semoga besar jadi orang berguna ya adik.. :)

    ReplyDelete
  4. dh becar la danish.. happy birthday ya..muahh

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum tuan umah, brtandang ke sini. wah gembiranya si kecil..moga ibu dan ayahnya juga ceria2 selalu..

    ReplyDelete
  6. selamt menyambut tahun baru

    ReplyDelete
  7. Happy Belated Birthday Handsome Boy!! Sorry ibu lambat wish.. Smoga membesar bagai JOHAN sayang.. ;)

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu