Monday, May 10

Mabuk Perjalanan.. Memang Menyusahkan


 Gambar yang di google

Aku ni kalau berjalan jauh naik kereta, kengkadang tu memang la selalu mabuk.. Perkara yang pantang dibuat oleh aku semasa dalam perjalanan yang boleh membuatkan aku pening ialah, membaca atau mencari barang. Lagi yang membuatkan aku menyampah ialah bila Midon suruh aku bacakan mesej dan jawabkan mesej dia. Ye lah.. dia tengah drive mana boleh jawab sms kan? Memang lepas tu gerenti sakit kepala aku datang kaw-kaw punya...

Ada yang hadapi masalah sama macam aku tak? Kalau ada, ini adalah tips berguna untuk korang. Boleh diamalkan, semoga dapat menolong serba sedikit.. 

  • Sebelum memulakan perjalanan tu, tanamkan tekad kat hati korang dan ucapkan, "Aku tak akan mabuk". Ini adalah pendekatan secara psikologi ye.. Persiapkan diri untuk menerima  keadaan belok ke kanan dan ke kiri. Selama perjalanan, cuba perhatikan jalan kat depan. Tak yah pejam mata dan memaksa diri untuk tidur. Lain lah kalau betul-betul ngantuk..  
  • Bawalah buah-buahan atau jeruk. Bila muncul je rasa loya, aroma dan rasa jeruk tu boleh menolong untuk kembali menyegarkan tubuh. Kalau aku pula, selalunya memang tak lekang dengan minyak cap kapak la. Sekali hidu, berlumba-lumba angin dalam perut keluar.. Ikut mulut lain, ikut tooott.. lain.. hehehe.. Boleh juga guna minyak angin cap lain. Mana yang korang serasi la..
  • Genggam jemari tangan dan kaki berulang-ulang untuk mempertingkatkan perjalanan darah. Cara ini juga dapat menghilangkan pening kepala.
  • Janganlah asyik ber air cond je.. Betul ke aku eja tu?? OK.. Bahasa ibundanya penghawa dingin ye.. Sesekali tu buka tingkap bagi menggalakkan aliran udara segar masuk dalam kereta. Ia amat efektif bagi mencegah rasa mual dan muntah terutamanya kanak-kanak.
  • Lagi, boleh juga amalkan minum 3 sudu madu asli yang di tambah sedikit garam. Minum sebelum memulakan perjalanan.
  • Pastikan juga perut anda tidak kosong ye.. Seeloknya isi lah perut dahulu agar perut tak masuk angin yang seterusnya boleh mengakibatkan pening kepala..
Okey.. ada penambahan di sini.. Tak tahu lah betul atau tidak.. Tips ni aku dapat melalui perbincangan di forum. Tampal salotape/plaster kat pusat. Ini aku belum pernah cuba lagi. Kalau korang nak tau betul ke tak, why not korang try.. 

**** Sedikit pengumuman ye, baru kejap tadi Pakcik Midon telefon dari Batu Pahat.. Isterinya telah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.. Al fatihah buat jenazah..

Sumber: Majalah Rapi dan diolah oleh aku sendiri

1 comment:

  1. Kawan2.. saya ada idea nk atasi masalah mabuk dan loya-loya nie..heee.. do contact me ok.. TQ 010-9333205

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu