Byee
BYeee
BYEeeeeeeeeeeeeee
Wah.. dah macam lagu N Sync plak dah.. Okey la.. Buat makluman semua, aku akan bercuti dari dunia blogging untuk petang ni dan esok.. Sebab apa? Sebab Midon nak bawa aku jejalan gi Melaka..
Hadiah birthday katanya.. Hehehe.. Thanks Dear.. Korang semua jangan risau ek, birthday aku belum lepas lagi tau.. Sempat lagi bagi hadiah.. (wah.. ada ke??).. 5hb Mei hari jadi aku sebenarnya.. Tapi disebabkan Midon ada masa ari ni dan esok je, terpaksa lah mempercepatkannya..
Bukan tak boleh aku nak bawa lap top ke sana, tapi kan rasa macam tak syok lah pula nanti kan? Aku nak luangkan masa bebetul untuk family.. Laki dah jaga hati kita, kita kena lah jaga hati dia balik kan.. Janganlah asyik ngadap lap top je..
Ha.. pasal contest, akan aku up kan cerita nya hari Isnin nanti ye.. Nampaknya hari ni baru berkesempatan suruh Midon pilih pemenang.
Okey.. dah nak sampai part yang paling best ni.. Kepada kawan-kawan semua, sebagai bukti sayang korang kat aku, boleh lah tinggalkan komen kat sini ye.. Dan sebagai tanda penghargaan dari aku lak, aku akan buat lucky draw untuk korang.. Bilangan orang yang akan dicabut namanya bergantung kepada penyertaan. Okey?? Ada sesiapa nak ole2 dari Melaka?? Angkat tangan... Ops.. Angkat tangan, tekan kat ruang komen tu, pastu komen.. Boleh?? Senang je kan.. Ini bukan contest, ini hanya suka-suka..
Okey la.. Itu aje... Da.........................


