Saturday, May 8

Rindu Dengan Mercedes Encik Midon..


 Ini lah gambar kereta kesayangan encik midon..

Masuk hari ni rasanya dah dekat sebulan kereta mercedes kesayangan Midon rosak.. Wah... kenapa mesti disebut perkataan mercedes di situ?? Nak membangga ke apa?? Huh.. bukan nak bangga apa pun.. Sebab bukanlah mercedes baru yang memahal tu.. Ni mercedes lama.. Ada orang buat teksi pun.. Tapi, walaupun lama, aku tetap sayang.. Kereta sendiri kan.. Memang lah sayang... Huhuhuhu...

Midon kerja swasta je wak... Tu yang tak de nak memewah sangat macam orang kerja kerajaan.. Boleh buat pinjaman kalau nak beli kereta.. Dah habis pinjaman sini, buat pinjaman sana pula. Disebabkan kerja yang tak menentu juga, Midon malas nak berhutang.. Takut tak terbayar.. Kereta Merce yang dia beli ni pun harga dalam RM10 000. Muka bayar RM2500,  pastu bulan2 seribu selama 7 bulan.. Dah habis bayar pun.. Alhamdulillah..

Best kereta ni tau.. Siap ada Sun Roof lagi.. Huhhuhuhuu.. Laju pun laju.. CC besar.. Aku sebenarnya pun tak faham pasal kereta2 ni.. Aku dengar Midon cakap je... Dulu ada juga terniat nak ambil lesen kereta.. Aku sempat belajar sampai parking je.. Lepas tu malas nak teruskan.. gayat la bawak kereta...

Ada cerita disebalik kereta ni sebenarnya.. Memula dulu masa aku tengah pregnant kan si Danish tu, ada terkeluar dari mulut aku ni.. 

"Midon, midon tak teringin ke nak beli kereta mercedes ke? Nanti kita beli eh??"

Midon cakap, 

"Kau ingat murah ke kereta macam tu? Syukur je la apa yang ada.."

Last2 esoknya bapak mertuaku aka bapak midon suruh Midon beli kereta dari member dia.. Kereta Mercedes.. wah.. walau pun kereta lama, tapi kualitinya tetap kualiti mercedes tau.. Colour pun cantik.. Body pun cantik.. Sebab owner sebelum ni memang pandai jaga kereta..

Tapi kan, sekarang kereta tu tengah rosak.. Nak repair pun dekat seribu lebih.. Hhuhuhu.. Sekarang ni tengah kopak.. Tak dapat ler nak repair... Cian dia.. tersadai je kat depan rumah... Isk isk... Nama pun kereta lama kan.. Banyak benda yang dah rosak.. Banyak nak kena ganti baru... Nasib la..

3 comments:

  1. tak pe la.. kete jenis apa pun same jekk... kalu tibe nak rosak yg mahal pun leh rosak tengah jalan.. so, hargai la apa yg ada kan!

    Selamat hari Ibu.. :)

    ReplyDelete
  2. The key priority for our Student Loan operations has endured for many years.
    The significance of measurabilityThe real key to acquisition student loan is measurability, and this is where the power of online communications more so than, student loan activities directed outside the company walls, but also partner relationship managementPRM.

    If so, would you be interested in the business world, it is in the recipe space.
    If yes, are you the a single they return to?


    Here is my blog post; The Student Loan People

    ReplyDelete
  3. Rene Russo Celebrity Profile - Check out the latest Rene Russo photo gallery, biography, pics, pictures, interviews, news, forums and blogs at Celebrity Ping!

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu