Friday, May 21

Keloid Balas Dendam

Pernah dengar perkataan keloid? Keloid ni ialah kesan parut luka yang hidup. Ia boleh menjadi timbul dan membesar sehingga melepasi kawasan luka. Keloid juga boleh menjadi begitu besar dan mengakibatkan rasa gatal dan tidak selesa.. Tak tahu lagi apa tu keloid? Tengok gambar ni la senang nak cerita..



See? itulah keloid. Bukan aku punya gambar, aku google tau. Yang ni terjagi dekat belakang telinga. Benda ni boleh muncul dekat mana-mana je anggota badan, yang pernah mengalami luka. Suntikan vaksin (BCG) pun boleh menimbulkan keloid. Aku pun kena gak benda alah ni. Bekas BCG aku yang kat bahu ni jadi timbul dan meleret2 macam lipan kontot.

Kedua-dua belakang telinga aku pun jadi gak. Bekas tindikkan. Tindik telinga waktu kecil tak de apa-apa. Lepas ni bila dah remaja sikit (zaman muda2 dulu) aku tindiklah telinga lagi. Kan jadi trend dulu, pakai anting2 sampai 2/3 ketul. Pastu ada satu ketika, anting2 hilang. Aku pun biar je la telinga tu kosong. Rupa-rupanya itulah penyebab keloid ni. Terus membesar. Ada la besar macam dalam gambar tu kat telinga sebelah kanan. Telinga sebelah kiri pun ada gak. Tapi hanya separuh je saiznya dari gambar tu.

Keloid ni memang tak membahayakan kesihatan. Tapi dari segi kecantikkan, memang mencacatkan. Orang pun kengkadang tengok pelik je. Segan juga le kat orang. Rasa tak selesa dan gatal kat keloid tu. Kengkadang rasa berdenyut2 perit. Bila dah gatal, kita garu, macam merangsang dia menjadi bertambah besar.

Apa yang menyebabkan keloid ini masih menjadi misteri. Sebab pada tubuh orang yang sama, luka kat tangan kanan boleh jadi keloid.  Tapi kat tangan kiri tak jadi. Macam aku, ada gak tindik kat hidung. Nasib baik tak jadi keloid.Jadinya, penyebab nya tak diketahui. Apa yang aku baca, keloid ni juga dari keturunan. Kalau ibu bapa ada keloid, anak2 pun mungkin kena. Sebab tu lah aku rasa adik aku pun ada keloid sebab tengok bekas BCG dia sama cam aku. Awal2 lagi aku dah pesan kat dia jangan tindik2 telinga.

Memang ada cara rawatannya, selalunya tak dapat nak buang habis.Sebab dia akan datang balik. Aku pernah buat operation dulu. Buang yang kat dua2 telinga ni. Sakitnya Allah je lah tau. Masa tengah ditoreh2 nya telinga tu memang la tak rasa. Ada ubat bius kan. Tapi, lepas tu, hurm.. rasa macam telinga disiat2 hidup2. Bayangkanlah.. Doktor tak dapat bagi aku ubat tahan sakit sebab aku masa tu tengah pregnantkan Danish. Memang la hilang keloidnya lepas operation. Tapi tak lama lepas tu, dia datang balik. Lagi teruk, sebab luka operation. Huhuhu.. Sedih2. Aku tak sanggup nak hadapi operation tu lagi.. Sakit...

 help me please..

So, ada tak sesiapa punya pengalaman macam ni? Tolong ye berkongsi cara rawatan yang less sakitnya. Sebab keloid aku ni macam tengah nak membalas dendam. Cepat betul pembesarannya. Please????? :(

18 comments:

  1. hye..
    keloid nie pun tengah ada kat aku sejak 3,4 tahun ni..makin lama makin besar...sampai aku bertambah risau..aku pun nak tanya apa rawatan yang sesuai untuk buang keloid2 ni..sebab dah makin banyak la kat badan aku..malu n sakit n ngilu je rasa ada keloid ni..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Ia tumbuh balik ke? Lagi cepat tumbuh ke? Saya ada juga kat telinga kiri. Tapi makan masa berbelas tahun juga untuk besar dalam kurang 1 cm macam sekarang.. Kalau bedah, berapa tahun pula dia akan besar balik?

    ReplyDelete
  3. salam...
    sy pn ada keloid on my back.. besar syiling 50sen.puncanya tkena hujan semasa chickenpox.dh dkt 5 thn n smakin mmbesar.kdg2 asa gatal n nyilu. ada papa rawatan untuk hilangkn x?? sy pki bj pn tpksa lindung ngn tali bra.plz help me.

    ReplyDelete
  4. hi...saya ade bace bio ever nano cream blh kecutkn keloid tp x sure btl ke x...

    ReplyDelete
  5. saya pulak, ada keloid gara2 BCG .. besa tu beb! dulu penah operate & jahit. tp lps tu dtg balik. mse tu buat dkt klinik biasa. 1 hari tu, saje nk try pegi 'Skin specialist' .. doktor skin ni ckp, "Keloid tak bole operate, memang ia akan tumbuh balik" :(
    dia suggest, injection dkt keloid tu dlm lebih kurang 6x .. 2minggu sekali kne inject. lps da kecut & sama rata dgn kulit .. baru buat laser .. utk ratakan permukaan kulit.
    & last skali.. cream utk pencerahan di kawasan keloid.
    total rawatan anggaran Rm3000 mcm tu ..
    so disebabkan skg ni bnyk nk pakai duit, rawatan keloid ditunda dahulu .

    ReplyDelete
  6. hye..
    sy ada parut keloid bekas suntikan BCG, lengan kanan, bahu, dan semakin byk tumbuh d belakang badan selepas kena chicken pox. parut keloid ni semakin mbesar stp hari dan nampak mmg sangat hodoh sampai nak guna bju pun msti kena cari baju lengannya panjang sikit. memang kadang2 rasa stress bila rasa tak dapat guna bju yg seksi sikit sbb parut keloid kat lengan nampk hodoh..:( ada tak farmasi jual cream untuk hilangkn @ mengecilkan saiz parut keloid ni??

    ReplyDelete
  7. Suntikan kortison (steroid intralesional) : kaedah yang tidak begitu menyakitkan. Suntikan biasanya diberi sekali sebulan sehingga faedah maksimum diperolehi. Suntikan selamat (sangat steroid sedikit masuk ke dalam aliran darah) dan biasanya membantu memesekkan keloids; bagaimanapun, suntikan steroid juga boleh membuat keloid leper lebih merah dengan merangsang pembentukan saluran darah yang lebih cetek. (Ini boleh dirawat dengan menggunakan laser, lihat di bawah). Keloid mungkin kelihatan lebih baik selepas rawatan daripada itu kelihatan bermula dengan, tetapi juga hasil yang terbaik meninggalkan kesan yang kelihatan dan merasa agak berbeza daripada kulit sekeliling.

    Laser : laser "pulsed-dye" boleh menjadi efektif untuk memusnahkan keloids dan menjadikan ia kelihatan kurang merah. Rawatan adalah selamat dan tidak begitu menyakitkan, tetapi beberapa sesi rawatan yang mungkin diperlukan. Kaedah ini mungkin mahal.

    ReplyDelete
  8. Hai.doc saya cakap pakai cream 'erase'.beli kat farmasi.xtry lg

    ReplyDelete
  9. saya pakai cica care gel sheet...nampak ada perubahan...http://eisyabinafsha.blogspot.com/2011/03/tips-untuk-parut.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde pon blog ni..ke da tukar nama lain

      Delete
  10. sy pun ada keloid ni.. dah 3x saya penah operate utk buang keloid ni...1st time buang...doc tu x jahit betul2 dan meninggalkankesan lubang...dlm mase 3 bulan keloid naik smula dan lagi besar dr size yg sebelumnya... time tu sy ambil injection tak jadi apa2..sampailah kali kedua sy buat operation utk buang keloid ni..separuh dr cuping telinga sy terpaksa doc kerat kerana tak ada jalan lain dah utk buang keloid sy yg besar..slps dr operation kali kdua,stiap minggu sy tpksa ambil injction utk keloid samppailah doc ckp,sy dah dah boleh ambil injection utk keloid stiap bulan..injection utk keloid yg sy ambil ialah shincort/kenacort..stiap tempat yg mana ada keloid doc akan inject..sakitnya, tuhan saja yg tahu..slain tu juga,sy pakai gel "erase".. keloid akan mengecil bila ambil injetion ni...elakkan dr makan bahan2 berasid..tu pesanan doc kpd sy kerana bahan2 yg berasid akan menyebabkan tindak balas pada keloid utk cepat membesar..cth doc ckp seperti mee kuning, tom yam,ikan biliks,udang kering, pickles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SLAM... BLEH TAHU X.. KT MANA BUAT RAWATAN KYLOID NIE??

      Delete
    2. SLAM... BLEH TAHU X.. KT MANA BUAT RAWATAN KYLOID NIE??

      Delete
    3. SLAM... BLEH TAHU X.. KT MANA BUAT RAWATAN KYLOID NIE??

      Delete
  11. Saya mempu.yai keloid.famili saya semua ada kelod.mmg memalukan dan membuat rs rendah diri. Skrgoid membesar d bhg rahang sbb parut jerawat. Dah guna dermatix tp x bkesan..

    ReplyDelete
  12. SALAM... BOLEH SAYA TAHU TAK.. KT KLINIK MANA YG AD BUAT RAWATAN KELOID & PEMEDAHAN BUANG KELOID NIE...

    ReplyDelete
  13. Sy punye keloid makin besar. Tired of it, sy jumpe general surgeon kt kpj, dia buang.lepas buang tu baru kontrol balik mcm pakai cica care silicone patch tu..ataupun gel kilo cote ke ape tu... Sbb bila dh besar susah nk kawal..

    ReplyDelete
  14. I am regular reader of your blog and no doubt it all stuff is awesome. The best thing about your sharing and posting is that you always provide content that is helpful for both the newbie and experts.KENACORT INJECTION 40mg

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu