Okey la.. Itu aje... Da.........................
Friday, April 30
Siapa nak ole2 dari melaka?? Baca ni...
Okey la.. Itu aje... Da.........................
Bahagianya Aku..
Puisi Dari Suami Yang Gatal Kepada Isteri
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...
*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!
Sumber: http://kahkahkah.mnazman.com/
Gorgeous Blogger Award.
Pretty huh??
Want some??
I'll pass this award to:
Masslina @ mama Rizqullah
hazlina aka mama damia
adda
akuvision
nurulazham
Thursday, April 29
Rahsia Di Sebalik Saiz Bra Anda
MENtal illness, MENstrual cramps, MENtal breakdown,
Bakso oh.. Bakso..
Kasi leleh sikit air liur ye.. Huhuhu.. bakso.. sedapnya. Suka makan bakso tak? Mesti suka kan? Aku pun suka.. tapi susah sikit nak cari bakso yang kaw-kaw kat segamat ni.. Yang kuahnya pekat tak hingat tu..
Aku mula kenal ngan bakso ni masa sekolah kat teknik jb dulu. Masa outing tu aku selalu keluar ngan member aku Fidah namanya.. Destinasi wajib ialah Angsana.. Budak asrama, keluar dapat sekejap je. So, mestilah ambil langkah bijak pergi ke suatu tempat yang macam-macam ado..
Nak dijadikan cerita, si Fidah ni pula teringin nak makan bakso.. Asyik2 sebut bakso.. Aku waktu tu pula memang tak tahu la apa kebendanya bakso tu.. Nama cam pelik.. Bak...So... huhuhu . Last2 kitorang gi ke Food Court Angsana.. Food Court atas ye.. bukan yang bawah tu. Kat bawah tak sedap. Ada satu gerai Indon kat sana.. Fidah pun memesan bakso untuk kami.. Dan disitulah bermulanya cinta pandang pertama antara aku dan bakso..
Setiap kali outing aku pergi sana.. Makcik tu pun dah kenal sangat muka aku ni.. Bila dah nak habis sekolah, perkara yang paling aku sedih ialah, tak dapat la makan bakso angsana lagi.. Kat Larkin pun ada.. Tapi tak boleh lawan yang kat angsana tu..
Masa zaman aku bercintan cintun ngan midon pun ada juga aku ajak dia makan bakso angsana. Kalau ada hal ke jb, aku memang tak lepaskan peluang ke sana. Dengan midon pula, sebab dah jarang nak dapat jumpa bakso kan, so kitorang akan order bakso double.. Ha.. amik ko.. Double itu ialah bebola daging nya ye..
Lagi2 kalau dapat daging yang lembut tu.. Memang lah terbawa-bawa dalam mimpi.. Sambal dia pulak wajib letak secara berlebihan ya.. Makan mesti sambil mengalir air mata, air hidung, semua keluar.. Memang buruk lah muka time tu.. hahahaha...
Sekarang ni memang dah lama tak pergi jb. Tapi nasib baik la aku ada jumpa satu tempat yang baksonya jatuh sikit je kualitinya dari bakso angsana..
Masa aku mengandung pula, bakso ni lah yang aku nak makan tapi tak kesampaian.. Boleh pula waktu aku pergi tu kedainya tutup.. 2 3 kali pergi pun tutup gak.. Last2 lepas aku bersalin, midon cakap kedainya memang dah tutup.. Atau pun orang indon tu balik kampung.. Meleleh2 lah air liur danish tu.. huhuhuhu..
Terkilannya Aku Kerana Air Ribena
Wednesday, April 28
Incredible Hulk vs Incredible Midon
Amacam?? cara tak??? hehehe..
Khas Untuk Mereka Yang Suka Godek2 Blog
Tag Untuk Blogger Award Friendship
- Nor (panggilan sejak kecil di kalangan ahli keluarga)
- Lina (panggilan oleh kawan-kawan dan keluarga mertua)
- Liennasts (nickname masa zaman chatting dulu, sampailah sekarang)
- Ibu (Danish panggil aku, bila dia pandai cakap nanti la..)
- Chyna (Budak2 sekolah dulu gelarkan aku)
- 5 Mei 1986 (my birthday.. tak lama lagi ni.. hehehe..)
- 30 Oktober 1982 (birthday my hubby)
- 22 Disember 2007 (tarikh aku kahwin)
- 24 September 2008(tarikh lahir Danish)
- Raya Haji 2006 (tarikh bertunang)
- Mandikan Anak
- Bagi Anak Makan
- Masak tempe goreng berlada
- Basuh baju
- Sapu sampah
- Dapat lap top baru
- Beli I Phone
- Danish sebut ibu..
- Minum Nescafe
- Hubby bawa jejalan
- Harry potter (semua siri)
- The Lord Of The Ring (semua siri)
- Ghost
- Sleepless In Seattle
- Journey To The Center Of The Earth
- Menyanyi
- Tengok dvd
- Blogging
- Main Psp
- Baca Novel
- Sarawak
- Korea.. (Seoul)
- Melaka
- Kampung Batu Pahat
- Australia
- Kerana Suka Jawab Soalan
- Nak Award yang comel tu..
- Abang suruh jawab
- Tanda persahabatan sesama blogger
- Nak tag orang lain pulak..
- Salina @ ibu aqil link: http://ssasliza.blogspot.com/
- Ibu Arifa link: http://ibudalila.blogspot.com/
- Maslina link: http://tsunamie146.blogspot.com/
- MommaMia link: http://alinalan.blogspot.com/
- Nur Kasih link: http://adynorkasih.blogspot.com/
Tuesday, April 27
Kehilangan itu suatu yang menyakitkan
Mesti tengok!!!! Up date 3 Peserta Contest Wajah Garang Si Kecil
Alhamdulillah.. 114 peserta.. Terima kasih kepada yang sudi join ye.. Amatlah aku hargai..
Thursday, April 22
Nak Ada Dalam Bloglist Ben Ashaari Juga
- Sebab, kalau boleh aku nak menambahkan lagi visitor ke blog aku ni
- Blog baru, jadinya memang aku perlukan promosi seperti yang Ben lakukan sekarang
Itu sahaja.. Terima kasih.
Tuesday, April 20
Yup.. Gosip Itu Benar.. Memang Aku dan Midon Pernah Masuk Sehati Berdansa..
Wah... sweet gituh kan?? Berangan betul diriku ini.. Bukan main ramping lagi aku dalam video tu yer? Minum jus mate5 ke tu?
Actually semasa aku sedang berjalan-jalan ke blog yanmieonline terjumpa lak video ni.. cute-cute.. Nak try gak.. Dan inilah hasilnya..
Nak cuba buat gak ker? Hehehe.. aku tahu.. Korang pun nak berangan gak kan?? Boleh2.. tak de hal.. Pi kat sini ha.. http://sendables.jibjab.com. Dah buat nanti habaq mai kat cek no.. nak tengok juga.. Ekekekeke...
Nak Pergi Ke Tak Nak Gi? Rasanya Macam Nak Je.. Bingung!!!
Alumni Sekolah... Yippee.... Siapa pernah pergi perjumpaan balik ngan geng-geng sekolah dulu?? Rasa macam teruja nak pergi.. Tapi, alahai ada tema-tema bagai.. Fesyen Retro lak tu.. Haish.. nak kena shopping online ni...
Sesiapa ada suggestion tak mana nak carik baju ikut tema macam ni untuk plus size mcm aku ni?? Please.... :(
Monday, April 19
Makluman Buat Semua Peserta Contest
Cerita Di Sebalik Nama
- Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
- Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
- Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
- Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.
Dimulakan dengan nama my little one ye, Muhammad Hami Danish
Sampai la saat aku nak bersalin pun, still tak tahu jantina anak apa. Pernah 2 kali scan, dua2 kali tu lah tak nampak.. Aktif sangat kata Doktor.. Akhirnya, tanggal 24.09.08 benar kata naluri aku, aku dapat anak lelaki yang sungguh comel. Disebab kan Danish waktu lepas lahir kena jaundice, aku kena tahan kat wad. Seminggu aku masuk duduk sana. Sayu je hati.. Nak-nak masa malam raya tu.. Midon call aku nak suruh confirmkan nama anak sebab midon nak bayar zakat fitrah..
Sunday, April 18
Bila Hubby Dah Pandai Buka Facebook..
He he he.. Senyum melebar sampai telinga ni.. :) Tadi, buka laptop jap.. Mcm biasalah kan.. Facebook buka dulu... And tak disangka-sangkanya ai dapat mesej dari my hubby tau.. Owh.. Bahagianya...
Kenapa bahagia?? Sebab my hubby ni memang tak pernah2 buka facebook.. Yes.. Dia memang ada facebook.. Tapi aku yang buatkan untuk dia.. Dia manalah suka benda2 mcm ni..
Nak tahu apa dia kata??
Pendek je mesej dia.. Tapi berjaya menggetarkan jiwa naluri kewanitaan aku ni.. Terasa terharu sangat.. Psstt.. psstt... jangan citer kat dia pulak.. malu ai nanti..
Itu lah kan, kaum wanita ni, memang susah nak difahami perangai dia.. Tak yah la korang (kaum suami) belikan emas / intan atau permata bagai.. (tapi kalau ada bagus jugak).. Kadang-kadang benda yang korang rasa remeh macam ni lah yang boleh membuatkan isteri korang rasa disayangi dan terharu..
Betul tak Wahai Kaum Isteri sekalian??
Agama Kita Di Hina Lagi.. something i wanna share..
Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.
Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam...pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut..Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu.
Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah..Tapi malangnya,Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi.
Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian..Pengajarannya,sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2la..kerana saya percaya,tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.
Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..
1.Jika anda orang islam sila sebarkan mesej ini..
2.Jika anda orang bukan islam,diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini
Saturday, April 17
Hari Ini Aku Mahu Rehat
Dah masuk hari Sabtu rupanya ye.. Sekejap sangat rasanya minggu ni berlalu.. Husband pula dah masuk 2 hari ke Kemaman.
Oh ya.. Nampaknya aku macam nak rehat je hari ni.. Nak ngadap tv.. Malam ni ada konsert AF.. Walaupun aku tau Af sekarang ni dah hilang baranya, tak macam dulu.. Banyak sangat perubahan yang dilakukan. Aku tak tahu la korang pula rasa macam mana.. Tapi bagi aku, perubahan tu menghilangkan aura Af yang sedia ada..
Bermulanya dengan pengunduran Aznil sebagai pengacara merupakan salah satu sebab AF mula jadi tidak menarik.. Mungkin cerita lama.. Tapi percaya atau tidak, selepas pemergian Aznil, Af mula hilang taringnya..
Apa lagi ye aktiviti aku hari ni, erm.. nak sambung tengok cerita Friends.. Sekarang aku dah sampai Season3, cd2. Ehehehe... ulang balik tengok cerita Friends.. Kan aku dah cakap.. Tengok banyak kali pun memang tak boring..
Ok la.. bye..
Friday, April 16
Pengampunan Dari Tengku Mahkota
Cerita terbaru pula, nampaknya Tengku Mahkota berkenan untuk mengampunkan remaja tersebut dengan bersyarat.. Alhamdulillah lah.. Tindakan undang-undang ke atas remaja tu juga akan ditarik balik. Tak best la pula kalau tak ada petikan berita kan?? So.. ini dia..
------------------------------------------------------------------------

Baginda bertitah, pihak istana tidak akan membuat sebarang tindakan susulan sekiranya remaja tersebut bertanggungjawab ke atas perbuatannya yang menjejaskan nama istana.
"Dia perlu memohon maaf kepada saya, keluarga saya dan seterusnya membuat akujanji serta bersetuju mendapatkan rawatan kaunseling dalam tempoh yang akan ditentukan oleh polis.
"Bagaimanapun, dari segi undang-undang perbuatan tersebut iaitu menyamar tetap salah walaupun tujuan dia hanya mahu melihat perjalanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
"Oleh itu, tindakan undang-undang ke atasnya ditarik balik tetapi bersyarat dan dia perlu mematuhinya. Dia perlu memaklumkan kepada polis dan menggunakan saluran yang betul sekiranya mahu berjumpa dengan saya," titah baginda selepas mengunjungi mangsa simbahan asid di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.
Baginda mengulas desas-desus menyatakan bahawa laporan polis terhadap pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menyamar sebagai kerabat diraja Pahang akan ditarik balik dan remaja berkenaan tidak akan didakwa.
Jumaat lalu, pelajar itu ditahan polis kerana menyamar sebagai kerabat diraja Pahang bagi membolehkannya mengadakan lawatan ke semua kem PLKN di negeri ini.
Pelajar terbabit menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang dengan memakai gelaran 'Tuan Muda'.
Bagaimanapun, penyamaran remaja itu terbongkar apabila salah seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang, Cherating di sini yang juga rakan sekolahnya mengetahui identiti sebenarnya.
Menurut Tengku Abdullah, semua pihak tidak seharusnya menuding jari kepada mana-mana pihak terutama PLKN apabila kes sedemikian berlaku.
"Seharusnya kita memperhalusi kenapa perkara itu berlaku dan jangan mudah menghukum mana-mana pihak atas apa yang dilakukan remaja itu.
"Jika ada kelemahan di peringkat PLKN, saya harap mereka dapat melakukan sesuatu. Namun, dari mata kasar kelemahan itu tidak begitu ketara," titah baginda.
Ditanya sama ada baginda akan mempertimbangkan untuk menjadikan 'Tuan Muda' sebagai anak angkat, Tengku Abdullah hanya menyerahkan kepada keadaan.
"Jadi anak angkat itu isu lain pula, tengoklah keadaan, tetapi biarlah dia betulkan apa yang dia lakukan," titah baginda.
------------------------------------------------------------------------Wow.. kalau lah Tengku Mahkota sudi ambil remaja tersebut jadi anak angkat, rasanya dah macam impian jadi kenyataan la buat remaja tersebut kan?? Apa-apa pun, yang pastinya PLKN seharusnya lebih berhati-hati supaya kejadian sebegini tidak akan berulang lagi buat masa akan datang..
Jumpa kekasih Lama di Facebook
Okey.. itu cerita lain.. Post kali ni aku memerlukan kamu-kamu semua untuk mempunyai daya imaginasi yang tinggi.. Bukan apa.. saja suka-suka.. Nak tahu apa akan korang buat kalau korang ada dalam situasi seperti...
Satu hari kan, korang buka facebook.. Ada member send request nak add korang sebagai kawan. Okey.. nampaknya kawan lama.. Ex school mate.. Lepas dah approve, korang pun view profile dia.. Tengok2 gambar, tinggalkan komen, and tak lupa juga korang tengok list member dia.. Kot2 ada member lain yang korang kenal kan??
Tengok punya tengok punya tengok.. Dushh!!!! Ada la pula bekas kekasih jantung pengarang hati korang dalam friend list dia.. huhuhu.. Cinta lama sudah berputik kembali?? Oh no!!! no!! no!! I'm married already key?? Apa yang korang buat ek? Adakah korang akan add dia sebagai member.. or korang tunggu minta2 dia adalah ternampak nama korang kat profile member ni tadi dan add korang.. atau pun, buat boo layan je.. Malas nak ambil pott citer lama..
Okey.. itu persoalan yang pertama..
Persoalan ke dua pula, disebabkan korang rasa macam "alah.. why not aku add je dia.. Lagipun korang masih boleh berkawan kan?".. And then dengan tidak sengaja nya korang pun terhantar la request kat dia.. Selepas beberapa jam atau hari (wah.. dah macam cerita drama plak ni... Korang bosan ker? Alah dah terlanjur baca ni, apa kata baca je sampai abis key?) request korang pun diapprovekan oleh empunya diri.. Tapi, tak ada sepatah haram pun komen atau pun mesej dari dia.. Hampa??? Hampa ke?? Jawab2...
Persoalan ke 3 pula ye..
Tengah-tengah boring ni korang check la kawan yang tengah online.. ternampak la nama si kekasih lama ni yang tengah online juga.. Adakah korang akan klik kat nama dia dan ajak dia berbual, atau pun korang tunggu je, tengok reaksi dia.. Dan kalau pun dia yang mulakan perbualan dengan korang, perbualan tu pula memang tak ada kena mengena dengan sejarah lampau tu, hanya bercerita pasal perkembangan terbaru.. ada tak rasa bersalah dengan suami korang?? (khas buat yang telah bersuami ye..)
Eehehe... apa motif ye aku buat entry yang banyak persoalan macam ini ye?? Saja je suka-suka.. Tak ada idea nak buat entry lah tu.. (ke ko pernah ada dlm situasi mcm ni lina?? Jawab bebetul..) Tapi memang curious ni nak tahu apa yang korang buat bila jadi macam ni..
Thursday, April 15
Melawat Orang Adelaide Punya Blog
Chikachocobo.. housemate adik kat sana. Ehehe.. unik betul id dia.. Pernah juga tanya kat adik.. Mana la si chika tu dapat nick mcm tu?? Dia cakap nama sejenis makanan.. Ye ker?? Aku pun tak tahu..
By the way, si chika ni memang pandai membuat berbagai jenis kek. Macam-macam kek dan cupcake dia buat. Semua comel2.. Very cute and menarik tertarik.. Jeles ai dengan adik ai tau.. Dapat member macam nih, kenyang makan kek la...
Eh, eh.. cerita panjang lebar ni, korang singgah lah ke blog chika tu.. Mesti terliur tengok gambar kek buatan dia.. klik chikabaker. Aku tumpang gembira adik aku ada kawan macam ni. Boleh lah adik belajar buat kek ngan chika.. Pastu buatkan kek untuk akak tersayang ni.. Boleh kan? kan?
Fakta menarik tentang chika ni lagi, dia memang minat tersangat membuat kek.. Tapi, tidak memasak.. Eehehe.. Mana boleh macam tu dik.. Masak pun nak kena gak.. Nanti suami makan kek je kerja nyer...
Jelajah Blog Ibu, Oleh Ben Ashaari
Dah ada beberapa blog ibu yang telah selamat direview dan dijelajah oleh Encik Ben Ashaari ni. Sebelum ni aku tengok secara senyap je. Tapi hari ni, rasanya aku pun nak ikut sama juga. Terima Kasih diucapkan untuk Ben Ashaari yang sudi untuk memberi ruang buat blog-blog ibu yang baru nak menapak seperti aku ini..
Untuk menerima jelajah dari Ben ni, ada syarat-syaratnya.. Antaranya ialah,
1. Pastikan ada header blog Ben Ashaari dalam entry serta link back to his entry..

2. Ringkasan mengenai blog anda:
Blog ni merupakan satu-satunya blog aku yang berjaya aku pertahankan. Sebelum ni ada juga
buat blog, tapi tak aktif. Pada mulanya tujuan blog ni adalah untuk berkongsi pengalaman
dengan ibu-ibu yang lain mengenai anak ku yang tersayang tu. Tapi, lately aku luaskan aspek
penulisan aku. Bukan sekadar bercerita mengenai anak dan aktiviti harian aku, tetapi blog ini
juga menjadi tempat aku berkongsi maklumat dan luahan pendapatku mengenai isu semasa
dan apa sahaja yang terlintas di fikiran.
3. Dari mana aku tahu mengenai segmen Jelajah Blog Ibu ni?
Dari blog-blog ibu yang aku dah follow dan juga yang telah dijelajah oleh Ben.
Itu sahaja syarat-syaratnya.. Akhir kata from my little one..

Berbulan Madu Di Hotel
Cerita dah basi sebenarnya.. Niat di hati memang dah lama nak upload, cuma tak terbuat je.. hehehe.. Gini ceritanya, last month we all satu family pergi menukar angin tidur kat hotel.. Tak ada reason yang tertentu. Cuma sebelum ni encik Hamidon kita sentiasa menyibuk memanjang. Tak ada masa untuk family.. 24 jam kerja non stop.. Projek tengah shut down katanya..
So, bila projek dah habis ni, dia pun nak le bawa keluarga dia jejalan. Tak jauh mana pun.. Dalam bandar Segamat yang terchinta ni juga.. Nak gi jauh2 kereta buat perangai pula.. Ok, nama hotelnya Golden Lake Hotel. Kitorang ambil bilik yang besar sikit.. RM140 semalam.. Mana ada hotel 5 bintang kat Segamat ni. Kira ok lar tuu..

Sila abaikan suami ku yang tidak berbaju itu ye..
Jangan tengok lama2, nanti tergoda...
:P


Wednesday, April 14
Cinta Sufi Kesinambungan Trilogi Bagaikan Puteri Ramlee Awang Murshid
Trilogi Bagaikan Puteri ini mengandungi 3 buah novel iaitu
Bagaikan Puteri

--------------------------------------------------------------------------------

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
------------------------------------------------------------------------------------
Cinta Sang Ratu

-------------------------------------------------------------------------------------
Jalan cerita yang menarik, mampu membuatkan aku hidup di alam percintaan fantasi.. Insan sesempurna Laksmana Sunan menjadi dambaan semua wanita. Tapi, di penghujung trilogi menimbulkan 1001 ketidakpuasan di hati peminat kerana watak Laksmana Sunan seakan-akan dimatikan di penghujung cerita. Namun atas suara peminat, akhirnya Ramlee Awang Murshid menyambung kembali trilogi hebat ini iaitu Cinta Sufi. Walaupun tanpa 2 watak utama sebelum ini iaitu Haryani dan Dani, namun tidak menjadi penghalang untuk aku mencari novel ini di kedai nanti...

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.
Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada yang dah beli?? Nak pinjam... ehehe...
Up date 2 Peserta Contest Wajah Garang Si Kecil
Fuh.. akhirnya siap juga update ke 2.. Disebabkan rupanya ramai juga perserta yang aku dah tertinggal / terlepas pandang. Minta maaf bebanyak. Maklumlah ini first contest yang aku anjurkan, masih banyak yang tak tahu.. So, malam tadi aku pun menerjah dan meng'save'kan semula kesemua link2 mommies semua. Harapnya tak ada la yang tertinggal lagi ye..
Tapi, minta juga jasa baik mommies yang comel2 dan cun2 belaka ni untuk check lagi sekali penyertaan ye.. This time aku sertakan sekali nama baby. Lebih teratur gitu..



