Tuesday, May 11

Demam Lagi.. Apa Perlu Saya Buat?




Masuk hari ni, bermakna sudah 2 hari aku demam. Tak suka demam.. Bila demam, mesti aku jadi panas baran dan tak bersemangat je nak buat benda-benda lain. Sampaikan nak buka blog pun malas.. Hish.. Demam+selsema+batuk.. Tapi harap-harapnya tak ada benda yang serius. 

Jom kita berkenalan dengan demam nak? Semua orang pernah merasa demam kan? Kalau tak, mungkin tak normal.. Ye tak?

Korang tau tak demam ni bukanlah satu penyakit. Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan.. In my case, aku demam kerana jangkitan virus selsema. Demam ialah gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit ringan (tak serius). Suhu badan normal ialah 37 darjah celcius. Jika melebihi tahap ini, anda dikatakan demam.

Sebab-sebab korang boleh demam:

  • Jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB), dan jangkitan pada selaput otak (meningitis).
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah
Cara Rawatan di rumah:

  • Jika demam tak teruk, tiada rawatan yang diperlukan
  • Minum air dengan kerap untuk menambah bendalir dalam badan
  • Makan makanan yang mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi menggunakan air panas suam untuk meredakan demam
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini boleh menaikkan suhu badan
  • Makan ubat seperti paracetamol untuk meredakan demam (make sure diambil mengikut aturan)

7 comments:

  1. siannya dia...moga cepat sembuh yer...jgn lupa mkn ubat. InsyaAllah...cepat sembuh nanti

    ReplyDelete
  2. alahai siannya.. jgn lupa makan ubat ye.. moga cepat sembuh..
    take care..

    ReplyDelete
  3. xper insyALLAH esok lusa baik lar tu..rajin2 mkn ubat yerr..cuma advice alynn kala batuk n bersin tutup mulut dgn kain supaya by xterjangkit..yg lebih merisaukn lau menjangkit kt anak jeww..

    ReplyDelete
  4. itu lah.. takut betul kalau berjangkit ke danish. Sian dia kalau kena selsema..

    ReplyDelete
  5. tq info berkenaan...skrg ni, anak ayu tgh demam..baru baik demam, da demam balik.

    ReplyDelete
  6. alahai lina, sian nya. semoga cepat sembuh yer!!
    byk2 kan rehat

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu