Saturday, July 23

Trip to Sarawak

Masuk 4 hari dah balik semenanjung. Sekejap je rasanya masa seminggu berlalu kat Sarawak. Tujuan kami adik beradik balik ke sana selain dari melawat saudara mara, adalah nak menguruskan tukar nama tanah arwah mak. Susah juga prosesnya. Sebabnya tanah di Sarawak tidak boleh dijual beli sesuka hati dengan orang luar. Hanya hak kaum bumiputera kat sana. Walaupun kami anak mak, tak bermakna boleh tukar nama sesuka hati. Insya Allah lepas raya nanti balik lagi untuk urusan yang belum selesai.

13hb 7 sampai kat  Air port Kuching dalam pukul 5 petang. Kami pergi 5 orang. Aku, Midon, Danish, adik dan abang Daud. Sampai je kat airport pakcik  yang merupakan adik arwah mak dah sedia tunggu. Lepas tu, hampir satu jam pula perjalanan ke Kampung Opar, Bau. Banyak betul perubahan dekat kampung. Berbeza betul dengan kali terakhir aku, mak ngan adik balik dulu. Hurm.. 17 tahun lepas aku balik dengan arwah mak dan adik. Kali ni kami adik beradik sahaja ada.

Sempat gak berjalan-jalan ke Jong Crocodile Farm. Tiket bagi penduduk local ialah 10 ringgit. Untuk nonlocal pula 16 ringgit. Tapi walaupun aku bukan penduduk tempatan. Dapat tiket dengan harga seploh ringgit. Aku sahaja. Sebab lahir kat Sri Aman Sarawak. He he he.. Terasa gak la istimewanya.

tiket bagi nonlocal warna merah, RM16 for an adult and RM10 for children



Ngeh.. ngeh.. ngeh.. akhirnya.. Danish kena gak gunting rambut dekat sana. Setelah telinga ibu dan ayahnya naik bernanah di ceramahkan. Hehehe.. Kemas pun Danish rambut pendek. Kalau tak, biji mata pun tak nampak.



okey last sekali gambo sebelum balik ke semenanjung

Dari kiri: Danish dan ayah, bapak benson, aku, mak dita, isteri cik jepry, mak benson,
Depan: Abang Daud, anak cik jepry..

Hurm.. rindu betul.. Teringat2 arwah mak masa kat sana. Mungkin sebab mereka2 ni merupakan adik beradik arwah mak, maka aku rasakan kehadiran mak di situ. Cara bercakap, cara memasak, cara membuat kerja, semuanya ada bayang-bayang mak. Semoga  arwah mak, abah dan abang Ngah sentiasa aman di sana. Walaupun mak dah tak da, ikatan kekeluargaan takkan terputus walaupun berlainan agama dan adat.

Wasslam...

11 comments:

  1. aaaaaaa...rindu kat mak lak tibe2....hurmmmmm...

    ReplyDelete
  2. Yang!! Asal usul sana ye? Seronoknya!! Ntah bila akak merasa jejak bumi sarawak tu..

    ReplyDelete
  3. To soooour: Kalau dah rindu tu, tepon mak cepat2 tanya khabar dia. Sementara mereka masih ada ni.

    ReplyDelete
  4. to kak salina: yup kak. Arwah mak orang sana. Lepas kahwin ngan abah terus menetap semenanjung

    ReplyDelete
  5. sarawak oh sarawak

    choki pun ta penah lagi menjejak kan diri ke sana . hehe

    :)

    ReplyDelete
  6. emm kiranya dah x dk kedua org tua eh ??hurm xpa ka.org ckp lebih baik mereka pergi dlu sebb dosa kita pda mereka tidk lah terlalu banyk dan kita masih blh doakan mereka disana :)

    abg ngah awk pun dh x dak?? emm saba ehh..sentiasa doakan mereka dikalngan org beriman :D amin

    payh juga kan nak transfer nama tanah kat sana...dan danish cmey la hehe

    ReplyDelete
  7. nak pergi sarawak jugakk ! hehe. comella danish tu. besar nanti mesti hensem :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih semua yg cakap danish comel. hehehe.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. saya xpernah smpai sarawak lagi....huhuu

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu