Monday, May 10

Woho... Busuknya Bau Mulut Kau.. Syuh.. syuh...

 Gambar google

Pernah tak korang jumpa orang yang bau mulutnya busuukk tak hingat?? Ke.. korang pun tergolong dalam golongan mereka yang kalau  bercakap, mau sebatu orang lari. Hehehe.. Tak ada kan?? Semua kawan-kawan aku ni mulut wewangi kan?? 

Tapi lah, kalau ada, korang tau tak kenapa mulut korang boleh berbau?? Masalah ni memang nampak ringan. Tapi awas, selain korang boleh menjadi bahan umpatan orang, keyakinan diri korang juga terkesan sama tau. Ok sekarang mari kita selami penyebab dan cara mengatasi masalah ni.

Bau mulut ni selalunya terjadi kepada orang dewasa (budak kecil pun kena gak.. Tapi baunya lain sikit.. Wangi.. Eehehe.. bak kata mak mertua aku. Bau tebu..) Ianya terjadi kerana pemecahan protein oleh bakteria mulut. Namun, ada juga penyebab lain..

  • Kerosakan gigi
  • Penyakit gusi
  • Sisa makanan yang tertinggal di celah gigi
  • Mulut kering
  • Aktiviti bakteria yang berlebihan pada lidah
  • Jangkitan tenggorok atau tonsil
  • Radang selaput lendir pada hidung
Cara untuk elakkan bau mulut pula
  • Selain memberus gigi, bersihkan juga giggi menggunakan dental floss. Berlambak kat farmasi.. Pakai benang pun boleh kot.. 
  • Guna pembersih lidah.
  • Guna formula ubat kumur. Macam Listerine ka.. Plax ka.. dan yang sewaktu dengannya..
  • Banyakkan minum air masak. Jangan terlalu banyak minum air kopi.
  • Kunyah gula-gula getah, khasnya kalau mulut terasa kering.
  • Makan sayur-sayuran
  • Berkumur selepas makan.. Kalau nak gosok gigi lagi bagus..
  • Kurangkan mengambil makanan ringan.. Sebab ianya mudah terselit kat gigi
  • Hidup sihat, tidak merokok..
p/s: Kalau dalam bulan puasa, lain kesnya ya.. Pastikan jangan banyak sangat bercakap..

6 comments:

  1. smoker pun bermulut busuk. smoking definitely one of the causes. aduh, saye cukup tak tahan. huhu.


    bermulut busuk = halithosis
    (in medical term)


    :)

    ReplyDelete
  2. penah gak terkedu bila ada yg mulut berbau petai.. perhh mmg terbaik punya lah.. huhu..

    ReplyDelete
  3. dr faryn: owh.. terima kasih sudi singgah sini.. seronok gak dapat kenalan mcm kamu..

    mama hanim: wuhu.. itu mmg dahsyat..

    ReplyDelete
  4. Momma MIa: Owh.. belum tidor lagi ye..

    ReplyDelete
  5. Tidak semua org merokok berbau tau.... Sy harap dokter dapat suami yg meroko..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu