Thursday, May 20

Up Date Danish.. 1year 8 months

Yeay.. nak cerita pasal Danish lagi.. Sedar tak sedar, dah nak 2 tahun dah aku diberikan kesempatan oleh yang Maha Kuasa untuk menjaga dan memelihara anakku yang seorang tu. Terima Kasih Ya Allah atas nikmatmu yang teramat besar buatku.. Tinggal 4 bulan je lagi, Danish akan genap dua tahun. Dan aku juga dah bersedia untuk bagi Danish adik.. Hehehe.. Tapi belum ada rezeki lagi la.. Kesian aku tengok si Danish tu main sesorang..

 ~Danish beberapa minit selepas lahir~

Masih.. danish belum pandai panggil ibu.. Kenapa ye? Bila baca blog orang lain yang anaknya lebih kurang sebaya ngan Danish ada yang dah pandai panggil ibu la, mama la, mummy la.. Ke sebab aku ni jarang bahasakan diri aku ibu ngan Danish? Tak de la pula.. Sepanjang masa kalau aku bercakap dengan dia, aku akan bahasakan diri aku ibu. Setiap kali aku cakap ngan Danish,

"Danish, danish ni (aku tudingkan jari kepada aku) sapa?".. "Danish.. danish..ikut ibu sebut ye.. IBU.. IBU.."

 ~Danish 1 month. jadi gelap sebab lama duk wad.Terbakar kulit dia duk bawah lampu tu~

Apa yang dia buat?? Dia buat deekk je.. Kengkadang dia sengih-sengih pastu terus meluru kat aku. Macam memalu gitu. Malu ke nak panggil ibu?? Hish.. Tapi kalau nak air, pandai pulak.. "nak air.." itu yang disebutnya.. Kalau nampak kucing plak.. "Au... au.." Dan, kalau ada benda yang dia nak, "nahh.. nah.. ennnahhh.." sambil dia tunjukkan benda yang dia nak.

 ~Danish 3 months.. cukur jambul~
Lagi.. kalau dia poopoo.. dia akan buat-buat muka tak selesa sambil tunjuk pampers dia. Pastu dia akan ambil pampers baru, bagi kat aku. Geram agaknya sebab kengkadang tu aku buat2 tak faham je apa dia nak.. Hehehe..

~@5months.. lepas cukur jambul, ayah buat fesyen skit rambut Danish. Masa ni kat KLIA hantar maksu gi belajar~

Erm, semalam for the first time aku bagi Danish makan sendiri. Aku bentang surat khabar, pastu letak pinggan dia. Pandai plak makan.. Comel tul. Tapi, siaplah lepas tu memang bersepah giler... Sekali sekala boleh lah. Time2 aku rajin. Kalau tetiap kali makan nak macam tu, tak larat le eden..

~Danish at his 1 year birthday..~

5 comments:

  1. oo danish dh nak 2 yrs ye.. smoga jd anak yg soleh dan mendengar kata..

    hariz dh setahun sebulan..kalau takat sebut ibu tu, mmg panjang buu dia.. alhamdulillah dh petah nk bercakap pulak skrg.. moga danish pon lps ni pandai paggil ibu..

    ReplyDelete
  2. adyshariz.. terima kasih sudi singgah sini.. erm.. saya pun harap mcm tu gak.. tak sabor nak dengar mulut kecil dia tu petah bercakap..

    ReplyDelete
  3. najlaa bulan 10 ni genap 3 tahun. Mulut skang tottet2 jek. x larat nak jawab soklan dia. kdg2 ade yg kite x paham dia marah...hahhhaa nak wat camne??

    ReplyDelete
  4. hehe ye ker lelord? wah.. bestnyer nak tunggu saat danish pandai membebel.. sekarang pun dah pandai membebel.. tapi bebelannya tu sepatah haram aku tak faham..

    ReplyDelete
  5. wah, danish dah pandai mamam sendiri ya...besar dah nak bujang ni=)

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu