Sunday, July 31

Ribut Di PUSASDA.

Assalamualaikum. Hari ni belum hilang trauma lagi.   Alhamdulillah kami anak beranak selamat. Rasanya semua dah tau kot memalui surat khabar  yang semalam ribut melanda PUSASDA. Ni aku nak cerita melalui pengalaman aku sendiri yang ada kat situ.

9 AM : Kami sekeluarga (Ayah, Ibu, Midon, Aloy, Aku, Danish dan Abe) sampai kat simpang masuk ke PUSASDA. Sebab sampai pun dah lambat. Jadinya kena parking kat luar simpang. Untuk laluan VIP katanya. Takut jalan sesak. Ayah turunkan kami kat situ pastu ayah carikan parking.

Sampai kat tempat kawad, terus kitorang ke astaka sebelah VIP sebab nasib baik Oja (adik Midon) tengah kursus gak kat PUSASDA. Awal-awal dia dah copkan tempat depan sekali. Perbarisan Tamat Latihan belum mula lagi. Sempat lah kitorang tengok dari awal. Tengok hari pun mendung je. Aku ngan ibu pun berborak lah. Nasib baik ari mendung. Tak de la penat sangat diorang berkawad. Lepas tu Perdana Menteri pun sampai dan perbarisan pun mula. Ni ada gambar sikit nak share.

berborak sementara tunggu acara bermula
11.30 AM : Habis je perbarisan, oja pun suruh kitorang tunggu je kat astaka. Dia keluar ngan Azni jap pergi cari makanan tengah hari. Tak lama lepas tu hujan mula turun. Mula-mula ringan je hujannya. Kitorang pun stay lagi lah kat situ.  Hujan makin menggila. Semua orang basah dek tempias. Danish ngan Abe pun boleh tidur lagi. Lepas tu sempat gak Midon rakam aksi Danish tidur. Kesian penat.. Kalau tengok  video tu memang memasing tengah happy. Ye la memang tak expect  yang hujan akan menjadi ribut.



Astaka yang memulanya lengang terus padat dengan orang. Semua nak berteduh dari hujan lebat. Petir pun berdentam-dentum. Hujan mula menggila. Setiap kali angin kuat datang, setiap kali tu la aku pandang kipas yang ada kat khemah. Takut juga kalau kipas ke atau lampu tu tercabut jatuh. Tak lama lepas tu aku dengar orang jerit. "Tunduk!!! Tunduk!!!" Ya Allah. Alku rasa muka aku dah pucat lesi akibat sejuk dan takut. Disebab kan depan kitorang kawan lapang (kawasan kawad), Midon cakap takut kalau2 ada zink atau dahan pokok terbang. Kitorang semua tunduk. Kerusi aku buat hadang pun dah nak terbang. Atap astaka nak tercabut.Setiap kali angin kuat, setiap kali tu laungan  Allahhu  Akbar dilaungkan.

Aku rasa memang dah tak selamat dah duduk kat situ. Aku ajak Midon redah ribut pergi ke bagunan batu. Kitorang semua kemas barang memasing. Sampai ke penghujung astaka adalah perbualan aku ngan seorang makcik yang aku tak boleh lupa.

 Aku      : Cik, jomlah kita pergi sana. (sambil aku tujukkan bangunan yang padat ngan orang)
Makcik : Nak pergi mana lagi? Situ pun dah padat ngan orang. Mana lagi kita nak lari dari dugaan Allah? Ini  semua bumi Allah ni.
             Sambil tu makcik tu suruh anak lelaki ni baca-baca doa kasi hembus-hembus sikit. Aku pula terdiam.

 Aku tak salahkan apa  yang makcik tu cakap. Ada benarnya. Bumi tempat kita berpijak ni memang bumi  Allah. Dugaan yang datang tu pula memang dari Allah. Tapi, kita pun perlu juga ikhtiar untuk selamatkan diri. Ikhtiar untuk pergi ke tempat  yang lebih selamat. Bukannya redha dan berserah tunggu ajal datang.

Tak lama lepas tu, ada askar datang dan suruh kitorang berpindah dari astaka sebab takut astaka runtuh. Semua orang bergerak masuk ke bangunan. Dalam perjelanan ke bangunan, sempat aku jeling tengok atap zink yang bersepah kat jalan.  Sampai kat depan bangunan aku tengok Danish menggigil. Bila angin datang dia menjerit sebab sejuk. Dia peluk aku kuat-kuat. Alhamdulillah kami selamat. Sana sini aku dengar budak menangis akibat trauma. Lepas tu aku salin baju Danish.

Ribut mulai reda. Oja ajak kitorang pergi ke markas Azni (kawan Oja yang berpangkat kapten) sebab takut ribut datang lagi. Kat tempat kitorang duduk tu pun pokok teinggi-tinggi. Dia takut pokok tumbang. Sampai kat markas, banyak kereta-kereta yang parking kat situ rosak sebab kena timpa atap genting. Alhamdulillah. Ribut reda lepas tu. Kereta ayah yang parking jauh tu pun tak de apa-apa. Takut juga sebab dekat kawasan luar tu lagi teruk. Pokok sana-sini tumbang.

Lepas tu kitorang makan-makan sambil memanaskan badan memasing. Sekali lagi aku bersyukur sangat-sangat sebab aku dan keluarga semuanya selamat. Ucapan takziah pula kepada mereka yang tercedera dan rosak harta benda.

Sesi makan-makan dan bergambar lepas ribut. Maaf gambar masa ribut tak de masa dan terfikir nak ambil. Semua dah kelam-kabut.

Gambar Azni, Ibu, Hidayat dan Abe
Gambar mesra mak sedara, bapak sedara dan anak2 sedara

Hamidon dan adiknya. Wah.. tingginya Dayat.

wah.. makcik mana ni? Baju tengah basah kuyup. 

gambar ni nak kena besar sikit. Masa tengah ribut tu, aku pandang muka Midon. Takut juga kalau itulah kali terakhir aku pandang muka dia. Eceh.. jiwang sikit.. Malu ah~

Pagi tadi aku google pasal ribut kat PUSASDA ni. Ramai lah yang cakap pelik kenapa khemah PDRM rosak teruk, tapi khemah askar tak. Mula lah timbul macam-macam sangkaan buruk. Ada juga yang cakap sebab masjid kat sebelah padang kawad tu tak dijaga kebersihan dia. Wallahua`lam. Benda macam ni semuanya kekuasaan Allah. Jangan lah kita nak menuding jari menyalahkan sesiapa dan me 'madanmuka'kan orang yang terlibat. Kita pun bukan baik sangat. Sama-sama lah menginsafi diri masing-masing bersempena Ramadhan yang bakal menjelang esok.

Wassalam..



11 comments:

  1. Nasib baik semuanya selamat.. Selamat berpuasa lina & sekeluarga.. :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah . akak selamat , meremang bulu roma bace entri nihh .. hii .. skali lagy . alhamdulillah ~

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan dari mama...semalam mama berada kat PD, tiara beach resort..tapi tiada kejadian ribut kat sana !! mama ada baca paper arini n terkejut sgt2 keranakat sini ok je ..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah semua selamat ye .. huuhu
    memang teruk katanya ribut kt sana .. smpai ade kereta kene hempap pokok semua ..

    ReplyDelete
  5. alhamdullilah.. nasib selamat.. masih ada hari-hari lagi..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...ad dgr2 jugak cite ni..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam. Untuk pengetahuan, sejak berpuluh-puluh tahun padang kawad PUSASDA tu belum pernah menerima anggota PDRM berkawad di atasnya sebelum ni. Padang kawad dalam tentera adalah antara tempat yang perlu dihormati. Pada tarikh itu, pertama kali PDRM masuk berkawad di atas padang kawad tu. Mungkin tidak direstui? Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  9. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu