Tuesday, March 23

Kempen Earth Hour : Mari Kita Sama-Sama Menjayakannya


Nampaknya Kempen Earth Hour kembali lagi.. Teringat cerita tahun lepas.. Sebagai salah seorang antara jutaan penduduk yang bermastautin kat muka bumi ni, aku sekeluarga menyahut seruan dunia untuk sama-sama menutup lampu dalam rumah selama sejam. Hati dan semangat memang berkobar2 untuk sama-sama menjayakan dan turut serta dalam kempen ni. Bila sampai je time tutup lampu tu, aku dan suami dah start kereta nak tengok macammana plak sokongan orang lain.

Memang rasa geramlah jugak bila nampak ada rumah yang terang benderang macam tengah berpesta. Diorang ni memang tak nak menyokong langsung benda2 macam ni. Agaknya pada fikiran kolot diorang ni tak ada bezanya kalau tutup lampu sejam tuh.. Baik tak yah buat.. Memang lah tak ada perbezaannya kalau semua orang berfikiran sempit macam korang.. Tapi kalau semua bersatu hati, menyokong seruan sayangi bumi ni, bayangkanlah berapa banyak karen yang dapat kita savekan tu. Walaupun cuma untuk satu jam.. Banyak perbezaan yang kita boleh lakukan untuk bumi kita yang tercinta ni.. Bumi nak pakai lamalah..

Itu cerita tahun lepas.. Tahun ni aku harap semuanya dapat lah sama-sama membantu bumi kita ni yang dah semakin nazak ni. Untuk anak2 cucu2 cicit2 kita jugak.. Usaha kecil daripada kita ini boleh mendatangkan hasil yang besar kepada bumi.

Tujuan Kempen Earth Hour ni ialah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa tindakan segera perlu diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia berikutan kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.

Pada tahun ini, Kempen Earth Hour memerlukan kita untuk mendaftarkan diri di laman web Earth Hour Malaysia sekiranya mahu menyertai kempen ini. Kerana pada kali ini pihak penganjur, WWF ingin membuat kiraan akan undian yang diterima oleh bumi.



"Pada tahun ini penganjur Earth Hour 2009 mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi."

Sekian kerja amal dari aku,

3 comments:

  1. gud job friend!
    aku pun turut serta jugak..
    suke tgk 1-1 lampu off..

    ReplyDelete
  2. marilah kita sama-sama menyokong kan?? Bukan susah pun.. Tak keluar peluh dan tak yah keluar duit.. Jimat duit lagik..

    ReplyDelete
  3. takanak la follow kempen ni, duit letrik aku bayar bulan2, bukan orang lain bayar!

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu